MEMBERSHIP SHAKLEE

CARA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE

BAGAIMANA CARA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE?

Adaa dah pun kongsi sebelum ni cara mendaftar sebagai ahli Shaklee tapi rasanya dah gak berkurun, jadi hari ni Adaa kongsi sekali lagi. Senang aja. Anda ada dua pilihan untuk mula mendaftar sebagai ahli Shaklee atau pengedar sah Shaklee.

CARA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE

PILIHAN 1

Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan bayaran sebanyak RM68.90 (sila tambah kos penghantaran sebanyak RM11 untuk semenanjung dan RM22 untuk Sabah/Sarawak).

PILIHAN 2

Anda boleh melakukan pembelian produk Shaklee bernilai 200uv atau sekitar RM700 keatas untuk mendapatkan keahlian secara PERCUMA.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

Anda hanya perlu hubungi Adaa untuk sebarang perbincangan, kemusykilan atau pertanyaan. Kemudian Adaa akan daftarkan untuk anda secara online sahaja. Atau sekiranya anda memang yakin dah nak beli produk sambil mendaftar atau nak mendaftar sahaja tanpa pembelian produk, boleh terus isi borang Pendaftaran Keahlian Shaklee ini.

Sekiranya anda hendak mendaftar sendiri di branch atau HQ shaklee, anda juga boleh melakukan sedemikian dengan hanya mengisi borang keahlian di kaunter dan daftar menggunakan ID saya 858777 sebagai sponsor/upline anda.

Kalau boleh, hubungi Adaa dahulu supaya Adaa dapat berikan panduan untuk anda mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan betul.

PERLUKAH BUAT PEMBELIAN SETIAP BULAN UNTUK KEKALKAN KEAHLIAN?

Tak perlu. Anda tak wajib buat pembelian setiap bulan. Jadi tak perlu risau. Hanya daftar sebagai ahli Shaklee dan nikmati pelbagai kelebihan sebagai ahli Shaklee!

KELEBIHAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

 

Sekarang, senarai kelebihan menjadi ahli shaklee dah makin banyak:

  1. Akses ke web pembelian online http://www.shaklee2u.com.my . Anda boleh melakukan pembelian sendiri, hanya masukkan id dan password anda, pilih barang yang nak dibeli, pilih cara pembayaran dan barang akan terus sampai ke pintu rumah anda. Sangat mudah!
  2. Anda boleh menyemak senarai promosi setiap bulan dari shaklee, info dan perkembangan shaklee, aktiviti shaklee, dan pelbagai resepi dan tips kesihatan secara terus dari web tersebut. Kalau bukan ahli tak dapat tau kelebihan ni.
  3. Penjimatan yang berganda. Sudahlah dapat beli pada harga ahli, lepas tu anda juga layak menerima duit lagi jika pembelian anda pada bulan tersebut melebihi 150uv/point. Dapat ‘cashback’ tu! lagi best sebab shaklee transfer terus ke akaun anda setiap pertengahan bulan.
  4. Bagi yang nak tambah pendapatan, ini peluang anda. Tak susah pun, hanya jadi pengguna, jatuh cinta dah kat produk, senang kongsikan dengan rakan dan keluarga. Hanya dengan itu anda dah boleh jana pendapatan tambahan tau. Ramai dah berjaya, jadi jika berminat, adaa sarankan anda patut sangatlah cuba. alang-alang dah guna kan..Kami menyediakan kumpulan sokongan untuk anda.

Jadi, itu sebahagian kelebihan atau keseronokan menjadi ahli shaklee. Belum cerita peluang pendapatan yang lebih besar, pelbagai jenis bonus, peluang mengerjakan umrah, trip dalam dan luar negara dan banyak lagi! nak bincang lebih lanjut, whatsapp aja adaa ya-0179329859

Untuk lebih info tentang ahli Shaklee boleh baca diSINI ya

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements
MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE · SHAKLEE RELATED

SHAKER SHAKLEE EKSKLUSIF UNTUK ANDA

Bulan ni bermula dari 13 julai sehingga 31 ogos, shaklee ada menawarkan shaker yang sangat comel untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli shaklee.

