ZINC

PROMOSI PENGHABISAN STOK: ZINK COMPLEX

promosi jan 2016

CLEARANCE SALE! Selepas 29 feb akan diberhentikan dah..mungkin nak masuk produk shaklee yang baru pulak..jeng jeng jeng..

Zinc complex shaklee merupakan sumber zink yang terbaik dan harganya sangat perpatutan tau..ramai customer adaa ambil zink ini untuk kesuburan lelaki, berpantang dan masalah jerawat kronik.

PERBEZAAN SHAKLEE

Apa bezanya zink shaklee berbanding jenama lain dipasaran?

  • Dirumus dari zink glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zink yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Zink ini sesuai untuk pengambilan jangka panjang dan berkesan dalam mengelurkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

 

MANFAAT UTAMA ZINK COMPLEX

MENGAKTIFKAN 200 JENIS ENZIM– berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

MEMBENTUK KOLAGEN– membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

MEMPERBAIKI DIABETES– membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

BINTIK PUTIH DIKUKU– bintik putih dikuku adalah tanda kekurangan zink yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya ingatan.

MEMPERTINGKAT SISTEM IMUN– membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-sel untuk menentang kanser dan menghalang infeksi

MEMPERCEPAT PEMULIHAN LUKA– mempercepat pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zink dan tabur keatas luka untuk lebih cepat proses pemulihan.

MEMPERBAIKI MASALAH PROSTAT– melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zink dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

KEMAMPUAN SEKS LELAKI– Pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, mati pucuk, meninggikan kiraan sperma.

OVULASI WANITA– Wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

MEMPERBAIKI RADANG KULIT– Pengambilan zink sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti jerawat.

MENGEKALKAN DERIA BAU– untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.

‘ZINK ADALAH SUATU KHAZANAH LELAKI- zink didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan yang serius akan menngakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, mati pucuk, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan rambut gugur’

 

cadangan pengambilan:

  • Kesihatan biasa dan tumbesaran: 2 kali sehari 1 tablet setiap kali selepas makan
  • Melawan kanser: 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali
  • Sistem imun:2 kali sehari, 2 tablet setiap kali
  • Fungsi seksual:Ā 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali

Dah tahu fungsi zink kan..harga diatas adalah harga retail..bagi yang mempunyai keahlian, potongan lebih 20% lagi..jadi untuk 4 botol harga sangat murah..sebotol ada 120 biji pulak tu..jadi..nak harga terbaik, whatsapp adaa segera ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · OMEGA GUARD · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX · ZINC

SHAKLEE UNTUK LELAKI

Ramai yang beranggapan Shaklee lebih tertumpu kepada wanita. Hakikatnya, suplemen ini sesuai untuk semua golongan tak kira lelaki atau wanita, tua atau muda. Nama pun makanan tambahan kan jadi pastilah sesuai. Shaklee ni menawarkan pelbagai produk makanan tambahan kesihatan dan mungkin yang selalu mencari suplemen ialah wanita, tu yang nampak macam wanita je yang makan..

Pengasas shaklee sendiri adalah lelaki, yang CEO pon lelaki, Master-master dalam shaklee pun ramai lelaki tau cuma ramai yang tak perasan.

Kalau selalu duk sembang pasal suplemen dan wanita, jadi kali ni kita cerita suplemen dan lelaki pulak. Adakah set khas untuk lelaki? Ya ada šŸ˜€

 

SUPLEMEN UNTUK LELAKI
SUPLEMEN UNTUK LELAKI

Betul seperti yang dikata dalam artikel ni..lelaki sekuat mana pun, sehebat mana pun, mereka juga manusia yang tak lari dari penuaan, penyakit, kurang stamina dan pelbagai lagi masalah kan. Jadi, mereka juga memerlukan penjagaan kesihatan yang sama sahaja dengan wanita.

Ini set kesihatan yang dicadangkan oleh Shaklee iaitu OMEGA GUARD, VITAMIN E COMPLEX & ZINK. Apa manfaatnya buat mereka?

