ESP · SHAKLEE RELATED

ESP DAH KEMBALI LAGI!

Alhamdulillah..hari tu sepi sekejap tanpa ESP..ramai yang mencari terutama menjelang nak puasa..

Ibu menyusu memang suka sangat lah sebab boleh membantu beri tenaga sepanjang menyusukan bayi dan berpuasa..barulah stok EBM banyak kan..penuh je peti ais dengan susu ibu.

Adaa dah bertahun minum ESP ni..dari tahun 2010..memang favourite and must have item lah yang ni..bukan setakat bantu penyusuan, bagus sangat untuk kulit tau.

Sebab tu lah, ESP ni macam goreng pisang panas.

yang nak kulit cantik

yang nak kan tenaga harian

yang nak diet cara sihat

yang nak menyusukan anak

yang ada diabetes

yang kulit muka kusam, jerawat bagai

macam-macam..sebab soya ni protein terbaik dari Shaklee. Kalau dah nama protein, inilah makanan asas untuk sel kita. kalau sel sihat, insyaAllah banyak masalah dapat dielakkan sebab pokok pangkal tubuh kita ni kan kejadiannya dari sel ..kira prevention from the root lah.

siapa yang nak dapatkan dah boleh ya.

*oh ya, Shaklee dah mula naik harga bulan depan tau 🙂

esp-april

Advertisements
#MASALAH KESIHATAN · ESP · MEALSHAKE · PERFORMANCE DRINK · SHAKLEE RELATED

SET SHAKLEE POPULAR MENJELANG RAMADHAN

Diam tak diam, bulan depan kita dah nak bertemu Ramadhan sekali lagi. cepat betul rasa masa berlalu. Siapa yang belum qada’ puasa sila angkat tangan! Jangan lengah lagi ok? Ganti cepat.

Bila bercakap tentang Ramadhan, perkara pertama yang Adaa fikir ialah bagaimana nak kekalkan tenaga, bukan sahaja untuk kita tapi anak-anak. Anak yang sekolah ni lagi besar cabarannya..dah lah penat belajar, main lagi, cuaca pulak panas..kadang kesian tengok..Ini pun cuaca punyalah panas berapi..demam toksah cakap lah..merata budak-budak ke orang dewasa ke kena demam..siang panas, malam hujan..kalau bulan puasa lagilah kan..kena pastikan pengambilan air mencukupi.

untuk diri sendiri dan keluarga yang bakal berpuasa, apa selalunya set shaklee yang ramai orang ambil?

CADANGAN UNTUK BERPUASA SECARA SIHAT DENGAN SHAKLEE

ramadhan 1.jpg

ramadhan 2.jpg

BANYAK SANGAT? tak pun sebenarnya..tetapi atas permintaan sahabat dan semua pelanggan Adaa yang nak kan set yang lebih ‘budget’..ini ada set yang ringkas..bagi adaa..ini WAJIB lah hehe.

RAMADHAN FAVOURITESET.png

MEALSHAKE: aroma vanila yang sangat sedap. Diperkaya dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Hidangan lengkap yang membantu anda dan anak anda untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Diperbuat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan Lactalbumin. Lactalbumin ialah sejenis susu dan merupakan bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang berkualiti tinggi dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.

SIAPA PERLUKAN?

Semua golongan: Pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran, orang sakit, orang sibuk bekerja, atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Pilihan untuk SARAPAN PAGI YANG TERBAIK!

 

PERFORMANCE DRINK: Minuman sukan pertama  bagi atlet di USA. Ia juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, para atlet antarabangsa, dan pengembara terkemuka. Ujian klinikal membuktikan bahawa OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara kitaran bendalir dalam tubuh. Berbanding minuman sukan yang lain, Performance drink mempunyai 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

MANFAAT UTAMA?

  • Meningkatkan daya ketahan badan, berikan tenaga, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal.
  • Membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.
  • Mengurangkan kehausan, cegah penyahhidratan, melebapkan kulit dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan paras gula dan ianya telah terbukti secara klinikal

SIAPA PERLUKAN?

Sesuai untuk: Para atlet, mereka yang BERPUASA, sebelum dan selepas pembedahan, orang yang sering tidur lewat malam, orang yang sentiasa letih, paras gula rendah, tiada selera makan, cirit birit, vagina kering, kepeningan, penyahhidratan kulit dan otot.

 

ESP: Telah diiktiraf diseluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan. Setiap satu tin ESP (850gram) dihasilkan dari 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga yang bertahan lama.

Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

SIAPA PERLUKAN?

Semua peringkat umur dari muda hingga tua juga sesuai untuk penghidap kencing manis.

