REVIEW · SHAKLEE RELATED

KARI KEPALA IKAN HARGA LELONG TERBAIK DI TERENGGANU!

Siapa suka kari kepala ikan? 

Sabtu lepas, anak-anak pun cuti kan, jadi kita jalan-jalan cari makanlah. Kat kuala Terengganu ni rasanya jarang sangat jumpa kedai yang jual kari kepala ikan ni. Kalau belah Pulau pinang ke, perak ke, utara lah kan, memang banyak dan kaw-kaw! Katanya ada warung baru yang menjual kari kepala ikan ni, apa lagi kasi pergilah. Adaa ni memang hantu kepala ikan. Segala kepala ikan adaa makan, kembung, patin, merah, bawal semua lah memang habis ikan tu adaa kerjakan muahaha.

photo_2017-05-15_07-13-24.jpg
Menuju ke Kedai Buluh

Kuala Terengganu ni taklah besar mana, jadi insyaAllah senang aja jumpanya 🙂

photo_2017-05-15_12-33-36.jpg
Warung MekTikah

dah jumpa Warung Mektikah! Warung ni terletak di Titian Baru, Kedai Buloh berhadapan sahaja dengan bengkel kayu. Kalau ikut signboard tepi jalan tu insyaAllah tak terlepas lah warung ni, signboard pon merah kan hehe

photo_2017-05-15_07-14-18.jpg
tudiaa

Belok je nak ke warung, sekali nampak banner besar. LELONG! apa yang lelong ni. Adaa dan keluarga agak memilih sikit bab kedai..kami tak suka kalau kedai tu susah parking atau terlalu padat. Yang ni, parking pun senang, luas dan masa kami sampai tu dalam pukul 11 lebih dekat pukul 12, jadi orang masih belum ramai. Masa kitorang makan, ha tu mula berderu orang.  Ramai yang bungkus bawak balik dan yang makan kat situ pun ramai.

photo_2017-05-15_07-14-23.jpg

KARI KEPALA IKAN RESEPI PENANG DI TERENGGANU

Soalan pertama adaa pada tuan empunya kedai masa sampai tu

“Siapa yang dari Penang?” hehe Rupanya tuan empunya kedai, anak menantu semua orang Terengganu. Tetapi anaknya ni bekerja di Pulau Pinang, jadi tercetuslah idea nak membawa resepi kebanggaan utara ni ke Kuala Terengganu. baguih noooo

Sambil sembang, kita kasi order lah kan.

photo_2017-05-15_07-14-38.jpg
KARI KEPALA IKAN MERAH

 

photo_2017-05-15_07-14-32.jpg
SIDE DISH

KARI KEPALA IKAN RESEPI PENANG

Kalau anda pergi ke warung ni, sila jangan cari lauk lain sebab nya warung ni khusus dalam kari kepala ikan sahaja ya.  Abes kenapa ada lauk lain kat atas tu? ini pakej namanya..Makan kari, dengan nasi panas, sayur taugeh goreng, sambal belacan. perhhh terangkat!

Bila adaa rasa karinya, sah! inilah kari penang, ala mamak gitu. Beza kan dengan kari biasa sebab ada santan, yang ni takda. Pekatnya, karinya, rempahnya memang terbaik! Kalu sesetengah ikan macam ikan merah ni, kalau tak pandai masak, hanyir tau. Tapi yang ini tak hanyir ok..memang best! Bagi yang dah bosan asyik makan menu sama, nak pekena kari kepala ikan macam ni, tak perlu ke utara, boleh jumpa kat sini. mesti tak menyesal, aci kerat jari 🙂

HARGA? SEGAR KE?

Ini yang Adaa nak bagitahu..Selalu kalau korang makan kari kepala ikan, berapa agak-agak? Sebelum ni Adaa pernah juga makan di Perak, kalau bab kari kepala ikan ni, mahu cecah 40-50 ringgit. Jadi adaa pon agak seram lah kan haha

Tapi di warung ni, bila adaa tanya berapa ringgit, acik tu kata ”RM15” . Terkejut sungguh adaa..betul ok, tak caya tanya suami Adaa. Biar betul kepala ikan besar tadi yang Adaa makan satu keluarga tadi rm15 je?

