#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · ALFALFA · CAROTOMAX · ESP · PEPPERMINT-GINGER PLUS · SHAKLEE RELATED · ZINC

GASTRIK/PEPTIK & ULSER PERUT: APAKAH SUPLEMEN MEMBANTU?

Dalam entry Adaa pada tahun 2012 bertajuk GASTRIK: APAKAH SUPPLEMENT YANG SESUAI? Adaa ada terangkan apa itu gastrik, simptom gastrik, penyebab gastrik dan suplemen apa yang sesuai.

Ya rangkaian yang adaa tulis tu memang lengkap dan sesuai dengan kondisi pesakit gastrik. masa tu Adaa tiada sebarang masalah gastrik atau angin. Bila adaa menghadapi masalah seakan gastrik (GERD) pada tahun 2015, adaa cuba suplemen yang sesuai dan ini adalah suplemen yang benar-benar membantu para pesakit yang menghadapi GASTRIK, PEPTIK & ULSER PERUT sepertimana yang dicadangkan oleh SHAKLEE. Nak ambil yang lengkap seperti dalam entry sebelum ni boleh atau boleh cuba set yang bagi adaa asas ini:

GASTRIK ULSER PERUT.jpg

ESP (Energyzing Soy Protein)

Protein merupakan keperluan asas sel. Untuk menggantikan sel yang rosak, pastinya memerlukan sumber protein yang baik dan mencukupi. Protein juga dapat meningkatkan ketahanan tubuh. Elakkan susu bagi pesakit gastrik kerana boleh mencetuskan angin. Ramai yang salah anggap bahawa ESP merupakan susu, ESP bukan susu ya tetapi soya. Air soya. Bukan sahaja membantu memperbaiki sel malah minuman terbaik ketika perut kosong dan bantu kenyang lebih lama jadi perut tak mudah masuk angin (really my best friend)

Zinc

Bertindak sebagai agen anti viral, booster pada ketahanan badan dan bantu mempercepatkan pemulihan sel2. Bila ada ulser, luka, zink adalah suplemen yang terbaik kerana menggalakkan pemulihan segera.

Carotomax

Merupakan antioksidan yang sangat baik dan membantu memeliharan membran mukosa perut dan usus. ia juga membantu meningkatkan sistem imun badan serta mengurangkan bengkak.

Alfalfa Complex

Bila perut gastrik, ada ulser, inflamasi (pedih tau) pengambilan alfalfa sangat membantu. Ianya mengurangkan keasidan dan inflamasi. Turut dikenali sebagai anti toksin asli dan anti gas

Peppermint Ginger

Penting dalam pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Jika perut menghadapi masalah pencernaan, itu yang menyebabkan kita rasa kembung, angin. Jadi setiap kali rasa sebu, angin penut dalam dada dan perut, ini sangat membantu. Boleh ambil begitu sahaja atau dilarutkan dalam air panas. Sendawa dan kentut2 nanti 🙂

 

Jika anda mengalami masalah yang sama..adaa sangat sarankan untuk ambil SET ASAS ni atau lebih tepat set wajib ni lah. Cuba dahulu ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
ZINC

PROMOSI PENGHABISAN STOK: ZINK COMPLEX

promosi jan 2016

CLEARANCE SALE! Selepas 29 feb akan diberhentikan dah..mungkin nak masuk produk shaklee yang baru pulak..jeng jeng jeng..

Zinc complex shaklee merupakan sumber zink yang terbaik dan harganya sangat perpatutan tau..ramai customer adaa ambil zink ini untuk kesuburan lelaki, berpantang dan masalah jerawat kronik.

PERBEZAAN SHAKLEE

Apa bezanya zink shaklee berbanding jenama lain dipasaran?

  • Dirumus dari zink glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zink yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Zink ini sesuai untuk pengambilan jangka panjang dan berkesan dalam mengelurkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

 

MANFAAT UTAMA ZINK COMPLEX

MENGAKTIFKAN 200 JENIS ENZIM– berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

MEMBENTUK KOLAGEN– membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

MEMPERBAIKI DIABETES– membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

BINTIK PUTIH DIKUKU– bintik putih dikuku adalah tanda kekurangan zink yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya ingatan.

MEMPERTINGKAT SISTEM IMUN– membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-sel untuk menentang kanser dan menghalang infeksi

MEMPERCEPAT PEMULIHAN LUKA– mempercepat pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zink dan tabur keatas luka untuk lebih cepat proses pemulihan.

