VIVIX

RAWAT ASMA DENGAN VIVIX?

sejak akhir2 ni ramai yang berkongsi kebaikan vivix ni..dan salah satu testimoni yang paling kerap adaa dengar ialah ianya mampu merawat asma..tertanya jugak lah macam mana tu? Almaklumlah, adaa ni berminat dengan cara ianya berfungsi..kadang2 doktor pon rimas agaknya sebab asyik bertanya..bukan apa, kalo sakit, pastu gi hospital, doktor cuma bagi ubat, adaa sungguh lah tak suka..adaa suka doktor yang chitchat dgn kita..terangkan macam mana boleh kena sakit xxx, apa rawatan xxx, kalo dia bagi ubat, kenapa ubat ni, tak ubat lain, bagaimana ia bertindak..so next time kita tau dah lebih arif tentang penyakit tu dan pada masa yang sama tu, tambah lah ilmu kan..jangan duk ikut je..kene tahu apa yang kita makan 🙂

So kali ni nak share pasal vivix dan asma..penyakit asma ni sangat2 lazim sebab dunia kita sekarang ni semakin kotor..yang takda asma pon boleh kena tau..jerebu je dah berapa kali setahun, takyah tunggu jerebu, gi stesen bas je dah kelam..huhu macam hari tu selepas banjir besar di Kelantan, habuk tuhan saja yang tahu..disebabkan air lumpur yang membenam Kelantan, selepas kering, semuanya  merah..cuaca panas menyebabkan lumpur-lumpur kering dan bila kenderaan lalu, habuk berterbangan diudara, tu belum campur dengan asap orang membakar barang-barang yang dah musnah dalam banjir..memang kena lengkap memakai penutup hidung. Kalau orang yang jenis sensitif, cepat sangat terkena batuk teruk dan asma.

Jadi, betul ke vivix boleh merawat asma? How?

Apa ada dalam Vivix?

 Anggur muskat, Elderberry, Lobak Ungu dan Polygonum Cuspidatum.

Muscadine Grape

Satu-satunya anggur di dunia yang memiliki lebih daripada 1 kromosom. Muscadine Grape ini memiliki 20 kromosom sebab tu lah saintis buat kajian yang lebih mendalam ke atas anggur hebat ni. Hasil kajian mereka terbuktilah bahawa anggur ini memang mempunyai ciri-ciri yang boleh menghentikan perkembangan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti-bakteria. Salah satu nutrisi terpenting yang diekstrak daripada Anggur hebat ini ialah RESVERATROL yang amat penting untuk alternatif pelbagai masalah seperti penuaan, kanser, diabetis, gout, darah tinggi dan pelbagai lagi.

Purple Carrot

Daripada warnanya yang unk iaitu ungu-kuning dan ungu-oren juga telah menunjukkan ciri-ciri istimewa yang ada pada Purple Carrot ini. Ia adalah sumber vitamin A terbaik dan juga antioksidan yang berkualiti tinggi. Memalui pelbagai kajian yang telah dilakukan kepada tumbuhan istimewa ini terbuktilah bahawa ia adalalah sumber antioksidan, anti-radang dan pelbagai ‘anti’ lain lagi yang penting untuk tubuh. Selain itu,ia juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Elderberry

elderberry

Kandungan terpenting dalam Elderberry ialah flavonoidsnya yang sangat penting iaitu sebagai antioksidan yang kuat. Antioksidan ini diperlukan tubuh untuk menguatkan sistem imun dan melawan jangkitan-jangkitan virus dan bakteria. Elderberry juga sangat kaya dengan vitamin A, B, C dan pelbagai lagi. Ia sangat bermanfaat untuk mengurangkan simptom Influenza,  menguatkan sistem imun, meredakan asthma, merendahkan tahap kolestrol, diabetis, meningkatkan kesihatan mata dan melindungi daripada serangan jantung dan strok.

Knotweed Jepun

polyganum

Merupakan sumber resveratrol selain daripada Muscadine Grape. Reservatrol  sangat penting untuk anti-penuaan,merendahkan koletsrol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlit sukan dan mengurangkan berat badan.

Dalam banyak2 kandungan vivix ni yang menjurus lebih kepada asma ialah European Elderberry.

european elderberry ni merupakan antioksidan yang kuat dan sangat bagus dalam meningkatkan imun sistem serta melawan virus..kalau asma ni, memang sangat penting lah bab2 menghindar diri dari kuman, virus dan meningkatkatkan sistem imun..bila paru2 dijangkiti kuman, virus, itu yang menyebabkan jadi asma..jadi kajian menunjukkan peningkatan dalam sistem imun itu lah membantu dalam memulihkan asma..bila badan kuat, sistem tubuh sukar dijangkiti, jadi asma pon dapat dicegah.

selain itu elderberry ni juga mampu mengurangkan penghasilan mukus atau lendir di bahagian salur pernafasan dan mengurangkan radang di bahagian tersebut. sebab itu elderberry ni bukan sahaja bagus dalam merawat asma, malah segala masalah yang berkaitan dengan sistem respirasi seperti resdung, batuk, selesema, bronkitis, sakit tekak dan influenza. 

sebab itulah, VIVIX merupakan pilihan yang baik jika anda mengalami masalah disaluran respirasi. so buat pilihan yang bijak 😀

Untuk mendapatkan promosi FEB 2015  boleh hubungi adaa ye. Untuk pembelian VIVIX tanpa promosi menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements
OMEGA GUARD

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU OMEGA-3

Omega ni salah satu nutrien yang sangat penting tapi sering diabaikan oleh ramai orang. Sebelum ni adaa sendiri tak pernah ambil tahu tentang omega ni..main makan ikan je tapi sebenarnya kita perlu ambil dalam jumlah yang betul, dari sumber semulajadi dan berterusan.

