HERBLAX · KURUS · LECITHIN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED · WEIGHT MANAGEMENT

KURUS DENGAN DETOX? YA!

Betul ke boleh kurus dengan detox?

Dah jenuh ambil produk untuk kuruskan badan? Dah cuba pelbagai cara untuk kurus? kurus kejap lepas tu naik balik? aduhai, letih betul kan? Dah lah berat bertambah, tenaga makin kurang, sakit lutut, sendi semua, susah tidur, pening semua datang. Paling bahaya bila penyakit baru menjengah, darah tinggilah, kencing manis lah..semua tu sangat menakutkan!

Siapa penah rasa macam tu? Angkat tangan! berat dah bertahun tak turun, rasa nak lempar je penimbang ye tak hehe. Kali ni apa kata cuba kurus dengan detox pulak.

Sebelum tu tengok klip ni dulu ok?

Kenapa perlu detox?

Sebenarnya apabila kita tak mengamalkan detox, badan kita akan mengandungi lebihan toksin. Lebihan toksin inilah yang menjadi punca utama kita gagal membakar lemak berlebihan didalam badan. Lebihan toksin juga mengurangkan penyerapan segala jenis nutrient yang kita ambil melalui pemakanan. Jadi, sia-sialah kalau makan produk kuruskan badan mahal-mahal tu. Bila kita detox, toksin akan berkurangan dan metabolisme badan akan meningkat. Badan kita akan di ‘reset’ semula barulah segalanya jadi lebih sihat, bertenaga dan dapat menyerap nutrien dengan lebih baik!

Macam yang Puan Tuty kata dalam video tu, dia dulu tak bertenaga, tengoklah berat badan tu sangat ketara penurunan kan. Tapi itu cuma bonus dari program detox ni. Yang paling utama, badan lebih sihat dan bertenaga.

Adaa dah pernah cuba ke kurus dengan detox?

Sejujurnya, Adaa dari kecil memang spesis chubby haha Tapi bukanlah sejak azali, cuma dari kecil adaa sangat suka makan. Adaa paling pantang jumpa segala jenis pastry, dessert, aiskrim. Memang kalah lah, angkat bendera putih. Suka sangat!

Semasa mengandung anak pertama berat adaa naik 9-10 kg, kalu tak silap dalam 65-67kg gitu dan doktor sarankan supaya adaa turunkan berat badan sehingga 50kg. Adaa cuma mampu gelak sebab Adaa sendiri tak ingat bila kali terakhir berat adaa cecah 50kg. Sekolah rendah? Sekolah menengah?

Bila dah sampai anak ketiga, berat paling ringan pun Adaa capai adalah 62-63kg. Dengan ketinggian ala-ala pohon nan rendang memang nampak sangatlah huhu dan ianya kekal walaupun anak yang ketiga tu dah cecah 4 tahun 😦

Jadi, Adaa cubalah kurus dengan detox ni bila dapat tahu Shaklee mula anjurkan program ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, adaa pernah kongsi di SINI

Kini berat adaa turun sedikit demi sedikit sehingga 53kg. (yeay!) Tapi kan, Adaa nak buat pengakuan lah, adaa banyak mengelat (cycle pertama yang 7 hari detox plan memang Adaa ikut betul-betul tau, kemudian selepas tu mungkin ada mengelat sikit-sikit lah), senaman tak pernah pun buat, adaa memang cuba mengamalkan pemakanan secara sihat dan eat clean tapi kadang terbabas contohnya semasa raya (ampun). Walaupun begitu, berat adaa tak naik balik dan masih turun. Jadi tak hairan lah kalau betul-betul buat macam Puan Tuty tadi mampu berikan penurunan yang signifikan.

JADI, BOLEH KURUS DENGAN DETOX? 

Ya boleh sangat. Malah ianya cara paling sihat untuk memastikan penurunan berat anda berlaku secara semulajadi dan memperbaiki semula sistem tubuh badan anda. macam adaa katakan tadi, rata-rata mula detox bila dapat tahu ada tekanan darah tinggi, obesiti, dan kencing manis. Tapi BONUS bagi mereka apabila berat badan mereka juga mencecah tahap berat badan ideal. Barulah lebih yakin,sihat,segar semua sekali kan?

Ni adaa kongsikan satu lagi testimonial.

