#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · CAROTOMAX · SHAKLEE RELATED · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX

VITAMIN TERBAIK MENCEGAH MASALAH RESDUNG

MASALAH RESDUNG
MASALAH RESDUNG

Sinus kita merembeskan mukus bagi tujuan membersihkan saluran laluan udara dan juga melembapkan. Tetapi bila sinus tersumbat, ianya boleh menyebabkan jangkitan kuman, ketidakselesaan, dan masalah kulit muka. Selalunya mereka yang sensitif terhadap habuk akan mudah dijangkiti kuman seterusnya menyebabkan masalah resdung ni..jadi kesihatan badan yang menyeluruh terutamanya sistem imun badan yang tinggi amat penting bagi mencegah masalah resdung ni.

APA VITAMIN TERBAIK MENCEGAH RESDUNG?

VITAMIN A

Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. 

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan 

Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan. Jadi, jika ingin mendapatkan sumber Vitamin A yang selamat, anda perlu dapatkan carotomax shaklee. 

Vitamin A membantu mengawal selia sistem imun tubuh kita. Dengan Vitamin A yang mencukupi, ianya membantu tubuh untuk kekal sihat dan tidak mudah jatuh sakit. Vitamin A juga membantu kesihatan kulit yang baik dan membran yang sihat. Keduanya ini merupakan ‘tembok’ yang perlu kita pastikan sentiasa sihat bagi mengelakkan kemasukan kuman dan virus yang seterusnya boleh menyebabkan resdung.

VITAMIN C

Vitamin C merupakan Vitamin yang sangat penting bagi mencegah sebarang jangkitan dan juga merawat jangkitan sekiranya sudah terjadi. Bagi Adaa, inilah vitamin yang sangat laris dikalangan pelanggan adaa kerana sekiranya anda selesema atau demam, ianya mampu membantu anda sihat kembali. Kiranya Vitamin WAJIB ada dirumah lah ni.

Jordan S. Josephson , pengarang ” Sinus Relief Now,” menunjukkan bahawa vitamin C adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu untuk menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas. Penyakit seperti selesema, jangkitan virus merupakan salah satu punca paling biasa yang mengundang resdung. Jadi amat penting untuk kita memastikan diri kita supaya tidak selesema.

Deborah Rosin , pengarang ” The Sinus Sourcebook ,” mengesyorkan bahawa orang-orang yang mudah dijangkiti selsema supaya mengambil dos 1,000mg vitamin C (2 biji vitamin C shaklee) setiap hari sebagai langkah pencegahan dan dua kali ganda dos untuk 2,000mg jika dijangkiti selesema.

VITAMIN E

Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat yang membantu merangsang sistem imun tubuh manusia dan melawan sebarang jangkitan termasuklah jangkitan yang melibatkan sinus. Salah satu fungsi utama Vitamin E dalam menangani masalah resdung ialah ianya membantu melancarkan peredaran darah disekitar tisu saluran sinus/resdung. Ini membantu tisu sinus yang telah dijangkiti pulih dengan lebih cepat. Cadangan pengambilan harian vitamin E ialah 400-1000IU setiap hari (1-2 biji Vitamin E shaklee)

Dengan pengambilan 3 vitamin ini secara konsisten, ia bukan sahaja dapat mencegah resdung dari terus terjadi, malah secara tidak langsung, anda turut mendapat manfaat lain daripada vitamin berkenaan seperti kulit yang cerah dan cantik, imun sistem yang tinggi dan banyak lagi. Untung kan?

VITAMIN UNTUK RESDUNG
VITAMIN UNTUK RESDUNG

slide 36 slide 37

Apa lagi?

nak dapatkan harga istimewa bulan ni boleh roger2 ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements
VIVIX

RAWAT ASMA DENGAN VIVIX?

sejak akhir2 ni ramai yang berkongsi kebaikan vivix ni..dan salah satu testimoni yang paling kerap adaa dengar ialah ianya mampu merawat asma..tertanya jugak lah macam mana tu? Almaklumlah, adaa ni berminat dengan cara ianya berfungsi..kadang2 doktor pon rimas agaknya sebab asyik bertanya..bukan apa, kalo sakit, pastu gi hospital, doktor cuma bagi ubat, adaa sungguh lah tak suka..adaa suka doktor yang chitchat dgn kita..terangkan macam mana boleh kena sakit xxx, apa rawatan xxx, kalo dia bagi ubat, kenapa ubat ni, tak ubat lain, bagaimana ia bertindak..so next time kita tau dah lebih arif tentang penyakit tu dan pada masa yang sama tu, tambah lah ilmu kan..jangan duk ikut je..kene tahu apa yang kita makan 🙂

