#KORANGTAUTAK · SHAKLEE RELATED

5 KELEBIHAN MANDI AIR SEJUK UNTUK KESIHATAN

Siapa suka mandi air sejuk? Pagi-pagi, lepas tu kena pula masa musim tengkujuh, huuu sejuk sampai ke tulang. Kalau boleh nak mandi dengan air panas sepanjang masa. Tapi anda tahu tak, mandi air sejuk ni banyak kelebihannya untuk kesihatan?

Hari ni Adaa kongsi 5 kelebihan mandi air sejuk ok? (berita gembira untuk yang takda ”water heater” 🙂 )

1. MENINGKATKAN TAHAP KEPEKAAN

Membayangkan air sejuk kena pada kulit kita sahaja pun dan cukup untuk membuatkan kita menggigil, malas nak mandi betul tak? Sejak kita kecil dulu nak pergi sekolah, mandi pagi tulah sesuatu yang mungkin mencabar nak dibuat diwaktu pagi. Tapi tahukah anda semua, apabila air yang sejuk tadi mula membasahi tubuh kita, kesan terkejut dek kesejukan tadi membuatkan kita bernafas lebih dalam, dan meningkatkan pengambilan oksigen ke dalam tubuh lalu membuatkan kita rasa lebih panas dan selesa. Bila kita bernafas dalam-dalam, degupan jantung juga bertambah dan darah akan mengalir dengan laju ke seluruh sistem tubuh lalu memberikan kita tenaga secara semulajadi di pagi hari lagi.

2. MEMELIHARA KULIT DAN RAMBUT

Salah satu cara paling berkesan dan efektif dalam memelihara rambut dan kulit yang cantik dan sihat adalah dengan mengamalkan mandi air sejuk. Air panas cenderung untuk membuatkan rambut dan kulit bertambah kering, jadi penggunaan air sejuk membantu mengetatkan  liang pori dan kutikel rambut dan kulit serta mengelakkan dari tersumbat. Air sejuk juga boleh bertindak sebagai ‘pelindung’ kepada kulit kepala dan kulit dari kotoran.

Seorang ahli dermatologis,  Jessica Krant, menyatakan air sejuk dapat membantu dan menghalang minyak semulajadi hilang daripada kulit kita dengan cepat. Tetapi perlu diingatkan ya, penggunaan air sejuk pada kulit hanya mengetatkan pori kulit kita secara sementara disebabkan aliran darah yang disekat dan bukannya mengecilkan liang pori secara kekal.

Dalam penjagaan rambut pula, penggunaan air sejuk membuatkan rambut lebih bersinar, kurang gugur dan lebih sihat.

3. MENINGKATKAN TAHAP IMUN DAN PENGALIRAN DARAH

Seperti yang adaa nyatakan tadi, apabila kita mandi menggunakan air sejuk, ianya membantu pengaliran darah yang lebih baik. Suhu air yang sejuk tadi menggalakkan jantung kita mengepam darah dengan lebih baik keseluruh sistem badan seterusnya meningkatkan kesihatan jantung secara menyeluruh. Ia juga dapat membantu merendahkan tekanan darah, membersihkan arteri yang tersumbat dan meningkatkan tahap imun badan.

4. MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN

Bolehkah air sejuk membantu penurunan berat badan? macam tak percaya kan? Tubuh manusia terdiri dari dua jenis tisu lemak iaitu ‘brown fat’ dan ‘white fat’. ‘White fat’ merupakan lemak yang terkumpul dalam badan kita apabila kita mengambil kalori secara berlebihan daripada yang diperlukan oleh tubuh kita. Senang cerita, lemak yang membuatkan kita gemuk tu lah. ‘Brown fat’ pula ialah lemak yang baik yang membantu tubuh kita kekal hangat dan ianya diaktifkan apabila terdedah kepada suhu yang sejuk. Jadi, mandi dengan menggunakan air sejuk dapat meningkatkan aktiviti ‘brown fat’ ni tadi.

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2009 mendapati, pendedahan tubuh kepada suhu sejuk pada 23-24 peserta telah meningkatkan aktiviti ‘brown fat’ kepada 15 kali ganda. Ini bermakna, mereka boleh kehilangan sehingga 9 paun setahun jika mereka mengekalkan amalan ini.