Ya, memang betul..sebab tu lah warung ni berduyun orang..HARGA LELONG rupanya. Kenapa lelong, musykil tak? Dah lah Terengganu ni payah nak jumpa ikan merah, jenahak bagai ni kalau ada pun melambung tinggi harga. Bukan propa tapi benar tau. Sini kalau ikan tongkol tu yelah banyak huhu.

Kepala ikan yang dijual disini yang pertamanya SEGAR jadi jangan nak buat cerita murah sebab tak segar..no no..SEGAR ok. Rupanya, anak acik yang bekerja di Penang ni, hari-hari pergi borong kat sana dan pos kat ibunya ni..uuuuu Kat sana memang ada tempat yang menjual kepala ikan ni pada harga lelong dan atas sebab tulah, Adaa dan semua yang membeli ni dapat merasa kari ikan yang selalunya mahal, pada harga yang sangat murah!

Sekarang dah tau dah apa yang LELONG nya kat banner merah mula-mula tadi. Dah lah menu jarang jumpa dekat terengganu, harga pulak memang lelong. Alhamdulillah..

Disebabkan sedap, kasi bungkus satu lagi kepala ikan merah bawak balik. haha

photo_2017-05-15_07-13-29

photo_2017-05-15_13-05-59
Nampak tak plastik tu, bekal makan kat rumah plak boleh sedut kasi licin haha

Bagi yang nak merasa, silalah pergi ke warung ni. Tak rugi punya. Bila lagi dan kat mana lagi nak dapat makan kari kepala ikan harga murah macam ni? bukan kepala ikan besar kepala ikan kembung, besar niiii..murah pulak tu. Maunya tak berduyun orang.

setelah diselidik, 😛 ini info untuk anda yang nak pergi ke kedai ni

JENIS IKAN

  • Ikan merah
  • Ikan jenahak
  • Ikan cupak
  • Ikan Bawal

HARGA LAUK UTAMA

  • Kepala ikan saiz normal (RM10-15)
  • Kepala ikan saiz JACKPOT (RM18-25)

Tengok tu, saiz JACKPOT pun RM25 ..uih memang harus pergi lagi ni sebab hari tu makan saiz normal jer.

Kalau korang nak datang, kedai tu beroperasi:

  • Ahad-Jumaat
  • jam 11 pagi-4 petang

Lambat kedai tutup hehe

photo_2017-05-15_07-14-07.jpg
sambung pekena kari kat rumah pulakkk

Kat rumah, kita makan pulak dengan roti. Kari pekat macam ni cicah dengan roti, lempeng, memang masyuk!

lepas ni nak cari menu apa pulak? 😀

-Adaa-

 

Advertisements
REVIEW · SHAKLEE RELATED

REVIEW: RIINO ALL IN ONE AIR FRYER

Dah Februari!!! Bulan baru, target baru..bulan lepas banyak menyepi, bulan ni insyaAllah adaa akan menulis lebih kerap ok? stay tune. Hari ni nak bagi review sikit lah..memandangkan minyak makin mahal, nak makan pulak secara lebih sihat (1 step at 1 time) jadi adalah lebih afdal kita mengambil alternatif menggunakan air fryer untuk menggoreng makanan.

Lepas survey sana sini berhari-hari, bagi adaa yang beginner ni, nak terus beli jenama macam Phillips yang harga RM1500+ adalah sangat mahal kurasakan..yelah tak pernah cuba langsung guna air fryer, jadi agak gerun nak ketaq tangan jugalah nak beli yang mahal kan.