Anda rasa anda tak perlukan omega-3? Cuba tengok 5 sebab dibawah, mungkin anda perlu sebenarnya.. 😀

1.BANTU ANDA KEKAL FOKUS

Omega diketahui sebagai ‘vitamin cerdik atau vitamin IQ’. Ada sebabnya ia dipanggil begitu ya..Omega dapat meningkatkan kesihatan dan fungsi otak dari kita kecil hingga tua.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Cerebral Cortex pada bulan Jun 2013, prestasi kognitif dan kadar pemikiran kompleks orang dewasa meningkat apabila diberi 2.2 gram omega -3 ( EPA / DHA ) sehari . Omegas -3 meningkatkan kesihatan otak dengan membantu untuk mengekalkan aliran darah yang baik ( aliran darah ke otak ) dan menyediakan struktur dan integriti untuk membran sel-sel di dalam otak anda .

2. BANTU ANDA KEKAL LANGSING

Ini salah satu sebab kenapa ramai orang mengamalkan omega dalam diet mereka.

Dalam satu kajian daripada 124 orang dewasa , mereka yang mempunyai kandungan Omega yang rendah mempunyai BMI dan ukuran pinggang dan pinggul lebih tinggi berbanding orang dewasa dengan kandungan omega -3 yang lebih tinggi .

Omega-3 dapat memberi kelebihan metabolik dan merangsang hormon yang membantu anda mengawal jumlah makanan yang dimakan dan membolehkan badan untuk membakar lemak sebagai tenaga . Omega -3 juga boleh mengurangkan hormon kelaparan dan membantu meningkatkan hormon yang berkaitan dengan perasaan kenyang supaya anda kenyang lebih lama.

3. MEMBERIKAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT

Semua orang mahukan kulit yang sihat dan cantik.

Satu kajian mendapati bahawa asid lemak omega-3 membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan UV akibat terdedah kepada cahaya matahari . Penyelidikan yang diterbitkan dalam Experimental Dermatology pada tahun 2011 melaporkan bahawa omega -3 dapat membantu dalam mengurangkan ‘photosensitivity’ , mengurangkan tindak balas imun berikutan pendedahan matahari , serta pengurangan ‘photoaging’ dan tekanan oksidatif akibat daripada pendedahan cahaya matahari . Omega -3 juga memainkan peranan dalam membantu mencegah kanser kulit . Dengan iklim khatulistiwa di Malaysia ni omega sudah pasti menjadi satu suplemen terpenting.

4. OMEGA MENURUNKAN KOLESTEROL JAHAT DAN MENINGKATKAN KOLESTEROL BAIK

Ini satu lagi masalah terbesar orang di Malaysia. Malaysia kaya dengan menu yang pelbagai dan kita semua suka makan kan? Tapi akibatnya lebih 60% rakyat malaysia mengalami obesiti dan kolesterol tinggi.

Diet dengan pengambilan omega -3 dapat membantu menurunkan kadar ‘kolesterol jahat’ (LDL) dan meningkatkan kadar ‘kolesterol baik’ (HDL). Itulah sebabnya Persatuan Jantung Amerika menyarankan orang dewasa yang sihat untuk makan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan ( ikan sebaik-baiknya berminyak dari perairan sejuk) setiap minggu untuk mendapatkan kira-kira 500mg – 1g omega -3 sehari.

5. BANTU MENGURANGKAN ASMA

Asma atau lelah adalah penyakit lazim dinegara kita. Dengan udara yang tercemar dan kotor, sesiapa pun berisiko untuk mendapat asma.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang menghidap asma mempunyai tahap omega -3 yang lebih rendah berbanding mereka yang tiada asma . Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan omega -3 meningkatkan tahap kesihatan penghidap asma. Satu kajian yang disiarkan dalam Perubatan Respiratori , melaporkan peningkatan fungsi paru-paru sebanyak 59 % dan mengurangkan keradangan saluran udara selepas mereka mengambil omega – 3.

Ini baru 5, ada banyak lagi kelebihan dan kepentingan omega yang kita perlu tahu..InsyaAllah lain masa adaa sambung lagi ye.

Untuk pembelian OMEGA GUARD  menggunakan DEBIT/CREDIT card anda, anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus 😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian boleh hubungi adaa ok?)

ATAU JIKA INGIN MENDAPATKAN PROMOSI NOVEMBER:

#OMEGA BUY 6 FREE 1 dan

wpid-img-20141101-wa0000.jpg

#OMEGA TWIN PACK

OMEGA TWINPACK PROMO

sila contact adaa segera. PROMOSI NOVEMBER SHJ!

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::