#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · CAROTOMAX · PEPPERMINT-GINGER PLUS · SHAKLEE RELATED · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX

CARA ATASI MASALAH ANGIN

Dalam entry Adaa sebelum-sebelum ini (sila klik link untuk entry tersebut), Adaa ada menerangkan tentang apa itu asid refluks, masalah angin, gerd, cara rawatan melalui perubatan atau semulajadi, pengalaman Adaa sendiri dan apa vitamin yang Adaa ambil- SINI

Kali ini Adaa akan berikan cara atasi masalah angin dengan memberikan cadangan vitamin yang sesuai dengan masalah angin ni. Semoga membantu.

APA ITU ASID REFLUKS/MASALAH ANGIN

Orang kita selalunya menggambarkan asid refluks ni sebagai masalah angin. Asid refluks ialah keadaan dimana asid didalam perut kita kembali naik ke saluran makan atau esofagus.

gerd.jpg

Keadaan ini boleh mencetuskan pedih ulu hati iaitu terasa pedih di bahagin dada. Asid refluks boleh menjadi GERD iaitu keadaan yang lebih serius. Simptom lain termasuklah batuk, sendawa berlebihan, sakit tekak, pening, rasa tercekik, sakit dada, sukar tidur dan kesukaran untuk menelan. Keadaan ini boleh dibantu atau dikurangkan dengan pengambilan ubat, mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang lebih seimbang dan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin tertentu.

 CARA ATASI MASALAH ANGIN DENGAN VITAMIN

Sebelum ini Adaa sudah pun terangkan cara atasi masalah angin ini melalui ubat dan juga semulajadi (boleh klik link diatas tadi). Kali ini Adaa akan terangkan pula cara atasi masalah angin dengan penggunaan atau pengambilan vitamin.

Vitamin sahaja belum dapat dibuktikan dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah angin, asid refluks dan gerd, lebih banyak kajian diperlukan. Namun, kajian keatas vitamin-vitamin ini mampu membantu dalam merawat masalah angin, asid refluks dan GERD.

BCOMPLEX

Vitamin B complex mengandungi 8 komponen vitamin B ( niacin, folic acid, biotin, riboflavin, thiamin, Vitamin b-6, vitamin b-12, pantotenic acid) dan ianya telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan masalah asid refluks/gerd. –sumber

Asid folik , Vitamin B-6, Vitamin B-12

Vitamin B ini dikatakan mampu mengurangkan simptom masalah angin dan asid refluks. Asid folik boleh didapati dalam kekacang dan sayuran berdaun hijau. Vitamin B-6 pula boleh didapati melalui daging, ayam, kekacang, bijirin penuh, buahan dan sayuran.

Vitamin B-12 memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah termasuklah memastikan fungsi dan kesihatan tisu saraf.  Jika kita mengambil ubat dalam jangka masa panjang, ianya boleh menyebabkan badan kita kekurangan Vitamin B-12 ini. Jadi amat penting untuk kita pastikan badan kita tidak mengalami kekurangan Vitamin B-12 bagi menjamin kesihatan saraf.

Satu lagi simptom yang kerap dirasakan adalah berdebar, sesak nafas, sentiasa bercelaru, risau dan stress. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan serotonin iaitu sejenis ‘neurotransmitter’ di otak yang bertanggungjawab dalam perubahan mood, sistem pernafasan dan perubahan suhu badan. Kadangkala, masalah angin kita mungkin tidak terlalu serius, tetapi jika disertakan dengan kekurangan serotonin ini, ianya akan menjadikan keadaan lebih teruk.

Niacin (vitamin B-3)

Niacin memainkan peranan penting dalam penghasilan serotonin. Kekurangan niacin dan ‘precursor’nya iaitu tryptophan, boleh menyebabkan meningkatkan risiko untuk mendapat masalah depresi. Pengambilan makanan yang kaya dengan dengan niacin dapat membantu meningkatkan tahap tryptophan dan gabungan keduanya mampu meningkatkan penghasilan serotonin. Makanan yang kaya dengan niacin termasuklah juga makanan tenusu, kekacang, bijirin, daging, telur dan ikan.