MEMPERBAIKI MASALAH PROSTAT– melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zink dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

KEMAMPUAN SEKS LELAKI– Pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, mati pucuk, meninggikan kiraan sperma.

OVULASI WANITA– Wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

MEMPERBAIKI RADANG KULIT– Pengambilan zink sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti jerawat.

MENGEKALKAN DERIA BAU– untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.

‘ZINK ADALAH SUATU KHAZANAH LELAKI- zink didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan yang serius akan menngakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, mati pucuk, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan rambut gugur’

 

cadangan pengambilan:

  • Kesihatan biasa dan tumbesaran: 2 kali sehari 1 tablet setiap kali selepas makan
  • Melawan kanser: 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali
  • Sistem imun:2 kali sehari, 2 tablet setiap kali
  • Fungsi seksual: 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali

Dah tahu fungsi zink kan..harga diatas adalah harga retail..bagi yang mempunyai keahlian, potongan lebih 20% lagi..jadi untuk 4 botol harga sangat murah..sebotol ada 120 biji pulak tu..jadi..nak harga terbaik, whatsapp adaa segera ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · B COMPLEX · ESP · GLA · Ostematrix · Vitalea · VITAMIN C · ZINC

JAMU & SHAKLEE: APA PILIHAN IBU BERPANTANG?

sekarang pelbagai produk dah tersedia dipasaran untuk ibu-ibu selepas bersalin, tinggal nak pilih yang berkenan je kan? Ada orang selalu tanya Adaa, nak pilih jamu atau shaklee?

EPISODE PERUBAHAN DIRI IBU SELEPAS BERSALIN

Selepas bersalin, kita melalui perubahan yang pelbagai tak kiralah sama ada dari segi emosi atau fizikal..antaranya:

  1. Emosi
  2. Masa tidur
  3. Rambut
  4. Bentuk badan
  5. Kulit
  6. Dan lain-lain lagi

Emosi  selepas bersalin

stress-mom

Sebaik sahaja bayi dilahirkan maka bermulalah perubahan hormon dalam badan ibu. Ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah dan berasa sihat bertenaga. Ada juga yang menghadapi kemurungan. Bayi kita memerlukan perhatian dan kasih sayang kita. Begitu juga dengan diri kita. Secara tiba-tiba semua tumpuan diberikan kepada anak.

Proses penyesuaian diri dengan kehadiran orang baru memerlukan kekuatan emosi. Tetapi badan kita juga memerlukan rehat yang secukupnya. Sebaik sahaja hormon kita mula stabil, kita akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.

 

Keletihan

sleep-mom

Ini salah satu situasi yang sering ibu lalui. Bayi yang baru dilahirkan perlu disusukan 3-4 jam sekali. Selepas berjam menahan sakit dan melahirkan pastinya ibu sangat letih.Memang mencabar emosi dan fizikal. Tetapi kita harus positif. Selepas sebulan bayi kita akan tidur lebih lama di waktu malam. Ketika bayi tidur, ambil waktu tersebut untuk kita tidur supaya badan tidak keletihan.

Tahukah ibu-ibu keletihan adalah salah satu penyebab susu badan berkurangan? Jadi kena dapat rehat yang mencukupi.

 

Tempoh berpantang

diet

Dalam adat orang Melayu 44 hari pertama selepas bersalin ini di panggil tempoh berpantang. Amalan berpantang berdasarkan adat merangkumi makanan yang perlu dielakkan dan mesti dimakan, perbuatan dan sebagainya. Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang adalah selama 6 minggu. Ia memberi masa untuk  luka-luka akibat bersalin sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas sudah kering, maka si ibu sudah bersedia fizikal dan mental untuk anak dan suaminya.

Sepanjang tempoh nifas, pastikan kita menjaga kebersihan sebaik mungkin untuk mengelakkan jangkitan kuman. Pastikan tuala wanita yang digunakan lembut dan bersesuaian dengan kita. Selalunya selepas 6 minggu ibu di sarankan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk pemeriksaan.

 

Keguguran rambut

hair-fall

Masalah keguguran rambut di kalangan ibu selepas bersalin adalah normal. Ini disebabkan perubahan hormon. Oleh itu, elakkan mewarna rambut buat masa seketika dan gunakan shampu yang bersesuaian. Ibu boleh mendapat khidmat ahli farmasi untuk tujuan ini. Memotong rambut juga boleh membantu menguatkan rambut. Jika masalah ini berterusan selepas beberapa bulan, hubungi doktor pakar untuk nasihat.

