#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · CAROTOMAX · PEPPERMINT-GINGER PLUS · SHAKLEE RELATED · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX

CARA ATASI MASALAH ANGIN

Dalam entry Adaa sebelum-sebelum ini (sila klik link untuk entry tersebut), Adaa ada menerangkan tentang apa itu asid refluks, masalah angin, gerd, cara rawatan melalui perubatan atau semulajadi, pengalaman Adaa sendiri dan apa vitamin yang Adaa ambil- SINI

Kali ini Adaa akan berikan cara atasi masalah angin dengan memberikan cadangan vitamin yang sesuai dengan masalah angin ni. Semoga membantu.

APA ITU ASID REFLUKS/MASALAH ANGIN

Orang kita selalunya menggambarkan asid refluks ni sebagai masalah angin. Asid refluks ialah keadaan dimana asid didalam perut kita kembali naik ke saluran makan atau esofagus.

gerd.jpg

Keadaan ini boleh mencetuskan pedih ulu hati iaitu terasa pedih di bahagin dada. Asid refluks boleh menjadi GERD iaitu keadaan yang lebih serius. Simptom lain termasuklah batuk, sendawa berlebihan, sakit tekak, pening, rasa tercekik, sakit dada, sukar tidur dan kesukaran untuk menelan. Keadaan ini boleh dibantu atau dikurangkan dengan pengambilan ubat, mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang lebih seimbang dan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin tertentu.

 CARA ATASI MASALAH ANGIN DENGAN VITAMIN

Sebelum ini Adaa sudah pun terangkan cara atasi masalah angin ini melalui ubat dan juga semulajadi (boleh klik link diatas tadi). Kali ini Adaa akan terangkan pula cara atasi masalah angin dengan penggunaan atau pengambilan vitamin.

Vitamin sahaja belum dapat dibuktikan dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah angin, asid refluks dan gerd, lebih banyak kajian diperlukan. Namun, kajian keatas vitamin-vitamin ini mampu membantu dalam merawat masalah angin, asid refluks dan GERD.

BCOMPLEX

Vitamin B complex mengandungi 8 komponen vitamin B ( niacin, folic acid, biotin, riboflavin, thiamin, Vitamin b-6, vitamin b-12, pantotenic acid) dan ianya telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan masalah asid refluks/gerd. –sumber

Asid folik , Vitamin B-6, Vitamin B-12

Vitamin B ini dikatakan mampu mengurangkan simptom masalah angin dan asid refluks. Asid folik boleh didapati dalam kekacang dan sayuran berdaun hijau. Vitamin B-6 pula boleh didapati melalui daging, ayam, kekacang, bijirin penuh, buahan dan sayuran.

Vitamin B-12 memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah termasuklah memastikan fungsi dan kesihatan tisu saraf.  Jika kita mengambil ubat dalam jangka masa panjang, ianya boleh menyebabkan badan kita kekurangan Vitamin B-12 ini. Jadi amat penting untuk kita pastikan badan kita tidak mengalami kekurangan Vitamin B-12 bagi menjamin kesihatan saraf.

Satu lagi simptom yang kerap dirasakan adalah berdebar, sesak nafas, sentiasa bercelaru, risau dan stress. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan serotonin iaitu sejenis ‘neurotransmitter’ di otak yang bertanggungjawab dalam perubahan mood, sistem pernafasan dan perubahan suhu badan. Kadangkala, masalah angin kita mungkin tidak terlalu serius, tetapi jika disertakan dengan kekurangan serotonin ini, ianya akan menjadikan keadaan lebih teruk.

Niacin (vitamin B-3)

Niacin memainkan peranan penting dalam penghasilan serotonin. Kekurangan niacin dan ‘precursor’nya iaitu tryptophan, boleh menyebabkan meningkatkan risiko untuk mendapat masalah depresi. Pengambilan makanan yang kaya dengan dengan niacin dapat membantu meningkatkan tahap tryptophan dan gabungan keduanya mampu meningkatkan penghasilan serotonin. Makanan yang kaya dengan niacin termasuklah juga makanan tenusu, kekacang, bijirin, daging, telur dan ikan.

Vitamin B-6 juga mampu membantu meningkatkan penghasilan serotonin. Vitamin ini membantu menukarkan tryptophan kepada serotonin. Sumber makanan yang kaya dengan serotonin termasuklah makanan laut seperti tuna dan salmon, ayam, hati, nasi, kacang, tembikai dan pisang.

