#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · CAROTOMAX · PEPPERMINT-GINGER PLUS · SHAKLEE RELATED · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX

CARA ATASI MASALAH ANGIN

Dalam entry Adaa sebelum-sebelum ini (sila klik link untuk entry tersebut), Adaa ada menerangkan tentang apa itu asid refluks, masalah angin, gerd, cara rawatan melalui perubatan atau semulajadi, pengalaman Adaa sendiri dan apa vitamin yang Adaa ambil- SINI

Kali ini Adaa akan berikan cara atasi masalah angin dengan memberikan cadangan vitamin yang sesuai dengan masalah angin ni. Semoga membantu.

APA ITU ASID REFLUKS/MASALAH ANGIN

Orang kita selalunya menggambarkan asid refluks ni sebagai masalah angin. Asid refluks ialah keadaan dimana asid didalam perut kita kembali naik ke saluran makan atau esofagus.

gerd.jpg

Keadaan ini boleh mencetuskan pedih ulu hati iaitu terasa pedih di bahagin dada. Asid refluks boleh menjadi GERD iaitu keadaan yang lebih serius. Simptom lain termasuklah batuk, sendawa berlebihan, sakit tekak, pening, rasa tercekik, sakit dada, sukar tidur dan kesukaran untuk menelan. Keadaan ini boleh dibantu atau dikurangkan dengan pengambilan ubat, mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang lebih seimbang dan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin tertentu.

 CARA ATASI MASALAH ANGIN DENGAN VITAMIN

Sebelum ini Adaa sudah pun terangkan cara atasi masalah angin ini melalui ubat dan juga semulajadi (boleh klik link diatas tadi). Kali ini Adaa akan terangkan pula cara atasi masalah angin dengan penggunaan atau pengambilan vitamin.

Vitamin sahaja belum dapat dibuktikan dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah angin, asid refluks dan gerd, lebih banyak kajian diperlukan. Namun, kajian keatas vitamin-vitamin ini mampu membantu dalam merawat masalah angin, asid refluks dan GERD.

BCOMPLEX

Vitamin B complex mengandungi 8 komponen vitamin B ( niacin, folic acid, biotin, riboflavin, thiamin, Vitamin b-6, vitamin b-12, pantotenic acid) dan ianya telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan masalah asid refluks/gerd. –sumber

Asid folik , Vitamin B-6, Vitamin B-12

Vitamin B ini dikatakan mampu mengurangkan simptom masalah angin dan asid refluks. Asid folik boleh didapati dalam kekacang dan sayuran berdaun hijau. Vitamin B-6 pula boleh didapati melalui daging, ayam, kekacang, bijirin penuh, buahan dan sayuran.

Vitamin B-12 memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah termasuklah memastikan fungsi dan kesihatan tisu saraf.  Jika kita mengambil ubat dalam jangka masa panjang, ianya boleh menyebabkan badan kita kekurangan Vitamin B-12 ini. Jadi amat penting untuk kita pastikan badan kita tidak mengalami kekurangan Vitamin B-12 bagi menjamin kesihatan saraf.

Satu lagi simptom yang kerap dirasakan adalah berdebar, sesak nafas, sentiasa bercelaru, risau dan stress. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan serotonin iaitu sejenis ‘neurotransmitter’ di otak yang bertanggungjawab dalam perubahan mood, sistem pernafasan dan perubahan suhu badan. Kadangkala, masalah angin kita mungkin tidak terlalu serius, tetapi jika disertakan dengan kekurangan serotonin ini, ianya akan menjadikan keadaan lebih teruk.

Niacin (vitamin B-3)

Niacin memainkan peranan penting dalam penghasilan serotonin. Kekurangan niacin dan ‘precursor’nya iaitu tryptophan, boleh menyebabkan meningkatkan risiko untuk mendapat masalah depresi. Pengambilan makanan yang kaya dengan dengan niacin dapat membantu meningkatkan tahap tryptophan dan gabungan keduanya mampu meningkatkan penghasilan serotonin. Makanan yang kaya dengan niacin termasuklah juga makanan tenusu, kekacang, bijirin, daging, telur dan ikan.