OMEGA GUARD

Omega atau minyak ikan mempunyai banyak manfaat khusus terhadap lelaki, antaranya:

  • Memelihara kesihatan jantung dan kardiovaskualar. Omega dapat mengurangkan radang atau inflamasi diseluruh tubuh yang biasanya berlaku disekitar salur darah dan jantung. Menurut kajian, pengambilan 2 atau 3 hidangan omega setiap minggu mampu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 1/3.
  • Menurunkan paras trigliserida. Pengambilan omega yang konsisten mampu menurunkan paras trigliserida sebanyak 20-50%. Selain itu ia juga mampu meningkatkan kolesterol baik (HDL) yang membantu memelihara kesihatan jantung
  • Meningkatkan kesihatan mental. Menurut kajian, lelaki sebenarnya lebih ramai mengalami tekanan perasaan berbanding wanita! Bezanya, lelaki menangani depresi dengan cara yang berbeza. Apabila lelaki bersedih, mengelami depresi, situasi tersebut akan menyebabkan paras DHA dan EPA menjadi rendah dan ini boleh menggangu fungsi otak. Disinilah omega memainkan peranan. Pengambilan omega bersama ubat anti depresi mampu membantu kesihatan pesakit ini.
  • Mengurangkan simptom athritis. Semakin kita berusia, kita mudah mendapat sakit sendi atau radang sendi. Pengambilan omega mampu membantu mengurangkan radang sendi secara signifikan.

VITAMIN E COMPLEX

Vitamin E complex membekal 400IU dalam setiap kapsul untuk kesihatan lelaki. Antara manfaat Vitamin E untuk lelaki:

  • Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang baik dalam menangani radikal bebas yang merosakkan sel. Antara fungsi terbaik vitamin E ialah meningkatkan sistem imunisasi lelaki. Dengan pengambilan vitamin E pada kadar yang sesuai, ianya mampu meningkatkan kadar daya ketahanan tubuh dari diserang penyakit.
  • Meningkatkan kesihatan jantung. Pengambilan vitamin E secara berterusan mampu meningkatkan kesihatan jantung, pengaliran darah yang lebih baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengurangkan radikal bebas. Kaum lelaki suka bersenam kan? Ianya bagus untuk kesihatan tetapi pada masa yang sama meningkatkan kehadiran radikal bebas. Apabila kita bersenam, badan melepaskan produk sampingan yang bertoksik hasil daripada metabolisma tubuh. Radikal bebas ini boleh menyerang dan merosakkan sel. Jadi, pengambilan vitamin E adalah sangat penting dalam menyingkirkan kesemua radikal bebas ini.
  • Meningkatkan kesuburan lelaki. Radikal bebas mampu merosakkan sel termasuk sel sperma. Menurut kajian, pengambilan vitamin E mampu meningkatkan kesihatan sel sperma dan sekaligus memperbaiki tahap kesuburan lelaki.

ZINK

zinc merupakan salah satu mineral terpenting untuk lelaki dan ianya banyak mempengaruhi KESUBURAN lelaki. Bagaimana ?

  • Meningkatkan kualiti sperma. Sperma merupakan harta semua lelaki. Pengambilan zinc yang mencukupi mampu meningkatkan kiraan sperma, kualiti sperma dan morfologi sperma sekaligus meningkatkan kesuburan lelaki secara keseluruhan.
  • Meningkatkan kesihatan prostat. Menurut kajian, kandungan zinc dalam tisu prostat adalah lebih tinggi berbanding kandungan zinc dalam tisu lembut yang lain. Orang yang mempunyai tahap zinc yang rendah dalam tisu prostat cenderung dan berisiko tinggi untuk mendapat kanser prostat. Jadi, pengambilan zinc yang mencukupi amat penting untuk memastikan kesihatan prostat. Sifat zinc sebagai antioksidan juga mampu melawan radikal bebas yang boleh menyerang sel dan menyebabkan kanser.

 

Untuk mendapatkan promosi JUNEĀ 2015 Ā boleh hubungi adaa ye.Untuk sebarang konsultasi percuma, pembelianĀ SET KESIHATAN LELAKIĀ ATAU SECARA ALA CARTEĀ Ā menggunakan DEBIT/CREDIT card anda, Ā anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terusšŸ˜€ (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

OMEGA GUARD · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX · ZINC

MATI PUCUK ATAU KEGAGALAN EREKSI: BOLEHKAN DIATASI?

Hari ni adaa nak sentuh bab lelaki sikit. Selalu kerap adaa bercakap tentang dunia wanita kan..adaa yakin, ada pembaca yang ingin tahu tentang ini tapi malu untuk bertanya. Jadi adaa nak terangkan sedikit tentang mati pucuk ni. (sebelum tu maaf ye berbicara soal yang agak sensitif ni)

APA ITU MATI PUCUK?

Mati pucuk ialah keadaan dimana tidak berupaya untuk memperolehi atau mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan seks. (erectile disfunction)

 

APAKAH PUNCA MATI PUCUK?