Setelah melihat review sana sini terhadap jenama yang popular , maka adaa pun ambil keputusan untuk mencuba RIINO TURBO ALL IN ONE AIR FRYER ni..besar juga, macam helmet/ pokeball anak-anak kata..10L. Boleh golek ayam sekali hehe. Adaa beli di 11 street.com.my dengan harga RM400 (sebelum potongan harga rm1500+). Review pon banyak dan semua positif, jadi kasi cubalah.

photo_2017-02-02_07-25-54.jpg
RIINO TURBO AIR FRYER
photo_2017-02-02_07-26-05.jpg
Macam pokeball hehe

Produk ni adalah keluaran China. Kira version macam philips tapi keluaran china. Kalau Primada yang kat GoShop tu pon lebih kurang sama macam ni tetapi ianya keluaran Korea. so bergantung jelah pada budget masing-masing dan kalau adaa, adaa pentingkan review lah..kalau dah banyak review tak best, takyah le beli ye dok?

Riino Turbo Air Fryer ni ada 6 fungsi asas yang bagi adaa sangat berbaloi beli sebab takyah beli alatan lain dah. GRILL, BAKED, ROAST, STIR FRY, FRIES, BBQ. dan boleh steam juga! so nak buat kek ke, ayam golek ke, goreng sayur ke, goreng kacang ke, fries ke, sosej, sate, semua boleh ..takda hal punya.

Lagi satu, bila beli ni dapat 9 aksesori secara percuma! banyak tuuuu

riino_airfryer-desc01

riino_airfryer-desc03

2016060716340713807

2016060716340713992

Setakat ni adaa baru guna untuk fry and grill. Yelah, belum sempat nak buat kek ke mende laginya..

photo_2017-02-02_07-25-58.jpg
Ayam bakar

Kalau bab masak ayam, adaa boleh katakan 99% sama rasa macam goreng, malah lebih sihat lah tak guna setitik pon minyak okey.

photo_2017-02-02_07-25-00.jpg
Talapia merah goreng kunyit

Bab ikan, lain sikit..Kalau goreng, kulit dia akan jadi rangup kan..kalau air fried, kulit dia kenyal..tapi isi dalam dia sangat lembut dan juicy. Jadi bagi Adaa, i am happy enough with the quality. Habis sampai tinggal tulang juga. hehe

photo_2017-02-02_07-25-34.jpg
Chicken grill with lemon and mixed herbs

Yang ni resepi semalam..Buat makan dengan nasik panas atau nak buh dalam wrap pun boleh..yummy! kejap je pun..15 minit jer.

photo_2017-02-02_07-25-46

Yang ni pulak goreng karipap. Sama je rasa dia. kompem! Lampu dalam tu memang on off sebab energy saving, so jangan ingat rosak pulak ye. So far, adaa rasa sangat berbaloi kalau korang nak beli. worth for money orang kata. Menyenangkan idup jugak. Tekan-tekan, tinggal. Takyah tunggu kat dapur so dah jimat masa.

Last sekali, ni adaa kongsi video pasal air fryer ni. Boleh tengok ok?

*nak buat breakfast sat naaaa

REVIEW

RESTORAN WAJIB KUNJUNG DI KUALA TERENGGANU!

Perhatian warga terengganu!! Ha mari pakat-pakat dekat rapat deh..ambo nak kabo 1 mende ni. 😀

Pernah dengar tentang DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK? belum pernah? Jom kita lihat sikit tentang kedai ni.

Biasanya orang jual burger, burger yang digoreng atau masak guna dapur gas kan? Kali ini satu pengalaman yang berbeza dengan kedai ini kerana disini anda akan dapat menikmati burger bakar yang dagingnya 100% homemade, tebal sangat-sangat, dan dibakar menggunakan arang! Jadi korang bayangkan saja lah aromanya macam mana..bak kata orang, aroma makanan dibakar dengan arang ni lebih menyelerakan..dan ya memang betul fakta tu.

MENU:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
MENU:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Disini korang bukan sahaja dapat menikmati 1 jenis burger tetapi lebih 15 JENIS burger tau! Ini adaa ambil menu lama, yang baru dah ada BBQ Lamb burger lagi! Memang terbaik.