Vitamin B-6 juga mampu membantu meningkatkan penghasilan serotonin. Vitamin ini membantu menukarkan tryptophan kepada serotonin. Sumber makanan yang kaya dengan serotonin termasuklah makanan laut seperti tuna dan salmon, ayam, hati, nasi, kacang, tembikai dan pisang.

Asid folik dan vitamin B-6

Kedua-dua komponen vitamin B ini juga dikatakan membantu dalam penghasilan serotonin yang juga banyak mengawal perubahan emosi dan mood seseorang. Ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan kesihatan mental.

*Kajian menunjukkan Vitamin B mampu melegakan simptom dalam mengatasi masalah angin dan ianya diambil bersama beberapa vitamin lain. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin B SAHAJA tidak dapat dipastikan dapat melegakan simptom tersebut.

ANTIOKSIDAN

Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Gastroenterology mencadangkan yang antioksidan dapat memberikan kesan positif terhadap masalah angin, asid refluks dan GERD-sumber . Antioksidan seperti Vitamin A,C & E sangat penting dalam melindungi sel yang rosak akibat molekul yang tidak stabil dipanggil ‘free radical’. Sel ini boleh menyebabkan kanser. Antioksidan juga membantu melindungi diri kita dari jangkitan dan penyakit.

VITAMIN A & VITAMIN C

University of Maryland Medical Center menasihatkan supaya mengambil makanan kaya dengan antioksidan bagi membantu mengatasi masalah angin dan asid refluks. Sebarang kerosakan sel akibat free radical atau jangkitan penyakit boleh menyebabkan simptom berkaitan masalah angin, asid refluks dan GERD menjadi bertambah teruk. Jadi, amat penting untuk kita memastikan pengambilan antioksidan kita mencukupi setiap hari.

Pengambilan Vitamin A dan Vitamin C Boleh membantu kesihatan sistem penghadaman dan mengurangkan serta melegakan simptom masalah angin tadi. Sumber makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah telur, hati, keledek, lobak merah dan bayam manakala sumber makanan bagi Vitamin C adalah lada benggala, brokoli, oren, lemon, limau nipis dan kiwi.

VITAMIN E

Vitamin E merupakan satu lagi antioksidan yang mampu melawan jangkitan dan melegakan simptom berkaitan masalaha angin, gerd dan asik refluks. Sumber makanan bagi Vitamin E termasuklah minyak zaitun, bayam, kacang dan avokado.

*Pengambilan Vitamin 100% sahaja belum dibuktikan dapat merawat masalah asid refluks, masalah angin dan GERD. Atau ianya mungkin tidak cukup dengan hanya mengamalkan pengambilan vitamin. Tetapi dengan pengambilan vitamin disertakan perubahan gaya hidup, pengambilan makanan berkhasiat mungkin mampu melegakan dan mengatasi masalah angin. Sekiranya masalah angin semakin membimbangkan, adalah lebih baik anda segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

#CADANGAN SET%2FRAWATAN.png

Di Shaklee kami mempunyai produk yang telah terbukti kualitinya dan telah bertahan lebih 50 tahun dipasaran.

BCOMPLEX: Lengkap dengan 8 komponen vitamin B dan mempunyai sistem penyerapan bioaktif (penyerapan asid folik dengan lebih berkesan) . Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 90% asid folik dipasaran bersifat sintetik.

Cara memilih b complex yang baik

  • Mengandungi kesemua 8 komponen vitamin (kebanyakan dipasaran tidak lengkap kerana sesetengah komponen seperti biotin adalah mahal dan bagi mengurangkan kos, mereka tidak meletakkan sesetengah komponen vitamin B tersebut.)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan Vitamin Bcomplex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)

CAROTOMAX– Merupakan antioksidan yang sangat baik dan membantu memeliharan membran mukosa perut dan usus. ia juga membantu meningkatkan sistem imun badan serta mengurangkan bengkak

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan 

Carotomax shaklee berbeza dari yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A (bentuk paling selamat), yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan. Jadi, jika ingin mendapatkan sumber Vitamin A yang selamat, anda perlu dapatkan carotomax shaklee. 