Asid folik dan vitamin B-6

Kedua-dua komponen vitamin B ini juga dikatakan membantu dalam penghasilan serotonin yang juga banyak mengawal perubahan emosi dan mood seseorang. Ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan kesihatan mental.

*Kajian menunjukkan Vitamin B mampu melegakan simptom dalam mengatasi masalah angin dan ianya diambil bersama beberapa vitamin lain. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin B SAHAJA tidak dapat dipastikan dapat melegakan simptom tersebut.

ANTIOKSIDAN

Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Gastroenterology mencadangkan yang antioksidan dapat memberikan kesan positif terhadap masalah angin, asid refluks dan GERD-sumber . Antioksidan seperti Vitamin A,C & E sangat penting dalam melindungi sel yang rosak akibat molekul yang tidak stabil dipanggil ‘free radical’. Sel ini boleh menyebabkan kanser. Antioksidan juga membantu melindungi diri kita dari jangkitan dan penyakit.

VITAMIN A & VITAMIN C

University of Maryland Medical Center menasihatkan supaya mengambil makanan kaya dengan antioksidan bagi membantu mengatasi masalah angin dan asid refluks. Sebarang kerosakan sel akibat free radical atau jangkitan penyakit boleh menyebabkan simptom berkaitan masalah angin, asid refluks dan GERD menjadi bertambah teruk. Jadi, amat penting untuk kita memastikan pengambilan antioksidan kita mencukupi setiap hari.

Pengambilan Vitamin A dan Vitamin C Boleh membantu kesihatan sistem penghadaman dan mengurangkan serta melegakan simptom masalah angin tadi. Sumber makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah telur, hati, keledek, lobak merah dan bayam manakala sumber makanan bagi Vitamin C adalah lada benggala, brokoli, oren, lemon, limau nipis dan kiwi.

VITAMIN E

Vitamin E merupakan satu lagi antioksidan yang mampu melawan jangkitan dan melegakan simptom berkaitan masalaha angin, gerd dan asik refluks. Sumber makanan bagi Vitamin E termasuklah minyak zaitun, bayam, kacang dan avokado.

*Pengambilan Vitamin 100% sahaja belum dibuktikan dapat merawat masalah asid refluks, masalah angin dan GERD. Atau ianya mungkin tidak cukup dengan hanya mengamalkan pengambilan vitamin. Tetapi dengan pengambilan vitamin disertakan perubahan gaya hidup, pengambilan makanan berkhasiat mungkin mampu melegakan dan mengatasi masalah angin. Sekiranya masalah angin semakin membimbangkan, adalah lebih baik anda segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

#CADANGAN SET%2FRAWATAN.png

Di Shaklee kami mempunyai produk yang telah terbukti kualitinya dan telah bertahan lebih 50 tahun dipasaran.

BCOMPLEX: Lengkap dengan 8 komponen vitamin B dan mempunyai sistem penyerapan bioaktif (penyerapan asid folik dengan lebih berkesan) . Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 90% asid folik dipasaran bersifat sintetik.

Cara memilih b complex yang baik

  • Mengandungi kesemua 8 komponen vitamin (kebanyakan dipasaran tidak lengkap kerana sesetengah komponen seperti biotin adalah mahal dan bagi mengurangkan kos, mereka tidak meletakkan sesetengah komponen vitamin B tersebut.)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan Vitamin Bcomplex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)

CAROTOMAX– Merupakan antioksidan yang sangat baik dan membantu memeliharan membran mukosa perut dan usus. ia juga membantu meningkatkan sistem imun badan serta mengurangkan bengkak

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan 

Carotomax shaklee berbeza dari yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A (bentuk paling selamat), yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan. Jadi, jika ingin mendapatkan sumber Vitamin A yang selamat, anda perlu dapatkan carotomax shaklee. 

VITAMIN C– Vitamin C shaklee berbeza dengan vitamin c dipasaran kerana ianya bersifat ‘sustained release’. Ini bermaksud, bagi setiap biji Vitamin C shaklee (500mg), hanya 100mg akan dilepaskan kedalam sistem badan setiap jam. Jadi ianya akan kekal dalam sistem badan kita sekurang-kurangnya 5 jam. Lebih baik lagi, tiada Vitamin c yang akan terbazir dan disingkirkan melalui air kencing. Bagi Vitamin C yang tidak mempunyai sifat pembebasan secara berterusan ini, jika diambil dalam dos yang besar, ianya akan membazir kerana badan kita hanya boleh menyerap Vitamin C dalam kuantiti tertentu pada satu-satu masa dan selebihnya hanya akan disingkirkan.

