#MASALAH KESIHATAN · ESP · GARLIC COMPLEX · PEPPERMINT-GINGER PLUS · SHAKLEE RELATED

MAKANAN YANG SESUAI UNTUK PESAKIT GERD/ASID REFLUKS

Bulan lepas Adaa ke Colombia Hospital Seremban untuk berjumpa dengan Doktor Abdul Hamid bertanyakan tentang masalah gerd. Adaa tahu tentang doktor ni pun melalui artikel di internet dan surat khabar yang doktor tulis. Jadi nak dapat info dan konsultasi lebih lagi, adaa balik lah seremban untuk jumpa depan-depan..banyak sikit boleh tanya kan.

Adaa cuma bertanya tentang keadaan adaa lah secara personal (nak cerita kang panjang sangat plak) tapi di hujung perbualan tu doktor Abdul Hamid ni bermurah hati bagi adaa sedikit info tentang gerd. Salah satu info yang menarik perhatian adaa ialah ‘

Sebelum ni bukan tak pernah baca kat internet, dah berlambak..tapi rata-rata agak general la..contoh, tak boleh makan karbohidrat kompleks terlalu banyak, tak boleh makan makanan berminyak..gitu lah..yang ni, satu-satu diletaknya nama/ jenis makanan tu yang bagi Adaa, lebih mudah lah untuk kita plan diet kita.

photo_2017-03-14_10-17-25.jpg

Boleh nampak kan? Sebelum ni adaa ada juga ikut cadangan di internet dan buat try n error kat diri sendiri..ada yang sesuai ada yang tak..tapi bila adaa tengok chart ni adaa rasa mostly memang sesuai dengan diri adaa. Maksudnya, berdasarkan keputusan cuba mencuba pelbagai makanan sebelum ni yang adaa buat sendiri dan observe ke atas diri sendiri selama ni sama dengan apa yang ada dalam chart ni. Sebab tulah adaa rasa bagus untuk berkongsi dengan mereka yang mengalami masalah yang sama.

Tengok kat situ, ikan pun tak semua yang sesuai, buah pun sama, kacang pun sama..Walaupun mungkin kita rasa sama je semua, tapi sebenarnya berbeza tau. macam ikan tu, rupanya ikan sungai dan ikan darat pun ada kesan yang berbeza pada pesakit gerd.

Jadi,walaupun perkongsian ni ringkas, semoga bermanfaat ya.

Advertisements
#KORANGTAUTAK · ALFALFA · GARLIC COMPLEX

#KORANG TAU TAK: TOKSIN PUNCA BERAT BADAN BERTAMBAH

Toksin boleh menyebabkan berat badan bertambah? Betul ke? Toksin ni  terdiri daripada dua jenis, iaitu toksin dari luar (Eksotoksin) iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya. Manakala toksin kedua, dikenali sebagai toksin dalaman (Endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.

Setiap hari tanpa kita sedar, kita terdedah dengan pelbagai toksin tak kiralah dari dalam atau luar dan dah bertahun-tahun kan? Toksin pastinya racun dalam tubuh yang wajib kita singkirkan kerana boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan salah satunya penambahan berat badan. Tapi bagaimana pula ianya boleh menyebabkan kegemukan?

Toksin memusnahkan keseimbangan hormon dan sering bertindak sebagai pengganggu endokrin (bahan yang boleh menggangu fungsi hormon). Toksin boleh didapati di banyak tempat di rumah kita dan mengganggu aktiviti hormon melalui pelbagai cara. Ia boleh meningkatkan, mengurangkan atau mengubah aktiviti hormon dengan cara meniru, menyekat, mengubah jumlah hormon yang dihasilkan atau menukar kelajuan hormon ini berfungsi. Hormon yang paling banyak mendapat kesan dari toksin ini ialah estrogen, tiroid, testosteron, kortisol dan insulin. Tetapi oleh kerana hormon dalam tubuh manusia saling terkait rapat, jadi, satu masalah pada hormone tertentu boleh memberi kesan kepada hormon yang lain.

 

Ini ialah beberapa toksin yang patut kita ketahui dan fahami bagaimana ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan:

 

Phthalates – Terdapat dalam pewangi penyegar udara, lilin, bahan pencuci dan produk kecantikan. Bahan toksin ini boleh mengurangkan testosteron dan bagi perempuan pula ianya boleh menyebabkan pengurangan jisim otot yang menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Bisphenol A atau BPA – Terdapat terutamanya dalam lapisan tin dan botol plastik, boleh meningkatkan estrogen serta tahap insulin. Insulin berlebihan dalam badan boleh mendorong kepada terjadinya rintangan insulin atau ‘insulin resistance’ dan menyebabkan badan gagal menggunakan gula dalam darah dengan betul.

Racun perosak – Penanaman sayur terutamanya banyak menggunakan pestisid dan akhirnya terdapat pada makanan dan minuman kita dan apabila dimakan, akan masuk kedalam tubuh kita.  Ramai penyelidik percaya bahawa racun perosak dalam makanan seharian kita boleh meningkatkan terjadinya rintangan insulin, sindrom metabolik, kencing manis dan obesiti.

Pemanis tiruan – Pemanis tiruan adalah lebih teruk daripada gula kerana ia adalah bahan kimia buatan manusia dan dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan termasuklah tiroid (yang boleh menyumbang untuk penambahan berat badan).

Sirap jagung tinggi fruktosa – Sirap jagung boleh menyebabkan perubahan di dalam hati dengan meningkatkan kadar penyerapan fruktosa dan gula seterusnya menyebabkan hati kita sentiasa ingin lebih gula. Proses ini mempercepatkan terjadinya rintangan insulin dan obesiti, dan ia juga  menyebabkan rintangan hormon leptin, yang membantu mengawal selera makan.