VITAMIN C– Vitamin C shaklee berbeza dengan vitamin c dipasaran kerana ianya bersifat ‘sustained release’. Ini bermaksud, bagi setiap biji Vitamin C shaklee (500mg), hanya 100mg akan dilepaskan kedalam sistem badan setiap jam. Jadi ianya akan kekal dalam sistem badan kita sekurang-kurangnya 5 jam. Lebih baik lagi, tiada Vitamin c yang akan terbazir dan disingkirkan melalui air kencing. Bagi Vitamin C yang tidak mempunyai sifat pembebasan secara berterusan ini, jika diambil dalam dos yang besar, ianya akan membazir kerana badan kita hanya boleh menyerap Vitamin C dalam kuantiti tertentu pada satu-satu masa dan selebihnya hanya akan disingkirkan.

VITAMIN E COMPLEX– Vitamin E shaklee dilengkapi dengan grape seed extract yang sangat penting untuk pengaliran darah yang lancar dan kesihatan saluran darah yang baik. Ia juga merupakan Vitamin E paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium.

PEPPERMINT GINGER PLUS–  Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi terkini. Secara klinikal, ianya sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman, Penting dalam pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Jika perut menghadapi masalah pencernaan, itu yang menyebabkan kita rasa kembung, angin.

VIVIX– Di Shaklee, kami mempunyai antioksidan terbaik dan sangat berkesan dalam melindungi dan memperbaiki sel. Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari yang memanfatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10 kali lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular. Vivix juga membantu dalam kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan. (Ini adalah produk terlaris di Malaysia dan luar  negara)

Sekiranya anda berminat untuk bertanya dengan lebih lanjut dalam cara atasi masalah angin, atau anda inginkan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai dengan budget anda, boleh hubungi/whatsapp Adaa untuk konsultasi percuma. InsyaAllah, kita berusaha semampunya 🙂

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#MASALAH KESIHATAN

AKU & GERD/ ASID REFLUKS

Salam 6 ramadhan buat semua. Apa cerita pulak pasal asid refluks dan gerd kali ni?

Mula² ingat, puasa akan jadi cabaran yang besar bagi pesakit gastrik atau gerd atau seumpamanya. Tetapi alhamdulillah puasa ni lebih mudah dari hari biasa.

Sebabnya, bila puasa, kita tak makan apa, perut kosong, jadi takda apa yang nak diproses, atau hanya sikit nak diproses atau dihadamkan kan. Yelah kalau ada pun masa sahur tu jelah. Jadi kurang gas dibebaskan dan bagi pesakit gerd yang ada masalah L. E. S longgar, kuranglah gas atau angin yang naik semula ke salur makan.

Tetapi nak dijadikan cerita, semalam masa berbuka lupa ambil ubat dulu. Patutnya makan ubat dulu baru makan. Bila beg ubat tak ditempat biasa, mulalah terlupa. Lepas makan baru teringat sebab kaki dah mula menggeletar, tekak mula rasa tercekik, angin mula rasa meremang dari kaki sampai ke kepala. Menakutkan.

Untuk hilangkan dan lupakan rasa macam tu, Adaa cuba lelapkan mata. Tapi dikejutkan dek suami sebab nak ajak balik dari kuala pilah ke seremban. Rasa macam ok. Bila dalam kereta, rasa balik. Mungkin pergerakan berada dalam kereta membuatkan angin bergolak dan menambah rasa tercekik atau istilahnya ‘chocking’. Pedih ulu hati takde pulak. Nafas mula turun naik dek takut sebab tak lepas untuk bernafas dengan baik.

Terus cuit suami untuk pergi hospital, jadi teruslah buat u-turn ala fast & furious menuju ke hospital terdekat iaitu hospital kuala pilah.

Pergi bahagian kecemasan, cek itu ini lebih kurang, nafas tak berapa kuat, tak dapat bernafas dalam². Terus dimasukkan iv, masuk ubat ranitidine, telan MMT, dan apa jenis ubat lagi tah.. Rehatlah dua jam sambil menunggu habis air sebotol dimasukkan. Sambil² tu berulang kali diperiksa tekanan darah, bacaan nadi dan ambil darah untuk diperiksa.

Lepas dua jam, alhamdulillah, chocking berkurang walaupun tak sepenuhnya.

Pengajarannya, jangan lupa makan ubat. Walaupun makan dah jaga, suplemen dah ambil, emosi kene jaga juga, ubat pun jangan lupa 🙂

InsyaAllah, semua boleh menjalankan ibadah puasa dengan baik.

Nanti adaa akan teruskan berkongsi tentang gerd dan asid refluks ni. Semoga dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah yang sama ya.