Nak mula kurus dengan detox? jom, kami ada kumpulan yang boleh membantu!

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements
CINCH · CINCH TEA · ESP · MEALSHAKE · PERFORMANCE DRINK · resepi · SHAKLEE RELATED

4 RESEPI SMOOTHIES SIHAT DAN SEDAP

Selamat pagi!! Pagi ni Adaa nak kongsi 4 resepi smoothies yang sangat sedap dan yang lebih penting resepi smoothies ni sangat berkhasiat dan sesuai untuk sesiapa yang ingin mengamalkan pemakanan secara sihat, kekal langsing dan bertenaga.

Resepi smoothies ni mungkin sedikit berbeza dari yang anda pernah cuba kerana ianya menggunakan rangkaian produk shaklee.

”Habis kalau takda produk shaklee tak boleh buat ke??”

Jangan risau, anda boleh olah mengikut kesukaan anda tetapi adalah lebih afdal 🙂 jika anda dapat menggunakan produk tersebut.

Adaa dah pernah cuba ESP, mealshake, Cinch coklat, Performance Drink dari Shaklee dan jujurnya, ianya sangat sedap. Apa lagi dengan resepi smoothies yang menarik macam ni. Memang kaw!!

Apa pun layan video dulu 🙂

Resepi smoothies yang coklat tu sangatlah menggoda iman ok..Adaa memang kalah dengan coklat-coklat ni hehe

Bagi yang nak sangat sarapan atau meal replacement yang tak membosankan, sihat, berkhasiat, membekalkan tenaga berpanjangan, kenyang dengan lebih lama..silalah cuba resepi smoothies ni ok. Adaa berani jamin anda takkan menyesal!

Selamat mencuba!

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE · SHAKLEE RELATED

SHAKER SHAKLEE EKSKLUSIF UNTUK ANDA

Bulan ni bermula dari 13 julai sehingga 31 ogos, shaklee ada menawarkan shaker yang sangat comel untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli shaklee.

Sebelum ni, ada warna hijau, biru, tapi kali ni lebih comel sebab warna macam keperempuanan gitu, ‘coral orange’. Pertama kali Adaa tengok rasa ‘comelnyaa!!!’

new enrollment.jpg

Lawa kan?

MACAM MANA NAK DAPATKAN?

Senang aja, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli (RM79.50), buat pembelian sebanyak 100 point dan anda layak untuk mendapatkan shaker yang lawa ni pada harga diskaun. 

Adaa dah ada semua shaker dari shaklee dan adaa akui ianya sangat mesra pengguna, tahan lama dan materialnya sangat kukuh tau. Shaker ni kalau guna memang sebati lah semuanya sebab korang nampak tak ada macam bebola oren dalam tu. Jadi smoothies korang, milkshake ke semua taklah berketul.

KELEBIHAN JADI AHLI?

brand.png

Sekarang, senarai kelebihan menjadi ahli shaklee dah makin banyak:

  1. Akses ke web pembelian online http://www.shaklee2u.com.my . Anda boleh melakukan pembelian sendiri, hanya masukkan id dan password anda, pilih barang yang nak dibeli, pilih cara pembayaran dan barang akan terus sampai ke pintu rumah anda. Sangat mudah!
  2. Anda boleh menyemak senarai promosi setiap bulan dari shaklee, info dan perkembangan shaklee, aktiviti shaklee, dan pelbagai resepi dan tips kesihatan secara terus dari web tersebut. Kalau bukan ahli tak dapat tau kelebihan ni.
  3. Penjimatan yang berganda. Sudahlah dapat beli pada harga ahli, lepas tu anda juga layak menerima duit lagi jika pembelian anda pada bulan tersebut melebihi 150uv/point. Dapat ‘cashback’ tu! lagi best sebab shaklee transfer terus ke akaun anda setiap pertengahan bulan.
  4. Bagi yang nak tambah pendapatan, ini peluang korang. Tak susah pun, hanya jadi pengguna, jatuh cinta dah kat produk, senang kongsikan dengan rakan dan keluarga. Hanya dengan itu anda dah boleh jana pendapatan tambahan tau. Ramai dah berjaya, jadi jika berminat, adaa sarankan anda patut sangatlah cuba. alang-alang dah guna kan..