Homemade patty. Ini adalah keistimewaan deen burger bakar. Dengan rasa rempah ratus yang menyerlah dan daging burger setebal lebih 1 inci, ya sangat tebal, korang akan rasa sangat berbaloi dan sangat kenyang perut.

Taknak daging? Jangan risau semua menu boleh ditukar dengan ayam goreng/ayam bakar..ayam dia bukan kecik-kecik tau..chicken leg gitu..macam ayam dalam chicken chop yang diletak antara 2 keping roti. yummy!

Selalunya orang jual burger di gerai kan, kali ini dengan skala cafe, korang boleh dine-in tau..siap yang ada buat birthday celebration lagi kat sini tau.

Uniknya kedai ini, ianya dimulakan dengan modal yang kecil..semua dibina sendiri oleh pengusaha mereka (5 orang) daripada bahan yang dikitar semula. Kayu-kayu palet yang sudah buruk dan menjadi sampah pada orang lain, mereka ambil dan jadikan sesuatu yang digunapakai. Kerusi, meja, perabot, semua mereka buat sendiri. Jadi, jika korang nak jadi pengusaha, tak perlu modal yang besar, mereka ini dah buktikan dengan modal minima pun bolehhh.

Ketika adaa datang semalam, mood kedai cukup berbeza. Sebelum ini kedai ini masih dalam fasa 1. Al maklum, bermula dari bawah kan..jadi mereka mula dengan barangan asas..meja kerusi ..dah cukup..boleh berniaga. Dinding warna asal, tiada pengubahsuaian terhadap kedai. Semalam lepas makeover fasa 2, warna dinding, pencahayaan yang romantik, moodnya lebih berbeza..jom layan..

ENTERTAINMENT AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
ENTERTAINMENT AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Ini bahagian entertainment :D..Kedai ni kalau korang datang, sila order dikaunter tau..nanti dapat nombor, bawak pergi meja korang dan tunggu makanan sampai ok?

DINING AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
DINING AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Korang boleh pilih, nak duk dalam ke luar..dua-dua fefeeling romatis gitu 😀

DINING AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
DINING AREA:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Ini pula bahagian dalam kedai..lampu-lampu berjuntaian gitu..

ORDERING :DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
ORDERING :DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Tempat order..datang melangkah terus je menuju ke kaunter order, pilih2 menu apa nak sanntap..ambil nombor, lepas tu boleh duduk tunggu makanan korang dibawa ke meja..senang 😀

deen 7

deen 5
DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Ini antara wajah-wajah pelanggan di deen burger bakar..gambar makanan adaa tak dan nak snap banyak-banyak..nak tahu dan rasa..jomlah!

MEDIA SOSIAL:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK
MEDIA SOSIAL:DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Kalau korang nak usha-usha lagi, boleh ke facebook diorang..lebih banyak gambar disana masa fasa 1 ada..fasa 2 pun ada..

Kalau korang datang ke Deen burger bakar Depan ILP Gong Badak ni, menu yang adaa cadangkan korang wajib cuba adalah Meatball, Da’grill Chicken, Double Mozarella burger dan DOuble Trouble. Wajib cuba ok!

Harga? Jangan risau..sangat berbaloi..kat mana lagi nak dapat makanan macam ni? HOMEMADE PATTY ok. Bakaq guna arang lagi baq hang..Tak dapat dah tempat lain..

Air pun macam-macam ada..jus, float (pilihan korang) dan air panas2 pun ada..apa lagi mau?

Kalau belum pernah berkunjung, adaa sarankan dan war-warkan pada kawan-kawan korang untuk pergi. Mungkin burger banyak merata-rata, tapi YANG INI, belum ada ok..

