SHAKLEE RELATED · TIPS

4 LANGKAH PENTING MENGGUNAKAN SERUM

4 LANGKAH PENTING MENGGUNAKAN SERUM

Sekarang ni ramai orang dah mula sedar tentang kepentingan face serum. Yang paling utamanya adalah untuk melambatkan penuaan, menyingkirkan garis kedutan di wajah dan merawat masalah kulit muka. Bab jeragat, tompok hitam, kedutan..semua tu sangat merisaukan kan? Dan sebab itu lah semakin ramai yang mula menambah serum dalam regim penjagaan wajah mereka. Tapi adakah kita dah gunakan serum dengan cara yang betul? Atau main sapu je dan akhirnya tiada kesan positif? ruginya!

1 CUCI MUKA SECARA MENYELURUH

Bahan-bahan aktif dalam serum sangat mudah melekat dengan segala kotoran dan bendasing dimuka kita. Jadi sekiranya kita tak cuci wajah dengan bersih, bukankah rugi jika semua serum yang kita sapu hanya melekat dikotoran dan bukannya meresap kedalam kulit kita? Rugi je beli mahal-mahal kan? Jadi, pastikan kita mencuci muka dengan bersih sebelum menggunakan serum. Juga pastikan kita menggunakan air pada suhu bilik, sebab kalau cuci dengan air panas, ianya boleh menghalang penyerapan serum, dan kalau guna air sejuk, pori akan tertutup dan mengelakkan serum dari menembusi kedalam kulit.

2 SAPU KETIKA KULIT MASIH LEMBAP

Kulit yang lembap lebih bagus dalam penyerapan berbanding kulit yang kering hampir 10 kali ganda. Jadi, untuk penyerapan yang cepat dan jauh kedalam kulit, pastikan wajah kita dalam keadaan lembap sebelum menyapu serum. Gunakan toner untuk melembapkan wajah. (sebelum ni adaa ada terangkan penggunaan rosewater sebagai toner, sangat best!) Kemudian titikkan 1-2 titis serum ke tapak tangan dan sapukan diwajah. Tekan menggunakan tapak tangan untuk melepaskan kandungan aktif dalam serum supaya proses penyerapan akan lebih baik berbanding menekan dengan jari.

3 HANYA SEDIKIT SUDAH MENCUKUPI

Walaupun serum mempunyai manfaat yang sangat besar, tetapi itu tidak bermakna kita kena guna terlalu banyak. ‘LESS IS MORE’. Serum adalah sangat pekat dan setitis atau dua titis sudah cukup untuk sekali sapuan. Jangan bazirkan duit anda!

4 SAPU & TUNGGU

Serum bukan pelembap. Sila ‘take note’ ya. Jadi, selepas anda menggunakan serum ,pastikan anda menggunakan losyen muka, face oil atau krim malam/siang bagi melembapkan kulit anda. Untuk kesan yang optimum, sapukan serum, biarkan selama 5 minit untuk proses penyerapan, kemudian baru sapukan pelembap ke muka anda.

Tips: Serum yang baik menyerap dengan cepat kedalam kulit. Jika serum mengambil masa terlalu lama, itu maksudnya serum tu tak bagus atau rendah kualiti.

Jelas? senang kan?

Disini adaa kongsikan juga serum yang Adaa gunakan sekarang. Pastinya sumber semulajadi dan organik dan sangat best!! 

photo_2016-10-17_10-49-32
Vitamin C & hyaluronic acid. Totally awesome!