5. MENGURANGKAN STRES DAN MELEGAKAN DEPRESI

Kajian menunjukkan, mandi dalam air sejuk dapat menurunkan tahap asid urik, dan meningkatkan ketahanan terhadap stres. Ia juga meningkatkan gluthathione, sejenis antioksidan yang membantu antioksidan lain didalam tubuh untuk berada dalam keadaan optimal.

Air sejuk juga dapat  membantu melegakan depresi  atau kemurungan akibat impak yang kuat dari reseptor sejuk dikulit yang menghantar sejumlah besar impuls elektrik dari hujung saraf periferal ke otak. Dalam kata mudah, ianya dapat menghasilkan kesan anti-depresi, meningkatkan mood baik anda.

 

Jadi, jangan risau atau teragak-agak untuk mandi air sejuk terutamanya diwaktu pagi ya. Bagus tau untuk meningkatkan tenaga, dan mood anda sepanjang hari. Barulah tak stress kena hadap kesesakan lalu lintas 😛

Adaa

SHAKLEE RELATED

PROMOSI HEBAT SHAKLEE JULAI 2017

PROMOSI HEBAT SHAKLEE JULAI 2017

Dah masuk hari ke 6 bulan ni baru Adaa nak bagitahu? Oklah tu kan, masih belum terlambat lagi nak rebut semua promosi shaklee bulan ni.

Setiap bulan, memang inilah yang Adaa tunggu-tunggu. “Apa lagi promosi shaklee bulan ni agaknya ya?” Sebab Adaa tahu mesti ada promosi yang best. Barangan shaklee semuanya setakat ni tak pernah mengecewakan, pasti menarik dan tertarik hehe berkualiti tinggi gitu dan jarang ada dipasaran. Jadi lebih eksklusif.

Jadi, kali ni apa lagi promosi dari shaklee?

july promo 1
ANDA BOLEH DAPAT FREE MEMBERSHIP & POSTAGE SEKALI TAU! JIMAT SEHINGGA BERATUS RINGGIT!!
july promo 2
bukan sebarang tumbler, memang high quality material.

july promo 3

july promo 4
set PALING LARIS SELEPAS RAYA 🙂

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang promo ni, jangan lepaskan sebab korang boleh miliki semua ni pada harga sangat berpatutan tau. Hanya whatsapp Adaa ok?

Nak lihat REAL testmoni SHAKLEE?? —–> http://bit.ly/2bdTci0

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#SHAKLEE #shakleeterengganu #sayajualshaklee #shakleemurah #esp #setkulit #kulit #masalahkulit #setpantang #sethamil #setbersalin #setmenyusu #supplementsemulajadi #vivix #jerawat #jeragat #setkurusshaklee #testimonishaklee #sidterengganu

SHAKLEE RELATED

ALFATIHAH SAHABAT..

Hari isnin macam ni Adaa dah plan nak update blog macam biasa, tapi hari ni nampaknya entry ini bukan lagi entry biasa.

Bangun pagi tadi, adaa bukak whatsapp group batch Sekolah Tun Fatimah #stf9701 dan alangkah sedihnya hati ni bila dapat khabar tentang pemergian sahabat seperjuangan kami ke pangkuan Ilahi..

Memang beberapa hari ni kami diberitahu keadaan arwah semakin memburuk.. Jadi setiap hari Adaa bukak whatsapp, adaa berdebar.. Akhirnya, apa yang dirisaukan terjadi.

Selepas tamat sekolah tahun 2001, Adaa tak berpeluang pun untuk jumpa arwah.. Yang adaa ingat, pernah chat di facebook sekali sahaja.. Dan maaf sahabat, adaa tak pernah tahi yang dali tak sihat..

Last conversation.. Tahun 2012

Maaf juga adaa tak ingat banyak memori kita tapi Adaa sangat ingat betapa baik dan pandainya awak dalina. Leader yang sangat berkaliber..adaa masih ingat betapa sopannya awak..

Arwah sangat baik.. Sahabat yang tak pernah gaduh dengan Adaa.. Merendah diri..