Salam ramadhan.

#MASALAH KESIHATAN · ESP · GARLIC COMPLEX · PEPPERMINT-GINGER PLUS · SHAKLEE RELATED

MAKANAN YANG SESUAI UNTUK PESAKIT GERD/ASID REFLUKS

Bulan lepas Adaa ke Colombia Hospital Seremban untuk berjumpa dengan Doktor Abdul Hamid bertanyakan tentang masalah gerd. Adaa tahu tentang doktor ni pun melalui artikel di internet dan surat khabar yang doktor tulis. Jadi nak dapat info dan konsultasi lebih lagi, adaa balik lah seremban untuk jumpa depan-depan..banyak sikit boleh tanya kan.

Adaa cuma bertanya tentang keadaan adaa lah secara personal (nak cerita kang panjang sangat plak) tapi di hujung perbualan tu doktor Abdul Hamid ni bermurah hati bagi adaa sedikit info tentang gerd. Salah satu info yang menarik perhatian adaa ialah ‘

Sebelum ni bukan tak pernah baca kat internet, dah berlambak..tapi rata-rata agak general la..contoh, tak boleh makan karbohidrat kompleks terlalu banyak, tak boleh makan makanan berminyak..gitu lah..yang ni, satu-satu diletaknya nama/ jenis makanan tu yang bagi Adaa, lebih mudah lah untuk kita plan diet kita.

photo_2017-03-14_10-17-25.jpg

Boleh nampak kan? Sebelum ni adaa ada juga ikut cadangan di internet dan buat try n error kat diri sendiri..ada yang sesuai ada yang tak..tapi bila adaa tengok chart ni adaa rasa mostly memang sesuai dengan diri adaa. Maksudnya, berdasarkan keputusan cuba mencuba pelbagai makanan sebelum ni yang adaa buat sendiri dan observe ke atas diri sendiri selama ni sama dengan apa yang ada dalam chart ni. Sebab tulah adaa rasa bagus untuk berkongsi dengan mereka yang mengalami masalah yang sama.

Tengok kat situ, ikan pun tak semua yang sesuai, buah pun sama, kacang pun sama..Walaupun mungkin kita rasa sama je semua, tapi sebenarnya berbeza tau. macam ikan tu, rupanya ikan sungai dan ikan darat pun ada kesan yang berbeza pada pesakit gerd.

Jadi,walaupun perkongsian ni ringkas, semoga bermanfaat ya.

#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN

GERD,MASALAH ANGIN & KEHAMILAN: KENALI SIMPTOM DAN CARA PENCEGAHAN

Sebelum ini adaa ada menulis tentang masalah angin dan GERD: CARA MENANGANI MASALAH ANGIN / ASID REFLUKS untuk memberi anda sedikit gambaran apa itu gerd..

Secara ringkasnya, GERD adalah keadaan apabila kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang atau refluks asid gastrik inilah yang membuatkan seseorang mengalami pedih ulu hati, mulut terasa masam, loya dan tidak selesa.

Masalah angin ni memang semakin lazim dengan masyarakat kita sekarang..tetapi ianya tidak bermakna boleh dipandang remeh.

GERD DAN KEHAMILAN

Apakah selamat untuk pesakit GERD hamil?

Seperti yang adaa kongsikan sebelum ni dalam entry-entry terdahulu, adaa mula merasai GERD dalam 2 bulan lepas dan jujur adaa katakan, pada mulanya ianya satu keadaan yang sangat menyesakkan. Pedih ulu hati masih biasa, tapi bab sesak nafas..ianya agak menakutkan. Sepanjang tempoh itu banyak soalan bermain dikepala dan apabila berpeluang, adaa tanyalah pada doktor segala soalan yang berkaitan termasuk apa risiko nya jika seseorang yang mengalami GERD sebelum mengandung, ingin mengandung. 

Kita sebagai wanita perlu tahu ya, fisiologi tubuh kita sebagai wanita, dimana kedudukan rahim, salur makan, perut dan sebagainya. Kehamilan boleh menyebabkan GERD (adaa akan tulis sebentar lagi) dan jika pesakit GERD hamil, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Jadi, sekiranya anda ingin hamil, pastikan anda atasi dulu masalah GERD anda supaya keadaan tidak menjadi semakin buruk ketika hamil. 

