HERBLAX · KURUS · LECITHIN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED · WEIGHT MANAGEMENT

KURUS DENGAN DETOX? YA!

Betul ke boleh kurus dengan detox?

Dah jenuh ambil produk untuk kuruskan badan? Dah cuba pelbagai cara untuk kurus? kurus kejap lepas tu naik balik? aduhai, letih betul kan? Dah lah berat bertambah, tenaga makin kurang, sakit lutut, sendi semua, susah tidur, pening semua datang. Paling bahaya bila penyakit baru menjengah, darah tinggilah, kencing manis lah..semua tu sangat menakutkan!

Siapa penah rasa macam tu? Angkat tangan! berat dah bertahun tak turun, rasa nak lempar je penimbang ye tak hehe. Kali ni apa kata cuba kurus dengan detox pulak.

Sebelum tu tengok klip ni dulu ok?

Kenapa perlu detox?

Sebenarnya apabila kita tak mengamalkan detox, badan kita akan mengandungi lebihan toksin. Lebihan toksin inilah yang menjadi punca utama kita gagal membakar lemak berlebihan didalam badan. Lebihan toksin juga mengurangkan penyerapan segala jenis nutrient yang kita ambil melalui pemakanan. Jadi, sia-sialah kalau makan produk kuruskan badan mahal-mahal tu. Bila kita detox, toksin akan berkurangan dan metabolisme badan akan meningkat. Badan kita akan di ‘reset’ semula barulah segalanya jadi lebih sihat, bertenaga dan dapat menyerap nutrien dengan lebih baik!

Macam yang Puan Tuty kata dalam video tu, dia dulu tak bertenaga, tengoklah berat badan tu sangat ketara penurunan kan. Tapi itu cuma bonus dari program detox ni. Yang paling utama, badan lebih sihat dan bertenaga.

Adaa dah pernah cuba ke kurus dengan detox?

Sejujurnya, Adaa dari kecil memang spesis chubby haha Tapi bukanlah sejak azali, cuma dari kecil adaa sangat suka makan. Adaa paling pantang jumpa segala jenis pastry, dessert, aiskrim. Memang kalah lah, angkat bendera putih. Suka sangat!

Semasa mengandung anak pertama berat adaa naik 9-10 kg, kalu tak silap dalam 65-67kg gitu dan doktor sarankan supaya adaa turunkan berat badan sehingga 50kg. Adaa cuma mampu gelak sebab Adaa sendiri tak ingat bila kali terakhir berat adaa cecah 50kg. Sekolah rendah? Sekolah menengah?

Bila dah sampai anak ketiga, berat paling ringan pun Adaa capai adalah 62-63kg. Dengan ketinggian ala-ala pohon nan rendang memang nampak sangatlah huhu dan ianya kekal walaupun anak yang ketiga tu dah cecah 4 tahun 😦

Jadi, Adaa cubalah kurus dengan detox ni bila dapat tahu Shaklee mula anjurkan program ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, adaa pernah kongsi di SINI

Kini berat adaa turun sedikit demi sedikit sehingga 53kg. (yeay!) Tapi kan, Adaa nak buat pengakuan lah, adaa banyak mengelat (cycle pertama yang 7 hari detox plan memang Adaa ikut betul-betul tau, kemudian selepas tu mungkin ada mengelat sikit-sikit lah), senaman tak pernah pun buat, adaa memang cuba mengamalkan pemakanan secara sihat dan eat clean tapi kadang terbabas contohnya semasa raya (ampun). Walaupun begitu, berat adaa tak naik balik dan masih turun. Jadi tak hairan lah kalau betul-betul buat macam Puan Tuty tadi mampu berikan penurunan yang signifikan.

JADI, BOLEH KURUS DENGAN DETOX? 

Ya boleh sangat. Malah ianya cara paling sihat untuk memastikan penurunan berat anda berlaku secara semulajadi dan memperbaiki semula sistem tubuh badan anda. macam adaa katakan tadi, rata-rata mula detox bila dapat tahu ada tekanan darah tinggi, obesiti, dan kencing manis. Tapi BONUS bagi mereka apabila berat badan mereka juga mencecah tahap berat badan ideal. Barulah lebih yakin,sihat,segar semua sekali kan?

Ni adaa kongsikan satu lagi testimonial.

Nak mula kurus dengan detox? jom, kami ada kumpulan yang boleh membantu!