Bagi adaa, kedai ini bukan sekadar bawa menu baru untuk warga terengganu, tetapi contoh anak muda yang mula dari bawah..betul-betul dari bawah..sedikit demi sedikit buat sendiri sampai jadi tempat macam ni, bukan 1st day buka dah macam restoren mewah, siap semua sekali, renovate puluhan ribu..no..ini berdikit-dikit..inilah usahawan namanya. Dan Adaa yakin, kedai ini akan terus di’upgrade’ menjadi tempat yang paling best untuk korang 😀

Jangan lupa singgah ok? Tak rugi InsyaAllah 😀

~Bon apetite~

REVIEW

REVIEW: THE YASIN, YASIN ERA MILENIUM YANG UNIK

Biasa baca surah Yasin? Pasti biasa kan tapi korang tahu tak dalam Yasin tu banyak intipati yang berguna dan boleh dijadikan panduan? Nama pun Al-Quran kan, pasti setiap patah dan huruf didalamnya disusun elok oleh Allah sebagai panduan dan rujukan kita dalam menjalani hidup seharian.

Minggu lepas Adaa mendapat Surah Yasin yang sangat berguna ni:

THE YASIN
THE YASIN

Pertama kali adaa lihat, adaa sangat kagum dengan design nya yang sangat ‘catchy’ dan menarik. macam mini Al-Quran..ada ‘casing’ lagi. sangat comel dan menarik untuk dibaca

the yasin
the yasin

3 JENIS THE YASIN

The yasin ni didatangkan dalam 3 jenis

  1. YASIN ‘RODHIYATAN MARDIYYAH’
  2. YASIN SUPER STUDENT
  3. YASIN HAPPY LIFE

YASIN ‘RODHIYATAN MARDIYYAH’ 

Yasin ini memuatkan 10 formula keberkatan hidup dan keredhaan Ilahi. Antaranya formula bagaimana ingin hidup berkat, adakah kehidupan kita disinari cahaya dari kitab berkah, formula berinteraksi dengan Tuhan dan 7 lagi formula lain.

YASIN SUPER STUDENT

Yasin ini pula memuatkan 10 formula berguna untuk para pelajar supaya menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. Antara formulanya ialah bagaimana untuk skor, bagaimana menjemput kebahagiaan dengan bersyukur, menjemput success dengan formula kun fayakun dan 7 lagi formula lain yang boleh digunapakai bukan sahaja untuk pelajar malah sesiapa sahaja.

YASIN HAPPY LIFE

Yasin ni comel, ada bentuk love lagi dihadapannya..dalam gambar diatas tu lah yasin happy life. Ianya memuatkan 10 formula kehidupan lebih berjaya dan bahagia. Antaranya, panduan mendapatkan tiket kebahagian hakiki, cara meraih kejayaan yang dirasakan mustahil, memahami formula kun fayakun dan 7 lagi formula yang amat menarik.

Yasin ini ada dua muka bercetak, satu bahagian ada surah yasin dari ayat 1-83, dan 1 muka lagi 10 formula Yasin. Setiap 1 formula dirujuk pada ayat tertentu yang berkenaan. Jadi, kita dapat memahami dengan lebih baik lagi setiap satu formula itu.

Dengan konsep pocket file ni memang mudah nak bawa ke mana-mana..saiznya kecil je tau..besar tapak tangan adaa jer ha

Saiz yang kecil
Saiz yang kecil

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh lawati website mereka http://www.theyasin.com/ . Disini terdapat pelbagai info mengenai produk berkenaan termasuk cara untuk menghubungi mereka dan melakukan pembelian.

Lawati segera tau, sekarang tengan ada promosi, 3 produk menarik ini boleh didapati pada harga bawah dari RM20! MasyaAllah..mudah kan?

-Islam is the way of life~

 

REVIEW

REVIEW: DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK

Tu dia..kali ni review makanan lak..nama bukan main panjang tauuu..

Mari-mari orang Terengganu, orang Gong Badak!!! Pakat mari ramai-ramai rasa burger sedap nih!

Deen Burger Bakar ni setahu adaa dah banyak cawangannya..tapi disebabkan Adaa duduk gong badak, dan makan di Kedai yang satu ni..jadi Adaa akan review Burger Bakar disini lah ya..