Untuk lebih manfaat dan info tentang ESP (produk terlaris) boleh klik link ‘ESP‘ ini.

Jadi, boleh kot buat kira-kira untuk persiapan ramadhan nanti. Jangan melepas ya.

Untuk pembelian SET KESIHATAN RAMADHAN  boleh hubungi adaa .(jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian boleh hubungi adaa juga ok?)

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
ALFALFA · ESP · Ostematrix · SHAKLEE RELATED

10 MITOS BERKAITAN PENYUSUAN SUSU IBU: SILA AMBIL PERHATIAN!

Walaupun ramai dah biasa menyusukan anak, tapi masih ada yang belum tahu sesetengah perkara..ada yang terpengaruh dengan mitos..tak tahu fakta dengan sekadar cakap2 je..so ibu2, jom tengok!

*credit

baby

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai ‘nasihat’ yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu…

Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kepada kegagalan menyusukan anak..antaranya:-

1)  KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YG CUKUP

  • Tidak betul! Majoriti wanita mengeluarkan lebih daripada cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu kerana bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.

2)  TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN

  • Alasan! Ia memang perkara biasa kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dapat susu. Ada ibu yg merungut ‘dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya’. Sebenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yang hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibu yang pekat.

3)  BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA

  • Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara ‘berada pada payudara’ dan ‘menyusu’.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta  melakukan perkara yang sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.

4)  BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK

  • Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yang diperlukan oleh bayi.

5)  BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D

  • Tidak betul kecuali dalam keadaan yang luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin D ketika dalam kandungan.

6)  IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI

  • Susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan membuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.

7)  MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI

  • Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kepada banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dengan baik memperoleh lebih banyak susu berbanding yang dipam oleh ibu.

8)  WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN

  • Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanyakan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila hamil kerana puting terasa sakit atau atas sbb-sbb lain tetapi dari segi perubatan tiada sebab utk tergesa-gesa memberhentikan penyusuan.

9)  JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN

  • Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.

10)  LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN

  • Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bagi sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.

InsyaAllah dengan maklumat yang betul, teknik pelekapan yang betul, nutrisi yang mencukupi, ibu2 mampu menyusukan anak masing2..yang penting mencuba dan doa 😀

Macam adaa dulu pun, anak pertama memang gagal sepenuhnya menyusukan anak..dan disebabkan itulah, masa pregnant anak kedua, hari2 duk belek dan cari info tentang breastfeeding..tapi biasalah, tak semua bertuah kan..

Adaa campur susu anak dari minggu kedua rasanya hingga umur lapan bulan..dalam tempoh tu adaa usaha kerapkan breastfeeding berbanding beri susu formula dan pastikan konsisten ambil supplement. Akhirnya, dari 8 bulan hingga 2 tahun fully breastfeed!

Dan untuk anak ketiga pula, dari hari pertama sehinggalah hari ni, Fahry dah berusia 3 tahun 4 bulan, fahry masih menyusu. dia siap pelik lagi tengok botol susu sebab tak pernah cuba macam abang-abangnya sebelum ni 🙂

InsyaAllah, dengan ilmu dan cara yang betul, semua ibu mampu menyusukan anak dan memberikan yang terbaik!

 

1.pngPeneman Adaa ketika mengandung, menyusukan anak dan berpantang.

Nak yang basic? Anda boleh ambil ESP+OSTEMATRIX +ALFALFA
Nak lihat REAL testmoni SHAKLEE?? —–> http://bit.ly/2bdTci0

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#SHAKLEE #shakleeterengganu #sayajualshaklee #shakleemurah #esp #setkulit #kulit #masalahkulit #setpantang #sethamil #setbersalin #setmenyusu #supplementsemulajadi #vivix #jerawat #jeragat #setkurusshaklee #testimonishaklee #sidterengganu

ALFALFA · B COMPLEX · BREASTFEEDING · ESP · Ostematrix · SHAKLEE RELATED

SHAKLEE BANTU SUSU MELIMPAH RUAH?

SHAKLEE BANTU SUSU MELIMPAH RUAH? Amboi3 tajuk…propa sungguh tau..kalaulah sesenang itu, selesai semua masalah ibu-ibu diseluruh dunia..hahaha bukan apa..ramai orang yang ambil Shaklee ni salah faham..jadi adaa rasa terpanggil untuk perjelaskan sedikit lah..

Tiada ubat atau makanan yang secara langsung boleh membanyakkan susu ibu..ada yang kata..oat lah..kurma lah..lobak putih lah..longan lah..macam2..tapi betul ke?