14572404_10210135897610935_633301596524749151_n

Bulan ni ada set yang meletop!! Bagi yang nak cuba rangkaian skincare dari #freshpicks, adaa syorkan guna PRIMO ni..cuba dulu baru tau..serumnya, face oilnya, facemist nya..memang terbaik!! semuanya dibuat dan diadun dengan penuh kasih sayang tauuuu..Yang penting FRESHLY MADE, HOMEMADE, HAND CRAFTED.

photo_2016-11-09_17-32-11

photo_2016-11-09_17-32-42

 

Nak lihat REAL testmoni #freshpicks? —–> https://www.facebook.com/myfreshpicksboutique/photos/

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI #cherrybeautysoap #feelbeautifulnaturally #freshpicksbyCN #freshpickbyCNTerengganu #muslimproduk #homemade #homespa #bebasbahankimiabahaya #naturaldanorganik #natural #organic #kulit #kulitsensitif #jerawat #pencucimukasemulajadi #homemadecosmetic #skincare #bodycare #kulitcantik #sensitiveskin #whitening #antiaging #freshpickslover #AperfectGiftforU #theRiseofFreshPicks #AgentFreshpicksTerengganu
#homemadesoapmalaysia #testimonifreshpicks

Advertisements
SHAKLEE RELATED · TIPS

5 CARA PENGGUNAAN ROSEWATER UNTUK KECANTIKAN SEMULAJADI~

5 CARA PENGGUNAAN ROSEWATER UNTUK KECANTIKAN SEMULAJADI~

Semalam dah janji nak kongsi macam mana nak guna rosewater untuk tujuan kecantikan kan kan..jadi hari ni akan ku tunaikan..sila baca dan aplikasi kan dalam kehidupan anda yang jelita tu 😀

CARA PENGGUNAAN ROSEWATER

1 SEBAGAI TONER/PENYEGAR WAJAH

Kalau kita guna toner dipasaran, kebanyakannya sangat tinggi dengan bahan kimia dan ini boleh menyebabkan iritasi dikulit kita dan menjadikan kulit lebih kering.

Rosewater adalah alternatif yang baik bagi menggantikan toner dipasaran kerana ianya semulajadi dan lebih sesuai.

Hanya dengan 2 langkah ini;

  • Semburkan air mawar yang sejuk (letak dalam peti ais) keatas kapas muka dan sapukan diwajah
  • Lakukan selepas mencuci muka

kulit muka anda akan lebih segar, pori akan lebih mengecil dan wajah lebih anjal serta meninggalkan bau yang wangi dimuka 🙂

 

2 MELEGAKAN KULIT YANG TERBAKAR DAN PEDIH

Kalau terdedah kepada cahaya matahari, kulit kita akan rasa perit, pedih dan kadangkala sakit kan. Air mawar yang sejuk ni boleh membantu mengurangkan sunburn dan menyejuk serta menenangkan kulit kita.

Hanya semburkan air mawar yang dah disejukkan ke kulit anda yang sunburn tu..lega…

 

3 MELEMBAPKAN KULIT

Rosewater mempunyai sifat melembapkan kulit. Jadi, sekiranya anda mempunyai kulit yang sangat kering, boleh cuba tambah setitis dua rosewater pada pelembap anda untuk kesan yang lebih baik.

 

4 PENCUCI DAN PEMBERSIH KULIT

Rosewater ni boleh juga digunakan sebagai cleanser tau. Hanya campurkan secawan air mawar bersama 2 sudu kecil gliserin dan 10 titis rose essential oil. Tada! anda dah ada cleanser DIY yang bebas kimia dan efektif dalam menyingkitkan kotoran dimuka anda.

 

5 MERAWAT JERAWAT

Rosewater boleh merawat jerawat tau..senang aje

  • Campurkan jus limau dan air mawar dalam nisbah 1:1.
  • Sapukan campuran ini pada muka biarkan dalam setengah jam.
  • Lepas tu, cuci dengan air. Selepas mengamalkan tips ini selama 2-3 minggu, anda akan dapat melihat perbezaan pada kulit anda.
  • Penggunaan air mawar ini membantu melegakan jerawat, dan mengurangkan bintik hitam dan parut.

 

Satu lagi cara yang anda boleh buat untuk merawat masalah jerawat ialah, buat masker.