 

Kerap terkencing

Ini juga adalah sesuatu yang normal untuk ibu yang baru lepas bersalin. Pastikan ibu sentiasa menggunakan pad atau liner ketika keluar. Dapatkan nasihat doktor pakar sakit puan untuk membantu anda mengatasi masalah ini.

 

Kulit yang kusam

skin

Ada diantara wanita mengandung mengalami masalah kulit kusam dan berbintik-bintik. Jangan risau, ini juga adalah perkara yang normal dan akan mula hilang sebaik sahaja tempoh kehamilan tamat. Ibu juga harus berhati-hati untuk tidak selalu berjemur di tengah panas kerana ini boleh meningkatkan pigmentasi kulit.

 

Tanda regangan di perut

Inilah yang paling ditakuti oleh para ibu. Tetapi malangnya ia tidak boleh dielakkan. Kadang kala walaupun kita telah menggunakan pelbagai jenis krim, tetapi tanda regangan masih juga timbul. Bukan sahaja di perut, malah di peha, buah dada dan pelbagai lagi tempat.

Malangnya, tanda ini sukar untuk dibuang sepenuhnya. Tetapi, lama-kelamaan ia akan menjadi pudar juga. Apa yang kita boleh lakukan ialah senaman yang aktif  selepas berpantang dan kembali kepada berat yang ideal.- sumber

Inilah antara perubahan yang dilalui oleh ibu selepas bersalin. Jadi sepanjang tempoh berpantang tu amat penting untuk kita mendapatkan rehat yang secukupnya, zat yang terbaik bagi memulihkan tubuh kita dan juga mental kita.

JAMU ATAU SUPLEMEN?

Pada waktu inilah ibu-ibu mula berfikir untuk mendapatkan bantuan supaya badan lebih  bertenaga dan proses pemulihan dapat berjalan lancar. Persoalannya sekarang nak pilih jamu atau suplemen?

JAMU

Jamu-Beras-Kencur-1

Jamu adalah amalan tradisi sejak berkurun lamanya dan ianya sudah sebati dalam kehidupan masyarakat melayu. Dan kini, bukan melayu sahaja berpantang dengan jamu, orang Cina dan India pun sama tau!

Jamu mempunyai pelbagai fungsi untuk ibu contohnya:

Campuran daun sireh, ubi cekur, kunyit, dan sedikit madu berfungsi untuk memanaskan badan ibu, melancarkan peredaran darah, mengelakkan badan dimasuki angin.

Manjakani berfungsi mengembalikan tenaga, menguatkan otot faraj selepas kelahiran, menghilangkan keputihan dan banyak lagi.

Kunyit kita paling maklum untuk mengecutkan rahim, melancarkan perjalanan darah, membantu mengeluarkan darah nifas dengan lancar.

Terdapat pelbagai gabungan herba tradisional yang sesuai untuk ibu ..petua yang tak hilang dek zaman 🙂

 

SUPLEMEN

SET BERPANTANG SHAKLEE
SET BERPANTANG SHAKLEE

Suplemen pula merupakan makanan tambahan untuk ibu selepas bersalin. Ada sesetengahnya berfungsi seperti jamu tetapi kebanyakkannya lebih kepada pemulihan moden.

Zinc– untuk memulihkan luka bersalin dengan lebih cepat, membantu mengelakkan rambut gugur dan menggalakkan rambut yang lebat.

Vitalea– multivitamin yang lengkap dengan zat besi untuk memulihkan badan ibu slepas bersalin, mencukupkan keperluan zat ibu-ibu supaya ibu kekal bertenaga, jadi tubuh ibu juga bersedia menghasilkan susu dengan lebih lancar kan?

B complex– membantu mengelakkan stress ketika berpantang, memberikan tenaga kepada ibu-ibu

Vitamin C – menggalakkan pemulihan segera, mengembalikan kulit yang gebu dan sihat, menghilangkan kusam, melancarkan penghadaman

Ostematrix– salah satu komponen utama susu ibu ialah kalsium jadi ibu amat memerlukan kalsium yang mencukupi. Ostematrix dilengkapi dengan magnesium yang membantu penyerapan kalsium yang lebih baik. Ibu akan lebih bertenaga, dapat tidur dengan lena, membantu penghasilan susu ibu, mengelakkan sakit belakang.

