HERBLAX · KURUS · LECITHIN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED · WEIGHT MANAGEMENT

KURUS DENGAN DETOX? YA!

Betul ke boleh kurus dengan detox?

Dah jenuh ambil produk untuk kuruskan badan? Dah cuba pelbagai cara untuk kurus? kurus kejap lepas tu naik balik? aduhai, letih betul kan? Dah lah berat bertambah, tenaga makin kurang, sakit lutut, sendi semua, susah tidur, pening semua datang. Paling bahaya bila penyakit baru menjengah, darah tinggilah, kencing manis lah..semua tu sangat menakutkan!

Siapa penah rasa macam tu? Angkat tangan! berat dah bertahun tak turun, rasa nak lempar je penimbang ye tak hehe. Kali ni apa kata cuba kurus dengan detox pulak.

Sebelum tu tengok klip ni dulu ok?

Kenapa perlu detox?

Sebenarnya apabila kita tak mengamalkan detox, badan kita akan mengandungi lebihan toksin. Lebihan toksin inilah yang menjadi punca utama kita gagal membakar lemak berlebihan didalam badan. Lebihan toksin juga mengurangkan penyerapan segala jenis nutrient yang kita ambil melalui pemakanan. Jadi, sia-sialah kalau makan produk kuruskan badan mahal-mahal tu. Bila kita detox, toksin akan berkurangan dan metabolisme badan akan meningkat. Badan kita akan di ‘reset’ semula barulah segalanya jadi lebih sihat, bertenaga dan dapat menyerap nutrien dengan lebih baik!

Macam yang Puan Tuty kata dalam video tu, dia dulu tak bertenaga, tengoklah berat badan tu sangat ketara penurunan kan. Tapi itu cuma bonus dari program detox ni. Yang paling utama, badan lebih sihat dan bertenaga.

Adaa dah pernah cuba ke kurus dengan detox?

Sejujurnya, Adaa dari kecil memang spesis chubby haha Tapi bukanlah sejak azali, cuma dari kecil adaa sangat suka makan. Adaa paling pantang jumpa segala jenis pastry, dessert, aiskrim. Memang kalah lah, angkat bendera putih. Suka sangat!

Semasa mengandung anak pertama berat adaa naik 9-10 kg, kalu tak silap dalam 65-67kg gitu dan doktor sarankan supaya adaa turunkan berat badan sehingga 50kg. Adaa cuma mampu gelak sebab Adaa sendiri tak ingat bila kali terakhir berat adaa cecah 50kg. Sekolah rendah? Sekolah menengah?

Bila dah sampai anak ketiga, berat paling ringan pun Adaa capai adalah 62-63kg. Dengan ketinggian ala-ala pohon nan rendang memang nampak sangatlah huhu dan ianya kekal walaupun anak yang ketiga tu dah cecah 4 tahun 😦

Jadi, Adaa cubalah kurus dengan detox ni bila dapat tahu Shaklee mula anjurkan program ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, adaa pernah kongsi di SINI

Kini berat adaa turun sedikit demi sedikit sehingga 53kg. (yeay!) Tapi kan, Adaa nak buat pengakuan lah, adaa banyak mengelat (cycle pertama yang 7 hari detox plan memang Adaa ikut betul-betul tau, kemudian selepas tu mungkin ada mengelat sikit-sikit lah), senaman tak pernah pun buat, adaa memang cuba mengamalkan pemakanan secara sihat dan eat clean tapi kadang terbabas contohnya semasa raya (ampun). Walaupun begitu, berat adaa tak naik balik dan masih turun. Jadi tak hairan lah kalau betul-betul buat macam Puan Tuty tadi mampu berikan penurunan yang signifikan.

JADI, BOLEH KURUS DENGAN DETOX? 

Ya boleh sangat. Malah ianya cara paling sihat untuk memastikan penurunan berat anda berlaku secara semulajadi dan memperbaiki semula sistem tubuh badan anda. macam adaa katakan tadi, rata-rata mula detox bila dapat tahu ada tekanan darah tinggi, obesiti, dan kencing manis. Tapi BONUS bagi mereka apabila berat badan mereka juga mencecah tahap berat badan ideal. Barulah lebih yakin,sihat,segar semua sekali kan?