Vitamin B-6 juga mampu membantu meningkatkan penghasilan serotonin. Vitamin ini membantu menukarkan tryptophan kepada serotonin. Sumber makanan yang kaya dengan serotonin termasuklah makanan laut seperti tuna dan salmon, ayam, hati, nasi, kacang, tembikai dan pisang.

Asid folik dan vitamin B-6

Kedua-dua komponen vitamin B ini juga dikatakan membantu dalam penghasilan serotonin yang juga banyak mengawal perubahan emosi dan mood seseorang. Ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan kesihatan mental.

*Kajian menunjukkan Vitamin B mampu melegakan simptom dalam mengatasi masalah angin dan ianya diambil bersama beberapa vitamin lain. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin B SAHAJA tidak dapat dipastikan dapat melegakan simptom tersebut.

ANTIOKSIDAN

Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Gastroenterology mencadangkan yang antioksidan dapat memberikan kesan positif terhadap masalah angin, asid refluks dan GERD-sumber . Antioksidan seperti Vitamin A,C & E sangat penting dalam melindungi sel yang rosak akibat molekul yang tidak stabil dipanggil ‘free radical’. Sel ini boleh menyebabkan kanser. Antioksidan juga membantu melindungi diri kita dari jangkitan dan penyakit.

VITAMIN A & VITAMIN C

University of Maryland Medical Center menasihatkan supaya mengambil makanan kaya dengan antioksidan bagi membantu mengatasi masalah angin dan asid refluks. Sebarang kerosakan sel akibat free radical atau jangkitan penyakit boleh menyebabkan simptom berkaitan masalah angin, asid refluks dan GERD menjadi bertambah teruk. Jadi, amat penting untuk kita memastikan pengambilan antioksidan kita mencukupi setiap hari.

Pengambilan Vitamin A dan Vitamin C Boleh membantu kesihatan sistem penghadaman dan mengurangkan serta melegakan simptom masalah angin tadi. Sumber makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah telur, hati, keledek, lobak merah dan bayam manakala sumber makanan bagi Vitamin C adalah lada benggala, brokoli, oren, lemon, limau nipis dan kiwi.

VITAMIN E

Vitamin E merupakan satu lagi antioksidan yang mampu melawan jangkitan dan melegakan simptom berkaitan masalaha angin, gerd dan asik refluks. Sumber makanan bagi Vitamin E termasuklah minyak zaitun, bayam, kacang dan avokado.

*Pengambilan Vitamin 100% sahaja belum dibuktikan dapat merawat masalah asid refluks, masalah angin dan GERD. Atau ianya mungkin tidak cukup dengan hanya mengamalkan pengambilan vitamin. Tetapi dengan pengambilan vitamin disertakan perubahan gaya hidup, pengambilan makanan berkhasiat mungkin mampu melegakan dan mengatasi masalah angin. Sekiranya masalah angin semakin membimbangkan, adalah lebih baik anda segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

#CADANGAN SET%2FRAWATAN.png

Di Shaklee kami mempunyai produk yang telah terbukti kualitinya dan telah bertahan lebih 50 tahun dipasaran.

BCOMPLEX: Lengkap dengan 8 komponen vitamin B dan mempunyai sistem penyerapan bioaktif (penyerapan asid folik dengan lebih berkesan) . Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 90% asid folik dipasaran bersifat sintetik.