Sebab-sebab mati pucuk:

  • Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
  • Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
  • Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
  • Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
  • Kegagalan hati dan buah pinggang
  • Penyakit Parkinson
  • Angin ahmar
  • Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
  • Kesan sampingan ubat-ubatan

Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.

 

APAKAH SIMPTOM MATI PUCUK?

 

  • Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
  • Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
  • Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks

BOLEHKAN DIATASI?Ā 

Rawatan terhadap masalah ini boleh dilakukan secara pengambilan ubat-ubatan atau tidak. Contohnya, anda boleh mendapatkan suntikan, pil atau mungkin implan dihospital bagi membantu masalah ini. Terdapat juga cara yang tidak memerlukan ubat-ubatan, iaitu mula mengubah cara hidup dan amalkan cara hidup sihat:

  1. Berhenti Merokok
  2. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
  3. Meningkatkan aktiviti fizikal
  4. Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.
  5. Pengurusan stres

 

BOLEHKAH SUPLEMEN/SHAKLEE MEMBANTU?

Inilah sebabnya adaa menulis..InsyaAllah tiada yang mustahil kan? Apa yang boleh membantu?

MATI PUCUK

 

Ini antara rangkaian yang boleh membantu anda dalam menghadapi masalah ini. Apakah fungsi setiap satunya?

VIVIX: Kekurangan nitrik oksida dalam tubuh, kegagalan fungsi otot licin, ketidaklancaran peredaran darah merupakan faktor yang mendorong kepada kegagalan ereksi. Vivix mengandungi adunan fitonutrient proprietari dan resveratrol yang menjadikan ianya 10 Ā kali lebih efektif daripada resveratrol sahaja. Resveratrol ini membantu mengurangkan kerosakan struktur vascular, carpus cavernosum dan tisu otot dalam zakar. ianya juga membantu peredaran darah supaya lebih lancar dengan meningkatkan jumlah nitrik oksida serta meningkatkan fungsi otot licin dan tahap glutathione: sejenis antioksida semulajadi didalam tubuh.

mati pucuk
mati pucuk

 

ZINC: Membantu memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatkan nafsu seks.

VITAMIN E: Mempertingkatkan kebolehan reproduktif dan kiraan sperma lelaki

VITAMIN C: Menjadikan salur darah lebih lembut, mudah mengembang dan membenarkan lebih darah untuk mengalir dibahagian zakar

OMEGA: Memperbaiki aliran darah, dan menghalang pengecutan salur darah.Ā 

 

Jika anda mengalami masalah ini, segera atasi ya sebab jika lambat diatasi ianya boleh membawa kepada kesan yang lebih teruk seperti masalah perkahwinan, kurang keyakinan diri, kemurungan dan masalah perhubungan. Ubah cara hidup kita kepada cara hidup lebih sihat dan alami.

Untuk mendapatkan promosi MAYĀ 2015 Ā boleh hubungi adaa ye. Ā Untuk pembelianĀ SET KESUBURAN/MATI PUCUKĀ Ā secara ala carte menggunakan DEBIT/CREDIT card anda, Ā anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terusšŸ˜€ (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai) Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINIesellorder now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
ALFALFA · B COMPLEX · BREASTFEEDING · ESP · GLA · KALSIUM · MY STORY · OMEGA GUARD · PREGNANT · TESTIMONIAL · VITAMIN C · ZINC

BERITA BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG DAN BERPANTANG!

Bulan ni terlalu banyak offer menarik dari shaklee dan salah satunya yang menarik perhatian adaa pastinya yang berkaitan wanita lah kan..set berpantang dan mengandung.

Mulai may-oct 2015 tahun ni Shaklee menawarkan set khas untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.

Slide2

 

Slide3

Harga yang dipaparkan adalah harga retail. Dengan menjadi ahli shaklee pada MAY 2015Ā anda dapat satu lagi kelebihan..ha apa dia? ni diaaa…bulan ni Shaklee dengan bermurah hatinya nak berikan sebotol VITALEA percuma bagi setiap orang yang mendaftar DAN membuat pembelian tak kisahlah berapa UV (point) sekalipun..asalkan beli produk shaklee dan mendaftar sebagai ahli..nak beli produk paling murah ke paling mahal ke, 1 ke 2 345 ke tak kisah..untung kan? dan setelah jadi ahli, pastinya anda berhak menikmati harga ahli dan bukan harga retail lah kan..ha…saving lagi…jauh tau beza.

