CINCH · CINCH TEA · ESP · MEALSHAKE · PERFORMANCE DRINK · resepi · SHAKLEE RELATED

4 RESEPI SMOOTHIES SIHAT DAN SEDAP

Selamat pagi!! Pagi ni Adaa nak kongsi 4 resepi smoothies yang sangat sedap dan yang lebih penting resepi smoothies ni sangat berkhasiat dan sesuai untuk sesiapa yang ingin mengamalkan pemakanan secara sihat, kekal langsing dan bertenaga.

Resepi smoothies ni mungkin sedikit berbeza dari yang anda pernah cuba kerana ianya menggunakan rangkaian produk shaklee.

”Habis kalau takda produk shaklee tak boleh buat ke??”

Jangan risau, anda boleh olah mengikut kesukaan anda tetapi adalah lebih afdal 🙂 jika anda dapat menggunakan produk tersebut.

Adaa dah pernah cuba ESP, mealshake, Cinch coklat, Performance Drink dari Shaklee dan jujurnya, ianya sangat sedap. Apa lagi dengan resepi smoothies yang menarik macam ni. Memang kaw!!

Apa pun layan video dulu 🙂

Resepi smoothies yang coklat tu sangatlah menggoda iman ok..Adaa memang kalah dengan coklat-coklat ni hehe

Bagi yang nak sangat sarapan atau meal replacement yang tak membosankan, sihat, berkhasiat, membekalkan tenaga berpanjangan, kenyang dengan lebih lama..silalah cuba resepi smoothies ni ok. Adaa berani jamin anda takkan menyesal!

Selamat mencuba!

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements
#MASALAH KESIHATAN · ESP · MEALSHAKE · PERFORMANCE DRINK · SHAKLEE RELATED

SET SHAKLEE POPULAR MENJELANG RAMADHAN

Diam tak diam, bulan depan kita dah nak bertemu Ramadhan sekali lagi. cepat betul rasa masa berlalu. Siapa yang belum qada’ puasa sila angkat tangan! Jangan lengah lagi ok? Ganti cepat.

Bila bercakap tentang Ramadhan, perkara pertama yang Adaa fikir ialah bagaimana nak kekalkan tenaga, bukan sahaja untuk kita tapi anak-anak. Anak yang sekolah ni lagi besar cabarannya..dah lah penat belajar, main lagi, cuaca pulak panas..kadang kesian tengok..Ini pun cuaca punyalah panas berapi..demam toksah cakap lah..merata budak-budak ke orang dewasa ke kena demam..siang panas, malam hujan..kalau bulan puasa lagilah kan..kena pastikan pengambilan air mencukupi.

untuk diri sendiri dan keluarga yang bakal berpuasa, apa selalunya set shaklee yang ramai orang ambil?

CADANGAN UNTUK BERPUASA SECARA SIHAT DENGAN SHAKLEE

ramadhan 1.jpg

ramadhan 2.jpg

BANYAK SANGAT? tak pun sebenarnya..tetapi atas permintaan sahabat dan semua pelanggan Adaa yang nak kan set yang lebih ‘budget’..ini ada set yang ringkas..bagi adaa..ini WAJIB lah hehe.

RAMADHAN FAVOURITESET.png

MEALSHAKE: aroma vanila yang sangat sedap. Diperkaya dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Hidangan lengkap yang membantu anda dan anak anda untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Diperbuat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan Lactalbumin. Lactalbumin ialah sejenis susu dan merupakan bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang berkualiti tinggi dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.

SIAPA PERLUKAN?

Semua golongan: Pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran, orang sakit, orang sibuk bekerja, atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Pilihan untuk SARAPAN PAGI YANG TERBAIK!

 

PERFORMANCE DRINK: Minuman sukan pertama  bagi atlet di USA. Ia juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, para atlet antarabangsa, dan pengembara terkemuka. Ujian klinikal membuktikan bahawa OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara kitaran bendalir dalam tubuh. Berbanding minuman sukan yang lain, Performance drink mempunyai 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

MANFAAT UTAMA?