Gula halus dan karbohidrat – Makanan ini cepat diserap ke dalam aliran darah menyebabkan peningkatan gula secara mendadak dalam darah dan permintaan yang tinggi untuk insulin. Semasa proses penapisan, bijirin kehilangan serat, vitamin dan mineral, jadi yang tinggal hanyalah makanan yang mempunyai nilai zat pemakanan yang minimum.

 

Ramai orang yang mempunyai tahap toksin yang tinggi di dalam badan mereka adalah obese. Ini kerana toksin disimpan dalam sel-sel lemak dan semakin banyak toksin dalam badan, semakin banyak ‘tempat simpanan’ diperlukan dan inilah yang menyebabkan seseorang itu semakin obese.

Pastikan kita sentiasa menyahtoksin tubuh kita. Cara paling mudah adalah dengan memastikan pengambilan air masak yang mencukupi setiap hari.

Adakah set detox shaklee?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · GARLIC COMPLEX · PEPPERMINT-GINGER PLUS

RAWAT MASALAH ANGIN DENGAN RAMUAN SEMULAJADI

Sebelum ni ada beberapa artikel yang adaa kongsikan berkaitan dengan masalah angin ni. Dan perlu tahu ya, masalah angin ni berbeza tahapnya, ada yang teruk, ada yang sedang-sedang, ada yang kurang teruk atau biasa-biasa sahaja. Tetapi walau apa pun tahap masalah angin anda, jangan biarkan kerana ianya tak mustahil boleh menjadi lebih teruk dan menggangu kesihatan kita.

Kalau diikutkan secara tradisional, banyak bahan semulajadi dan petua yang boleh membantu menangani masalah angin ni: source

1) Bawang Putih Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali. atau Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum.

2) Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..

3) Minum air rebusan daun mengkudu dan halia. Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.

4) Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar

5) Bagi yang menghidapi penyakit angin dalam badan dan sering merasa sejuk, minuman campuran seperti berikut: Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam.  Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus.  Kemudian campuran tersebut hendaklah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus.  Serbuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ramuan ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk

6) Petua paling penting Satu lagi petua dari yang diperolehi dari Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah, Saidina Ali berkata :”Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”

Ini antara petua yang boleh diamalkan..dalam petua tu bahan semulajadi yang utama adalah halia dan bawang putih, betul kan? 2 bahan ini sudah digunakan berkurun lamanya untuk merawat masalah angin. Kalau rajin, boleh amalkan petua diatas, jika ada kekangan masa, boleh cuba produk dari shaklee 😀

GARLIC COMPLEX
GARLIC COMPLEX-MERAWAT MASALAH ANGIN

KEISTIMEWAAN GARLIC COMPLEX

  • Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California sewaktu musim panas.
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba bagi mengekalkan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic dipasaran mengandungi allicin aktif)
  • Dwi teknologi digunakan bagi mengawal bau bawang putih. Kajian menunjukkan, perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba iaitu rosemary dan spearmint.
  • Ia mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif bawang putih dan keberkesanannya dalam tubuh kita.
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak bawang putih tulen yang menyamai dengan 2 ulas bawang putih segar.

MANFAAT UTAMA

Mengandungi spearmint– mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung

Antibiotik semulajadi– Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Ianya selamat digunakan untuk jangka masa panjang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuma, virus dan yis candida.

Menghalang alergi– Menghalang penyakit yang berkait dengan sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asma, selesema dan hepatitis.

Mempertingkat sistem penghadaman– Formula uniknya mampu mempertingkatkan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.

Memoderatekan tekanan darah tinggi– Pengambilan 2-4 biji tablet sehari mampu menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.

Detoksifikasi– Bawang putih/garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

Menurunkan kolesterol– Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserad dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

Mencegah kanser– membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser-Nitrosamine

Menstabilkan glukos– Membantu menstabilkan glukos dalam tubuh

 

PEPPERMINT GINGER- MERAWAT MASALAH ANGIN
PEPPERMINT GINGER- MERAWAT MASALAH ANGIN

 

PERBEZAAN SHAKLEE

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui teknologi sains yang terkini

telah diuji secara klinikal dapat membantu dalam merawat atau mencegah masalahloya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman

MANFAAT UTAMA

Peppermint-ginger plus mengandungi 4 bahan utama iaitu

PUDINA: Melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang. Membantu dalampenghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia dapat menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.

HALIA: Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih 2 ribu tahun!. Halia merangsang penghasilan enzim Salvia untuk mencernakan makanan. Ia juga membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya, mual angin ketika mengandung, atau selepas melahirkan anak. Satu kajian di UK menunjukkan halia dapat menghalang muntah selepas pembedahan.

POKOK ADAS: Orang eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia juga membantu melegakan sakit perut, gejala flu, dan membantu masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS: Digunakan oleh orang mesir purba. Ia dapat membantu masalahpencernaan, gejala kesakitan haid, batuk dan kahak, merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang boleh menyebabkan masalah kulit, memberi peredaran tenaga didalam badan.

Kedua-dua ini mempunyai manfaat yang besar dan atas sebab itu ianya telah digunapakai sehingga ke hari ini. Jadi bagi yang mengalami masalah angin, boleh cuba amalkan 2 produk ini ya.

Cadangan pengambilan:

  • Pemeliharaan kesihatan- 2 tablet garlic selepas makan
  • Radang dan alergi- 2 kali sehari, 2 biji setiap kali.

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::