Kalau nak tanya adaa berbaloi ke tidak dapatkan set ni, atau jadi ahli..jawapan adaa dengan yakinnya YA BERBALOI.Ā Nak tahu pengalaman adaa semasa berpantang dan mengandung boleh bacaĀ PENGALAMAN MENGGUNAKAN SET BERPANTANGĀ SHAKLEE

Adaa tak jemu nak cerita sebab memang betul apa yang adaa rasa dan dah ramai ibu diluar sana rasa benda yang sama. Dan set ni bukan setakat ambil untuk mengandung dan berpantang tetapi bila-bila pon boleh..takda masalah malah lagi bagus.

Bagi yang nak lebih penjimatan, nak rebut set ni boleh pm adaa segera ok? Tawaran VITALEA percuma cuma untuk bulan ni jadi jangan lepaskan peluang.

Untuk mendapatkan promosi MAYĀ 2015 Ā boleh hubungi adaa ye. ini set yang istimewa jadi hubungi adaa segera ok.Ā Untuk pembelian SET BERPANTANGĀ Ā secara ala carte menggunakan DEBIT/CREDIT card anda, Ā anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terusšŸ˜€ (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai) Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINIesellorder nowLOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

ALFALFA · B COMPLEX · BREASTFEEDING · ESP · GLA · KALSIUM · TESTIMONIAL · VITAMIN C · ZINC

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Masa anak pertama, Adaa tak berpeluang langsung menggunakan Shaklee sebab biasalah, anak pertama kan..belum banyak info. Masa tu adaa cuma kutip info dari kakak..tanya kakak apa set berpantang yang dia guna dan akhirnya adaa beli jamu Mustika Ratu pada ketika tu.

Iya, jamu tu bagus, berkesan pada kakak, malangnya tak berkesan langsung pada adaa. Sampai sekarang adaa tak tahu kenapa huhu akhirnya jamu tu terbiar begitu sahaja..sayang tapi nak buat macam mana kan..

Selepas melahirkan anak pertama, badan adaa sangat letih malah masa mengandung anak pertama lagi adaa terlalu banyak tidur sebab letih. Masa bersalin lagilah..tak dapat nak ingat sebab kondisi badan sangat lemah dan dah terlalu khayal…masa nak bersalin doktor cuba nak berikan adaa epidural dan cucuk 2 kali kat belakang, tapi tak berjaya. Jadi, adaa dapat 2 kali sakit masa tu, sakit nak bersalin dan sakit kepala yang sangat-sangat kesan daripada kegagalan nak masukkan epidural tadi. Adaa tak dapat mengiring pun dan hanya boleh baring menelentang menahan sakit bersalin.

Lepas bersalin, adaa alami sakit kepala kronik yang memerlukan adaa masuk air secara IV..jadi terpaksalah ulang alik ke klinik disaat anak kena demam kuning. Ibu ke klinik, anak ke hospital..huhu sedih memang sedih. Apatah lagi suami baru tamat belajar dan baru nak mula kerja. Mujur ada kawan yang sudi membantu.

Lepas tu keadaan adaa macam biasa. Tapi bila mula mengandung anak kedua, adaa kembali letih. Dalam sebulan berkali-kali ulang ke klinik. sampai satu tahap doktor tu kata ‘baliklah..awak tak sakit, cuma awak sangat lemah..balik google multivitamin ye’ dan itu saatnya adaa berkenalan dengan Shaklee. Blind date yang diatur dek encik google hehe Jadi, bermula dari situ adaa cuba satu persatu produk shaklee.

Mula-mula Vitalea, ESP, Fiber sebab masa tu adaa ada gestational diabetes. Walaupun terkawal tapi tetap merunsingkan dan adaa perlu diet ketika mengandung supaya bayi tak besar sangat. jadi adaa mula kawal melalui diet dan suplemen. Selama ni adaa dah cuba macam-macam jamu, ubat, tapi jarang yang berkesan dengan tubuh adaa. Tapi berbeza dengan shaklee, adaa rasa sangat serasi dan bantu adaa lebih bertenaga.Ā 

Dulu adaa tinggal ditingkat 5 tanpa lif. waktu mengandung 9 bulan adaa masih mampu naik tangga sampai ke tingkat 5 dengan mendukung anak yang waktu tu lebih 10kg. Selalu jugak naik dengan barang-barang dapur (shopping barang dapur) penuh dikiri kanan tangan. Alhamdulillah. dan disebabkan itu adaa pilih nak berpantang dengan Shaklee sepenuhnya. 100%. Apa yang adaa dapat? rasanya korang semua pun boleh teka.