VITAMIN E COMPLEX– Vitamin E shaklee dilengkapi dengan grape seed extract yang sangat penting untuk pengaliran darah yang lancar dan kesihatan saluran darah yang baik. Ia juga merupakan Vitamin E paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium.

PEPPERMINT GINGER PLUS–  Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi terkini. Secara klinikal, ianya sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman, Penting dalam pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Jika perut menghadapi masalah pencernaan, itu yang menyebabkan kita rasa kembung, angin.

VIVIX– Di Shaklee, kami mempunyai antioksidan terbaik dan sangat berkesan dalam melindungi dan memperbaiki sel. Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari yang memanfatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10 kali lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular. Vivix juga membantu dalam kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan. (Ini adalah produk terlaris di Malaysia dan luar  negara)

Sekiranya anda berminat untuk bertanya dengan lebih lanjut dalam cara atasi masalah angin, atau anda inginkan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai dengan budget anda, boleh hubungi/whatsapp Adaa untuk konsultasi percuma. InsyaAllah, kita berusaha semampunya 🙂

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements
#MASALAH KESIHATAN

AKU & GERD/ ASID REFLUKS

Salam 6 ramadhan buat semua. Apa cerita pulak pasal asid refluks dan gerd kali ni?

Mula² ingat, puasa akan jadi cabaran yang besar bagi pesakit gastrik atau gerd atau seumpamanya. Tetapi alhamdulillah puasa ni lebih mudah dari hari biasa.

Sebabnya, bila puasa, kita tak makan apa, perut kosong, jadi takda apa yang nak diproses, atau hanya sikit nak diproses atau dihadamkan kan. Yelah kalau ada pun masa sahur tu jelah. Jadi kurang gas dibebaskan dan bagi pesakit gerd yang ada masalah L. E. S longgar, kuranglah gas atau angin yang naik semula ke salur makan.

Tetapi nak dijadikan cerita, semalam masa berbuka lupa ambil ubat dulu. Patutnya makan ubat dulu baru makan. Bila beg ubat tak ditempat biasa, mulalah terlupa. Lepas makan baru teringat sebab kaki dah mula menggeletar, tekak mula rasa tercekik, angin mula rasa meremang dari kaki sampai ke kepala. Menakutkan.

Untuk hilangkan dan lupakan rasa macam tu, Adaa cuba lelapkan mata. Tapi dikejutkan dek suami sebab nak ajak balik dari kuala pilah ke seremban. Rasa macam ok. Bila dalam kereta, rasa balik. Mungkin pergerakan berada dalam kereta membuatkan angin bergolak dan menambah rasa tercekik atau istilahnya ‘chocking’. Pedih ulu hati takde pulak. Nafas mula turun naik dek takut sebab tak lepas untuk bernafas dengan baik.

Terus cuit suami untuk pergi hospital, jadi teruslah buat u-turn ala fast & furious menuju ke hospital terdekat iaitu hospital kuala pilah.

Pergi bahagian kecemasan, cek itu ini lebih kurang, nafas tak berapa kuat, tak dapat bernafas dalam². Terus dimasukkan iv, masuk ubat ranitidine, telan MMT, dan apa jenis ubat lagi tah.. Rehatlah dua jam sambil menunggu habis air sebotol dimasukkan. Sambil² tu berulang kali diperiksa tekanan darah, bacaan nadi dan ambil darah untuk diperiksa.

Lepas dua jam, alhamdulillah, chocking berkurang walaupun tak sepenuhnya.

Pengajarannya, jangan lupa makan ubat. Walaupun makan dah jaga, suplemen dah ambil, emosi kene jaga juga, ubat pun jangan lupa 🙂

InsyaAllah, semua boleh menjalankan ibadah puasa dengan baik.

Nanti adaa akan teruskan berkongsi tentang gerd dan asid refluks ni. Semoga dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah yang sama ya.

Salam ramadhan.