Sebelum ni, ada warna hijau, biru, tapi kali ni lebih comel sebab warna macam keperempuanan gitu, ‘coral orange’. Pertama kali Adaa tengok rasa ‘comelnyaa!!!’

new enrollment.jpg

Lawa kan?

MACAM MANA NAK DAPATKAN?

Senang aja, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli (RM79.50), buat pembelian sebanyak 100 point dan anda layak untuk mendapatkan shaker yang lawa ni pada harga diskaun. 

Adaa dah ada semua shaker dari shaklee dan adaa akui ianya sangat mesra pengguna, tahan lama dan materialnya sangat kukuh tau. Shaker ni kalau guna memang sebati lah semuanya sebab korang nampak tak ada macam bebola oren dalam tu. Jadi smoothies korang, milkshake ke semua taklah berketul.

KELEBIHAN JADI AHLI?

brand.png

Sekarang, senarai kelebihan menjadi ahli shaklee dah makin banyak:

  1. Akses ke web pembelian online http://www.shaklee2u.com.my . Anda boleh melakukan pembelian sendiri, hanya masukkan id dan password anda, pilih barang yang nak dibeli, pilih cara pembayaran dan barang akan terus sampai ke pintu rumah anda. Sangat mudah!
  2. Anda boleh menyemak senarai promosi setiap bulan dari shaklee, info dan perkembangan shaklee, aktiviti shaklee, dan pelbagai resepi dan tips kesihatan secara terus dari web tersebut. Kalau bukan ahli tak dapat tau kelebihan ni.
  3. Penjimatan yang berganda. Sudahlah dapat beli pada harga ahli, lepas tu anda juga layak menerima duit lagi jika pembelian anda pada bulan tersebut melebihi 150uv/point. Dapat ‘cashback’ tu! lagi best sebab shaklee transfer terus ke akaun anda setiap pertengahan bulan.
  4. Bagi yang nak tambah pendapatan, ini peluang korang. Tak susah pun, hanya jadi pengguna, jatuh cinta dah kat produk, senang kongsikan dengan rakan dan keluarga. Hanya dengan itu anda dah boleh jana pendapatan tambahan tau. Ramai dah berjaya, jadi jika berminat, adaa sarankan anda patut sangatlah cuba. alang-alang dah guna kan..

Jadi, itu sebahagian kelebihan atau keseronokan menjadi ahli shaklee. Belum cerita peluang pendapatan yang lebih besar, pelbagai jenis bonus, peluang mengerjakan umrah, trip dalam dan luar negara dan banyak lagi! nak bincang lebih lanjut, whatsapp aja adaa ok?

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE · SHAKLEE RELATED

MOTIVASI: KOTA ROM TIDAK TERBINA DALAM SATU HARI

ROME WASNT BUILD I A DAY

Biasa kan dengar ‘quote’ tu..siap terjemahan adaa bagi hahaha. Apa ada dengan ‘quote’ ni?

Rasanya semua dari kita pernah dengar tentang sejarah empayar Rom..Rom terlibat dengan banyak siri peperangan dalam usaha nak mewujudkan EMPAYAR ROM. Jika kita kaji sejarah rom, peperangan dengan Islam, pasti kita tahu yang Rom ni sanggup lakukan apa sahaja, berjuang bermatian demi kuasa, dan membina jajahan empayar yang besar dan kukuh.

Adaa taknak ulas tentang kejahatan Rom atau kekejaman Rom dalam meluaskan kuasa..cuma adaa nak ambil bahagian positifnya tu.

ROME WASN’T BUILD IN A DAY

 

Rom adalah kota yang gah dan pastinya bukan senang untuk mencapai ke tahap itu. Sebab itulah dalam quote ini menggunakan perumpamaan kota Rom..bukan kota Bharu ke Kota tinggi ke..hehe dan dalam usaha kita nak mencapai sesuatu yang BESAR, yang GAH, ianya memerlukan masa, memerlukan usaha yang HEBAT & BERTERUSAN.