Adaa dulu masa anak pertama..susu takdok..dengan takda pengalaman..dengan keadaan kesihatan..dengan anak yang belum pandai latch on..sudahnya adaa frust..jadi..carilah alternatif..jumpa doktor dan doktor ada bagi ubat..tapi ubat tu bukan untuk banyakkan susu..ubat tahan muntah ke ape tah tapi side effectnya bantu banyakkan susu..gtulah..tapi sikit pon takda effect pada adaa..

Lepas tu makan itu ini..makan ubat homeopati..pon sama..tak jadi pon..sebab ape? Sendiri salah konsep..tak faham konsep..

Sebenarnya tak ada pon ubat banyakkan susu..yang ada ialah makanan untuk bantu ibu sihat..cergas..bertenaga..barulah sistem badan sihat..mood baik..susu juga lebih terhasil tapi ada syaratnya

DEMAND VS SUPPLY

Ini lah yg mak2 selalu lupa..nak susu banyak tapi pump malas..yang direct feed tu yelah sbb 24/7 dengan anak..tapi yg bekerja atau jarang bersama anak pula bagaimana? Kalau duk rumah..setiap 2 3 jam anak nak susu..tapi bila gi keje..pump sekali je dlm 12 jam..(kul 7 dah gi keje balik kul 7 mlm smp umah) guano tu?

Bila demand tak ada..supply pon takda lah..sama je konsep macam kilang..ade tak kilang yang sungguh2 lah duk buat ubat gigi contohnya sampai melambak2 sedangkan takda orang yang nak beli..bankrup lah sudahnye tokey kilang..jadi bila takda demand..kilang pon berhenti produce..

Sama juga dengan breast kita..bila takda yang nak menyusu..takkan susu nak melimpah ruah mcm paip..sudah tentu lah tak kan..

JADI KENAPA RAMAI IBU MENYUSU AMBIL SHAKLEE NI SUSU MAKIN BANYAK?

rata2 dari kita..sentiasa letih..kerja siang malam..dengan cuaca panas lagi..balik keje ade lagi keje kat rumah..

Usia pulak makin meningkat..sel2 makin tak sihat dek kerana pola pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat..ibu2 yang dah pernah bersalin banyak kali pulak lagilah..hormon dah kelaut bak kata orang..tak tentu arah dah..jadi sistem badan dah tak menentu..badan letih..tak bertenaga..hormon2 pon dah tak stabil..inilah yang mempengaruhi penghasilan dan pengeluaran susu ibu..

Dengan Shaklee..ibu2 lebih bertenaga..mendapat nutrisi yang diperlukan badan, hormon lebih stabil, lebih cergas, sel2 lebih sihat..jd ibu lebih seronok untuk menyusukan bayi..

Ada juga memang membantu penghasilan susu ibu seperti alfalfa. Yang ni special sebab alfalfa kaya dengan 1001 khasiat yang membantu kesihatan ibu seterusnya membantu penghasilan susu ibu.

Mood yang baik..badan yg cergas dan sihat sangat mempengaruhi penghasilan susu..sekali lagi dgn syarat ADA DEMAND dr bayi atau pump lah..

Jadi fahamkan? Shaklee BUKAN UBAT TAMBAH SUSU tapi MEMBANTU IBU2 untuk menyusukan anak2 dengan memberikan kesihatan yang lebih baik..

#saya ambil shaklee bukan sahaja ketika menyusu tapi ketika berpantang..menyusu..mengandung..setiap masa.. 🙂

image

I ♥ SHAKLEE

KURUS · SHAKLEE RELATED

KURANGKAN BERAT BADAN DENGAN PROTEIN!

KURANGKAN BERAT BADAN DENGAN PROTEIN!

Adaa kalau bab-bab menguruskan berat ni suka betul mencari info hehe bukan apa, zaman sekarang ni pergi mana-mana pun adaa rasa 70-80% orang yang adaa jumpa dan lihat adalah obese atau overweight. Adaa sendiri agak terlebeh berat sebeanrnya sebab tu adaa suka cari info pasal menurunkan berat ni..

Adaa chubby dari darjah 6 lagi kot..memang jenis metabolisme rendah dan juga sangat suka makan hehe sebab tulah adaa macam ni, tapi takdelah overweight benar..border jer..lepas bersalin 3 kali berat duk tang tu jugak..hehe oklah tu kan? tapi still kena turunkan berat badan sampai lah ideal.

hari ni adaa nak cerita sikit jer, perkongsian dengan anda-anda semua yang suka makan protein..tak kisahlah protein soya ke, haiwan ke..anda tahu tak, protein dapat menurunkan berat badan? sebab tu orang duk pakat diet atkins..(tapi adaa lebih syorkan diet secara seimbang bukan tertumpu hanya pada satu kelas makanan sahaja)

Customer adaa pon lebih 50% yang ambil protein untuk tujuan yang pelbagai..untuk kurus, menyusukan anak, kulit cantik dan macam-macam lagi..jadi anda perlu tahu lah, protein ada satu lagi kelebihan untuk anda iaitu menurunkan berat badan..wehee!!