  • Campurkan 2 inci timun segar yang dah dikisar dengan dua sudu besar madu asli.
  • Tambahkan sikit sahaja air untuk jadikan ia dalam bentuk pes, supaya senang nak tepek kat muka tu kan.
  • Sebelum bermasker, basahkan sikit kulit muka dengan air suam.
  • Lap sehingga kering dan sapu masker.
  • Tunggu selama 15 minit, bilas, dan nikmatilah kulit yang licin dan segar. Lakukan sekali seminggu.

best kan?

photo_2016-10-17_10-52-18

Ini adalah Facemist keluaran freshpicks. Yang ni istimewanya sebab bukan sahaja ada rosewater, siap ada vitamin E dan EO. jadi khasiat dan kelebihan berganda.

Yang ni adaa simpan dalam fridge. Lepas cuci muka, semburkan ke muka (nak guna facial cotton pon boleh). Tapi ikhlas adaa cakap, TAK PUAS GUNA! sebab rasa best sangat, rasa nak sembur satu badan tau..tak puas sembur muka je hehe bau pun sangat wangi sebab yang ni pekat dari yang biasa ada dipasaran. Memang best!

Nak cuba? sila lah 😀

Nak lihat REAL testmoni #freshpicks? —–>https://www.facebook.com/myfreshpicksboutique/photos/

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI #cherrybeautysoap #feelbeautifulnaturally #freshpicksbyCN #freshpickbyCNTerengganu #muslimproduk #homemade #homespa #bebasbahankimiabahaya #naturaldanorganik #natural #organic #kulit #kulitsensitif #jerawat #pencucimukasemulajadi #homemadecosmetic #skincare #bodycare #kulitcantik #sensitiveskin #whitening #antiaging #freshpickslover #AperfectGiftforU #theRiseofFreshPicks #AgentFreshpicksTerengganu

 

SHAKLEE RELATED · TIPS

KULIT CANTIK HANYA DENGAN AIR MAWAR (ROSEWATER)

rose-water-benefits-625_625x350_71446579082.jpg

CANTIK HANYA DENGAN ROSEWATER? boleh ker? air mawar yang renjis-renjis masa bersanding tu ke? Apa yang specialnya?

Cleopatra was believed to have used it as a part of her beauty regime, and for generations, rose has been used by women across the world to enhance their beauty.-here

Siapa tak kenal atau tak pernah dengar nama cleopatra? Kalau dia pun guna, dah tentu istimewa rosewater ni ye tak?

APA KELEBIHAN ROSEWATER KEPADA KULIT?

  • Air mawar membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit anda.
  • Ia membantu merawat jerawat, dermatitis dan ekzema.
  • Air mawar membantu menghidratkan kulit dan melembapkan kulit, serta menjadikannya lebih licin.
  • Ia juga membantu untuk menyembuhkan parut dan luka.
  • Air mawar menyejukkan kulit.
  • Ia membantu dalam menyama ratakan tona kulit dan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria.
  • Sifat-sifat antioksidan rosewater membantu untuk menguatkan sel-sel kulit dan menjana semula tisu kulit.
  • Rosewater mampu melembapkan serta menyegarkan rambut dan kulit supaya kelihatan lebih bermaya dan cantik.
  • Air mawar membantu untuk merawat radang kulit kepala (merah-merah dan pedih) dan kelemumur yang disebabkan oleh jangkitan kulat.
  • Ia juga sangat membantu dalam mengekalkan awet muda kerana sifat antioksidan yang tinggi dan mengelakkan garisan penuaan diwajah.

Ini baru khasiatnya terhadap kulit, belum rambut, kuku atau bahagian lain tubuh 🙂

Menarik kan? Hanya dengan air mawar..siapa sangka 🙂

esok Adaa sambung lagi tentang penggunaan rosewater supaya korang boleh cantik jelita okeh?

babai~

 

SHAKLEE RELATED · TIPS

KULIT ANDA BERMINYAK? INI YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FACE OIL.

Kenapa kulit berminyak kena guna face oil? Bukan ke berganda lagi minyaknya? Dalam entry Adaa yang bertajuk ‘FACE OIL’ BANTU RAWAT MASALAH KULIT BERMINYAK? Adaa dah jelaskan kenapa dan bagaimana face oil membantu dalam merawat masalah minyak berlebihan dimuka ni.