Jadi, itu sebahagian kelebihan atau keseronokan menjadi ahli shaklee. Belum cerita peluang pendapatan yang lebih besar, pelbagai jenis bonus, peluang mengerjakan umrah, trip dalam dan luar negara dan banyak lagi! nak bincang lebih lanjut, whatsapp aja adaa ok?

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#KORANGTAUTAK · SHAKLEE RELATED

5 KELEBIHAN MANDI AIR SEJUK UNTUK KESIHATAN

Siapa suka mandi air sejuk? Pagi-pagi, lepas tu kena pula masa musim tengkujuh, huuu sejuk sampai ke tulang. Kalau boleh nak mandi dengan air panas sepanjang masa. Tapi anda tahu tak, mandi air sejuk ni banyak kelebihannya untuk kesihatan?

Hari ni Adaa kongsi 5 kelebihan mandi air sejuk ok? (berita gembira untuk yang takda ”water heater” 🙂 )

1. MENINGKATKAN TAHAP KEPEKAAN

Membayangkan air sejuk kena pada kulit kita sahaja pun dan cukup untuk membuatkan kita menggigil, malas nak mandi betul tak? Sejak kita kecil dulu nak pergi sekolah, mandi pagi tulah sesuatu yang mungkin mencabar nak dibuat diwaktu pagi. Tapi tahukah anda semua, apabila air yang sejuk tadi mula membasahi tubuh kita, kesan terkejut dek kesejukan tadi membuatkan kita bernafas lebih dalam, dan meningkatkan pengambilan oksigen ke dalam tubuh lalu membuatkan kita rasa lebih panas dan selesa. Bila kita bernafas dalam-dalam, degupan jantung juga bertambah dan darah akan mengalir dengan laju ke seluruh sistem tubuh lalu memberikan kita tenaga secara semulajadi di pagi hari lagi.

2. MEMELIHARA KULIT DAN RAMBUT

Salah satu cara paling berkesan dan efektif dalam memelihara rambut dan kulit yang cantik dan sihat adalah dengan mengamalkan mandi air sejuk. Air panas cenderung untuk membuatkan rambut dan kulit bertambah kering, jadi penggunaan air sejuk membantu mengetatkan  liang pori dan kutikel rambut dan kulit serta mengelakkan dari tersumbat. Air sejuk juga boleh bertindak sebagai ‘pelindung’ kepada kulit kepala dan kulit dari kotoran.

Seorang ahli dermatologis,  Jessica Krant, menyatakan air sejuk dapat membantu dan menghalang minyak semulajadi hilang daripada kulit kita dengan cepat. Tetapi perlu diingatkan ya, penggunaan air sejuk pada kulit hanya mengetatkan pori kulit kita secara sementara disebabkan aliran darah yang disekat dan bukannya mengecilkan liang pori secara kekal.

Dalam penjagaan rambut pula, penggunaan air sejuk membuatkan rambut lebih bersinar, kurang gugur dan lebih sihat.

3. MENINGKATKAN TAHAP IMUN DAN PENGALIRAN DARAH

Seperti yang adaa nyatakan tadi, apabila kita mandi menggunakan air sejuk, ianya membantu pengaliran darah yang lebih baik. Suhu air yang sejuk tadi menggalakkan jantung kita mengepam darah dengan lebih baik keseluruh sistem badan seterusnya meningkatkan kesihatan jantung secara menyeluruh. Ia juga dapat membantu merendahkan tekanan darah, membersihkan arteri yang tersumbat dan meningkatkan tahap imun badan.

4. MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN

Bolehkah air sejuk membantu penurunan berat badan? macam tak percaya kan? Tubuh manusia terdiri dari dua jenis tisu lemak iaitu ‘brown fat’ dan ‘white fat’. ‘White fat’ merupakan lemak yang terkumpul dalam badan kita apabila kita mengambil kalori secara berlebihan daripada yang diperlukan oleh tubuh kita. Senang cerita, lemak yang membuatkan kita gemuk tu lah. ‘Brown fat’ pula ialah lemak yang baik yang membantu tubuh kita kekal hangat dan ianya diaktifkan apabila terdedah kepada suhu yang sejuk. Jadi, mandi dengan menggunakan air sejuk dapat meningkatkan aktiviti ‘brown fat’ ni tadi.