Adaa tahu semua orang ingin berjaya, ingin menempa nama dalam sejarah, kalau bukan dalam sejarah dunia atau malaysia sekalipun, didalam sejaha hidup kita sendiri..kita nak kan satu kejayaan yang kita akan kenang sampai mati dan menjadi inspirasi buat generasi penyambung kita.

ADAA & SHAKLEE

 Adaa mula dari 0..adaa bukan peniaga, bukan dari keluarga yang meniaga..apa lagi mahir dalam ilmu perubatan..bukan tak belajar, bukan juga tak minat tetapi waktu tu kita ‘go with the flow’ ..Allah membawa jalan adaa ke bidang engineering..Tapi pada masa yang sama, adaa hidup di UK selama 4 tahun, adaa dikelilingi dengan para doktor dan pelajar perubatan. Yang bukan doktor atau pelajar perubatan boleh bilang dengan jari je..jadi itu mengukuhkan lagi dan menimbulkan minat adaa dalam ilmu kesihatan.

Tapi, adaa tak pernah ambil pelajaran ke kelas ke secara profesional..itu cabarannya..nak mahir dlm ilmu kesihatan ni mungkin boleh diusahakan..tapi nak meyakinkan orang lebih susah. Bukan sehari dua adaa buat shaklee ni..dah hampir 5 tahun..nak membina kejayaan dengan asas yang kukuh memerlukan usaha yang berterusan..tapi adakah adaa putus asa? Tak..tak pernah sebab adaa tahu, adaa belum ‘all out’ lagi..adaa tahu ada lagi kejayaan yang adaa boleh kejar..usaha takkan habis dan benda yang nak dicapai juga takkan habis..adaa belum jumpa lagi kejayaan sebesar kota Rom..jadi usaha masih perlu diteruskan.

JATUH BANGUN

Nak dikira jatuh bangun, memang banyak..bukan sekadar adaa sorang, tetapi dalam hidup adaa berkeluarga ni..adaa dan suami sama2 berniaga tapi berniaga benda lain2 lah..tapi Allah uji kami sebagai satu unit..ada kala adaa jatuh, suami bangun..suami jatuh adaa bangun..ada juga sama-sama naik dan sama-sama jatuh..tapi adakah itu buat kami putus asa? Tak..

Nak diikutkan kami dua2 ada kelulusan..boleh minta kerja..kami dua2 lulusan kejuruteraan..malah suami juga dulu jurutera syarikat minyak yang terkemuka..tapi kami ada sebab musabab kami sendiri yang membuatkan kami tetap kekal dengan berniaga..walaupun seperit mana, teruskan aja..sebab itu perkara biasa dalam menempa kejayaan.

jadi..ambil aura dan kisah positif dari pembinaan empayar Rom ini dan terapkan dalam diri kita..nak berjaya memang bukan senang..nak berniaga, berikan komitmen yang sepatutnya, nak berjaya, usaha secara berterusan..sungguh-sungguh..bukan merungut, berputus asa..ingat, kita nak berjaya, jadi berikan yang terbaik..berkorban bila diperlukan..

JIka anda nak menjadi seperti GAHNYA kota Rom, anda juga wajib berusaha sehabisnya seperti mana Rom..kalau tak..jangan bermimpi untuk mencapai bintang..katakan yang ANDA BOLEH!

 

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 

MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE

5 SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PERLU MEMULAKAN PERNIAGAAN ANDA SENDIRI

Dalam Islam ada menyebut 9/10 sumber rezeki adalah berniaga. Sebenarnya memang tepat..dalam dunia ni hidup kita semuanya ada urusan jual beli. Yang bekerja dengan syarikat pun sebenarnya terlibat dalam perniagaan juga..anda memberikan tenaga, dan sebagai pulangan anda mendapat gaji. Semuanya diniagakan tanpa kita sedar atau secara sedar.