DEEN BURGER BAKAR: YUMMY!
DEEN BURGER BAKAR: YUMMY!

Tu dia kasi tunjuk sikit-sikit dulu..

Selalunya, orang jual burger di gerai kan? Kali ini konsepnya sedikit berbeza..ala-ala restoran gitu..jadi anda boleh menikmati burger anda dengan selesanya disana bersama kawan-kawan.

Cuba pandang burger kat atas tu..tinggi tuuuu

APA ISTIMEWANYA DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK?

1 yang adaa paling perasan adalah dari segi SAIZ nya. Sangat besar! kepingan dagingnya sangat tebal ..selalunya adaa kalau nak makan burger, mesti lepas tu cepat lapar balik, tapi Burger bakar ni lain macam..nak habiskan pon boleh tahan payahnya bukan sebab tak sedap, tapi sebab sangat mengenyangkan!

Dari namanya sahaja kita dah tahu, ianya dibakar bukan digoreng..

MEATBALL & DAGING DIBAKAR

Rasanya cukup berbeza..dengan aroma dari arang tu kan..memang sedap..dan yang penting, walaupun ianya dibakar, tetapi dalamnya sangat berjus! kepingan daging ni pun resepi anak tempatan sendiri tau..takda jual-jual kat supermarket punya..memang terbaik!

Disini mereka menyediakan bukan satu, dua jenis burger tapi lebih 10 rasanya untuk anda pilih. Kalau anda datang, adaa cadangkan anda order MEATBALL, DOUBLE TROUBLE (1 kepingan daging, 1 lagi paha ayam..perhh), DA GRILL CHICKEN (paha ayam yang dibakar..ada besar chicken chop tu ha), DOUBLE CHICKEN MOZARELLA..ha tu antaranya lah..Hakak tak hingat dah menu nye dik oi..tau makan jer haha

Disini juga anda boleh menikmati pelbagai jenis FLOAT, pasangan terbaik burger anda. Dengar katanya akan ada Jus nanti..lagi bagussss!!

Ini bukan sekadar makanan bujang-bujangan ok..satu keluarga boleh datang sebab disediakan juga Family Snack untuk anak-anak, serta burger yang sesuai..dari sesimple2 burger sampailah yang burger Tower 8 tingkat ada..pilih je..

 

WAKTU OPERASI?

WAKTU OPERASI

Setakat ni mereka buka setiap hari kecuali SELASA..hari lain silalah serbu..dari jam 5 petang hingga 12 malam..

deen burger bakar 2

Kedai ni baru sahaja dibuka dan apa yang menariknya, ianya dimulakan dengan modal yang kecil dan kalau korang pergi sana..korang boleh lihat meja-meja yang dibuat sendiri hanya menggunakan kayu pallet yang orang taknak dah tau..siapa sangka dari bahan buangan boleh dikitar semula menjadi barang berharga..dan adaa cukup pasti ini hanyalah permulaan..konsep kedai, suasananya akan diupgrade dari semasa ke semasa..dengan keunikan Burger Bakar ini serta kualiti rasanya, tak mustahil DEEN BURGER BAKAR DEPAN ILP GONG BADAK ini akan jadi sepopular HQ nya yang berada di Tampin. Dengan lokasi yang dikelilingi Universiti seperti Unisza, UMT, ILP..ianya akan jadi spot yang digemari sikit masa lagi.

Kenapa Adaa yakin? Sebab adaa dah kerap kali kesana ulang makan burger! haha itu tandanya makanannya memuaskan kan?

Jadi, anda2 yang berada berdekatan, silalah mengunjungi kedai mereka ni..

Nak kenali mereka dengan lebih dekat? Lawati aja Facebook mereka..nak order dulu sebelum datang pun boleh tau..cepat sikit dapat makan 😀

deen burger bakar 2

Inilah mereka. Tak cuba tak tahu kan? Adaa memang dah cuba, memang dah tahu, memang puas hati.. 😀

Jom pakat gi ramai-ramai.