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2009 mendapati, pendedahan tubuh kepada suhu sejuk pada 23-24 peserta telah meningkatkan aktiviti ‘brown fat’ kepada 15 kali ganda. Ini bermakna, mereka boleh kehilangan sehingga 9 paun setahun jika mereka mengekalkan amalan ini.

5. MENGURANGKAN STRES DAN MELEGAKAN DEPRESI

Kajian menunjukkan, mandi dalam air sejuk dapat menurunkan tahap asid urik, dan meningkatkan ketahanan terhadap stres. Ia juga meningkatkan gluthathione, sejenis antioksidan yang membantu antioksidan lain didalam tubuh untuk berada dalam keadaan optimal.

Air sejuk juga dapat  membantu melegakan depresi  atau kemurungan akibat impak yang kuat dari reseptor sejuk dikulit yang menghantar sejumlah besar impuls elektrik dari hujung saraf periferal ke otak. Dalam kata mudah, ianya dapat menghasilkan kesan anti-depresi, meningkatkan mood baik anda.

 

Jadi, jangan risau atau teragak-agak untuk mandi air sejuk terutamanya diwaktu pagi ya. Bagus tau untuk meningkatkan tenaga, dan mood anda sepanjang hari. Barulah tak stress kena hadap kesesakan lalu lintas 😛

Adaa

SHAKLEE RELATED

PROMOSI HEBAT SHAKLEE JULAI 2017

PROMOSI HEBAT SHAKLEE JULAI 2017

Dah masuk hari ke 6 bulan ni baru Adaa nak bagitahu? Oklah tu kan, masih belum terlambat lagi nak rebut semua promosi shaklee bulan ni.

Setiap bulan, memang inilah yang Adaa tunggu-tunggu. “Apa lagi promosi shaklee bulan ni agaknya ya?” Sebab Adaa tahu mesti ada promosi yang best. Barangan shaklee semuanya setakat ni tak pernah mengecewakan, pasti menarik dan tertarik hehe berkualiti tinggi gitu dan jarang ada dipasaran. Jadi lebih eksklusif.

Jadi, kali ni apa lagi promosi dari shaklee?

july promo 1
ANDA BOLEH DAPAT FREE MEMBERSHIP & POSTAGE SEKALI TAU! JIMAT SEHINGGA BERATUS RINGGIT!!
july promo 2
bukan sebarang tumbler, memang high quality material.

july promo 3

july promo 4
set PALING LARIS SELEPAS RAYA 🙂

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang promo ni, jangan lepaskan sebab korang boleh miliki semua ni pada harga sangat berpatutan tau. Hanya whatsapp Adaa ok?

Nak lihat REAL testmoni SHAKLEE?? —–> http://bit.ly/2bdTci0

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#SHAKLEE #shakleeterengganu #sayajualshaklee #shakleemurah #esp #setkulit #kulit #masalahkulit #setpantang #sethamil #setbersalin #setmenyusu #supplementsemulajadi #vivix #jerawat #jeragat #setkurusshaklee #testimonishaklee #sidterengganu

SHAKLEE RELATED

ALFATIHAH SAHABAT..

Hari isnin macam ni Adaa dah plan nak update blog macam biasa, tapi hari ni nampaknya entry ini bukan lagi entry biasa.

Bangun pagi tadi, adaa bukak whatsapp group batch Sekolah Tun Fatimah #stf9701 dan alangkah sedihnya hati ni bila dapat khabar tentang pemergian sahabat seperjuangan kami ke pangkuan Ilahi..

Memang beberapa hari ni kami diberitahu keadaan arwah semakin memburuk.. Jadi setiap hari Adaa bukak whatsapp, adaa berdebar.. Akhirnya, apa yang dirisaukan terjadi.

Selepas tamat sekolah tahun 2001, Adaa tak berpeluang pun untuk jumpa arwah.. Yang adaa ingat, pernah chat di facebook sekali sahaja.. Dan maaf sahabat, adaa tak pernah tahi yang dali tak sihat..

Last conversation.. Tahun 2012

Maaf juga adaa tak ingat banyak memori kita tapi Adaa sangat ingat betapa baik dan pandainya awak dalina. Leader yang sangat berkaliber..adaa masih ingat betapa sopannya awak..

Arwah sangat baik.. Sahabat yang tak pernah gaduh dengan Adaa.. Merendah diri..