ESP– protein soya terbaik dari alam semulajadi ini memabantu dalam penghasilan susu ibu, memberikan tenaga berpanjangan, merupakan sarapan yang mudah untuk ibu dalam tempoh berpantang. Masalah kulit, selulit, juga dapat diatasi dengan pengambilan protein yang berkualiti ni.

untuk PERUBAHAN HORMON pula, ibu boleh ambil GLA dari shaklee..bukan sahaja membantu memulihkan dan menstabilkan hormon, tetapi juga membantu mengembalikan kulit yang lebih cantik dan membakar lemak.

Jadi, mana nak pilih? Jamu atau suplemen? Ibu-ibu, adaa selalu kata, ambillah dua-dua ..lebih bagus..fungsinya tidak sama dan pengambilan bersama tidak mendatangkan mudarat malah lebih baik. Jadi kenapa perlu pilih satu jer ye tak?

Untuk pembelian SET BERPANTANG  menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai) Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esellorder now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · OMEGA GUARD · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX · ZINC

SHAKLEE UNTUK LELAKI

Ramai yang beranggapan Shaklee lebih tertumpu kepada wanita. Hakikatnya, suplemen ini sesuai untuk semua golongan tak kira lelaki atau wanita, tua atau muda. Nama pun makanan tambahan kan jadi pastilah sesuai. Shaklee ni menawarkan pelbagai produk makanan tambahan kesihatan dan mungkin yang selalu mencari suplemen ialah wanita, tu yang nampak macam wanita je yang makan..

Pengasas shaklee sendiri adalah lelaki, yang CEO pon lelaki, Master-master dalam shaklee pun ramai lelaki tau cuma ramai yang tak perasan.

Kalau selalu duk sembang pasal suplemen dan wanita, jadi kali ni kita cerita suplemen dan lelaki pulak. Adakah set khas untuk lelaki? Ya ada 😀

 

SUPLEMEN UNTUK LELAKI
SUPLEMEN UNTUK LELAKI

Betul seperti yang dikata dalam artikel ni..lelaki sekuat mana pun, sehebat mana pun, mereka juga manusia yang tak lari dari penuaan, penyakit, kurang stamina dan pelbagai lagi masalah kan. Jadi, mereka juga memerlukan penjagaan kesihatan yang sama sahaja dengan wanita.

Ini set kesihatan yang dicadangkan oleh Shaklee iaitu OMEGA GUARD, VITAMIN E COMPLEX & ZINK. Apa manfaatnya buat mereka?

OMEGA GUARD

Omega atau minyak ikan mempunyai banyak manfaat khusus terhadap lelaki, antaranya:

  • Memelihara kesihatan jantung dan kardiovaskualar. Omega dapat mengurangkan radang atau inflamasi diseluruh tubuh yang biasanya berlaku disekitar salur darah dan jantung. Menurut kajian, pengambilan 2 atau 3 hidangan omega setiap minggu mampu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 1/3.
  • Menurunkan paras trigliserida. Pengambilan omega yang konsisten mampu menurunkan paras trigliserida sebanyak 20-50%. Selain itu ia juga mampu meningkatkan kolesterol baik (HDL) yang membantu memelihara kesihatan jantung
  • Meningkatkan kesihatan mental. Menurut kajian, lelaki sebenarnya lebih ramai mengalami tekanan perasaan berbanding wanita! Bezanya, lelaki menangani depresi dengan cara yang berbeza. Apabila lelaki bersedih, mengelami depresi, situasi tersebut akan menyebabkan paras DHA dan EPA menjadi rendah dan ini boleh menggangu fungsi otak. Disinilah omega memainkan peranan. Pengambilan omega bersama ubat anti depresi mampu membantu kesihatan pesakit ini.
  • Mengurangkan simptom athritis. Semakin kita berusia, kita mudah mendapat sakit sendi atau radang sendi. Pengambilan omega mampu membantu mengurangkan radang sendi secara signifikan.

VITAMIN E COMPLEX

Vitamin E complex membekal 400IU dalam setiap kapsul untuk kesihatan lelaki. Antara manfaat Vitamin E untuk lelaki:

  • Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang baik dalam menangani radikal bebas yang merosakkan sel. Antara fungsi terbaik vitamin E ialah meningkatkan sistem imunisasi lelaki. Dengan pengambilan vitamin E pada kadar yang sesuai, ianya mampu meningkatkan kadar daya ketahanan tubuh dari diserang penyakit.
  • Meningkatkan kesihatan jantung. Pengambilan vitamin E secara berterusan mampu meningkatkan kesihatan jantung, pengaliran darah yang lebih baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengurangkan radikal bebas. Kaum lelaki suka bersenam kan? Ianya bagus untuk kesihatan tetapi pada masa yang sama meningkatkan kehadiran radikal bebas. Apabila kita bersenam, badan melepaskan produk sampingan yang bertoksik hasil daripada metabolisma tubuh. Radikal bebas ini boleh menyerang dan merosakkan sel. Jadi, pengambilan vitamin E adalah sangat penting dalam menyingkirkan kesemua radikal bebas ini.
  • Meningkatkan kesuburan lelaki. Radikal bebas mampu merosakkan sel termasuk sel sperma. Menurut kajian, pengambilan vitamin E mampu meningkatkan kesihatan sel sperma dan sekaligus memperbaiki tahap kesuburan lelaki.