Dalina, walaupun awak pergi, tapi kami semua bersyukur awak pergi dibulan mulia.. Semoga Allah memelihara sahabat kami dalam limpahan rahmatNya..

Damailah kamu disana..

Alfatihah..

#stf9701

OMEGA GUARD · SHAKLEE RELATED

EILMAN, ECZEMA & VIRUS

Kanak-kanak paling senang dijangkiti segala macam virus dan masalah kulit. Antara yang paling biasa adalah eczema. Cuma mungkin tahap teruk atau tak tu berbezalah.

Macam Eilman, dari kecil ada masalah eczema. Tak lah teruk berbanding kanak-kanak lain tetapi bila sekitar umur 3-6 tahun ni makin sensitif sebab dah pandai bermain kan. Budak kalau dah main, tak kira pasir, lumpur dah..dengan kulit yang sangat kering, dan sistem imun yang lambat matang, macam-macam datang menjengah.

Macam masalah eczema ni, pantang cuaca panas, terus muka dia naik berbintik dan merah. Kat muka pulak tu yang teruk, badan semua ok je. Pendek kata kulit Eilman ni kasar jer tak semulus kulit kanak-kanak biasa. Kulit dia berbintik sentiasa dan gatal huhu

Sejak dua bulan lepas, selain eczema tu ada pulak satu virus datang. Naik macam ‘ketuat nasi’. Bintil macam ada nasi dan isi tapi keras. Mula-mula kita cuba rawatan guna salicylate acid. Cucuk guna jarum, cuba cungkil keluar isi macam nanah kering  lepas tu sapu krim. Cara ni memang sakitlah dah lah banyak..Itu pun baru cuba sebiji ditangan dia dah menangis sakit..apa lagi kalau buat yang ada dimuka..kulit muka kan lebih nipis..macam tak sanggup..Jadi, sapu saja lah krim dulu. Sapu-sapu macam tak ada perubahan dan semakin banyak naik dimuka sebab virus kan..menular lah.

kulitkutil
macam ini lah lebih kurang tapi naik di sekitar muka dan badan

Lepas tu kami ambil keputusan, pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan menggunakan ‘liquid nitrogen’. Memang tak pernah tahu cara rawatan ni tapi inilah yang paling sesuai katanya.

Cecair nitrogen tu diletakkan di setiap biji ‘ketuat nasi’ tu dan nanti ia akan menjadi merah, mengeras, jadi macam kudis dan gugur. Bila dilihat kan, macam orang kena cucuh api ubat nyamuk pun ada. Patutlah meraung si Eilman. huhu

Jadi, buat masa sekarang, kita tunggu jelah semuanya gugur sambil menyapu apa yang patut hehe.

Dari segi suplemen, Eilman makan sebiji Omega Guard Shaklee setiap hari. Ramai orang ingat omega hanya untuk minda kan? jangan tak tahu, masalah Psoriasis pun pakar mencadangkan amalkan omega tau.

 Omega-3 fatty acids are known to be anti-inflammatory, and the relative intake of omega-6 to omega-3 polyunsaturated fatty acids (PUFAs) may be a crucial dietary factor in the regulation of systemic inflammation.-here

Pengambilan omega yang mencukupi sangat membantu dalam mengatasi masalah radang kulit seperti jerawat, eczema, psoriasis dan banyak lagi masalah berkaitan kulit. Ia juga dapat membantu mencegah dari kanser kulit, radang akibat sinar UV (malaysia ni memang panas kan..).

Kalau badan kita cukup bekalan omega, ianya boleh membantu dalam penghasilan sel kulit yang lebih licin dan muda remaja.

Jadi, omega ni bukan sekadar untuk minda je tau. Banyak lagi khasiat omega yang jarang kita sebarkan.

Tapi, untuk kali ni, masalah kulit, silalah ambil omega macam Eilman ya. 🙂

Nak lihat REAL testmoni SHAKLEE?? —–> http://bit.ly/2bdTci0

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#SHAKLEE #shakleeterengganu #sayajualshaklee #shakleemurah #esp #setkulit #kulit #masalahkulit #setpantang #sethamil #setbersalin #setmenyusu #supplementsemulajadi #vivix #jerawat #jeragat #setkurusshaklee #testimonishaklee #sidterengganu

REVIEW · SHAKLEE RELATED

KARI KEPALA IKAN HARGA LELONG TERBAIK DI TERENGGANU!