 

GERD ketika hamil

Tadi pesakit GERD sebelum hamil kan? Sekarang bagaimana pula dengan orang yang tak pernah ada masalah angin atau GERD, adakah berisiko untuk medapat GERD ketika hamil?

Ya, ianya tidak mustahil. Lazimnya ianya terjadi ketika trimester kedua dan ketiga. Hampir 20% mengalaminya pada 3 bulan pertama kandungan dan meningkat kepada 45% dalam trimester kedua sehingga 70% dalam trimester ketiga.

Punca GERD ketika hamil

Terdapat pelbagai punca tetapi yang lazimnya adalah disebabkan perubahan hormon.Peningkatan hormon progesteron ketika mengandung boleh menggangu fungsi otot yang bertindak untuk menutup salur esofagus. Injap kecil ini berfungsi untuk menghalang asid perut dari naik ke esofagus. Jika ianya lemah, ia akan menyebabkan asid perut melimpah ke salur esofagus dan menyebabkan masalah GERD.

LES: LOWER ESOFAGUS SPHINCTER
LES: LOWER ESOFAGUS SPHINCTER

Pembesaran janin juga menjadi salah satu penyebab terjadinya GERD. Janin yang membesar akan menolak perut keatas dan mendorong asid perut untuk melimpah keluar lalu menyebabkan pedih ulu hati dan mencetuskan simptom GERD.

Simptom GERD ketika mengandung

Simptom nya sama sahaja dengan pesakit GERD yang lain iaitu:

  • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
  • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
  • Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
  • Selalu menguap/mudah mengantuk.
  • Sukar bernafas/nafas pendek.
  • Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
  • Kulit kering.
  •       ‘Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
  •       Perut berangin.
  •       Sakit kepala/migraine.
  •       Perasaan mudah marah.
  •       Hilang selera makan.
  •       Hilang/kurang nafsu seks
  •       Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.
  •  Mual

Cara pencegahan?

Cara mengatasi masalah GERD ketika hamil juga tidak jauh bezanya dengan pesakit GERD yang lain. Dari segi ubat, pastikan anda berjumpa dengan doktor dahulu sebelum mengambil sebarang ubat bagi meemastikan ianya selamat untuk kandungan.

Lain-lain cara pencegahan yang boleh dilakukan:

  • Makan dalam kuantiti yang kecil 5 kali sehari
  • Kunyah makanan perlahan-lahan
  • Banyakkan minum air antara waktu makan bagi mengurangkan asid perut
  • Tinggikan kepala ketika tidur
  • Mengiring kekiri ketika tidur dapat membantu mengurangkan simptom GERD (perut tidak terhimpit)
  • Elakkan makanan pedas yang boleh mencetuskan pedih perut

Jika keadaan semakin teruk, dapatkan khidmat pakar dengan segera.

Zaman sekarang terdapat banyak ubatan yang membantu jadi utamakan keselamatan dan sentiasa berhubung dengan doktor anda.

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN

CARA MENANGANI MASALAH ANGIN / ASID REFLUKS

Dalam entry adaa sebelum ni  AKU & ANGIN: PUNCA & SIMPTOM ANGIN DALAM BADAN adaa ada kongsikan tentang punca, dan simptom masalah angin. Lepas entry tersebut ditulis, adaa telah dihubungi oleh beberapa orang yang mengalami masalah yang sama.

Masalah angin ni ada pelbagai jenis..ada yang biasa, ada yang kronik dan ada yang tengah-tengah. Ada orang yang dah mengalami masalah angin bertahun lamanya tetapi masih tak tahu cara mengubati. Sebagai contoh, masalah GERD/asid refluks. Tak semua orang tahu apa itu GERD..adaa sendiri tak tahu pada mulanya..kalau diperhatikan, simptom GERD ni macam kena serangan jantung! ye memang mencemaskan.

APA ITU GERD?

GERD
GERD

GERD adalah keadaan apabila kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang atau refluks asid gastrik inilah yang membuatkan seseorang mengalami pedih ulu hati, mulut terasa masam, loya dan tidak selesa.

Menurut kajian yang dilakukan di seluruh Asia baru-baru ini tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus lagi terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit.