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED

DIARI DETOKS: DAY 5-7, CYCLE 1

Bersambung lagi untuk hari ke-5 hingga 7 🙂

DAY 5

Apa pula plan hari ke-5?

photo_2016-05-07_06-53-00

Hari ke-5 dah boleh ambil ayam, ikan sebagai salad atau buat macam western meal. memang syurgaaa hehehe dan pada ketika ni perut dah lebih stabil..dah biasa dengan kuantiti makanan yang agak kecil..kalau makan banyak mengah pulak nanti.

photo_2016-05-13_08-15-59
contoh salad meal

Yang ni cuma sayuran mentah seperti kubis ungu, butterhead lettuce, iceburge lettuce, lobak merah, timun dan dicampur dengan hirisan 1 ketul dada ayam sebesar 1/2 tapak tangan yang digrill. Dressing boleh guna lemon+lada hitam+garam sedikit+minyak zaitun.

DAY 6 & 7

Dua hari terakhir ni menu tak  banyak beza. Dah mula boleh ambil nasi dan white noodle. Pada Adaa, saranan Kevin Zahari untuk ambil segenggam nasi tu memang wajar sangat..memang boleh kenyang punya. Sungguh..sedap-sedap je perut..tak terasa terlebih makan pun.

photo_2016-05-07_06-52-54

photo_2016-05-07_06-52-49

Pagi-pagi bangun jer terus minum air suam segelas dua. Lepas tu sarapan dengan smoothies ni dah cukup kenyang..sebelum makan tengah hari kalau lapar boleh ambil snek, tapi bukanlah makanan rapu ok? Ambil biskut kering tu atau buah dah memadai. kenyang sangat dah. Senang kan?

Akhirnya tamat 7 hari kempen detoks!! Selepas tujuh hari ni anda boleh teruskan dengan meal plan hari ke-7 tu sehingga hari ke 30. Guna meal plan yang sama..ini mengajar kita untuk terus EAT CLEAN. Makan secara seimbang dan sihat. Sebab tu adaa kata ianya bukan sekadar detoks..tetapi mengajar kita untuk hidup secara sihat. Ini yang kita semua patut makan hari-hari..menu tu boleh berubah, tetapi masak secara sihat, kekalkan kuantiti yang sepatutnya.

photo_2016-05-13_08-27-30

Pemerhatian:

  • Hari ke 5 dan 6 tak membuang. Baru nak menyesuaikan diri dengan kemasukan protein daan karbohidrat agaknya
  • Hari ke 7, pengahadaman lebih baik. Lega..:P
  • Badan lebih bertenaga, selesa
  • Dah terbiasa minum 3 liter air..dulu nak habiskan 2 liter pon liat.
  • Badan lebih ringan, perut sedikit kempis.
  • Lebih selesa dan rasa sihat!
  • Berat berkurangan sebanyak 1.4kg (dulu 3 bulan belum tentu turun 100g)
  • Inch loss 1 inci

Ingat ya, detoks ni untuk badan kita sihat. Bagi yang obese, bonus untuk anda jika dapat kurangkan berat dan keputusan adalah berbeza mengikut individu..macam yang adaa beritahu dalam entry testimonial detoks diet tu kan..sejumlah 76.8kg turun tetapi ada yang turun 1kg, ada yang 6 kg dalam 1 minggu tu..jadi berbeza. Tumpukan kepada faktor kesihatan dan pengubahan cara hidup sihat bukan nak kurus semata. InsyaAllah jika kita amalkan makan secara sihat, secara automatik berat kita akan mula turun dengan sihat dan mencapai berat badan ideal. Jadi kene didik hati dan akal ni supaya jangan kembali kepada tabiat pemakanan tak sihat. Kalau masa puasa boleh jer tahan diri dari makan macam-macam kan, kenapa hari biasa tak boleh? pasti boleh kalau kita ada objektif yang kuukuh seperti MAHU SIHAT.

 

Selamat detoks!!

Esok adaa akan mulakan diari cycle 2 pula. Apa beza dengan cycle 1? Tunggu…:)

 

#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED

DIARI DETOKS: DAY 4, CYCLE 1

Salam detoks! Masuk hari ke-4. Akhirnya, ‘it’s protein day!!’ Hari ni dah mula boleh ambil protein jadi lebih kenyang lah kan. Macam biasa, mulakan hari dengan minum air masak dulu ya 🙂

Apa plan hari ni?

photo_2016-05-07_06-52-19

Sarapan masih lagi dengan sayur tetapi, makan tengah hari dah boleh mula ambil PROTEIN FRUIT SMOOTHIES ya. Kalau anda takda ESP, boleh juga gunakan susu rendah lemak, blend bersama buah. Sedap!! Kalau dengan ESP lagi sedap!!

Ini adaa kongsikan satu resepi smoothies dari shaklee ya.