Dalina, walaupun awak pergi, tapi kami semua bersyukur awak pergi dibulan mulia.. Semoga Allah memelihara sahabat kami dalam limpahan rahmatNya..

Damailah kamu disana..

Alfatihah..

#stf9701

OMEGA GUARD · SHAKLEE RELATED

EILMAN, ECZEMA & VIRUS

Kanak-kanak paling senang dijangkiti segala macam virus dan masalah kulit. Antara yang paling biasa adalah eczema. Cuma mungkin tahap teruk atau tak tu berbezalah.

Macam Eilman, dari kecil ada masalah eczema. Tak lah teruk berbanding kanak-kanak lain tetapi bila sekitar umur 3-6 tahun ni makin sensitif sebab dah pandai bermain kan. Budak kalau dah main, tak kira pasir, lumpur dah..dengan kulit yang sangat kering, dan sistem imun yang lambat matang, macam-macam datang menjengah.

Macam masalah eczema ni, pantang cuaca panas, terus muka dia naik berbintik dan merah. Kat muka pulak tu yang teruk, badan semua ok je. Pendek kata kulit Eilman ni kasar jer tak semulus kulit kanak-kanak biasa. Kulit dia berbintik sentiasa dan gatal huhu

Sejak dua bulan lepas, selain eczema tu ada pulak satu virus datang. Naik macam ‘ketuat nasi’. Bintil macam ada nasi dan isi tapi keras. Mula-mula kita cuba rawatan guna salicylate acid. Cucuk guna jarum, cuba cungkil keluar isi macam nanah kering  lepas tu sapu krim. Cara ni memang sakitlah dah lah banyak..Itu pun baru cuba sebiji ditangan dia dah menangis sakit..apa lagi kalau buat yang ada dimuka..kulit muka kan lebih nipis..macam tak sanggup..Jadi, sapu saja lah krim dulu. Sapu-sapu macam tak ada perubahan dan semakin banyak naik dimuka sebab virus kan..menular lah.

kulitkutil
macam ini lah lebih kurang tapi naik di sekitar muka dan badan

Lepas tu kami ambil keputusan, pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan menggunakan ‘liquid nitrogen’. Memang tak pernah tahu cara rawatan ni tapi inilah yang paling sesuai katanya.

Cecair nitrogen tu diletakkan di setiap biji ‘ketuat nasi’ tu dan nanti ia akan menjadi merah, mengeras, jadi macam kudis dan gugur. Bila dilihat kan, macam orang kena cucuh api ubat nyamuk pun ada. Patutlah meraung si Eilman. huhu

Jadi, buat masa sekarang, kita tunggu jelah semuanya gugur sambil menyapu apa yang patut hehe.

Dari segi suplemen, Eilman makan sebiji Omega Guard Shaklee setiap hari. Ramai orang ingat omega hanya untuk minda kan? jangan tak tahu, masalah Psoriasis pun pakar mencadangkan amalkan omega tau.

 Omega-3 fatty acids are known to be anti-inflammatory, and the relative intake of omega-6 to omega-3 polyunsaturated fatty acids (PUFAs) may be a crucial dietary factor in the regulation of systemic inflammation.-here

Pengambilan omega yang mencukupi sangat membantu dalam mengatasi masalah radang kulit seperti jerawat, eczema, psoriasis dan banyak lagi masalah berkaitan kulit. Ia juga dapat membantu mencegah dari kanser kulit, radang akibat sinar UV (malaysia ni memang panas kan..).

Kalau badan kita cukup bekalan omega, ianya boleh membantu dalam penghasilan sel kulit yang lebih licin dan muda remaja.

Jadi, omega ni bukan sekadar untuk minda je tau. Banyak lagi khasiat omega yang jarang kita sebarkan.

Tapi, untuk kali ni, masalah kulit, silalah ambil omega macam Eilman ya. 🙂

Nak lihat REAL testmoni SHAKLEE?? —–> http://bit.ly/2bdTci0

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#SHAKLEE #shakleeterengganu #sayajualshaklee #shakleemurah #esp #setkulit #kulit #masalahkulit #setpantang #sethamil #setbersalin #setmenyusu #supplementsemulajadi #vivix #jerawat #jeragat #setkurusshaklee #testimonishaklee #sidterengganu