Gangguan tidur ternyata mengganggu produktiviti dan waktu santai pesakit, dengan lebih 60 peratus melaporkan kesan yang besar dan sederhana terhadap kerja dan waktu rehat mereka.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0101&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz3oQtu3eAv

Masa adaa mula-mula kena serangan pertama..adaa agak panik..berkejar ke hospital dengan ambulan..yelah orang tak pernah sakit teruk..mau tak cemas..setelah diperiksa, ECG, scan, ujian darah, tekanan darah semuanya normal. Jadi itu dah ‘rule out’ penyakit-penyakit bahaya dan pastinya bukan masalah serangan jantung..cuma ketika itu adaa cuma dirawat sebagai pesakit gastrik. Yang peliknya adaa takda gastrik pun.

Setelah seminggu ambil ubat gastrik, simptom tak berkurangan..badan terlalu lemah..emosi memang terganggu..terlantar tak boleh nak buat apa..seksa! sesak nafas, sakit dada..Adaa tak tahan lagi, adaa ke klinik terdekat. Adaa ceritakan segalanya dari A-Z..termasuklah tiada sakit diperut, pedih perut, tak kentut, cuma sendawa yang berlebihan, sakit kepala dan sebagainya.

Doktor pasti yang adaa tiada masalah jantung, dan tiada masalah tiroid. Dan dengan segera dia kata ‘ini gerd ni’ ..doktor cukup pasti kerana dia dah ada pengalaman dengan ayahnya sendiri 8 tahun lepas dan beberapa orang pesakit yang dah menderita masalah angin ini yang diingatkan angin biasa tapi dah bertahun tak hilang. Jangan ambil remeh ya, masalah angin ni mengganggu kualiti hidup..setiap saat terasa sesak, terganggu..fikiran, emosi, kesihatan…sebab tu orang cina cukup jaga bab-bab masalah angin ni. Alhamdulillah, adaa jumpa doktor yang bagus dan dia mula berikan adaa ubat selama 6 minggu. 

RAWATAN GERD

Syukur selepas 6 minggu bersama ubat (adaa juga ambil suplemen dan jamu) kesihatan adaa 97% kembali normal..lagi 3% adaa cuba kawal melalui cara pemakanan..study body sendiri..apa yang menyebabkan simptom datang..contoh pedas yang melampau, makan terlalu banyak atau lewat makan..setakat ini itu sahaja..tapi itu pun jika angin datang kembali, adaa cuma minum air panas dengan suplemen..jika rasa agak teruk, adaa standby ubat..kalau rasa perlu, makan, kalau tak cukup dengan cara semulajadi seperti ambil peppermint Ginger ke, minum air panas ke. Yang paling penting, ubah cara pemakanan kita supaya perut lebih selesa dan tidak menyebabkan penghasilan asid perut secara berlebihan sehingga menimbulkan simtom gerd.

  1. ANTASID

Antasid adalah ubat pertama yang selalu dicadangkan untuk mengurangkan rasa pedih hulu hati dan simptom-simptom GERD yang lain. Terdapat banyak jenama di pasaran yang menggunakan kombinasi tiga garam asas iaitu magnesium, kalsium dan aluminium bersama dengan ion-ion hidroksida atau bikarbonat untuk meneutralkan asid di dalam perut.

Walaubagaimanapun, antasid mempunyai beberapa kesan sampingan. Garam magnesium boleh mengakibatkan cirit-birit sementara garam aluminium boleh menyebabkan sembelit. Garam-garam aluminium dan magnesium sering digabungkan di dalam satu produk untuk mengimbangkan kesan-kesan tersebut.

Antasid kalsium karbonat juga merupakan sumber tambahan kalsium. Tetapi, ia juga boleh menyebabkan sembelit. Agen ‘foaming’ pula bertindak dengan melapisi kandungan perut anda dengan buih untuk menghalang refluks asid.

2.PENYEKAT H2

Penyekat H2 (H2 Antagonist) seperti cimetidine, famotidine, nizatidine, dan ranitidine boleh mengurangkan asid daripada terhasil. Ianya terdapat secara preskripsi dan juga di kaunter. Ubat-ubatan ini memberi kelegaan secara sementara dan hanya berkesan pada separuh daripada mereka yang mempunyai simptom-simptom GERD.