Cara memilih b complex yang baik

  • Mengandungi kesemua 8 komponen vitamin (kebanyakan dipasaran tidak lengkap kerana sesetengah komponen seperti biotin adalah mahal dan bagi mengurangkan kos, mereka tidak meletakkan sesetengah komponen vitamin B tersebut.)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan Vitamin Bcomplex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)

CAROTOMAX– Merupakan antioksidan yang sangat baik dan membantu memeliharan membran mukosa perut dan usus. ia juga membantu meningkatkan sistem imun badan serta mengurangkan bengkak

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan 

Carotomax shaklee berbeza dari yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A (bentuk paling selamat), yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan. Jadi, jika ingin mendapatkan sumber Vitamin A yang selamat, anda perlu dapatkan carotomax shaklee. 

VITAMIN C– Vitamin C shaklee berbeza dengan vitamin c dipasaran kerana ianya bersifat ‘sustained release’. Ini bermaksud, bagi setiap biji Vitamin C shaklee (500mg), hanya 100mg akan dilepaskan kedalam sistem badan setiap jam. Jadi ianya akan kekal dalam sistem badan kita sekurang-kurangnya 5 jam. Lebih baik lagi, tiada Vitamin c yang akan terbazir dan disingkirkan melalui air kencing. Bagi Vitamin C yang tidak mempunyai sifat pembebasan secara berterusan ini, jika diambil dalam dos yang besar, ianya akan membazir kerana badan kita hanya boleh menyerap Vitamin C dalam kuantiti tertentu pada satu-satu masa dan selebihnya hanya akan disingkirkan.

VITAMIN E COMPLEX– Vitamin E shaklee dilengkapi dengan grape seed extract yang sangat penting untuk pengaliran darah yang lancar dan kesihatan saluran darah yang baik. Ia juga merupakan Vitamin E paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium.

PEPPERMINT GINGER PLUS–  Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi terkini. Secara klinikal, ianya sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman, Penting dalam pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Jika perut menghadapi masalah pencernaan, itu yang menyebabkan kita rasa kembung, angin.

VIVIX– Di Shaklee, kami mempunyai antioksidan terbaik dan sangat berkesan dalam melindungi dan memperbaiki sel. Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari yang memanfatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10 kali lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular. Vivix juga membantu dalam kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan. (Ini adalah produk terlaris di Malaysia dan luar  negara)

Sekiranya anda berminat untuk bertanya dengan lebih lanjut dalam cara atasi masalah angin, atau anda inginkan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai dengan budget anda, boleh hubungi/whatsapp Adaa untuk konsultasi percuma. InsyaAllah, kita berusaha semampunya 🙂

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · SHAKLEE RELATED · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX

KULIT CANTIK HANYA DENGAN RM60 SEBULAN

Ada banyak vitamin yang baik untuk kulit tetapi yang paling popular dan sentiasa ada dalam mana-mana produk kosmetik atau kecantikan adalah VITAMIN C & VITAMIN E.

Ini kira vitamin WAJIB untuk kulitlah. Tetapi vitamin ini kalau yang semulajadi, harganya agak mahal. Yelah barang elok dan berkualiti tinggi pasti harga juga setanding kan? Tetapi bila difikirkan khasiat dan kesan pengambilan yang sangat best, harga tu sangat murah dah.

Bab KEBERKESANAN & REPUTASI vitamin Shaklee dalam dunia makanan tambahan rasanya tak perlu dipertikaikan lagi. Lebih 100 tahun ianya wujud dan masih gah sehingga sekarang. Malah pelbagai ‘award’ telah dirangkul oleh syarikat NO.1 di Amerika ni. Orang pun tahu dah, kalau nak vitamin yang SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI carilah Shaklee, insyaAllah tak mengecewakan.

photo_2016-07-18_09-03-47.jpg

Produk penjagaan wajah bukan murah harganya. Pastinya untuk kekal sihat dan cantik ada kosnya kan..Tapi macam mana nak jaga kulit kita ni dengan produk PREMIUM seperti Shaklee pada harga MAMPU MILIK?