  • Meningkatkan daya ketahan badan, berikan tenaga, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal.
  • Membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.
  • Mengurangkan kehausan, cegah penyahhidratan, melebapkan kulit dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan paras gula dan ianya telah terbukti secara klinikal

SIAPA PERLUKAN?

Sesuai untuk: Para atlet, mereka yang BERPUASA, sebelum dan selepas pembedahan, orang yang sering tidur lewat malam, orang yang sentiasa letih, paras gula rendah, tiada selera makan, cirit birit, vagina kering, kepeningan, penyahhidratan kulit dan otot.

 

ESP: Telah diiktiraf diseluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan. Setiap satu tin ESP (850gram) dihasilkan dari 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga yang bertahan lama.

Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

SIAPA PERLUKAN?

Semua peringkat umur dari muda hingga tua juga sesuai untuk penghidap kencing manis.

Untuk lebih manfaat dan info tentang ESP (produk terlaris) boleh klik link ‘ESP‘ ini.

Jadi, boleh kot buat kira-kira untuk persiapan ramadhan nanti. Jangan melepas ya.

Untuk pembelian SET KESIHATAN RAMADHAN  boleh hubungi adaa .(jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian boleh hubungi adaa juga ok?)

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · CINCH · CINCH TEA · HERBLAX · KURUS · LECITHIN

3 FORMULA LANGSING SECARA SIHAT

SET KURUS

Bulan Ramadhan ni selain ianya bulan ibadah, ia juga bulan kesihatan untuk kita. Allah menjadikan bulan ini ada sebab khusus ya..pasti ada sebab disebaliknya. Mungkin ramai yang tidak tahu, dengan berpuasa, kita sebenarnya telah melalui satu proses DETOKS yang sangat bagus. Tetapi bulan ni juga lah ramai diantara kita yang lepas dendam makan macam-macam waktu berbuka..dah tak jadi detoksnya. ..sayang kan?

Dengan berpuasa dan dengan pemakanan yang betul sepanjang ramadhan, anda sebenarnya telah meningkatkan kesihatan anda dengan sangat baik. Bukan sahaja anda kehilangan berat badan, tetapi yang lebih penting, anda ‘membuang’ segala toksik atau sampah dalam badan dan menjadi lebih sihat. Jadi janganlah menambah semula toksik/’sampah’ tu kedalam badan semula dengan memakan makanan yang tidak sihat saat berbuka puasa. rugi tau!

Berbalik kepada tajuk hari ni..nak langsing dengan sihat kan..siapa taknak kelihatan sihat dan cantik menjelang syawal? semua pun nak. Jadi manfaatkan sebaiknya waktu ini.

Dengan ibadah puasa, menjaga pemakanan sihat, anda boleh ‘boost’ lagi proses menghalau toksin, lemak berlebihan dengan mengambil makanan tambahan yang tepat seperti LECITHIN+HERBLAX+PROTEIN (CINCH atau ESP atau MEALSHAKE).

Dengan mengamalkan 3 formula ( BAKAR, BUANG & BINA) ini, insyaALLAH, anda bukan sahaja lebih langsing, malah lebih sihat dan bertenaga 🙂

Untuk KONSULTASI PERCUMA atau MEMBUAT PESANAN boleh hubungi adaa segera ok?

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
MEALSHAKE · NUTRIFERON · OMEGA GUARD · PERFORMANCE DRINK

PERISAI KETIKA JEREBU: JANGAN AMBIL REMEH

Sekali lagi negara diselubungi jerebu teruk tahun ni..memang menyesakkan lubang hidung. Adaa sendiri rasa tak selesa dan mula batuk-batuk.

Adaa ingat lagi pada tahun 2013, jerebu sangat teruk sampaikan kena isytihar darurat di Muar kalau tak sihat..mau nya tak..bacaan sampai 700 lebih..Minggu lepas adaa ke klinik sebab suami demam, dan doktor tu kata memang ramai sekarang ni diserang asma, demam, batuk..macam-macam jenis virus mula menyinggah.

Hari ini dan esok, sekolah juga diarahkan untuk tutup kan? Bacaan masih lagi belum berkurang secara drastik malah ada yang mengatakan 10 hb oktober ini jerebu bakal teruk semula. Jadi kena siapkan perisai! Mask, vitamin, ubat..semualah.