#MASALAH KESIHATAN · ESP · MEALSHAKE · PERFORMANCE DRINK · SHAKLEE RELATED

SET SHAKLEE POPULAR MENJELANG RAMADHAN

Diam tak diam, bulan depan kita dah nak bertemu Ramadhan sekali lagi. cepat betul rasa masa berlalu. Siapa yang belum qada’ puasa sila angkat tangan! Jangan lengah lagi ok? Ganti cepat.

Bila bercakap tentang Ramadhan, perkara pertama yang Adaa fikir ialah bagaimana nak kekalkan tenaga, bukan sahaja untuk kita tapi anak-anak. Anak yang sekolah ni lagi besar cabarannya..dah lah penat belajar, main lagi, cuaca pulak panas..kadang kesian tengok..Ini pun cuaca punyalah panas berapi..demam toksah cakap lah..merata budak-budak ke orang dewasa ke kena demam..siang panas, malam hujan..kalau bulan puasa lagilah kan..kena pastikan pengambilan air mencukupi.

untuk diri sendiri dan keluarga yang bakal berpuasa, apa selalunya set shaklee yang ramai orang ambil?

CADANGAN UNTUK BERPUASA SECARA SIHAT DENGAN SHAKLEE

ramadhan 1.jpg

ramadhan 2.jpg

BANYAK SANGAT? tak pun sebenarnya..tetapi atas permintaan sahabat dan semua pelanggan Adaa yang nak kan set yang lebih ‘budget’..ini ada set yang ringkas..bagi adaa..ini WAJIB lah hehe.

RAMADHAN FAVOURITESET.png

MEALSHAKE: aroma vanila yang sangat sedap. Diperkaya dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Hidangan lengkap yang membantu anda dan anak anda untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Diperbuat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan Lactalbumin. Lactalbumin ialah sejenis susu dan merupakan bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang berkualiti tinggi dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.

SIAPA PERLUKAN?

Semua golongan: Pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran, orang sakit, orang sibuk bekerja, atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Pilihan untuk SARAPAN PAGI YANG TERBAIK!

 

PERFORMANCE DRINK: Minuman sukan pertama  bagi atlet di USA. Ia juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, para atlet antarabangsa, dan pengembara terkemuka. Ujian klinikal membuktikan bahawa OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara kitaran bendalir dalam tubuh. Berbanding minuman sukan yang lain, Performance drink mempunyai 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

MANFAAT UTAMA?

  • Meningkatkan daya ketahan badan, berikan tenaga, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal.
  • Membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.
  • Mengurangkan kehausan, cegah penyahhidratan, melebapkan kulit dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan paras gula dan ianya telah terbukti secara klinikal

SIAPA PERLUKAN?

Sesuai untuk: Para atlet, mereka yang BERPUASA, sebelum dan selepas pembedahan, orang yang sering tidur lewat malam, orang yang sentiasa letih, paras gula rendah, tiada selera makan, cirit birit, vagina kering, kepeningan, penyahhidratan kulit dan otot.

 

ESP: Telah diiktiraf diseluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan. Setiap satu tin ESP (850gram) dihasilkan dari 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga yang bertahan lama.

Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

SIAPA PERLUKAN?

Semua peringkat umur dari muda hingga tua juga sesuai untuk penghidap kencing manis.

Untuk lebih manfaat dan info tentang ESP (produk terlaris) boleh klik link ‘ESP‘ ini.

Jadi, boleh kot buat kira-kira untuk persiapan ramadhan nanti. Jangan melepas ya.

Untuk pembelian SET KESIHATAN RAMADHAN  boleh hubungi adaa .(jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian boleh hubungi adaa juga ok?)

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#MASALAH KESIHATAN · ESP · GARLIC COMPLEX · PEPPERMINT-GINGER PLUS · SHAKLEE RELATED

MAKANAN YANG SESUAI UNTUK PESAKIT GERD/ASID REFLUKS

Bulan lepas Adaa ke Colombia Hospital Seremban untuk berjumpa dengan Doktor Abdul Hamid bertanyakan tentang masalah gerd. Adaa tahu tentang doktor ni pun melalui artikel di internet dan surat khabar yang doktor tulis. Jadi nak dapat info dan konsultasi lebih lagi, adaa balik lah seremban untuk jumpa depan-depan..banyak sikit boleh tanya kan.