Tapi kali ni adaa cuma nak sentuh tentang berniaga sendiri, maksudnya, anda adalah bosnya. Jika sekarang mungkin anda dah pun terlibat secara tidak langsung dalam perniagaan seperti yang adaa katakan awal2 tadi, tapi itu bos anda punya perniagaan kan? Ini anda punya sendiri.

Adaa kongsikan 5 sebab paling top kenapa anda harus memulakan perniagaan sendirI

1.ANDA MENENTUKAN HALA TUJU ANDA

Ada orang yang personalitinya memang tak boleh bekerja dibawah orang, rimas disuruh itu ini. Orang ini seeloknya mulakan perniagaan sendiri kerana dia suka  membuat keputusan sendiri dan menentukan secara spesifik apa yang dia ingin capai. Dia suka ‘be in control’ . Jika dia dapat menyesuaikan diri dengan baik, dia mungkin mencapai kejayaan yang sangat hebat, memulakan jenama sendiri dan terkenal. Contohnya pencipta FACEBOOK. 😀

2.BOLEH MENYEIMBANGKAN KERJA & HIDUP ANDA

Bila berniaga sendiri, masa adalah fleksibel..jadi anda boleh mengatur jadual kerja anda sendiri dan seimbangkan antara keperluan kerja dan juga keperluan keluarga atau kehidupan sehari anda. Anda tidak terikat. Anda nak pakai baju lawa ke, buruk ke, kerja dari rumah ke, tempat tidur ke, meniarap ke menari ke, suka hati. Anda yang tentukan segala jadual kerja anda.

3.BELAJAR MENGAMBIL RISIKO

Bila anda memulakan perniagaan sendiri, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap untung rugi, berkembang atau tidak , maju atau tidak, perniagaan anda tu. Memang betul, risiko boleh menyebabkan anda jatuh muflis, miskin, susah..tapi itulah yang mematangkan anda, anda melatih diri untuk berhadapan dengan risiko dan cuba mengurangkankannya ketahap paling minima..tetapi disebalik risiko tadi ada berita baik juga. Jika anda terpaksa menghadapi risiko perniagaan anda 100%, anda juga akan menikmati 100% keuntungan perniagaan anda sekiranya berjaya!

4.BERPELUANG MENCABAR DIRI ANDA

Kalau kerja dengan syarikat misalnya, rutin kerja anda selalunya sama kan? Tetapi  jika anda mempunyai perniagaan sendiri, anda jarang melalui hari yang sama dua kali..maksudnya, setiap hari adalah satu cabaran bagi anda. Ada hari anda rugi, ada hari anda untung. Anda juga boleh meningkatkan keupayaan diri dengan mencabar untuk membuat sesuatu yang baru setiap hari demi meningkatkan keuntungan perniagaan anda. Anda boleh ‘push’ diri anda sehingga tahap paling tinggi, lihat kemampuan anda setakat mana sebab andalah bos, andalah yang menentukan bila anda ‘naik pangkat’ atau bila anda ditukar dari bos kemudian menjadi pekerja kemudian menjadi bos semula kemudian menjadi pegawai pemasaran dan sebagainya 😀

5.ANDA BOLEH BERBANGGA DENGAN SESUATU YANG ANDA BINA

Bukan mudah memulakan sesuatu dari awal..dari sebiji benih nak membesar menjadi pokok, dari 0 nak membina kedai, memulakan perniagaan, ianya bukan sesuatu yang mudah. Jika anda goyah, tidak kuat, anda akan segera kalah. Hanya yang berani untuk jatuh, berani untuk kalah, berani untuk susah sahaja yang mampu bertahan. Walaupun ianya sekadar perniagaan kecil, tetapi itulah usaha anda. dan anda harus berbangga!