1978841_744974382205354_8820103425442446671_n

BAGAIMANA CARANYA?

Makanan tinggi protein memerlukan lebih banyak kerja untuk dicerna, metabolisme , dan digunakan. Ertinya kita memerlukan pembakaran kalori yang banyak ketika memprosesnya. Protein juga membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.

Pengambilan protein dalam diet harian atau pemakanan harian membantu kita megurangkan berat badan dalam pelbagai cara:

  1. Protein menggalakkan rasa kenyang dan membuatkan anda merasa kenyang lebih lama .
  2. Protein memerlukan lebih tenaga ( hampir dua kali ganda ) untuk pencernaan berbanding dengan karbohidrat dan lemak , jadi anda membakar lebih banyak kalori.
  3. Protein membantu untuk membina otot dan untuk setiap paun berat badan anda, sebanyak 50 kalori lagi digunakan untuk mengekalkan otot tersebut. Jadi, anda tidak kehilangan otot semasa menurunkan berat badan, malah membakar lebih banyak kalori untuk mengekalkan jisim otot tersebut.

Jadi, mengamalkan diet tinggi protein bukan sahaja meningkatkan metabolisme badan anda tetapi secara tidak langsung membantu anda rasa lebih kenyang dalam jangka waktu yang lebih lama dan menurunkan berat badan anda..menarik kan?

Yang paling penting, dengan mengambil diet tinggi protein, anda pasti kehilangan berat dari pembakaran lemak, dan bukannya dari penyingkiran air, otot atau tulang..kadang2 orang kurus dengan cepat, tapi sebenarnya ia bukan lemak yang hilang, tapi otot yang hilang, dah jadi menggeleber pulak kan..kene tau ni tau..

Kalau tengok dalam pelan pemakanan yang sering di syorkan oleh pakar untuk menurunkan berat badan, protein harian memang lebih tinggi dan karbohidrat harus dalam kuantiti yang lebih rendah. Yang orang duk kata nasi segenggam je tu kan, ya, memang itulah yang seharusnya kita makan pada setiap meal. Manakala protein pula sangat disyorkan ambil dalam kuantiti yang lebih tinggi. contohnya, masa breakfast kita ambil protein shake, lunch ambil protein (dada ayam contohnya) dalam besar setengah tapak tangan, dinner pun gitu..n malam untuk supper, boleh ambil protein shake lagi.

photo_2016-05-07_07-33-51

photo_2016-05-07_06-52-49
contoh everyday meal yang kita patut ambil. serving size macam yang Adaa kongsikan diatas sana tu ya 

ringkas aje kan? yang penting amalkan high quality/unprocessed food.

Apa lagi, jom kurangkan makanan tinggi karbohidrat, gula, lemak dan bertukar kepada makan tinggi protein!

Nak lihat REAL testmoni SHAKLEE?? —–> http://bit.ly/2bdTci0

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#SHAKLEE #shakleeterengganu #sayajualshaklee #shakleemurah #esp #setkulit #kulit #masalahkulit #setpantang #sethamil #setbersalin #setmenyusu #supplementsemulajadi #vivix #jerawat #jeragat #setkurusshaklee #testimonishaklee #sidterengganu

BREASTFEEDING · ESP · Ostematrix · SHAKLEE RELATED

7 TIPS BERGUNA BAGI BAKAL IBU DALAM PENYUSUAN BAYI

Nak melangkah ke alam baru bukan sesuatu yang senang..dari zaman bujang, ke zaman berkahwin, ada cabaran dan keseronokan yang tersendiri. Nak melangkah pula ke alam menjadi seorang ibu juga sesuatu yang mencabar dan pada masa yang sama sangat menyeronokkan.

Mula-mula bila tahu kita mengandung, pasti nya semua ibu mengimpikan nak berikan yang terbaik untuk anak kita kan? Termasuklah nak menyusukan bayi. Rasanya semua ibu mahu rasai pengalaman tersebut..tapi dah cukup bersedia tak?

Nak kata Adaa seorang pakar, memang jauh sekali..tapi pengalaman kena mastitis, sakit, demam, bengkak susu, berdarah, digigit, dan akhirnya dapat menyusukan anak dengan lancar cukup lah nak berkongsi dengan bakal ibu di luar tu kan?