Adaa cuma bertanya tentang keadaan adaa lah secara personal (nak cerita kang panjang sangat plak) tapi di hujung perbualan tu doktor Abdul Hamid ni bermurah hati bagi adaa sedikit info tentang gerd. Salah satu info yang menarik perhatian adaa ialah ‘

Sebelum ni bukan tak pernah baca kat internet, dah berlambak..tapi rata-rata agak general la..contoh, tak boleh makan karbohidrat kompleks terlalu banyak, tak boleh makan makanan berminyak..gitu lah..yang ni, satu-satu diletaknya nama/ jenis makanan tu yang bagi Adaa, lebih mudah lah untuk kita plan diet kita.

photo_2017-03-14_10-17-25.jpg

Boleh nampak kan? Sebelum ni adaa ada juga ikut cadangan di internet dan buat try n error kat diri sendiri..ada yang sesuai ada yang tak..tapi bila adaa tengok chart ni adaa rasa mostly memang sesuai dengan diri adaa. Maksudnya, berdasarkan keputusan cuba mencuba pelbagai makanan sebelum ni yang adaa buat sendiri dan observe ke atas diri sendiri selama ni sama dengan apa yang ada dalam chart ni. Sebab tulah adaa rasa bagus untuk berkongsi dengan mereka yang mengalami masalah yang sama.

Tengok kat situ, ikan pun tak semua yang sesuai, buah pun sama, kacang pun sama..Walaupun mungkin kita rasa sama je semua, tapi sebenarnya berbeza tau. macam ikan tu, rupanya ikan sungai dan ikan darat pun ada kesan yang berbeza pada pesakit gerd.

Jadi,walaupun perkongsian ni ringkas, semoga bermanfaat ya.

#MASALAH KESIHATAN · SHAKLEE COLLAGEN POWDER · SHAKLEE RELATED

ANDA BERUMUR 20-AN? KENALI TANDA KEKURANGAN KOLAGEN~

KENALI TANDA KEKURANGAN KOLAGEN~

uuuihhh hari-hari pasal kolagen ni dah kenapa? Saja lah, bagi info..apa salahnya..refresh gitu..

Hari ni mode jatuh cinta lagi dengan kolagen shaklee..bangun pagi2, dah nampak orang update status pasal tanda kekurangan kolagen..aduhai..mmg betul kebanyakannya dah mula nampak pada diriku..apa lagi lepas dah 3 kali beranak kan..uih memang terasa sakit sendi nya dan tanda2 lain lah hehe

tanda kekurangan kolagen

Kita boleh cuba tak ambil kisah tapi kita tak dapat nak tipu mata kita ni kan..badan kita mula kekurangan kolagen bila usia semakin meningkat..dan ditambah pulak dengan faktor luaran, faktor melahirkan anak, faktor kesihatan, maka kolagen pun makin menyusut..dan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tersebut ialah dengan pengambilan kolagen.

collagen-depletion-with-ageTengok tu, baru umur 40 tahun dah separuh hilangnye kolagen..aduhai..itu kalo takde faktor luaran..kalo ada..ha..ni umur belum pon cecah 3 series dah nampak tanda nya sana sini..sayangkan..badan nak pakai lama ni (dengan izin Allah)..

Adaa tak pernah guna sebarang kolagen sebelum ni sebab tak pernah tau kelebihan nya..tapi bila jumpa shaklee kolagen ni, dan dah cuba sendiri..memang jatuh cinta..memang terbaik lah!

kebaikan kolagen

Betul ke tidak kolagen ni berkesan, rasanya adaa takperlu jawab lah..tgk aje org yang membeli..terlalu ramai dan sentisa repeat order..bila time promo bulan ni lagilah..berkoyan koyan membeli..harga murah dari biasa, siapa taknak? yang best nya kalau dulu orang perempuan je yang suka nak ambil kolagen, sekarang lelaki pon tak ketinggalan sebab orang ramai dah mula faham, kolagen bukan shj untuk kecantikan tapi kesihatan dalaman..asas tubuh kita ialah protein, dan kolagen ialah protein terpenting.so kalo tak cukup kolagen ape jadi? u do the math!