Adaa sendiri belum mempunyai perniagaan sendiri, yang ada kedai fizikal..tetapi melihatkan ‘my soulmate’ memulakan perniagaan, ya ianya bukan mudah..jika tidak dapat sokongan moral dan emosi mungkin dia takkan sampai ke tahap ini.

Jangan salah faham, adaa tak pernah memandang serong ke ape ke terhadap pekerja makan gaji..adik beradik adaa sendiri ramai yang makan gaji..kalau mereka takda, siapa pulak nak jadi doktor, cikgu, kerani kan? Macam yang adaa katakan mula-mula tadi, hidup kita semua terlibat dengan perniagaan, jadi berbanggalah dengan apa jua perniagaan anda..cuma jika ada peluang, apa salahnya mencuba berniaga sendiri kan? Jika masih belum berpeluang, tak mengapa, setiap orang Allah dah tetapkan yang terbaik mengikut fungsi diri masing-masing.

betul kan?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
MEMBERSHIP SHAKLEE · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE · SHAKLEE RELATED

5 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN, HIDUP & KERJAYA. AYUH BANGKIT!

Pernah tengok cerita Monster University? Adaa rasa dah banyak kali tengok dan adaa suka sebab cerita nya membawa banyak unsur positif walaupun karakternya semua pelik hehe..takpalah pelik pun kiut apa..kelakar pulak tu hehe

Dari cerita ini jugalah ada 5 Tips yang kita mungkin terlepas pandang ( bagi yang dah menonton) atau ada yang tak tahu pun sebab tak menonton kan..5 tips berharga untuk berjaya. Bukan perkara asing tapi kita sering terlepas pandang:

  1. SET A GOAL
  2. WORK HARD
  3. PRACTICE
  4. DON’T BE AFRAID
  5. GET GOOD GRADES

SET A GOAL

Dalam apa juga yang kita nak buat, perkara pertama, tetapkan TARGET kita. Main bola ada tiang gol untuk apa? supaya kita menjaringkan gol..itu target setiap pertandingan bola. Nak menjaringkan gol kemenangan. Masa UPSR target belajar sepanjang tahun tu apa? Nak 5 A kan, PMR nak 8 A..Setiap hari kita bangkit dari tidur kita pasang target..hari ni nak makan nasik lemak contohnya..target jugak tu..

Jadi dalam pernigaan atau hidup..tetap kan target anda supaya anda lebih teratur..

  • saya nak pendapatan 5k sebelum umur 25 tahun
  • saya nak kahwin sebelum 30 tahun
  • saya nak beli kereta ESTIMA 2 tahun dari sekarang

tetapkan target anda dengan jelas!

WORK HARD

Dah ada target, ada gol, baru lah kita tahu apa yang nak kena buat kan? Usaha-usaha yang mendorong kepada target kita tadi. Contoh main bola tadi, nak jaring banyak gol kena buat apa? Berusaha memperbaiki prestasi permainan, bertanya, berguru, berlatih..barulah ada usaha namanya. Buat sesuatu diluar zon selesa. baru ada impak,

PRACTICE

Banyakkan berlatih..semakin kerap kita lakukan sesuatu, semakin mahir lah kita nanti..sebab tulah kalau orang yang dah ada pengalaman bekerja lebih senang nak mintak kerja berbanding graduan baru ye tak? Dah lama kerja, dah mahir pun. Sama juga dengan main bola tadi, dah selalu berlatih, mana tak terernya kan? Lepas tu nak tukar kelab pon harga mak datuk mahalnya..hehe

Sama juga dalam perniagaan, tak tahu IT, kerapkan berlatih dengan dunia internet, komputer, telefon pintar..dari 0 boleh jadi terer tau..semua benda pun kalau berlatih insyaAllah ada peningkatan. Tak tahu tulis blog, lama-lama tahu lah kalau selalu buat..buat jer, jangan fikir banyak sangat. 😀

DON’T BE AFRAID

Jangan takut mencuba, jangan takut menempa kegagalan, jangan takut salah, jangan takut diketawakan, jangan takut dengan persepsi orang. Tanpa kegagalan, kita takkan rasa manisnya kejayaan, tanpa kesalahan kita tak tahu apa itu kebenaran. Kalau diketawakan sekali pun biarkan, bukan mereka yang menentukan kejayaan kita..kalau nak puaskan hati semua orang memang tak dapat lah.