1441013238844.jpg

Dan kali ni Adaa kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang face oil terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit jenis berminyak ni

1 JANGAN TERLALU KERAP MENYAPU MINYAK DI WAJAH

Memang fungsi face oil untuk melembapkan wajah disamping mengawal pengeluaran sebum, tetapi jangan ‘over apply’ atau terlalu banyak menyapu face oil tu.

Jika anda mempunyai kulit yang kering, anda boleh menyapu 2 kali sehari. Tetapi sekiranya anda ni jenis  kulit berminyak macam Adaa, sekali sehari dah mencukupi..adaa pun setiap kali guna cuma 1 titik sahaja. Tak perlu banyak sampai berlumur kat muka tu hehe

 

2 LIHAT RAMUAN FACE OIL TERSEBUT

Macam-macam jenis face oil ada dipasaran dan sebelum kita guna, pastikan kita tahu apa fungsi minyak-minyak tersebut. Contohnya, minyak GLA sangat bagus dalam melembapkan dan membaiki sel dan parut diwajah. Jojoba oil pula sangat ringan dan mudah meresap kedalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak dimuka. Perkara-perkara seperti ini harus diambil kira dalam pemilihan face oil anda ok?

 

3 AMALKAN RUTIN PENJAGAAN WAJAH YANG BETUL

Kalau dah pilih face oil yang sesuai, pakai tak tentu masa pun tak boleh jugak. Mana nak nampak hasil kalau kejap pakai, kejap tak pakai ye tak. Jadi, pastikan keseluruhan rutin penjagaan wajah anda adalah betul dan sesuai untuk kulit anda. Contohnya, bagi mereka yang mempunyai kulit terlebih minyak ni, anda boleh menggunakan scrub untuk menyingkirkan sel-sel mati dan penggelupasan agar minyak dapat diserap dengan lebih baik.

 

4 ELAKKAN FACE OIL YANG TERLALU ‘HEAVY’

Kalau muka dah berminyak, lepas tu anda sapu minyak dan ianya kekal diwajah anda dan tidak menyerap dengan baik, itu maksudnya minyak tu terlalu pekat atau ‘heavy’.tak sesuai untuk kulit berminyak kerana boleh menyebabkan liang tersumbat. Jadi pastikan pilih minyak yang sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit seperti GLA, jojoba oil, argan oil.

 

5 MENGGUNAKAN FACE OIL PADA WAKTU YANG SALAH

Kalau pilih face oil dah tepat, rutin pun dah ada tetapi salah waktu untuk ‘apply’ pun tak boleh jugak. Muka kita menghasilkan sebum yang sedikit pada waktu malam..jadi jika anda menggunakan face oil sekali sehari je, lebih eloklah sapu pada waktu malam sebelum tidur dan bukannya diwaktu awal pagi.

 

Jadi, untuk memastikan anda merasai ‘keajaiban’ face oil terhadap kulit anda yang berminyak tu, pastikan minyak yang anda pilih bersesuaian dengan jenis kulit anda, guna pada waktu yang sesuai dan konsisten ya.

 

SHAKLEE RELATED · TIPS

ARGAN OIL, CECAIR EMAS UNTUK KECANTIKAN ANDA

Semalam dalam entry adaa ‘FACE OIL’ BANTU RAWAT MASALAH KULIT BERMINYAK? Adaa janji nak terangkan kelebihan ramuan dalam face oil kan? Hari ni adaa pilih satu dulu..kita tengok yang ni dulu..

photo_2016-10-18_10-19-50.jpg

dalam Arganne Face oil Complex  ini mengandungi pelbagai ramuan dan salah satu ramuan premiumnya ialah Morocco argan oil. Apa bagusnya Morocco argan oil ni sehinggakan digelar ‘liquid gold’?

