CINCH · CINCH TEA · ESP · MEALSHAKE · PERFORMANCE DRINK · resepi · SHAKLEE RELATED

4 RESEPI SMOOTHIES SIHAT DAN SEDAP

Selamat pagi!! Pagi ni Adaa nak kongsi 4 resepi smoothies yang sangat sedap dan yang lebih penting resepi smoothies ni sangat berkhasiat dan sesuai untuk sesiapa yang ingin mengamalkan pemakanan secara sihat, kekal langsing dan bertenaga.

Resepi smoothies ni mungkin sedikit berbeza dari yang anda pernah cuba kerana ianya menggunakan rangkaian produk shaklee.

”Habis kalau takda produk shaklee tak boleh buat ke??”

Jangan risau, anda boleh olah mengikut kesukaan anda tetapi adalah lebih afdal 🙂 jika anda dapat menggunakan produk tersebut.

Adaa dah pernah cuba ESP, mealshake, Cinch coklat, Performance Drink dari Shaklee dan jujurnya, ianya sangat sedap. Apa lagi dengan resepi smoothies yang menarik macam ni. Memang kaw!!

Apa pun layan video dulu 🙂

Resepi smoothies yang coklat tu sangatlah menggoda iman ok..Adaa memang kalah dengan coklat-coklat ni hehe

Bagi yang nak sangat sarapan atau meal replacement yang tak membosankan, sihat, berkhasiat, membekalkan tenaga berpanjangan, kenyang dengan lebih lama..silalah cuba resepi smoothies ni ok. Adaa berani jamin anda takkan menyesal!

Selamat mencuba!

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements
resepi

RESEPI SUP KAKI AYAM TOFU

SIAPA SUKA SUP KAKI AYAM?

Anak Adaa yang 4 tahun sangat suka kaki ayam. Apa yang syok sangat pun tak tahulah. Kadang makan kaki ayam sampai pejam² mata dek syok sangat duk menggigit kaki ayam tu. Hehe

Adaa pun suka sup kaki ayam tapi kalau buat kosong aje kadang tu muak jugak. Jadi Adaa buat lain sikit lah kali ni.

SUP KAKI AYAM DENGAN “PRESSED” TOFU & CHINA LEEK

Adaa sebolehnya nak elakkan guna sebarang MSG, jadi kali ni resepi memang simple. bagi yang nak “eat clean” boleh cuba ya.

BAHAN-BAHAN

  • 10 kaki ayam
  • Seinci halia-dihiris
  • Dua ulas bawang putih- dihiris
  • Dua ulas bawang merah-dihiris
  • Sedikit udang kering-tumbuk
  • Sup bunjut
  • Limau kasturi
  • Setengah blok pressed tofu (kalau nak guna tauhu biasa pon boleh, dal dua tiga keping)
  • Sebatang china leek (daun bawang cina yang besar tu)

CARA-CARA

  1. Tumiskan bawang dan halia yang dihiris bersama udang kering sehingga naik bau
  2. Masukkan kaki ayam dan gaul rata seketika
  3. Masukkan tauhu atau tofu yang dah dipotong. Elakkan kacau kerap nanti hancur.
  4. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih. Masukkan sup bunjut ,akar china leek tadi untuk lebih perisa dan kemudian biarkan mereneh. (reneh lebih lama bagi memastikan kaki ayam empuk dan perisa dapat diserap baik kedalam tofu)
  5. Masukkan sedikit garam
  6. Taburkan daun bawang cina atau china leek (yang mana korang jumpa lah)  kedalam sup. Perahkan sedikit limau kasturi.
  7. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas, sambal belacan ke suka hati korang hehe.

Senang kan, pejam mata pon boleh buat. Ni namanya lauk kanak²,kalau nak pedas, masukkan aja lada api yang diketuk.

Selamat mencuba!!!

resepi · SHAKLEE RELATED

RESEPI ‘HYDRATNG JUICE’ SEMPENA RAMADHAN

resepi smoothies

Satu CABARAN TERBESAR puasa adalah dahaga dan rasa ternyah-hidrat. Kering segala bibir..rasa macam air disedut keluar dari badan kalau kita kurang minum air kan..akibatnya letih, melepek aje huhu..

Jadi ada macam-macam cara nak kekal hidrat. Salah satunya dengan pengambilan jus yang menggoda dalam gambar tu hehe senang aja resepinya kan?

cuba buat dan minum..dah boleh agak rasanya mesti sedap..apa yang tak sedapnya? epal? sedap. strawberi? sedap. timun? sedap..pudina? pun sedap..jadi dah tentu-tentu rasanya the boom!

selamat mencuba resepi ringkas dari Shaklee ya!

resepi · SHAKLEE RELATED

DAPUR AMATUR: MASAK LEMAK CILI PADI PEGAGA DENGAN SALMON

Salam Ahad..santai ke masing-masing? Semalam encik suami bawak pegaga seikat..jadi fikir-fikir nak makan buat ulam jenuh jugak nak habis..jadi apa lagi, teringat salmon ade lagi 2 keping, kita kasi masak lemak lah..campak2 aje.