148056448823616

taknak yang ni? Buy 6 free 1 pun ada. Siap dapat FREE POSTAGE & MEMBERSHIP LAGI TAU!

malas dah nak cakap..hehe rasa sendiri lah ye..untung berganda lagi bulan ni

*pi bancuh kolagen gi..
Nak lihat REAL testmoni SHAKLEE?? —–> http://bit.ly/2bdTci0

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#SHAKLEE #shakleeterengganu #sayajualshaklee #shakleemurah #esp #setkulit #kulit #masalahkulit #setpantang #sethamil #setbersalin #setmenyusu #supplementsemulajadi #vivix #jerawat #jeragat #setkurusshaklee #testimonishaklee #sidterengganu

#MASALAH KESIHATAN · ESP · NUTRIFERON · SHAKLEE COLLAGEN POWDER · SHAKLEE RELATED

KOLAGEN: HILANGKAN PARUT JERAWAT DAN ECZEMA DENGAN SEGERA!

KOLAGEN: HILANGKAN PARUT JERAWAT DAN ECZEMA DENGAN SEGERA!

wah macam mana tu?

Sempena akhir tahun atau year end sale Y.E.S, shaklee bermurah hati nak bagi potongan harga untuk pembelian kolagen. Bagi yang tahu kualiti kolagen shaklee, memang sale ni berebut laaaa ..mana taknya siap boleh dapat free sekotak.Siapa nak bagi benda free dekat RM300 sekotak? ade?

Dengan keadaan pemakanan, persekitaran kita sekarang (asyik-asyik salahkan makanan dan persekitaran, well..dunia kita lebih tercemar dari yang kita sangka tau..) kulit kita mudah kena alahan, naik jerawat, eczema..macam2..bukan setakat kulit lah, satu badan asyik tak sihat betul tak? cuma pada kali ni adaa focus pada kulit dulu lah..kata nak chantek kannn

sekali tengok, ala..takdelah masalah besar pun..tapi bagi yang menanggung nye..huhu serabut kepala kan? kadang-kadang tuan dah lawa, macam model sekali jerawat banyak, parut jerawat sampai nak penuh dua-dua pipi..kan ke geram tu? Apa lagi yang menghidap eczema, salah makan sikit, salah guna produk sikit rosak kulit dan penuh parut..huhu

jadi, BAGAIMANA NAK HILANGKAN PARUT JERAWAT DAN ECZEMA dengan cepat?

KOLAGEN

Tu dia jawapan untuk masalah anda..macam mana tu? ha meh sini baca.

mungkin ramai yang dah tahu tentang kolagen, tapi belum tahu kepentingannya dalam mengurangkan parut kan? Kalau kita tengok produk-produk kecantikan, rata-rata mesti nak masukkan kolagen dalam ingredient tu..baik produk untuk jerawat, kulit, parut, anti-aging..semua nak buh kolagen kan? sebab apa? sebab kolagen ni penting sangat fungsinya untuk organ terbesar dalam tubuh kita iaitu KULIT. Zaman sekarang ramai yang dah mula mengambil kolagen secara suntikan, tetapi kosnya mahal jadi tak ramai yang mampu..jadi apa pilihan yang kita ada?

Mula-mula adaa nak ajak tengok/baca dulu peringkat pembentukan parut. (baca bagi paham bahasa inggeris ni hehe)

1) Inflammatory Phase: The eczema stops weeping or bleeding as your body fights the infection.

When your body is trying to create new scar tissue, it requires more nutrients and vitamins to help it repair the broken skin. Your gut plays an important role in this, as your immune system and white blood cells help fight against infections. This can take anywhere from 2 days to a week, depending on the health of your gut and immune system.

This is why I tell people that it’s important that they have a healthy gut, as it helps the “closing” process to go a lot faster, and in turn makes the scar smaller.

(badan kena sihat, makan kena betul, perut sihat, imun sistem kene tip top, baru luka senang baik, parut pon taklah lambat nak baik)

2) Proliferative Phase: Your body produces collagen.

When your gut and immune system is able to fight against infections efficiently, it then begins the process of collagen formation. Your body starts to produce collagen, and pull the edges of the eczema wound together producing new capillaries and new skin.

You may notice that the skin on a scar doesn’t have any hair follicles or sweat glands. This is because scar tissue is different than the previous skin before. In this phase your body continues to produce cells to keep the wound clean, which sometimes makes it look like it’s wet.

(badan kena cukup vitamin c, kolagen bagi memastikan pembentukan sel2 baru lebih cepat)

3) Maturation Phase: Your body slowly remodels your skin by producing more collagen.