So kali ni nak share pasal vivix dan asma..penyakit asma ni sangat2 lazim sebab dunia kita sekarang ni semakin kotor..yang takda asma pon boleh kena tau..jerebu je dah berapa kali setahun, takyah tunggu jerebu, gi stesen bas je dah kelam..huhu macam hari tu selepas banjir besar di Kelantan, habuk tuhan saja yang tahu..disebabkan air lumpur yang membenam Kelantan, selepas kering, semuanya  merah..cuaca panas menyebabkan lumpur-lumpur kering dan bila kenderaan lalu, habuk berterbangan diudara, tu belum campur dengan asap orang membakar barang-barang yang dah musnah dalam banjir..memang kena lengkap memakai penutup hidung. Kalau orang yang jenis sensitif, cepat sangat terkena batuk teruk dan asma.

Jadi, betul ke vivix boleh merawat asma? How?

Apa ada dalam Vivix?

 Anggur muskat, Elderberry, Lobak Ungu dan Polygonum Cuspidatum.

Muscadine Grape

Satu-satunya anggur di dunia yang memiliki lebih daripada 1 kromosom. Muscadine Grape ini memiliki 20 kromosom sebab tu lah saintis buat kajian yang lebih mendalam ke atas anggur hebat ni. Hasil kajian mereka terbuktilah bahawa anggur ini memang mempunyai ciri-ciri yang boleh menghentikan perkembangan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti-bakteria. Salah satu nutrisi terpenting yang diekstrak daripada Anggur hebat ini ialah RESVERATROL yang amat penting untuk alternatif pelbagai masalah seperti penuaan, kanser, diabetis, gout, darah tinggi dan pelbagai lagi.

Purple Carrot

Daripada warnanya yang unk iaitu ungu-kuning dan ungu-oren juga telah menunjukkan ciri-ciri istimewa yang ada pada Purple Carrot ini. Ia adalah sumber vitamin A terbaik dan juga antioksidan yang berkualiti tinggi. Memalui pelbagai kajian yang telah dilakukan kepada tumbuhan istimewa ini terbuktilah bahawa ia adalalah sumber antioksidan, anti-radang dan pelbagai ‘anti’ lain lagi yang penting untuk tubuh. Selain itu,ia juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Elderberry

elderberry

Kandungan terpenting dalam Elderberry ialah flavonoidsnya yang sangat penting iaitu sebagai antioksidan yang kuat. Antioksidan ini diperlukan tubuh untuk menguatkan sistem imun dan melawan jangkitan-jangkitan virus dan bakteria. Elderberry juga sangat kaya dengan vitamin A, B, C dan pelbagai lagi. Ia sangat bermanfaat untuk mengurangkan simptom Influenza,  menguatkan sistem imun, meredakan asthma, merendahkan tahap kolestrol, diabetis, meningkatkan kesihatan mata dan melindungi daripada serangan jantung dan strok.

Knotweed Jepun

polyganum

Merupakan sumber resveratrol selain daripada Muscadine Grape. Reservatrol  sangat penting untuk anti-penuaan,merendahkan koletsrol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlit sukan dan mengurangkan berat badan.

Dalam banyak2 kandungan vivix ni yang menjurus lebih kepada asma ialah European Elderberry.

european elderberry ni merupakan antioksidan yang kuat dan sangat bagus dalam meningkatkan imun sistem serta melawan virus..kalau asma ni, memang sangat penting lah bab2 menghindar diri dari kuman, virus dan meningkatkatkan sistem imun..bila paru2 dijangkiti kuman, virus, itu yang menyebabkan jadi asma..jadi kajian menunjukkan peningkatan dalam sistem imun itu lah membantu dalam memulihkan asma..bila badan kuat, sistem tubuh sukar dijangkiti, jadi asma pon dapat dicegah.

selain itu elderberry ni juga mampu mengurangkan penghasilan mukus atau lendir di bahagian salur pernafasan dan mengurangkan radang di bahagian tersebut. sebab itu elderberry ni bukan sahaja bagus dalam merawat asma, malah segala masalah yang berkaitan dengan sistem respirasi seperti resdung, batuk, selesema, bronkitis, sakit tekak dan influenza. 

sebab itulah, VIVIX merupakan pilihan yang baik jika anda mengalami masalah disaluran respirasi. so buat pilihan yang bijak 😀

Untuk mendapatkan promosi FEB 2015  boleh hubungi adaa ye. Untuk pembelian VIVIX tanpa promosi menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::