Argan-Oil.jpg

Pertama sekali, kenapa Morocco? Pokok argan ni sukar ditemui ya..bukan semua tempat ada. Jenis ‘rare’ lah kiranya ni, kalau yang dari Morocco ni maksudnya memang original gitu. Di Morocco terdapat sebuah hutan yang dipenuhi pokok argan, ‘Argan Forest’. Pokok ini mempunyai buah seperti kacang, dan didalamnya tu ada minyak dengan 1001 kebaikan sehinggakan kambing pun sanggup panjat pokok ni tau. Bila orang kaji dan tahu betapa berharganya minyak dari pokok argan ni, maka penggunaannya semakin meluas bukan sahaja dalam bidang kosmetik tetapi kesihatan. Hutan ini begitu berharga sehinggakan pada tahun 1998 ianya telah diisytiharkan sebagai Biosphere Reserve oleh UNESCO.

Argan oil kaya dengan Vitamin A dan Vitamin E yang menjadikan ianya sangat bagus dalam memulihkan sel dan melembapkan sel. Ia juga kaya dengan asid lemak seperti Linoleik acid, Omega 6 dan antioksidan yang membantu mengurangkan radang. Ia juga sangat terkenal dalam pemulihan sel rosak. Jadi boleh nampak kan betapa bagusnya minyak ni terhadap kulit kita yang berparut ke, bermasalah ke kan? Apa lagi kelebihan argan oil ni?

MELEMPAPKAN

Argan oil menyerap dengan pantas ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan minyak. Jadi, selepas kita cuci muka, hanya titiskan minyak ini ditapak tangan, dan gosok sedikit kemudian ratakan diwajah dan dileher untuk memastikan kulit kita kekal lembap. Vitamin E dan Vitamin A dalam argan oil ini bukan sahaja memastikan kulit kekal lembap tetapi juga mengurangkan kedutan diwajah. Bukan sahaja kat wajah tau, malah anda boleh gunakan diseluruh badan anda!

MENYEGARKAN

Penyegar atau toner salah satu benda wajib dalam penjagaan kecantikan kan? Nak lebih bagus lagi, cuma titiskan 2-4 titis argan oil kedalam toner kegemaran anda. Nak lebih bagus lagi? Buat toner anda sendiri, kompem bebas bahan kimia! Bukan susah pun, guna teh hijau je pon boleh tau.

SKRUB (EXFOLIATE)

Sekali sekala kena juga skrub muka untuk singkirkan sel mati dan kotoran kan. Yang bagusnya, kalau kita guna argan oil dalam skrub kita, bukan sahaja dapat buang sel mati, tapi dapat ‘anti-aging effect’ juga tau. Hanya campurkan 1 sudu gula perang dengan beberapa titis argan oil dan skrub muka anda tu. Bilas dengan air sejuk. senang!

JERAWAT

Kalau orang kulit berminyak, memang mengalami masalah jerawat. Dengan minyak yang banyak dimuka, boleh menyebabkan pori tersumbat dan menyebabkan jerawat. Berita baiknya, argan oil boleh membantu mengawal pengeluaran sebum! (cuba baca link entry adaa kat atas tu). Kandungan linoleik asid yang tinggi dalam argan oil ni membantu merawat keradangan akibat jerawat disamping memulihkan sel yang telah rosak. Kalau dah guna argan oil sebagai pelembap tapi masih ada jerawat, cuba ‘lightly dap’ minyak ni ditempat yang jerawat degil tu. Ia bukan sahaja membantu merawat jerawat tapi parut jerawat sekali tau.

STRETCH MARK

Argan oil mampu mengelakkan stretch mark kerana ianya membantu memperbaiki elastisiti kulit kita, kekal anjal gitu. Hanya titiskan 2-3 titik argan oil pada tapak tangan, sapu rata dibahagian yang ada stretch mark atau bahagian yang berisiko. Kalau memang dah ada beberapa stretch mark, boleh cuba campurkan gula perang bersama minyak ini dan sapu ditempat tersebut, kemudian bilas. Ala-ala urut sket lah. Vitamin E dan A dalam argan oil ini bukan sahaja membantu melembapkatkan kulit, merawat kulit, memulihkan sel, malah membantu memudarkan stretch mark tadi.