12068930_909008512468606_6524605701297679998_o.jpg

Kalau masa detoks ni memadai resepi yang simple macam ni..buah tu boleh tukar-tukar, pisang ke, stawberry ke anthing. Memang sangat menyegarkan!

Sebolehnya ikut plan tu betul-betul.Sayuran mentah ke, stim ke, dimasak ke..dan cuba kurangkan penggunaan bahan perasa ..nikmati secara suci hehe

Pemerhatian hari ke-4

  • Dah biasa dengan sayur 🙂
  • Lebih bertenaga sebab dah dapat protein
  • Dah kurang kerap kencing
  • Tak pening dah
  • Tak buang air besar mungkin terkejut masuk protein kot 😛

Hari 4 berjayaa! jumpa esok!

#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED

DIARI DETOKS: DAY 3, CYCLE 1

Salam detoks! Hari ni diari hari ke-3 pula. Dah dua hari bersayur bagai hari ke-3 apa menunya?

DAY 3

Macam biasa, celik je mata, gi dapur dulu minum air masak segelas ya. Kenapa kena minum air sebelum gosok gigi lagi ni? Dalam mulut kita ada sejenis enzim yang baik iaitu amilase yang membantu sistem penghadaman kita. Baik enzim ni 🙂 Lagi satu, dengan meminum air kira-kira 2 gelas/32oz sejurus bangun tidur akan dapat meningkatkan metabolisme tubuh kita sebanyak 30% selepas 30-40 minit!

drink water

Ok, menu hari ketiga macam mana pulak?

photo_2016-05-07_06-52-26

Masih lagi sayur, tapi hari ni dah boleh campur macam-macam warna sayur..segala warna! Lagi banyak warna lagi bagus. Ini boleh mengaktifkan enzim detoks dan mencegah daripada sel rosak.

photo_2016-05-09_07-34-34
rainbow colour of vegetables and fruits

Tu dia..segala mala sayur berwarna pelangi kita bubuh..cuma masa cycle 1 ni adaa guna salad dressing thousand island..yang mana adaa rasa belum sesuai guna..(nanti adaa tulis diari cycle 2 dan apa yang bezanya dengan cycle 1 ni ok?) lebih bagus guna dressing yang lebih sihat lah ye kawan-kawan.

Bagi Adaa, takda masalah nak makan sayur sebab adaa memang suka sangat sayur..cuma mencabar juga sebab tak biasa lagi kan..selama ni duk makan nasi dan mee hari-hari, tiba-tiba kena makan sayur semata, agak lapaq juga lah tetapi disebabkan adaa tahu ianya untuk ‘greater cause’ jadi, bertahan. mental kene kuat 🙂

Pemerhatian hari ke-3:

  • Letih dah berkurangan
  • Lapar sangat sebab dan 3 hari duk makan sayur kut hehe
  • dah mula ada ‘Inch loss’ (walaupun 1/2-1 inci ya, bangga dengan pencapaian anda sendiri, lain orang lain pencapaiannya..ada yang berinci-inci kurangnya)
  • Mula ada penurunan berat badan dah
  • Tak pening dah
  • Kerap kencing

Done day 3..jumpa day 4 pulak esok!

#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED

DIARI DETOKS: DAY 2, CYCLE 1

Ok, hari ni sambung cerita semalam, day 2 pulak..apa cerita?

DAY 2

Masuk hari kedua cabaran detoks 7 hari kita ni. Bangun pagi rasa badan agak sengal..mungkin sebab semalam ada buat senaman sikit untuk pembakaran lemak..tapi lupa warm up hehe maklum laa orang tak pernah bersenam 😛

Bab senaman ni bergantung kepada tubuh individu..buat yang agak-agak kita mampu. Kalau kita tak fit, jangan terus buat teruk-teruk..cukup sekadar berjalan 30 minit atau jogging ke kan..jika jantung fit..boleh cuba buat senaman HIIT ni. Agak-agak jogging 20 minit non-stop dah mengah maksudnya belum fit tu..jadi pilih yang sesuai dengan diri ok? Mungkin boleh cuba yang ni?

5 CARA SENAMAN UNTUK DIBUAT DI RUMAH

photo_2016-05-07_07-25-08
circuit training for beginner

Dalm rajah ni circuit training, kalau HIIT lebih kurang ni jugak cuma setiap jenis senaman tu kita buat dalam 30 saat, rest 10 saat sampai cukup 7 minit.

Bagi yang tak berpeluang ke gim atau takda masa nak berlari ke apa ke boleh cuba senaman ni..hanya 7 minit sehari. Kebaikannya untuk meningkatkan kesihatan jantung (stamina) berkali-kali ganda dan penurunan berat lemak secara total dalam satu sesi senaman yang pendek.