Kali ni adaa surfing2 dapat jugaklah info menarik..jadi nak kongsi sikit dengan bakal ibu.

1 JANGAN TERKEJUT JIKA IANYA MENYAKITKAN

Yelah, nama pun ‘first time’ kan..dah lah sakit bersalin tadi..nak menyusukan bayi pun sakit ke? Jangan risau, mula-mula je mungkin sakit sikit..tak banyak pun..sebab bayi baru nak belajar ‘latch on’ ..dan mungkin dalam 2 minggu terawal, ibu bakal berhadapan dengan bengkak susu yang amat menyakitkan hehe. jangan risau, nanti bayi dah pandai menyusu, ibu pun dan pandai pam susu..sakit tu takda dah.

2 BERSEDIA UNTUK MENUKAR PAKAIAN DALAM ANDA

Maaf ya ibu-ibu..agak sensitif sikit tapi perlu diberi perhatian..no more wired bra, or push up bra..sekurang-kurangnya sampai anak tu dah besar sikit atau sepanjang penyusuan..melabur lah sedikit dalam pakaian dalam yang lebih membantu dan sesuatu untuk menyusukan bayi. Sekarang ni semua dah semakin trendy tau. 😀

3 JANGAN TAKUT DENGAN ‘NIPPLE SHIELD’

Pernah dengar tak ‘nipple shield’? Adaa sendiri baru tahu masa menyusukan anak kedua. Disebabkan anak tak pandai latch on, maka adaa kena mastitis..berdarah teruk..nak menyusukan anak sampai berdarah darah..Ibu-ibu, kalau dah berdarah..peritnya Allah aja yang tahu..tambah-tambah hisapan anak ni sangat kuat tau..rasa macam disiat-siat..huhu Jadi, sampai satu masa tu, dah habis ikhtiar, adaa cuba nipple shiled..ianya melindungi nipple kita semasa menyusukan anak..at least sampai luka tu sembuh..lepas tu tak perlu guna dah pun takpe.

4 SEDIAKAN KRIM YANG SESUAI

Bila berhadapan dengan benda baru ni, kadang kala nipple boleh luka, atau kering dan menjadikan penyusuan tu tak seronok..asal nak menyusukan anak je sakit..kan tak best tu..jadi, sediakan krim yang sesuai..pelembap yang sesuai..sekarang ni banyak sangat di farmasi..yang natural, organik semua ada. Jangan malu untuk bertanya

5 WUJUDKAN ‘BREAST FEEDING STATION’ ANDA SENDIRI

Kalau dah hari-hari kena menyusukan anak, 2 3 jam sekali, dah tahu rutin, bolehlah bersedia apa yang patut..takkan nak menyusukan anak tu sambil termenung kebosanan..huhu sediakan lagu kat phone ke, atau cari port depan tv ke..atau sediakan satu tempat yang memang dah ada semuanya yang kita perlukan..contoh, satu ruang yang korang dah sediakan khas, dah lengkap dengan buku, atau radio, atau tv..ikut suka korang.

6 JANGAN TAKUT UNTUK MENYUSUKAN ANAK DI KHALAYAK RAMAI

Ya, kita ibu, kita wanita, apa lagi muslim kan..mesti tahu batas..Jika keluar, pakai pakaian yang sesuai, kita takkan pernah tahu bila ada emergency ke kan..Jika tempat tersebut menyediakan bilik atau ruang untuk penyusuan, gunakan sebaiknya. Jika tidak, boleh cari ruang-ruang yang sesuai dan gunakan segala kemudahan yang ada seperti ‘baby cover’ atau selimut, kain apa sahaja yang boleh memelihara aurat kita sepanjang menyusukan anak. Belajar untuk berbuat demikian dan jangan takut.

7 BERTEMU DENGAN MEREKA YANG PAKAR DALAM PENYUSUAN

Tahu tak kat negara kita ni ada Lactation counselor? Boleh jumpa dan dapatkan khidmat nasihat, tips berkaitan penyusuan sebelum kita bersalin..kalau taknak, sekarang online pun banyak..ya, LC yang ada website pun ramai..rajin-rajinkan diri ok? Jangan malas

Ok, cukup dulu 7 tu..InsyaAllah, selari dengan masa, kita juga akan semakin berpengalaman dan semakin mahir dengan penyusuan..semua orang pun hadapi benda yang sama, pengalaman pertama..jadi, jangan terlalu takut..enjoy the moment!

poster

~breastfeeding is beautiful~