Tu jawabnyaa..hanya dengan pengambilan VITAMIN WAJIB ni cukup untuk membantu kulit anda kekal cantik tau. Ikutkan set asal memang banyak, macam yang Adaa cakap tadi lah..vitamin untuk kulit memang banyak..tetapi dalam dunia yang ekonomi pun tak stabil ni, kita kena bijak kan..ambil yang paling penting dan amalkan secara konsisten. Kesannya korang pun terkejut nanti.

Jadi, nak kulit cantik dengan SHAKLEE pada budget serendah RM60 sebulan? Ambil dua ni sahaja (vitamin e & vitamin C) insyaAllah tak menyesal.

Bukan saja boleh ambil secara oral, nak buat masker pun boleh tau..senang sangat!! nak info lebih pasal vitamin c dan vitamin e, klik je ok?

nak tanya dengan lebih lanjut? contact je adaa 🙂

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::

 

 

#CADANGAN DAN SET RAWATAN · ESP · SHAKLEE RELATED · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX

HILANGKAN PARUT ‘CHICKEN POX’ DENGAN CEPAT

Pagi-pagi ni ada seorang hamba Allah bertanyakan cara nak hilangkan parut..borak-borak sikit rupanya encik ni ada parut chicken pox..kalau budak-budak parut senang hilang..tapi semakin usia meningkat, sel pun makin kurang sihat berbanding masa kecik dulu kan, jadi masa yang diambil mungkin lama dan selalunya parut orang yang kena chicken pox ketika dewasa ni lagi teruk..huhu jatuh saham abam ensem sekejap..

chicken pox
gambar hiasan

Jadi apa yang adaa syorkan?

VITAMIN E

Vitamin E menjadikan kulit lebih lembut, melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah di dalam tisu kulit.

Apabila digunakan pada kulit yang ada parut , ia akan meningkatkan proses pembentukan tisu dan membantu dalam pertumbuhan semula. Apabila tisu baru ini terbentuk, ia akan menyembuhkan parut dan menjadikan kulit lebih licin.

 

VITAMIN C

Vitamin C ni merupakan antioksidan yang sangat bagus, jadi ia boleh membuang sel2 akibat ‘sunburn’/rosak/mati tadi dan memperbaiki sel yang rosak, menggalak sel sihat yang baru untuk kembali nampak muda dan flawless gtu. 😀

 

ESP

Ini adalah best selling product di Shaklee. Asasnya sama, kulit kita dari sel kan..parut adalah sel yang rosak dan mati..jadi nak ganti kulit yang baru yang cantik haruslah dari sel yang sihat. Bagi memastikan penghasilan sel yang sihat, sel memerlukan protein yang berkualiti tinggi seperti protein soya. Apabila ia mendapat nutrisi yang sepatutnya, sel baru yang sihat akan terhasil bagi menggantikan tisu yang rosak tadi.

 

Ini adaa kongsikan testimonial mereka yang dah mencuba shaklee untuk menghilangkan parut chicken pox. (credit kepada tuan  punya gambar)

testi chicken pox 1

testi chicken pox 2

testi chicken pox 3

testi chicken pox 4

testi chicken pox 5

Ini antaranya lah. Mereka semua menggunakan variasi produk yang berbeza..asasnya boleh ambil 3 produk diatas..nak lebih cepat mereka add on zinc dan vivix. Bergantung kepada tahap imun anda dan budget yang selesa dengan anda.

Jadi jangan risau, insyaAllah jelita dan ensem semula semuanya. 🙂

Alami masalah yang sama?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::

 

#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · SHAKLEE RELATED · VITAMIN E COMPLEX

CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN VITAMIN E

Memang banyak petua diluar sana, dan terlalu banyak produk dipasaran yang boleh membantu menghilangkan PARUT  jerawat. Tetapi bagi adaa, selagi boleh ambil yang semulajadi dan bebas kimia, ambillah..lebih selamat.