REVIEW

REVIEW: SEJADAH ORTOPEDIK, SAJDA SALAH MAT

SEJADAH ORTOPEDIK? Ini pertama kali Adaa dengar. Agak teruja dengan sejadah yang lain dari biasa ni..Selalu dengar ortopedik ni dekat hospital je, tapi ini sejadah pula..macam mana tu?

SEJADAH ORTOPEDIK, SAJDA SALAH MAT
SEJADAH ORTOPEDIK, SAJDA SALAH MAT

Ini warna yang selamat tiba minggu lepas, 2 sejadah ortopedik, satu warna Burgundy, satu lagi warna Teal. Punyalah excited bila dapat..jakun hehe

APA ISTIMEWANYA SEJADAH INI?

Slide1

Kerap kali kita lihat ada golongan yang akan menahan kesakitan dibahagian lutut dan kaki mereka ketika mengerjakan solat.  Bukan sahaja golongan tua, malah ada yang masih muda tetapi sudah mula solat secara duduk dikerusi dan sebagainya. Biasanya sejadah dipasaran nipis sahaja kan? Jadi itu menambahkan lagi kesakitan ketika mengerjakan solat. Apa lagi dilantai yang keras.

Atas sebab itulah, wujudlah sejadah yang lain dari biasa ini. Ianya direka khas untuk memberi keselesaan ketika mengerjakan solat dan ibadah.
Sejadah ini didatangkan dalam 4 warna menarik untuk dipilih. ( Teal, Burgundy, Garden Green dan Blue)

DIDATANGKAN DALAM 4 WARNA MENARIK
DIDATANGKAN DALAM 4 WARNA MENARIK

Sejadah yang berketebalan 8mm, dan berukuran 61cm x 122cm mampu untuk mengurangkan tekanan pada sendi-sendi di bahagian tangan, bahu, lutut dan kaki ketika bersolat.

Lebih menarik, sejadah ini bercirikan hipoalergenik dan tidak menyerap habuk, serta diperbuat daripada bahan tanpa toksik dan bebas alergi, menjadikannya sangat sesuai bagi mereka yang mnghadapi asma dan sensitive terhadap habuk.

Mudah dibersihkan dan kalis air,  anda hanya perlu bilas dengan air dan jemur seketika untuk kering untuk membersihkan Sajda Salah Mat ini.

Selain untuk kegunaan dirumah, sejadah ini amat praktikal dan mudah untuk dibawa kemana sahaja bagi kemudahan untuk bersolat, termasuk ketika bercuti bersama keluarga, mengembara, berkelah, aktivit “camping” serta “outdoor activity” yang lain.

Slide4
PRAKTIKAL DAN MUDAH

 

Memang benar, adaa sendiri teruja melihat materialnya yang tebal dan bezanya, ia bukan diperbuat daripada fabrik. Jadi tidak memerangkap banyak habuk dan juga sangat senang dibersihkan.

Kalau sewaktu di UK dulu, adaa selalu solat atas batu, rumput, hanya dengan beralaskan jaket. Kalau kenal sejadah ni dulu mungkin jadi peneman setia sebab walaupun ianya tebal, tetapi ianya ringan. Lengkap dengan tali untuk mengandarnya dibelakang. mudah sangat! ini baru praktikal!

Jangan kata diMalaysia kita tak boleh guna..boleh..kalau kita berkelah ke kan, ini memang terbaik..tak risau ia akan basah atau kotor..tahu-tahu jelah kan, dengan pasir, air pantai, lumut..mungkin menjadikan sejadah kita mudah kotor, tapi dengan sejadah ni, tak perlu risau pun..bilas2, dah bersih..siap kalis air juga..takdalah lembap ke basah ke kan..hanya lap sahaja dah boleh simpan. Mudah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Sejadah ini, boleh melayari lamanweb mereka di www.sajdamat.com.my atau melalui Facebook.com/mysajdamat atau di Instagram @sajdamat_malaysia