PELEMBAP RAMBUT

Bukan jer muka, kulit, rambut pun boleh! Argan oil boleh menjadi pelembap (conditioner) yang sangat baik untuk rambut. Bagi yang mempunyai rambut kering, bercabang, bermasalah, kelemumur,anda boleh beralih kepada argan oil untuk rambut yang lebih sihat dan cantik dan pastinya bebas kimia! Ia juga terbukti boleh membantu pertumbuhan rambut, jadi silalah sapu kat kulit kepala juga ya.

PELEMBAP BIBIR

Muka, kulit, rambut dan sekarang bibir. Bagi yang ada masalah bibir kering, menggelupas, merekah, elok sangat sapu minyak ni. InsyaAllah sangat membantu. Jangan lupa cuba!

Banyakkan kelebihan argan oil? Sebab tulah penggunaanya sangat meluas dipasaran. Apa bagusnya FRESHPICKS?

Pemilihan setiap ramuan dalam Argan Face Oil Complex ni berdasarkan kualiti. Ya memang benar argan oil dipasaran berlambak, ada yang murah ada yang mahal..kenapa beza? Argan oil seperti juga ramuan lain ada gred yang berbeza. Ada yang ‘high gred’ ada yang ‘low gred’ tapi masih juga argan oil. Di Freshpicks, pengasas kita ni nak guna untuk diri sendiri..memang tu pun tujuan asalnya..buat untuk guna sendiri, jadi mestilah nak pilih yang berkualiti tinggi kan..kalo kita pun akn buat benda yang sama kan? Nak yang terbaik untuk diri sendiri. Tambahan pula, Puan Shareeza kita ni pencinta barangan natural dan organik, handmade, homemade yang dari oversea nun..jadi, beliau memang menjaga kualiti setanding oversea, tapi harga mampu milik. Barulah dapat berkongsi kebaikan kan? Tak caya juga meh contact kite bagi certificate pembelian 😀 atau pun senang cerita guna lah dulu baru percaya.

Nanti kita sambung lagi ramuan lain pulak ya.

Nak dapatkan ARGAN FACE OIL COMPLEX pada harga pengenalan bulan ni, sila hubungi segera ya. Definitely fast selling. Lepas harga tak dapat dah discount gini. Anda order, kita buat, kita send yang fresh baru siap tu kat anda tau. Homemade with love lagi.

Nak lihat REAL testmoni #freshpicks? —–> https://www.facebook.com/myfreshpicksboutique/photos/

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI #cherrybeautysoap #feelbeautifulnaturally #freshpicksbyCN #freshpickbyCNTerengganu #muslimproduk #homemade #homespa #bebasbahankimiabahaya #naturaldanorganik #natural #organic #kulit #kulitsensitif #jerawat #pencucimukasemulajadi #homemadecosmetic #skincare #bodycare #kulitcantik #sensitiveskin #whitening #antiaging #freshpickslover #AperfectGiftforU #theRiseofFreshPicks #AgentFreshpicksTerengganu
#homemadesoapmalaysia #testimonifreshpicks

SHAKLEE RELATED · TIPS

‘FACE OIL’ BANTU RAWAT MASALAH KULIT BERMINYAK?

Bunyi macam pelik kan. Seumur hidup adaa ni, adaa cuba elakkan penggunaan produk penjagaan wajah yang ‘oil-based’ sebab sangat tak selesa. Yelah, kalau dah muka tu memang menghasilkan minyak sampai boleh buat goreng telur, lepas tu guna lagi produk yang berminyak2, maunya tak berkilat muka tu? Hasilnya, jerawat tumbuh bagai nak rak huhu.

Bulan lepas adaa tengok ‘Get it beauty’ satu rancangan korea yang mengupas isu-isu kecantikan dan katanya, ‘oil can dissolve oil’. Pengasas freshpicks pun kata benda yang sama pada Adaa sebab adaa pelik macam mana penggunaan face oil boleh sesuai pulak dengan kulit yang super oily mcam adaa ni?