ZINK

zinc merupakan salah satu mineral terpenting untuk lelaki dan ianya banyak mempengaruhi KESUBURAN lelaki. Bagaimana ?

  • Meningkatkan kualiti sperma. Sperma merupakan harta semua lelaki. Pengambilan zinc yang mencukupi mampu meningkatkan kiraan sperma, kualiti sperma dan morfologi sperma sekaligus meningkatkan kesuburan lelaki secara keseluruhan.
  • Meningkatkan kesihatan prostat. Menurut kajian, kandungan zinc dalam tisu prostat adalah lebih tinggi berbanding kandungan zinc dalam tisu lembut yang lain. Orang yang mempunyai tahap zinc yang rendah dalam tisu prostat cenderung dan berisiko tinggi untuk mendapat kanser prostat. Jadi, pengambilan zinc yang mencukupi amat penting untuk memastikan kesihatan prostat. Sifat zinc sebagai antioksidan juga mampu melawan radikal bebas yang boleh menyerang sel dan menyebabkan kanser.

 

Untuk mendapatkan promosi JUNE 2015  boleh hubungi adaa ye.Untuk sebarang konsultasi percuma, pembelian SET KESIHATAN LELAKI ATAU SECARA ALA CARTE  menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

#CADANGAN DAN SET RAWATAN · B COMPLEX · ESP · GLA · SHAKLEE COLLAGEN POWDER · SKIN CARE · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX · ZINC

SALAH GUNA PRODUK PUNCA JERAWAT?

Sekarang ni ada lambakan produk dipasaran yang menyatakan kehebatan produk masing-masing. Ada yang betul, tak kurang juga yang tak betul..kadang-kadang ada yang kata bebas kimia, tapi sebenarnya menggunakan bahan kimia yang merosakkan muka. Ada juga yang tak tahu pun apa kandungan produk dan sekadar cuba-cuba..

Hasilnya, ada yang bagus, tak kurang juga yang dapat kesan sebaliknya. Guna produk untuk mencantikkan kulit tapi akhirnya kulit menjadi semakin teruk. Adaa sendiri dulu pernah hadapi situasi ni..biasa sangat sebenarnya sebab tak semua produk sesuai dengan kulit kita, dan kita ni tak tahu pun kulit kita sensitif terhadap bahan tertentu. Ini biasa..tapi walaupun biasa, kalau jadi kat kita, risau sungguh ye tak? kulit duk elok-elok licin mulus macam mutiara jadi kesat macam kertas pasir, menggelupas macam cat lama, berjerawat sana sini macam tar tak rata..huhu sedih..

Kalau dah jadi kes macam ni selalunya adaa jarang nak cuba produk luaran, adaa lebih suka baiki dari dalam..sel yang sihat akan menghasilkan kulit yang lebih cantik kan? dah kulit kan asal dari sel..jadi baiki yang dalam, yang luar cantik sekali..ha gitu..jerawat, jeragat, parut, semua ni disebabkan sel yang tidak sihat, sel yang rosak..ada juga faktor hormon, cuaca, darah kotor..apa pun, semua boleh diatasi..

Kalau dah jadi kes macam tu apa nak buat?

Slide4

Kalau nak perbaiki sesuatu, baikilah dari akarnya kan? Jadi vivix telah mengambil pendekatan ini dengan memulihkan dari peringkat sel lagi.

4 MEKANISME PADA TAHAP SELULAR

1. KEROSAKAN DNA

setiap hari sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan2 ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu ‘typo’ (kesilapan dari yang asal) yang akan menggangu fungsi sel dan panjang umur.

Ramuan VIVIX melindungi dan memperbaiki sel DNA

2. PENGAWALAN GENETIK

Pengawalan genetik meyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular.

Diadalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan VIVIX mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.

3. PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MEROSOT OLEH SEL

Mitokondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitokondria menurun, fungsi sel turut menurun. 