Kebaikan senaman jenis HIIT 

  • Waktu senaman yang agak pendek.
  • Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Tabata, orang yang menggunakan kaedah ini selama 4 kali seminggu berserta 1 kali kardio konsisten (jogging) didapati mengalami peningkatan kapasiti aerobik dan anaerobik sama seperti mereka yang pulun berjogging selama 5 kali seminggu.
  • Kesan pembakaran kalori ‘after burn’ up to 12-24 jam. Maksudnya, lepas korg buat senaman jenis HIIT ni, badan korg still membakar kalori yang berlebihan dalam badan sehingga 12-24 jam. Haa..syok kan? Tgh tidur pun badan still akan membakar dgn jayanya. Wah, cepat kurus lah korg cmni!
  • Melatih badan utk menyahtoksinkan ‘metabolic waste’ daripada otot so that badan korg akan nampak lean je. Macam model-model fitness tu.
  • Sesiapa yg mengamalkan senaman jenis HIIT ni pulak selama 8 minggu, akan memanjangkan jangka hayat badan dan metabolic badan akan secergas org remaja.

Tapi tak semua orang sesuai tau..jangan main pulun jer..nak info lanjut sila ke page Kevin Zahari ni ye DISINI .Kalau badan tak fit, boleh mulakan dengan jongging ke jalan 20 minit..atau jika nak jjuga buat HIIT, buat ikut kemampuan je..korang kenal tubuh korang kan..jangan overdo.

Macam biasa, bangun minum air masak dulu segelas bagi melancarkan penghadaman.

Hari ni bagaimana plan kita?

photo_2016-05-07_06-52-33

 

Menu hari ni sup sayur sahaja. Mudah dan sedap. Adaa Cuma buat ‘clear  vegetable soup’ dan memandangkan hari ni dah boleh masukkan ‘non-leafy vegetable’ rasanya lebih enak lah kan..semalam semata-mata sayur hijau berdaun ye.

photo_2016-05-07_07-30-52
day 2: sup sayur (maaf atas pencahayaan yang suram)

Bahan-bahan:

  • Sayur mayor (Kacang peas, bendi, lobak merah, kubis jepun, sawi)
  • Halia 1 inci
  • Bawang putih 3 ulas
  • Garam sesedap rasa
  • Minyak zaitun (extra virgin oil)

 

Cara-cara:

  • Adaa tak tumis, Cuma didihkan air bersama halia dan bawang putih yang dihiris nipis
  • Masukkan sayuran yang lambat empuk dulu seperti lobak merah
  • Dah mendidih sikit, masukkan sayuran lain dan sedikit garam sahaja.
  • Angkat dan letakkan sesudu minyak zaitun sebagai ‘finishing touch’
  • Makan!

 

Bagi yang tak tahu nak guna sayur apa, ini adaa letakkan sekali panduan untuk anda ok? Jadi, ikut selera, ikut budget

photo_2016-05-07_07-33-51

 

Air seperti biasa banyakkan minum sehingga 3 liter sehari atau lebih ikut berat badan anda lah ya.

 

Pemerhatian:

  • Badan kurang letih
  • Badan sengal dan masih pening sikit
  • Kerap kencing dan kentut (upss!!)
  • Lawas! (adaa jenis membuang 3 hari sekali pun dah syukur..ini tiap-tiap hari dah..thumbs up! Kuasa fiber!)
  • Perut pedih sikit je mungkin sebab nak sesuaikan diri setelah bertahun makan macam-macam setiap waktu makan. Tetiba kena ‘cut’ kan..jadi agak lapar tapi terkawal.

Tamat hari 2..jumpa hari seterusnya esok!

#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED

DIARI DETOKS: DAY1, CYCLE 1

Selamat pagi Malaysia!! Selamat berhujung minggu! Hari ni seperti yang dijanjikan, Adaa akan kongsikan diari detoks adaa secara berperingkat ok?

Dah baca kan entry semalam? TESTIMONIAL: TOTAL 76.8KG HILANG DENGAN 7 HARI DETOX! Segalanya tak mustahil kan?