Diinspirasikan oleh ibu mertua, dulu masa dalam pantang MIL masak pegaga lemak putih dengan tenggiri tapi tak guna cili api, guna lada hitam..memang best! Hari ni kasi improvise sikit lah..

gulai kuning pegaga 1
masak lemak cili api pegaga dengan salmon

Tengok tu, punya lah nampak lada api tu dek malas nak blend…haha ..jom tengok resepi..sebenarnya nak abiskan bahan je..ikan pun kecik je dua keping tu..pegaga pun seikat..jadi..dapat sekali makan cukup laaa

Bahan-bahan:

  • 2 keping kecil ikan salmon
  • 1 ikat pegaga (cuci-cuci sikit..orang kata akar tu pahit2 pun ubat..jadi yang mana cantik tu amiklah..kalo tak lawa sangat..kasi potong ye)
  • santan 220ml (agak2 dalam rm2, atau kalau dalam kotak, sekotak kecil je)
  • Air (tak perlu banyak sangat untuk kuah)
  • Lada api 7 biji (adaa tak letak banyak sebab ada GERD, tak leh makan pedas..ni pun silap2 makan isinye je tak makan kuah pun huhu)
  • Daun kunyit (tak letak pun takpe, saja sebab dah ada kat blakang rumah, petik je selai)
  • Kunyit dan garam secukupnya
  • Asam keping 1 keping

Cara-cara:

  • Tumbuk lada api (adaa tumbuk kasar je, kalau banyak, boleh blend bersama kunyit ya..kalau guna kunyit serbuk takyah lah tumbuk hehe)
  • Santan tadi cairkan sikit dengan air
  • Masukkan santan, kunyit, lada, daun kunyit dan pegaga
  • Hidupkan api, biar sampai mendidih kejap, masukkan ikan dan asam keping
  • Tunggu kejap, masukkan garam dan siap! jangan tunggu lama sangat takut pecah minyak tak best pulak.
gulai kuning pegaga.jpg
tada!!!

tu jer..diingatkan, memang akan rasa pahit sikit..pegaga kan pahit..tapi sedap woo..pahit tu ubat..pahit-pahit manja je pun..bukan macam hempedu..

Makan dengan nasi panas..sedap!

Untuk kanak-kanak, jap lagi ibu goreng ayam perap dengan bawang putih dan halia sikit naaa..

Selamat mencuba!

resepi

KONGSI RESEPI: AYAM GULAI KICAP PALING SEDAP

Sedap ke? haha sedap laaa selalunya orang masak ayam goreng kicap kan? Yang ni bukan goreng, dia berkuah jadi macam gulai lah..Adaa pun tak tahu mana asalnya masakan ni tapi seingat adaa, masakan ni diajar oleh arwah atuk adaa dulu..dia pun belajar dari arwah nenek adaa kot ..adaa belajar masa duk kat UK..siap-siap dah tulis ni dalam buku nota keramat, resepi-resepi dari arwah atuk sebagai bekalan untuk survive di UK pada tahun pertama 😀

Resepi ni mudah yang amat sebenarnya. Tahap kesusahan, 2 bintang sahaja.

Bahan-bahan (agak-agak je sebab tak pernah sukat tepat, lebih kepada naluri seorang tukang masak, eceh hehe)

Ayam setengah ekor

Bahan tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)

3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih (ditumbuk)

1/2 inci halia (ditumbuk)

2 sudu cili boh

1 batang cili merah

Kicap manis cap kipas udang (atau ikut sukalah cap ape)

1 biji kentang

sedikit lada hitam, garam dan sos tomato sebagai perasa

 

CARA_CARA

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan-bahan penumis seketika
  3. Masukkan bahan tumbuk dan cili boh dan tumis sehingga naik bau
  4. Masukkan ayam, kacau rata dan biarkan air ayam tu kering seketika
  5. Masukkan air sehingga ayam tenggelam (untuk kuah) jangan terlalu banyak.
  6. Masukkan kentang, kicap, sos tomato dan sedikit serbuk lada hitam.
  7. Biarkan menggelegak dan boleh perasakan dengan garam.
  8. masukkan lada merah, siap!

 

Masa masak tu korang rasa-rasalah sikit agak-agak tawar buh lah garam ke kicap ke sos tomato ke..janji sedap 🙂

AYAM GULAI KICAP ,MY STYLE
AYAM GULAI KICAP ,MY STYLE

Yang ni sebab makan dengan anak-anak, jadi adaa tak letak cili boh mahupun cili besar..

Dulu gulai ni adaa jumpa kat rumah je..sejak pindah terengganu, ada 1 kedai makan yang adaa pergi dan dia punya nasi minyak, lauknya sebijik rasa gulai kicap ni..mungkin asalnya dari terengganu masakan ni haha tak tahu..hentam saja..

Jadi yang agak-agak takbanyak masa tu boleh cuba ok? anak-anak adaa suka lauk ni..yelah budak mana tak suka kicap kan? 😛

Selamat mencuba~

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::