Bila cuaca macam ni, virus, bakteria macam-macam ada diudara dan kita harus elakkan dari terdedah kepada semua tu..kalau tak penyakit mudah menyinggah..tapi adakalanya memang tak dapat nak elak kan? Jadi, kita kena kuatkan imun sistem kita dan keluarga.

APA TINDAKAN KETIKA JEREBU?

TINDAKAN SEMASA JEREBU
TINDAKAN SEMASA JEREBU

Sangat penting untuk kita jaga kesihatan ketika ini tau.

Bagi yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga..yelah kalo dah kerja nya kat luar mcm mana pulak nak kurangkan aktiviti kan..nak tak nak terpaksa juga keluar..kalau yang duduk dalam rumah ni pon boleh berisiko mengalami masalah kesihatan, apatah lagi yang diluar..

Jadi, adaa sarankan, supplement yang sesuai untuk kita dalam cuaca sebegini:

Omega& mealshake– mengalami masalah pernafasan seperti asma

Nutriferon– Perisai terbaik untuk meningkatkan imuniti tubuh badan anda

Performance Drink– Mengelakkan anda mengalami dehydration. Performance drink bantu anda hydrate lebih cepat dari air.

Kita sama-sama jaga diri ye..

PROMOTION BUY 2 OFF 5%

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
#CADANGAN DAN SET RAWATAN

RESEPI MINUMAN BERKHASIAT UNTUK ANAK-ANAK! RUGI TAK CUBA!!

Kanak-kanak sangat memerlukan protein untuk tumbesaran kan? Tapi kadang-kadang susah betul nak bagi minuman yang berkhasiat ni..naknye air yang tak tentu arah tu kan? Biasalah kan budak-budak lepas balik sekolah ..dengan panas, dahaga, tak kisah dah..asal ada depan mata.

Kali ni kita cuba tukar lah sikit..bagi anak-anak minuman yang menyeronokkan tapi juga menyihatkan..jom tengok beberapa resepi

smoothies!
smoothies!

HIDANGAN ‘FUN & HEALTHY”

  • 1 skop aiskrim
  • 1 sudu besar ESP/mealshake
  • 1/4 cawan susu segar

Hanya kkisarkan atau shake bersama! segar nyaaaaaaaaaaaaa

 

HIDANGAN ‘APPLE FUN!’

  • 2 Sudu besar mealshake/ESP
  • 3 kiub ais
  • 1 cawan jus epal

Shake2 atau kisar rata dan minum!

 

HIDANGAN BANANANANA :d

  • 1/2 pisang beku
  • 2 sudu besar ESP atau Mealshake
  • 8 oz susu segar

Kisar dan minum!

 

semua senangs sangat kan..bahan pun sangat senang dapat..ini kalau dapat balik sekolah, uuuu nikmat sampai ke perut tau.

Selamat mencuba!!

Bulan ni promosi ESP, pastinya harga yang rendah lah kan..dah nama promosi..jangan lepaskan ok?

Untuk melihat testimonial ESP boleh klik TESTIMONI-ESP

Untuk mendapatkan promosi SEPTEMBER 2015  boleh hubungi adaa ye. Untuk pembelian ESP tanpa promosi menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · MEALSHAKE · OMEGA GUARD · PERFORMANCE DRINK · SHAKLEE RELATED · VITALEA FOR KIDS

5 TIPS MEMBANTU ANAK BERPUASA

Tahun ni Adam 6 tahun dah..dah mula tahu apa tu puasa, macam mana puasa..tahu pulak rasa segan kalau tak berpuasa..jika diikutkan, umur adam ni belum patut pun lagi berpuasa..belum wajib pun..jadi kalau korang ada anak yang lebih kurang macam adam ni..jangan lah paksa-paksa dia puasa hanya kerana nak ikut kawan-kawan. Lebih baik berikan dia ruang dan kefahaman kenapa perlu berpuasa.