Kali ni adaa nak kongsi bagaimana nak hilangkan PARUT JERAWAT di wajah..tetapi ianya berkesan untuk jerawat yang tak terlalu teruk..kalau jerawat batu penuh semuka, Vitamin E boleh memburukkan keadaan tetapi untuk itu ada penyelesaian lain 🙂

Vitamin E is known to be effective against acne scars, but, studies have shown that it is more effective on mild acne, and its effects are limited for severe acne scars. In fact, in some cases, this vitamin is also claimed to have deteriorated the condition further, when applied on severe acne. – source

BAGAIMANA VITAMIN E MERAWAT DAN MEMULIHKAN PARUT JERAWAT?

Jerawat menghilangkan kelembapan kulit dan menjadikan ia kering. Inilah yang menjadi punca kulit berparut walaupun jerawat sudah hilang. Vitamin E mempunyai ciri-ciri untuk menghilangkan parut tersebut contohnya: Vitamin E menjadikan kulit lebih lembut, melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah di dalam tisu kulit.

Apabila digunakan pada kulit yang ada parut jerawat, ia akan meningkatkan proses pembentukan tisu dan membantu dalam pertumbuhan semula. Apabila tisu baru ini terbentuk, ia akan menyembuhkan parut dan menjadikan kulit lebih licin.

 

CARA MENGGUNAKAN VITAMIN E?

Selain mengambil vitamin e sebagai makanan tambahan harian, ianya boleh disapu secara terus dimuka yang berparut.

  • Basuh muka dengan pencuci muka dah keringkan
  • Ambil sebiji vitamin E dan cucukan dengan jarum
  • Sapukan minyak vitamin E pada parut dengan lembut. (dap gently)
  • Ambil kapas untuk membuang lebihan minyak

 

Lakukan setiap hari untuk hasil yang hebat!!

 

KELEBIHAN VITAMIN E SHAKLEE

vita-e-complex

  • Diperkaya dengan grape seed extract. (Grape seed extract is a super antioxidant — it is 20 to 50 times more effective than commonly known antioxidants Vitamin E, Vitamin C and beta carotene)
  • Vita-E Complex contains naturally occurring vitamin E (d-alpha tocopherol) from vegetable oil.(no wonder badan lebih cepat serap n lebih effective)
  • Ianya ASLIdan bukan sintetik
  • Lebih serasi dan aktif secara biologi berbanding sintetik
  • Tiada kesan sampingan (Shaklee always safe)
  • Lengkap dengan selenium- membantu Vitamin E berfungsi dengan lebih baik( bukan semua vitamin e dilengkapi dengan selenium sbb akan meningkatkan cost, but with vitamin E complex ni u get what u paid for! Totally worth it)
  • Membekalkan 400 IU setiap kapsul  anggaran seperti 24 sudu makan mayones 

Ini kelainan yang adaa pada VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE berbanding yang ada dipasaran.

MANFAAT VITAMIN E?

 

  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
  • Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
  • Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Pengambilan vitamin E membantu mengatasi masalah kedinginan.
  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
  • Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
  • Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

ini antara kelebihannya..banyak lagi tentang vitamin E yang kita tak tahu tau. Jadi, dah boleh ye sapu bagi yang ada parut tu..cuba jangan tak cuba.

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · CAROTOMAX · SHAKLEE RELATED · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX

VITAMIN TERBAIK MENCEGAH MASALAH RESDUNG

MASALAH RESDUNG
MASALAH RESDUNG

Sinus kita merembeskan mukus bagi tujuan membersihkan saluran laluan udara dan juga melembapkan. Tetapi bila sinus tersumbat, ianya boleh menyebabkan jangkitan kuman, ketidakselesaan, dan masalah kulit muka. Selalunya mereka yang sensitif terhadap habuk akan mudah dijangkiti kuman seterusnya menyebabkan masalah resdung ni..jadi kesihatan badan yang menyeluruh terutamanya sistem imun badan yang tinggi amat penting bagi mencegah masalah resdung ni.