3. PERENCAT PAM PROTON

Perencat pam proton (Proton Pump Inhibitor) termasuklah omeprazole, lansoprazole, pantoprazole, rabeprazole dan esomeprazole boleh didapati secara preskripsi. Perencat pam proton adalah lebih berkesan daripada penyekat H2 dan ianya boleh mengurangkan simptom-simptom dan menyembuhkan keradangan lapisan esofagus (oesophagitis) yang dialami oleh pesakit yang menghidapi GERD.

4. PROKINETICS

Prokinetics membantu menguatkan sfinkter (pencerut) esofagus (LES) dan mengosongkan perut dengan lebih cepat. Ubat-ubatan ini termasuklah Itopride dan metoclopramide. Metoclopramide juga memulihkan pergerakan otot di dalam salur penghadaman.

Namun, Prokinetics kerap mempunyai kesan sampingan di mana ia akan mengehadkan keberkesanannya seperti rasa letih, mengantuk, runsing dan masalah dengan pergerakan fizikal. Disebabkan ubat-ubatan bertindak dalam cara yang berbeza, kombinasi ubat-

ubat ini mungkin akan membantu mengawal simptom-simptom yang dialami oleh pesakit.

Bagi mereka yang mengalami rasa pedih hulu hati selepas makan, bolehlah mengambil kedua-dua antasid dan penyekat H2. Antasid akan mula bertindak untuk meneutralkan asid di dalam perut dan kemudian, penyekat H2 akan bertindak ke atas penghasilan asid.

Apabila antasid berhenti bertindak, penyekat H2 akan menghentikan asid daripada dihasilkan. –

5. PEMBEDAHAN

Pembedahan merupakan satu pilihan apabila ubat dan perubahan yang dilakukan dalam cara kehidupan tidak membantu menangani simptom-simptom GERD. Pembedahan juga mungkin merupakan satu alternatif yang baik berbanding dengan ubat-ubatan dan ketidakselesaan yang dialami.

Fundoplication merupakan satu rawatan surgikal yang standard untuk GERD. Selalunya, prosedur khusus yang dikenali sebagai Nissen fundoplication akan dilakukan di mana bahagian atas perut akan dibalut di sekeliling LES untuk menguatkan sfinkter, menghalang refluks asid dan membaiki hernia hiatal.

Nissen fundoplication boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskopi, satu instrumen yang dimasukkan melalui insisi kecil di dalam abdomen. Kemudian, doktor akan menggunakan alat-alat kecil yang memegang kamera untuk melihat kawasan abdomen dan pelvis.

Apabila dilakukan oleh pakar bedah berpengalaman, laparoscopic fundoplication adalah selamat dan efektif untuk semua orang termasuklah kanak-kanak. Prosedur ini dilaporkan mempunyai keputusan sama seperti fundoplication yang biasa, dan pesakit boleh meninggalkan hospital dalam masa satu hingga tiga hari dan kembali bekerja seperti biasa dalam masa dua ke tiga minggu.

Teknik-teknik endoskopi yang terkini masih boleh dianggap percubaan digunakan untuk merawat rasa pedih hulu hati yang kronik. Teknik-teknik ini memerlukan penggunaan endoskop untuk melakukan pembedahan anti-refluks.

Inilah antara pilihan rawatan yang ada. Sebaiknya berjumpa dan berbincang dulu dengan doktor apa rawatan yang sesuai sebab tak semua orang sama simptom nya..untuk masalah Adaa, tempoh hari Adaa ambil PERENCAT PAM PROTON setelah antasid dan H2 kurang berkesan. Tapi sekarang adaa tidak mengambil sebarang ubat lagi, cukup dengan menjaga pemakanan insyaAllah..

Dari segi suplemen, adaa sekarang cuma amalkan ESP, VIVIX dan sekali sekala PEPPERMINT GINGER alhamdulillah.. 😀

Jangan risau ok? dapatkan rawatan segera!

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · ESP · TESTIMONIAL

BOLEHKAH SOYA MEMBANTU PESAKIT GASTRIK? KETAHUI 8 LANGKAH MENGATASINYA MASALAH GASTRIK, GASTRITIS, ASID REFLUKS.

Boleh tak soya membantu mereka yang mengalami masalah gastrik, angin dalam badan, gerd, heartburn atau asid refluks?