Yang paling penting, jangan takut untuk keluar dari ZON SELESA anda! Kalau atuk nenek mak ayah engineer, tak semestinya kita juga harus jadi engineer..cari kemahiran sendiri, minat sendiri dan gilap.

GET A GOOD GRADES

Setiap dari kita pasti nakkan kejayaan. Setelah berusaha, insyaAllah kejayaan akan menanti..dan kejayaan juga subjektif..jika tak seperti yang kita bayangkan, lihat semula..adakah peningkatan yang signifikan dari sewaktu kita bermula dulu? Jika ya, itu juga kejayaan yang besar.

Dari untung RM2 sekarang 200, kan berjaya tu..dari 200 jadi 20k, berjaya kan? Dari UPSR dapat 1 A, sekarang PMR dah boleh dapat 8A, kan jauh meningkat tu..

Dari hidup menganggur sekarang dah dapat kerja dikedai buku, kan ada kemajuan tu..bersyukur dan teruskan berusaha sehingga target akhir kita tercapai. Dalam hidup ni banyak kejayaan yang kita boleh capai setiap hari..jadi luaskan pemikiran.

Ok, ini adaa tinggalkan korang dengan video pendek dari cerita MOnster University..moga bermanfaat!

p/s: Buat semua anak cucu cicit STAR MASTER, jangan berputus harap, usaha yang terbaik dan kecapi hasilnya kelak. Sudahkan perjuangan anda 😀 u can do it!

dedicated to all readers..

 

 

 

MEMBERSHIP SHAKLEE · MY STORY · PELUANG BIZ DENGAN SHAKLEE

”SAYA ADALAH SUMBER INSPIRASI ANDA! BANGKIT & TERUSKAN BERJUANG”

Pada awalnya blog ni mendapat nama dari anak-anak yang menjadi inspirasi Adaa untuk terus berusaha..ya, bukan mudah nak jumpa sesuatu yang kita mampu buat, minat dan membuahkan hasil. Blog ni dulu nama ‘mykidsmyinspiration’ sebab merekalah tunjang adaa untuk terus mengorek peluang2 untuk melakukan kerja dari rumah sambil mengasuh mereka..degree? Master? Adaa simpan dalam fail dulu..matlamat adaa nak menajaga anak-anak sambil membantu pendapatan keluarga dan diri sendiri.

Bila makin lama, adaa sedar, kalau dulu adaa mendapat inspirasi dari anak-anak, kini ramai orang diluar sana mula mendapat faedah dan inspirasi dari blog ini..Walaupun buta IT, tapi dek ada yang sudi membaca blog ini setiap hari, menguatkan adaa untuk terus berkongsi info..baik dari segi kehidupan adaa, shaklee, kejayaan dan peluang perniagaan, parenting dan apa sahaja yang boleh membawa manfaat..Jadi, anda juga dah terinspirasi dari adaa ye tak? haha

Hari ni adaa kongsi lagi 1 video untuk korang yang sentiasa berjuang dalam hidup, sentiasa diduga setiap hari..

u know what my choice is :D
u know what my choice is 😀

Ujian memang menyusahkan, menyedihkan, memeritkan..tapi itulah rencah hidup..adaa rasa takda orang yang suka diuji..ade tak korang yang saja-saja suka masuk dewan ujian ke dewan peperiksaan ke sebab seronok nak ambil ujian..adaa lagi mengelak adelah haha

Tapi ujian tulah yang mematangkan kita ye tak? Cuba tarik nafas, renungkan kembali hidup kita dan mula bangkit! moga video ini menaikkan semangat korang 😀 TAKE CONTROL OF YOUR LIFE!

-me-