APA VITAMIN TERBAIK MENCEGAH RESDUNG?

VITAMIN A

Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. 

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan 

Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan. Jadi, jika ingin mendapatkan sumber Vitamin A yang selamat, anda perlu dapatkan carotomax shaklee. 

Vitamin A membantu mengawal selia sistem imun tubuh kita. Dengan Vitamin A yang mencukupi, ianya membantu tubuh untuk kekal sihat dan tidak mudah jatuh sakit. Vitamin A juga membantu kesihatan kulit yang baik dan membran yang sihat. Keduanya ini merupakan ‘tembok’ yang perlu kita pastikan sentiasa sihat bagi mengelakkan kemasukan kuman dan virus yang seterusnya boleh menyebabkan resdung.

VITAMIN C

Vitamin C merupakan Vitamin yang sangat penting bagi mencegah sebarang jangkitan dan juga merawat jangkitan sekiranya sudah terjadi. Bagi Adaa, inilah vitamin yang sangat laris dikalangan pelanggan adaa kerana sekiranya anda selesema atau demam, ianya mampu membantu anda sihat kembali. Kiranya Vitamin WAJIB ada dirumah lah ni.

Jordan S. Josephson , pengarang ” Sinus Relief Now,” menunjukkan bahawa vitamin C adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu untuk menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas. Penyakit seperti selesema, jangkitan virus merupakan salah satu punca paling biasa yang mengundang resdung. Jadi amat penting untuk kita memastikan diri kita supaya tidak selesema.

Deborah Rosin , pengarang ” The Sinus Sourcebook ,” mengesyorkan bahawa orang-orang yang mudah dijangkiti selsema supaya mengambil dos 1,000mg vitamin C (2 biji vitamin C shaklee) setiap hari sebagai langkah pencegahan dan dua kali ganda dos untuk 2,000mg jika dijangkiti selesema.

VITAMIN E

Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat yang membantu merangsang sistem imun tubuh manusia dan melawan sebarang jangkitan termasuklah jangkitan yang melibatkan sinus. Salah satu fungsi utama Vitamin E dalam menangani masalah resdung ialah ianya membantu melancarkan peredaran darah disekitar tisu saluran sinus/resdung. Ini membantu tisu sinus yang telah dijangkiti pulih dengan lebih cepat. Cadangan pengambilan harian vitamin E ialah 400-1000IU setiap hari (1-2 biji Vitamin E shaklee)

Dengan pengambilan 3 vitamin ini secara konsisten, ia bukan sahaja dapat mencegah resdung dari terus terjadi, malah secara tidak langsung, anda turut mendapat manfaat lain daripada vitamin berkenaan seperti kulit yang cerah dan cantik, imun sistem yang tinggi dan banyak lagi. Untung kan?

VITAMIN UNTUK RESDUNG
VITAMIN UNTUK RESDUNG

slide 36 slide 37

Apa lagi?

nak dapatkan harga istimewa bulan ni boleh roger2 ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
#KORANGTAUTAK · OMEGA GUARD · VITAMIN E COMPLEX

#KORANG TAU TAK: KOLESTEROL TINGGI!

KOLESTEROL TINGGI!!
KOLESTEROL TINGGI!!

 

10 JUTA!! bukan angka yang kecil tau. Malaysia memang kaya dengan makanan a.k.a syurga makanan..dan kebanyakan makanan kita adalah berkolesterol tinggi, bergoreng, berlemak kan? Jadi kita harus mula rancang diet kita bagi mengelakkan terkena penyakit berbahaya.

Tahukah anda, OMEGA & VITAMIN E membantu dalam penurunan kolesterol? ya..betul 😀

PROMOTION BUY 2 OFF 5%
PROMOTION BUY 2 OFF 5%
CLEARANCE SALE!!
CLEARANCE SALE!! buy 1 free 1

 

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::