7 DAYS DETOX CHALLENGE/ CABARAN DETOKS 7 HARI

Sebelum adaa mula jurnal harian ni, cuba cek dulu tanda-tanda orang yang kena detoks..mungkin anda salah seorang daripadanya:

EMOSI:-

Perubahan emosi
Marah dan cepat marah
Gemuruh
Kemurungan
Sifat Pelupa
Pemikiran keliru
Kegelisahan
Kebimbangan
Refleks lambat
Obsesi
Kekurangan penyelarasan
Kekeliruan
Blur
Blank

TIDUR

Insomnia
Gigit gigi semasa tidur
Kencing malam
Meleleh air liur berlebihan semasa tidur
Gangguan tidur – terjaga kerap kali pada waktu malam

KULIT

Kulit kering
Rambut Kering
Rambut rapuh
Keguguran rambut
Alahan
Hidung gatal
Gatal-gatal dubur
Kulit gatal
Urtikaria (Gegata atau Kelopak Garam)
Jaundis
Reaksi alahan kepada makanan
Sensasi merangka di bawah kulit
Letusan
Ekzema
Ulser kulit
Bengkak

LAIN-LAIN

Sensasi bendasing dalam tekak atau tidak selesa
Kesukaran menelan
Batuk atau batuk darah
Masalah peredaran darah. kebas di hujung kaki, kesukaran untuk bergerak.
Lebihan air liur
Penglihatan yang kabur
Nafas berbau
Tindak balas imun rendah
Demam
Masalah pernafasan
Eye floaters
Bau badan

 

Kalau agak-agak ada tanda ni jom detoks!!

 

DAY 1

Hari ni bermulalah cabaran detoks 7 hari. Mula-mula berat jugak sebab membayangkan kena makan sayur mentah dan sayuran sahaja untuk hari 1 dan 2 tu kan..Tapi disebabkan rasa ingin tahu yang membuak ni cuba jugalah. Nak juga tahu apa kesannya selepas detoks. Tengok geng team detoks yang lain semuanya respon sangat positif!

Selama hidup 32 Tahun ni tak pernah lagi cuba detoks cara sebegini ..rasanya badan melalui proses detoks yang agak bagus pun ketika Ramadhan jelah (Ramadhan adalah bulan detoks..indahnya Islam ). Jadi, ini kali kita cubalah!

photo_2016-05-07_06-52-39.jpg

Adaa mulakan hari adaa dengan segelas air masak..bangun tidur je minum dulu. Lepas tu menuju ke penimbang. Bukan apa..sekadar rekod. Ramai yang turun berat badan sepanjang detoks ni jadi sajalah kan timbang, mana tahu berat degil yang bertahun yang gagal menggerakkan nombor penimbang ni tetiba lembut hati nak gerak pulak hehe. Tapi jangan salah konsep ya, detoks bukan untuk kurus tetapi untuk tujuan pembersihan toksin. Bila badan bebas toksin, barulah proses penurunan berat badan boleh berlaku dengan efektif dan sistem tubuh yang lain juga akan lebih bergerak dengan baik. Taknak kurus? Takpe, detoks bukan untuk orang gemuk je tau, orang kurus juga ada yang mempunyai toksin yang tinggi dalam badan. Selain berat, anda juga boleh ambil ukuran inci di sekitar pinggang contohnya, lengan dan paha.

photo_2016-04-25_16-40-56
5 SUMBER UTAMA TOKSIN DALAM BADAN
photo_2016-05-07_07-08-29
DAY 1: 61.9KG (huhu)

 

Hari pertama, menu adaa mudah sahaja..ini sahaja sayuran yang berjaya di cari dan dibeli

photo_2016-05-07_07-12-13
Epal dan butterhead lettuce

 

Dressing untuk salad ni boleh je kalau nak beli yang dah siap..macam-macam jenama ada. Tapi memandangkan ianya agak tinggi kalori, adaa saja cuba yang lebih sihat. Resepi sangat mudah dan bagi Adaa sangat kena dengan selera.

 

Bahan-bahan:

  • 8 ulas bawang putih dicincang halus (optional)
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan jus lemon (kalua takde, limau kasturi pon boleh)
  • ½ cawan extra virgin olive oil (olive oil banyak jenis, ada yang untuk masakan, ada yang untuk dressing, beli yang betul ya) (refer:jenis-jenis minyak zaitun)

 

Cara-cara:

  • Masukkan aja kesemuanya dalam bekas bertutup rapat, goncang sehingga sebati semuanya dalam 1 minit gitu. Siap!

Serving: 75

Sebelum dan selepas digoncang sebati. Boleh simpan dalam peti sejuk hingga 3 hari ok!

 

Senang kan..pastikan minum banyak air J 2-3 Liter sehari (25kg berat anda= 1 liter air)

 

Ok, tamat hari pertama.

Pemerhatian:

  • Agak pening mungkin sebab banyak angin nak keluar
  • Kerap kencing –proses detox
  • Sedikit letih mungkin kerana tak cukup tenaga
  • Menjelang malam tangan dan kaki sengal2

Jumpa hari ke-2 esok!