Finally, your body starts to re-build the scar so that the scar is less noticeable. Over time and with a healthy immune system, the eczema scar goes from red and raised to flat and more white colored. This is what happened to my major scars, until now they are barely noticeable! source: here

Dah nampak kan peranan kolagen? PERANAN IMUN SISTEM, ZAT DAN VITAMIN YANG CUKUP dalam pembentukan parut yang ‘cantik’ gitu.

Jadi, apa pilihan yang anda boleh buat selain mendapatkan suntikan kolagen bagi meningkatkan kolagen dalam tubuh?

VITAMIN C

Inilah salah satu vitamin yang sangat2 penting dalam penghasilan dan pembentukan kolagen. Tanpa Vitamin C yang mencukupi, penghasilan kolagen akan terganggu. Perlu juga diingatkan, bila usia kita dah menganjak ke 20-an, penghasilan kolagen akan menurun dengan pantas, jadi jika kita dan berusia, kena pula eczema, haruslah gandakan pengambilan vitamin C anda ye

 

Vitamin c

Disebabkan badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C secara semulajadi didalam badan, jadi kita perlu mendapatkan melalui pemakanan lah ye..kena banyakkan makan makanan tinggi vitamin C..kalau adaa, adaa pilih supplemen aje..sebab dalam 1 kapsul vitamin C = 7 biji oren, hari2 nak makan 7 biji, idok le saya..huhu so telan aje 1 kapsul 500mg vitamin C..senang!

vitamin C
vitamin C

PROTEIN

Ini salah satu lagi komponen penting dalam tubuh. Seperti yang kita semua maklum, protein adalah salah satu sumber yang paling penting dalam pembentukan sel yang sihat. kita ni asasnya sel tau, kulit, organ semualah, asalnya dari sel..jadi, untuk mendapatkan sel yang sihat, protein mestilah mencukupi dan bukan sebarang protein ye, protein yang bagus lah..

Bila kita mengambil potein, protein ini akan diuraikan kepada asid amino dan asid amino L-argine dan Glutamine ini adalah sangat penting dalam meningkatkan imun sistem kita..jadi ianya sangat penting ketika stage 1 tadi.

Bagi pemilihan protein terbaik, rujuk SINI

esp
esp

KOLAGEN

Ini cara paling mudah lah..selain mengamalkan makanan tinggi kolagen, pengambilan kolagen secara langsung sangat membantu dalam mengekalkan struktur dan ketumpatan tulang dan kulit kita. Memandangkan tubuh kita mula kurang menghasilkan kolagen selepas usia kita mencecah 20-an gitu, jadi, kita kena pastikan tubuh kita mendapat bekalan yang secukupnya melalui pemakanan.

Dengan pengambilan suplemen kolagen ini, ianya membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan dan membantu memperbaiki tisu penghubung dalam badan  kita..jadi luka mudah baik dan parut juga minima 😀

Kolagen ini pula ada pelbagai sumber, jadi pastikan anda pilih yang terbaik dengan diri anda. Adaa? Shaklee Collagen Powder aje 😀

kolagen shaklee
kolagen shaklee

Jadi dah tahu kan cara menghilangkan parut dengan CEPAT?

  1. amalkan makanan tinggi VITAMIN C, PROTEIN, dan KOLAGEN

  2. Pengambilan makanan tambahan seperti Vitamin c, esp, dan shaklee collagen powder

  3. Meningkatkan imun sistem dan mendapatkan nutrient yang mencukupi.

Selain makanan tambahan yang adaa nyatakan diatas, satu lagi produk yang unggul hanya dari shaklee bagi meningkatkan imun sistem anda..satu2nya hanya dari Shaklee..

IMMUNE BOOSTER: NUTRIFERON
IMMUNE BOOSTER: NUTRIFERON

semua didepan mata, cuma ngap aje hehe

Apa lagi? masih belum jelas, hubungi adaa untuk konsultasi PERCUMA ok?
Nak lihat REAL testmoni SHAKLEE?? —–> http://bit.ly/2bdTci0

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#SHAKLEE #shakleeterengganu #sayajualshaklee #shakleemurah #esp #setkulit #kulit #masalahkulit #setpantang #sethamil #setbersalin #setmenyusu #supplementsemulajadi #vivix #jerawat #jeragat #setkurusshaklee #testimonishaklee #sidterengganu