Bila anak wajib berpuasa? Apabila anak itu sudah baligh..maka dia wajib berpuasa. Tetapi adalah sangat dituntut untuk kita didik anak-anak berpuasa sebagai persedian buat mereka. Tapi macam mana?

5 tips untuk membantu anak-anak berpuasa.

Menyediakan sahur yang sesuai dengan keperluan anak.

Adam ni sangat ‘semangat’ badan nya..suka makan..sampai adaa sendiri macam ragu-ragu je bila dia kata nak puasa. Tapi dah dia minta nak puasa, nak sahur, jadi kita ikutkan lah dulu. Yang pasti, berikan menu sahur yang membantu anak untuk kekal bertenaga sekurang-kurangnya sehingga waktu zohor. ( buat kali pertama)

4
NUTRISI KANAK-KANAK BERPUASA

Membahagikan tempoh puasa

Anak kita kecik lagi..jadi mungkin susah dia nak puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari apa lagi kalau yang kuat makan minum macam adam mokmok ni hehe. Jadi, nyatakan pada mereka yang hari ini, puasa sehingga zohor/balik sekolah dulu..dah boleh, panjangkan sedikit sehingga asar..dah boleh lagi baru dilanjutkan sehingga berbuka..biarkan dia puasa bertahap..takpe..perlahan-lahan ok..

Memuji dan memberi dorongan

Sentiasa memuji dan memberi dorongan pada anak-anak yang berpuasa tak kira berapa jam sekalipun dia puasa. Dengan cara ini dia rasa lebih dihargai dan lebih bersemangat untuk terus berpuasa.

Menyediakan persekitaran dan kondisi yang sesuai untuk mereka bermain.

Dengan cuaca yang panas terik ni, bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pon boleh haus, melepek letih betul tak? Jadi pastikan anak-anak bermain ditempat teduh atau membuat aktiviti yang tidak menggunakan terlalu banyak tenaga. Barulah dia boleh bertahan lebih lama.

Ajarkan bahawa orang-orang yang puasa disayangi Allah

Tindakan memberi duit sekiranya anak berpuasa atau hadiah yang keterlaluan akan memberikan dia satu mesej yang tidak tepat dengan ibadah berpuasa. Kalau biasa dididik dengan duit dan hadiah, jadi dia akan berpuasa kerana hadiah bukan atas sebab dia nak berpuasa. Jadi selagi boleh, jadikan ianya pilihan terakhir dalam mendidik anak berpuasa. Lebih baik diterangkan kenapa umat Islam wajib berpuasa dan kelebihan berpuasa. Tapi dalam cara santailah..kanak-kanak adalah makhluk Allah yang bijak..kadang-kadang kita ‘underestimate’ kefahaman mereka..cuba terangkan dulu dengan cara yang seronok dan bersahaja. InsyaAllah lama kelamaan mereka akan berpuasa atas kehendak sendiri dan kefahaman mereka. 😀

3 RAMADHAN: Badan masih menyesuaikan diri dengan aktiviti sahur dan ikut ibu abah kesana kemari sampai demam :D
3 RAMADHAN: Badan masih menyesuaikan diri dengan aktiviti sahur dan ikut ibu abah kesana kemari sampai demam :D. Dilarang duduk dan baring katanya, letak kepala je ok kot kan? 

Hari pertama puasa, si Eilman demam, lepas tu dia baik, Fahry pulak demam, lepas fahry, Adam pulak demam..demam viral agaknya..sekejap2 jer..perubahan cuaca yang sangat panas..panas sejuk panas sejuk..Alhamdulillah..semalam semua dah sihat pun 😀

Biasalah, tak pernah bangun pagi2, badan kena bangun pagi..lepas tu puasa, kurang ‘water intake’, lepas tu travel selalu..sana sini sana sini..jangankan Adam, Adaa pun dah nak demam hehe

Yang si adik, Eilman, tetap ‘berpuasa’ walau dah berkali-kali makan..’eilman kuasa kan ibu kan’ yelah nak oi..’kuasa’ sangat..hehe puasa pon jadi kuasa…

InsyaAllah..moga-moga anak-anak kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik 😀 sokong aja..jangan dipaksa-paksa ok moms?

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::