 

Rasanya kita dah biasa dengar tentang gastrik kan? tapi apa pula GERD, HEARTBURN, ACID REFLUX, GASTRITIS? semuanya penyakit yang mempunyai simptom yang hampir sama dan berkisar tentang sakit didalam perut dan sistem penghadam. Sistem penghadaman yang lemah akan menyebabkan pelbagai penyakit.

Kesemua penyakit ini menyebabkan keradangan dan iritasi pada bahagian lapisan dalam perut. Nak perkataan mudah rasa macam pedih dan terbakar je dalam perut dan ulu hati..huhu nak tahu antara simptom penyakit ni boleh tengok entry adaa yang bertajuk AKU & ANGIN: PUNCA & SIMPTOM ANGIN DALAM BADAN. Salah satu makanan yang menyebabkan simptom penyakit gastrik, gastritis, gerd, refluks adalah susu dan produk tenusu.

Soalan yang adaa biasa dengar, boleh tak ambil soya untuk menggantikan susu?

SUSU dan produk tenusu mengandungi laktosa yang boleh menyebabkan simptom bertambah teruk. Jadi apa yang boleh diambil bagi menggantikan susu?

Terdapat pelbagai alternatif untuk menggantikan susu, antaranya, soya, susu badam, susu beras atau santan. 

SOYA

  • Soya tidak mempunyai laktosa yang boleh menyebabkan simptom semakin teruk.
  • Ianya mengandungi protein soya
  • Susu soya dihasilkan dari kacang soya dan ianya bukan dari sumber haiwan.

Selain ianya selamat untuk pesakit gastrik, tidak menyebabkan angin dalam badan, ia juga mampu memberi rasa kenyang kepada pesakit. Jadi pesakit boleh mengambilnya apabila perut terasa kosong dan simptom mula datang. Ia juga merupakan sumber protein yang sangat bagus untuk tubuh dan kesihatan keseluruhan.

ESP MAC 2

ESP MAC 7

Peneman setiap pagi..oat+cinch shake+ESP

bagaimana pula cara merawat penyakit-penyakit ni secara natural?

Langkah Mudah untuk mengubati Gastritis, Asid Reflux, Heartburn, atau Gerd:

  1. Berpuasa 2 hingga 3 hari dan hanya gunakan diet cecair seperti susu, soya atau susu badam dan ‘butter milk’ (Hanya jika keadaan kesihatan anda mengizinkan dan anda tidak alergi terhadap susu, atau soya). Berpuasa memberi masa untuk radang dalam perut anda reda dan membersihkan sistem anda daripada toksin
  2. Minum air kelapa. Air kelapa merupakan ubat semula jadi yang sangat baik untuk gastrik. Ia membantu perut kita berehat dan menyediakan vitamin dan mineral yang sepatutnya.
  3. Selepas berpuasa, atau jika anda tidak mampu lagi meneruskan puasa (dah lapar lah kiranya), ambil makanan dalam kuantiti yang kecil dan selang selikan dengan pengambilan susuatau minuman yogurt. (pastikan anda boleh minum susu..jika sebelum ni memang alah dengan susu, soya atau yogurt, cepat masuk angina..elakkan. Ambil makanan yang tidak memudaratkan anda)
  4. Ambil 500mg kunyit bersama setiap hidangan 4 kali sehari (sebab tu orang dulu amalkan jamu.kisar kunyit dengan madu, atau tumbuk kunyit makan dengan nasi panas macam yang selalu kita buat masa berpantang kan..sebab kunyit bantu pemulihan dan kurangkan angina dalam badan)
  5. Ambil buah-buahan segar secara berasingan (bukan dengan susu atau makan). Jika tubuh anda mudah dimasuki angina, elakkan pengambilan buahan yang sejuk dan berair seperti epal, pear, tembikai.
  6. Ambil sayur-sayuran yang hanya dikukus dan dimasak dengan daun ketumbar atau pudina dan halia (bagus untuk buang angina)
  7. Minum 60/40 gabungan jus lobak merah dan jus bayam
  8. Pastikan anda makan malam sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum tidur

Teruskan rutin di atas sehingga anda melihat peningkatan dalam mengubati gastrik anda. Kunyit tu boleh kurangkan secara beansur-ansur sehingga 1000gram sehari sahaja. –diolah

InsyaAllah kita ikhtiar cara yang sesuai sehingga sembuh ya..

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::