Siapa suka kari kepala ikan? 

Sabtu lepas, anak-anak pun cuti kan, jadi kita jalan-jalan cari makanlah. Kat kuala Terengganu ni rasanya jarang sangat jumpa kedai yang jual kari kepala ikan ni. Kalau belah Pulau pinang ke, perak ke, utara lah kan, memang banyak dan kaw-kaw! Katanya ada warung baru yang menjual kari kepala ikan ni, apa lagi kasi pergilah. Adaa ni memang hantu kepala ikan. Segala kepala ikan adaa makan, kembung, patin, merah, bawal semua lah memang habis ikan tu adaa kerjakan muahaha.

photo_2017-05-15_07-13-24.jpg
Menuju ke Kedai Buluh

Kuala Terengganu ni taklah besar mana, jadi insyaAllah senang aja jumpanya 🙂

photo_2017-05-15_12-33-36.jpg
Warung MekTikah

dah jumpa Warung Mektikah! Warung ni terletak di Titian Baru, Kedai Buloh berhadapan sahaja dengan bengkel kayu. Kalau ikut signboard tepi jalan tu insyaAllah tak terlepas lah warung ni, signboard pon merah kan hehe

photo_2017-05-15_07-14-18.jpg
tudiaa

Belok je nak ke warung, sekali nampak banner besar. LELONG! apa yang lelong ni. Adaa dan keluarga agak memilih sikit bab kedai..kami tak suka kalau kedai tu susah parking atau terlalu padat. Yang ni, parking pun senang, luas dan masa kami sampai tu dalam pukul 11 lebih dekat pukul 12, jadi orang masih belum ramai. Masa kitorang makan, ha tu mula berderu orang.  Ramai yang bungkus bawak balik dan yang makan kat situ pun ramai.

photo_2017-05-15_07-14-23.jpg

KARI KEPALA IKAN RESEPI PENANG DI TERENGGANU

Soalan pertama adaa pada tuan empunya kedai masa sampai tu

“Siapa yang dari Penang?” hehe Rupanya tuan empunya kedai, anak menantu semua orang Terengganu. Tetapi anaknya ni bekerja di Pulau Pinang, jadi tercetuslah idea nak membawa resepi kebanggaan utara ni ke Kuala Terengganu. baguih noooo

Sambil sembang, kita kasi order lah kan.

photo_2017-05-15_07-14-38.jpg
KARI KEPALA IKAN MERAH

 

photo_2017-05-15_07-14-32.jpg
SIDE DISH

KARI KEPALA IKAN RESEPI PENANG

Kalau anda pergi ke warung ni, sila jangan cari lauk lain sebab nya warung ni khusus dalam kari kepala ikan sahaja ya.  Abes kenapa ada lauk lain kat atas tu? ini pakej namanya..Makan kari, dengan nasi panas, sayur taugeh goreng, sambal belacan. perhhh terangkat!

Bila adaa rasa karinya, sah! inilah kari penang, ala mamak gitu. Beza kan dengan kari biasa sebab ada santan, yang ni takda. Pekatnya, karinya, rempahnya memang terbaik! Kalu sesetengah ikan macam ikan merah ni, kalau tak pandai masak, hanyir tau. Tapi yang ini tak hanyir ok..memang best! Bagi yang dah bosan asyik makan menu sama, nak pekena kari kepala ikan macam ni, tak perlu ke utara, boleh jumpa kat sini. mesti tak menyesal, aci kerat jari 🙂

HARGA? SEGAR KE?

Ini yang Adaa nak bagitahu..Selalu kalau korang makan kari kepala ikan, berapa agak-agak? Sebelum ni Adaa pernah juga makan di Perak, kalau bab kari kepala ikan ni, mahu cecah 40-50 ringgit. Jadi adaa pon agak seram lah kan haha

Tapi di warung ni, bila adaa tanya berapa ringgit, acik tu kata ”RM15” . Terkejut sungguh adaa..betul ok, tak caya tanya suami Adaa. Biar betul kepala ikan besar tadi yang Adaa makan satu keluarga tadi rm15 je?