Ni adaa kongsikan satu lagi testimonial.

Nak mula kurus dengan detox? jom, kami ada kumpulan yang boleh membantu!

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED

KURUS CARA DETOKS VS KURUS CARA DIET

‘SAYA DAH CUBA MACAM-MACAM PRODUK, TAK KURUS PON’

‘ASYIK KURUS, GEMUK, KURUS, GEMUK BALIK, BOSANLAH!’

‘KENAPA SAYA SUSAH SANGAT NAK KURUS?’

Ini persoalan biasa yang kita dengar..terutamanya wanitalah. Wanita melalui perubahan fisiologi yang banyak dalam kehidupan sebab kita ni mula-mula datang haid, lepas tu mengandung, melahirkan, semua tu memerlukan tubuh badan kita melalui pelbagai perubahan hormon dan fizikal. Jadi tak hairanlah kalau kita ni sensitif bab-bab berkaitan berat badan.

Ada orang mudah menurunkan berat badan, ada yang susah. Sesetengah orang tak dapat mencari apa punca berat susah sangat nak turun, adakah genetik, adakah badan dan jem, dah ‘give up’ nak kurus..lemak degil sangat ke..kenapa? Bingung kan?

Kalau kurus pon, lepas tu naik balik, lebih berat dari sebelumnya..inilah yang dikata YO-YO EFFECT. Sebab apa jadi macam tu, sebab diet yang tidak betul. Apabila kita diet dengan mengurangkan makan atau skip makan, hasilnya:

  1. Kandungan toksin makin tinggi/pekat. Badan kita akan terus menyimpan/membina lemak untuk menjadikan organ dalam tubuh kita ‘kebal toksin’. Sebab tu berat kita naik secara mendadak.
  2. Otot rosak. Apabila kita tidak makan, kita telah merisikokan otot kita dan merosakkan otot kita. Otot sangat penting untuk memastikan pembakaran lemak dalam tubuh berlaku dengan efisyen dan meningkatkan metabolisme. Sekiranya otot rosak, lemak tidak dapat dibakar dan ditukarkan kepada tenaga..hasilnya, lemak terkumpul–>kegemukan.

Kalau kita dah gemuk berpuluh tahun, jangan lah sesekali cuba kurus dalam sebulan. Itu dah pasti ada ‘something wrong somewhere’. Jangan hanya bergantung pada penggunaan produk..tengok orang yang masuk ‘BIGGEST LOSER’ tu..setahun tau bersenam..bukan seminggu! Penting untuk kita tahu cara yang betul untuk menurunkan berat badan.

diet detoks

KURUS CARA DETOKS LEBIH BAIK?

YA. kenapa adaa cakap macam tu? Kurus dengan cara detoks adalah lebih baik kerana kita bukannya berlapar, tetapi membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh secukupnya disamping menyingkirkan toksin. Jadi sistem badan kita dipulihkan kembali dan fungsi sistem penyingkiran badan dapat berlaku pada tahap optimum!

Percayalah, dengan detoks, anda bukan sahaja makin sihat, malah tabiat pemakanan dan gaya hidup juga bakal berubah. Takdalah badan tu asyik ‘craving’ makanan yang tak sihat je.

DETOKS CARA SHAKLEE

Mulai April 2016- june 2016, Shaklee telah melancarkan KEMPEN DETOKS untuk membantu rakyat Malaysia memperbaiki dan meningkatkan taraf kesihatan diri dan gaya hidup lebih sihat. Apa yang Shaklee dan Adaa sediakan?

  1. Pelan detoks 7 dan 30 hari
  2. Detoks dengan produk shaklee
  3. Kumpulan sokongan yang sama-sama melalui proses detoks (berdua atau lebih, lebih baik hehhe)
  4. Info berkaitan detoks
  5. Kelas nutrisi bersama nutritionist Shaklee.

Best kan?? Nak sama-sama detoks dengan geng detoks Adaa? Jom! Jangan tunggu lama-lama..rugiiiii.:D

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::