Habis, macam mana pula ‘face oil’ boleh membantu kulit berminyak?

SALAH FAHAM 1

Ramai orang (termasuk adaa) berpendapat, apa sahaja produk yang berunsurkan minyak TAK SESUAI untuk kulit berminyak.

SEBENARNYA..

Bukan semua produk tak sesuai untuk kulit berminyak. Kalau produk yang berasaskan krim yang berat atau ‘heavy cream’, ianya mungkin akan menyebabkan kulit berminyak bertambah teruk. Contoh kan, kita guna bedak asas atau krim pelindung matahari diwajah, bila sapu tu, ianya kekal dikulit dan rasa berat. Tu maksudnya, tak sesuai tu sebab ianya tidak menyerap dan hanya menyebabkan pori kita tersumbat. Bila tersumbat, mulalah segala kekotoran dan bakteria terkumpul yang akhirnya menyebabkan jerawat.

 

SALAH FAHAM 2

Orang jenis kulit berminyak, tak boleh guna ‘face oil’, seolah-olah menambah lagi minyak yang ada dimuka tu.

SEBENARNYA..

Kulit kita ni menghasilkan minyak bagi mengimbangkan kandungan air-minyak diwajah kita. Bila kita guna pencuci, atau produk yang membuang minyak dimuka kita, kulit kita secara automatik akan menghasilkan sebum atau minyak bagi menyeimbangkan semula kandungan air-minyak tadi. Semakin banyak minyak yang kita singkirkan, semakin banyaklah sebum dikeluarkan dan inilah yang menyebabkan kulit tersumbat, kotoran melekat dan jerawat yang banyak. Jadi, apa yang sepatutnya kita buat, bukan guna produk yang singkirkan segala minyak diwajah kita, sebaliknya kita gunakan minyak yang seakan-akan ciri sebum dikulit kita tu seperti ‘face oil’. Apabila kita menggunakan face oil, nisbah air-minyak diwajah kita akan kekal seimbang dan kelenjar sebum kita takkan dapat signal untuk ‘overproduce’ minyak bagi memastikan keseimbangan air-minyak diawajah kita. Jadi taklah kulit yang berminyak jadi semakin berminyak!

 

Faham kan? Jadi sebenarnya, kalau yang jenis kulit berminyak ni, tak perlu susah-susah, cuba guna face oil, insyaAllah sangat membantu tau.

Tapi ‘face oil’ mana yang sesuai??

Bagi orang yang mempunyai kulit jenis berminyak, boleh cuba ‘face oil’ yang mempunyai sifat anti-radang, anti-bakteria, yang lembut dan menenangkan seperti chamomile oil, jojoba, argan oil atau aloevera essential oil.

FRESHPICKS SELECTION

photo_2016-10-17_08-36-41

photo_2016-10-17_08-37-58

Bulan ni harga masih pengenalan tau, rugi tak grab.. Bagusnya face oil dan serum ni, kalau dilihat ramuannya memang yang berkualiti tinggi dan terpilih. Nanti, dalam entry yang akan datang, adaa akan kongsikan apa yang bestnya jojoba oil, rosehip oil, evening primrose oil, argan oil ni ok?

Kita jumpa esok tau..tunggu..

Bagi yang nak cuba, boleh dapatkan Face serum dan Face moisturizer argan oil ni dari Adaa ok?

RM49 (15ml)

Nak lihat REAL testmoni #freshpicks? —–> https://www.facebook.com/myfreshpicksboutique/photos/

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI #cherrybeautysoap #feelbeautifulnaturally #freshpicksbyCN #freshpickbyCNTerengganu #muslimproduk #homemade #homespa #bebasbahankimiabahaya #naturaldanorganik #natural #organic #kulit #kulitsensitif #jerawat #pencucimukasemulajadi #homemadecosmetic #skincare #bodycare #kulitcantik #sensitiveskin #whitening #antiaging #freshpickslover #AperfectGiftforU #theRiseofFreshPicks #AgentFreshpicksTerengganu
#homemadesoapmalaysia #testmonifreshpicks