Ramuan VIVIX menggalakkan biogenesis atau pembentukan baru mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.

4. PENIMBUNAN PROTEIN AGE

Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan VIVIX adalah 10x lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Bagi adaa, ini paling asas..kalau ada masalah tambahan seperti hormon tak stabil ke, kulit berminyak ke..bolehlah tambah produk yang sesuai seperti GLA dan ESP..yang penting, kenal masalah..baru boleh cari penyelesaian.

PROMOSI MAY 2015

PROMOSI MAY 2015

YES (PROMOSI MAY-OCT 2015)

YES

Untuk mendapatkan promosi MAY 2015 DAN YES SET boleh hubungi adaa ye.Untuk pembelian SET KECANTIKAN KULIT  menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
OMEGA GUARD · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX · ZINC

MATI PUCUK ATAU KEGAGALAN EREKSI: BOLEHKAN DIATASI?

Hari ni adaa nak sentuh bab lelaki sikit. Selalu kerap adaa bercakap tentang dunia wanita kan..adaa yakin, ada pembaca yang ingin tahu tentang ini tapi malu untuk bertanya. Jadi adaa nak terangkan sedikit tentang mati pucuk ni. (sebelum tu maaf ye berbicara soal yang agak sensitif ni)

APA ITU MATI PUCUK?

Mati pucuk ialah keadaan dimana tidak berupaya untuk memperolehi atau mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan seks. (erectile disfunction)

 

APAKAH PUNCA MATI PUCUK?

Sebab-sebab mati pucuk:

  • Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
  • Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
  • Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
  • Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
  • Kegagalan hati dan buah pinggang
  • Penyakit Parkinson
  • Angin ahmar
  • Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
  • Kesan sampingan ubat-ubatan

Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.

 

APAKAH SIMPTOM MATI PUCUK?

 

  • Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
  • Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
  • Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks

BOLEHKAN DIATASI? 

Rawatan terhadap masalah ini boleh dilakukan secara pengambilan ubat-ubatan atau tidak. Contohnya, anda boleh mendapatkan suntikan, pil atau mungkin implan dihospital bagi membantu masalah ini. Terdapat juga cara yang tidak memerlukan ubat-ubatan, iaitu mula mengubah cara hidup dan amalkan cara hidup sihat:

  1. Berhenti Merokok
  2. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
  3. Meningkatkan aktiviti fizikal
  4. Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.
  5. Pengurusan stres

 

BOLEHKAH SUPLEMEN/SHAKLEE MEMBANTU?

Inilah sebabnya adaa menulis..InsyaAllah tiada yang mustahil kan? Apa yang boleh membantu?

MATI PUCUK

 

Ini antara rangkaian yang boleh membantu anda dalam menghadapi masalah ini. Apakah fungsi setiap satunya?

VIVIX: Kekurangan nitrik oksida dalam tubuh, kegagalan fungsi otot licin, ketidaklancaran peredaran darah merupakan faktor yang mendorong kepada kegagalan ereksi. Vivix mengandungi adunan fitonutrient proprietari dan resveratrol yang menjadikan ianya 10  kali lebih efektif daripada resveratrol sahaja. Resveratrol ini membantu mengurangkan kerosakan struktur vascular, carpus cavernosum dan tisu otot dalam zakar. ianya juga membantu peredaran darah supaya lebih lancar dengan meningkatkan jumlah nitrik oksida serta meningkatkan fungsi otot licin dan tahap glutathione: sejenis antioksida semulajadi didalam tubuh.

mati pucuk
mati pucuk

 

ZINC: Membantu memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatkan nafsu seks.

VITAMIN E: Mempertingkatkan kebolehan reproduktif dan kiraan sperma lelaki

VITAMIN C: Menjadikan salur darah lebih lembut, mudah mengembang dan membenarkan lebih darah untuk mengalir dibahagian zakar

OMEGA: Memperbaiki aliran darah, dan menghalang pengecutan salur darah. 

 

Jika anda mengalami masalah ini, segera atasi ya sebab jika lambat diatasi ianya boleh membawa kepada kesan yang lebih teruk seperti masalah perkahwinan, kurang keyakinan diri, kemurungan dan masalah perhubungan. Ubah cara hidup kita kepada cara hidup lebih sihat dan alami.

Untuk mendapatkan promosi MAY 2015  boleh hubungi adaa ye.  Untuk pembelian SET KESUBURAN/MATI PUCUK  secara ala carte menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai) Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINIesellorder now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::