Yup, ianya sangat membantu adaa sepanjang pantang dan menyusukan anak. Biasalah, dalam pantang, anak meragam, tak cukup tidur, letih, stress tapi alhamdulillah ianya membantu. dan atas sebab itu jugalah, bila anak kedua dan usia 4 bulan, adaa daftar sebagai ahli shaklee dan mula berkongsi kebaikan sebagai pengguna Shaklee dan Pengedar sah shaklee pada tahun 2011..dah hampir 5 tahun pun adaa gunakan shaklee šŸ˜€ Sampai sekarang bukan adaa jer yang guna, anak-anak, suami semua guna. Masa mengandung dan berpantang anak ketiga juga adaa 100% dengan shaklee. Dan adaa bukan suka-suka ye, adaa dah tanya Gyne (doktor sakit puan) dan mereka sangat menyokong dan minta adaa teruskan. Lepas bersalin pun, bawa anak check up 1 bulan, doktor terkejut tengok berat anak yang sangat montel dan memberansangkan dan minta adaa teruskan pengambilan shaklee šŸ˜€

Itu cerita adaa..korang pulak? perlu cuba dan rasakan sendiri šŸ˜€ Set berpantang shaklee semuanya vitamin semulajadi..jadi tiada yang bahaya untuk ibu dan anak ..sebab tu adaa ambil tanpa was-was. Semuanya memang nutrisi Ā asas yang diperlukan oleh seorang manusia, jadi memang patut ambil walaupun bukan masa mengandung ke, berpantang ke menyusukan anak ke. Lelaki pon boleh amalkan set ni tau.

SET BERPANTANG
SET BERPANTANG

APA BAGUSNYA SET NI?

VITALEA: Mengandungi 28 vitamin & mineral penting dan dilengkapi dengan zat besi untuk tenaga yang optimum. Ini kira paling asas dan wajib!

BCOMPLEX: Lengkap dengan 8 komponen vitamin B dan mempunyai sistem penyerapan bioaktif (penyerapan asid folik dengan lebih berkesan) . Membantu membekalkan tenaga kepada ibu dan juga membantu dalam pembakaran lemak dan pengurusan stress

VITAMIN C: Penting dalam penghasilan kolagen yang juga membantu pembentukan rawan, otot dan tulang fetus ketika mengandung. Juga meningkatkan sistem imun bayi dan ibu dan elak dari terkena jangkitan penyakit seperti selsema. Pengambilan vitamin c yang mencukupi ketika berpantang dan menyusukan anak juga membantu mencukupkan keperluan vitamin C bayi melalui penyusuan. Jadi bayi lebih sihat insyaAllah

ZINC: Membantu dalam penyembuhan luka dan juga mengelakkan sebarang jangkitan

OSTEMATRIX: 40% daripada susu ibu terdiri dari kalsium! jadi amat penting untuk ibu mendapat bekalan kalsium yang mencukupi. Ostematrix shaklee juga lengkap dengan magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan optimum.

ESP: Protein dari soya ini amat bagus untuk ibu dan bayi. Protein sangat membantu dalam penghasilan susu ibu, memberikan tenaga kepada ibu dan memberikan rasa kenyang lebih lama. Ia juga membantu tumbesaran bayi melalui susu ibu.

GLA: Mengimbangi hormon ibu selepas bersalin. Ketika hamil, hormon kita seperti roller coaster dan menggangu kitaran biasa. Jadi penting untuk kita imbangkan semula. Ia juga membantu dalam pembakaran lemak.

tu dia…lagi satu yang adaa ambil dan sangat bagus untuk ibu berpantang dan menyusukan anak ialah ALFALFA alfafa-complex-s Ianya membantu meningkatkan susu ibu, mengurangkan retensi air dan mencegah sembelit.Ā  Nak tahu banyak lagi fungsi alfalfa, sini ye.

Untuk mendapatkan promosi APRILĀ 2015 Ā boleh hubungi adaa ye.Untuk pembelian SET BERPANTANGĀ Ā menggunakan DEBIT/CREDIT card anda, Ā anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terusšŸ˜€ (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai) Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell order now LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Uncategorized

PROMOSI MAC 2015: JANGAN LEPASKAN!

Semalam lupa nak habaq, bulan ni ada promosi best untuk semua ibu, bapa , adik, kakak hehe

PROMOSI MAC
PROMOSI MAC

ESP ni memang killer produk lah, terbaik! bagi yang nak ambil peluang harga rendah sebelum GST ni, sila lah ya.

InsyaAllah adaa akan banyak berkongsi tentang produk ini, testimonial dan benda best lah hehe. stay tuned!

 

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::