Ya, memang betul..sebab tu lah warung ni berduyun orang..HARGA LELONG rupanya. Kenapa lelong, musykil tak? Dah lah Terengganu ni payah nak jumpa ikan merah, jenahak bagai ni kalau ada pun melambung tinggi harga. Bukan propa tapi benar tau. Sini kalau ikan tongkol tu yelah banyak huhu.

Kepala ikan yang dijual disini yang pertamanya SEGAR jadi jangan nak buat cerita murah sebab tak segar..no no..SEGAR ok. Rupanya, anak acik yang bekerja di Penang ni, hari-hari pergi borong kat sana dan pos kat ibunya ni..uuuuu Kat sana memang ada tempat yang menjual kepala ikan ni pada harga lelong dan atas sebab tulah, Adaa dan semua yang membeli ni dapat merasa kari ikan yang selalunya mahal, pada harga yang sangat murah!

Sekarang dah tau dah apa yang LELONG nya kat banner merah mula-mula tadi. Dah lah menu jarang jumpa dekat terengganu, harga pulak memang lelong. Alhamdulillah..

Disebabkan sedap, kasi bungkus satu lagi kepala ikan merah bawak balik. haha

photo_2017-05-15_07-13-29

photo_2017-05-15_13-05-59
Nampak tak plastik tu, bekal makan kat rumah plak boleh sedut kasi licin haha

Bagi yang nak merasa, silalah pergi ke warung ni. Tak rugi punya. Bila lagi dan kat mana lagi nak dapat makan kari kepala ikan harga murah macam ni? bukan kepala ikan besar kepala ikan kembung, besar niiii..murah pulak tu. Maunya tak berduyun orang.

setelah diselidik, 😛 ini info untuk anda yang nak pergi ke kedai ni

JENIS IKAN

  • Ikan merah
  • Ikan jenahak
  • Ikan cupak
  • Ikan Bawal

HARGA LAUK UTAMA

  • Kepala ikan saiz normal (RM10-15)
  • Kepala ikan saiz JACKPOT (RM18-25)

Tengok tu, saiz JACKPOT pun RM25 ..uih memang harus pergi lagi ni sebab hari tu makan saiz normal jer.

Kalau korang nak datang, kedai tu beroperasi:

  • Ahad-Jumaat
  • jam 11 pagi-4 petang

Lambat kedai tutup hehe

photo_2017-05-15_07-14-07.jpg
sambung pekena kari kat rumah pulakkk

Kat rumah, kita makan pulak dengan roti. Kari pekat macam ni cicah dengan roti, lempeng, memang masyuk!

lepas ni nak cari menu apa pulak? 😀

-Adaa-

 

ESP · SHAKLEE RELATED

ESP DAH KEMBALI LAGI!

Alhamdulillah..hari tu sepi sekejap tanpa ESP..ramai yang mencari terutama menjelang nak puasa..

Ibu menyusu memang suka sangat lah sebab boleh membantu beri tenaga sepanjang menyusukan bayi dan berpuasa..barulah stok EBM banyak kan..penuh je peti ais dengan susu ibu.

Adaa dah bertahun minum ESP ni..dari tahun 2010..memang favourite and must have item lah yang ni..bukan setakat bantu penyusuan, bagus sangat untuk kulit tau.

Sebab tu lah, ESP ni macam goreng pisang panas.

yang nak kulit cantik

yang nak kan tenaga harian

yang nak diet cara sihat

yang nak menyusukan anak

yang ada diabetes

yang kulit muka kusam, jerawat bagai

macam-macam..sebab soya ni protein terbaik dari Shaklee. Kalau dah nama protein, inilah makanan asas untuk sel kita. kalau sel sihat, insyaAllah banyak masalah dapat dielakkan sebab pokok pangkal tubuh kita ni kan kejadiannya dari sel ..kira prevention from the root lah.

siapa yang nak dapatkan dah boleh ya.

*oh ya, Shaklee dah mula naik harga bulan depan tau 🙂

esp-april