#KORANGTAUTAK · SHAKLEE RELATED

5 KELEBIHAN MANDI AIR SEJUK UNTUK KESIHATAN

Siapa suka mandi air sejuk? Pagi-pagi, lepas tu kena pula masa musim tengkujuh, huuu sejuk sampai ke tulang. Kalau boleh nak mandi dengan air panas sepanjang masa. Tapi anda tahu tak, mandi air sejuk ni banyak kelebihannya untuk kesihatan?

Hari ni Adaa kongsi 5 kelebihan mandi air sejuk ok? (berita gembira untuk yang takda ”water heater” 🙂 )

1. MENINGKATKAN TAHAP KEPEKAAN

Membayangkan air sejuk kena pada kulit kita sahaja pun dan cukup untuk membuatkan kita menggigil, malas nak mandi betul tak? Sejak kita kecil dulu nak pergi sekolah, mandi pagi tulah sesuatu yang mungkin mencabar nak dibuat diwaktu pagi. Tapi tahukah anda semua, apabila air yang sejuk tadi mula membasahi tubuh kita, kesan terkejut dek kesejukan tadi membuatkan kita bernafas lebih dalam, dan meningkatkan pengambilan oksigen ke dalam tubuh lalu membuatkan kita rasa lebih panas dan selesa. Bila kita bernafas dalam-dalam, degupan jantung juga bertambah dan darah akan mengalir dengan laju ke seluruh sistem tubuh lalu memberikan kita tenaga secara semulajadi di pagi hari lagi.

2. MEMELIHARA KULIT DAN RAMBUT

Salah satu cara paling berkesan dan efektif dalam memelihara rambut dan kulit yang cantik dan sihat adalah dengan mengamalkan mandi air sejuk. Air panas cenderung untuk membuatkan rambut dan kulit bertambah kering, jadi penggunaan air sejuk membantu mengetatkan  liang pori dan kutikel rambut dan kulit serta mengelakkan dari tersumbat. Air sejuk juga boleh bertindak sebagai ‘pelindung’ kepada kulit kepala dan kulit dari kotoran.

Seorang ahli dermatologis,  Jessica Krant, menyatakan air sejuk dapat membantu dan menghalang minyak semulajadi hilang daripada kulit kita dengan cepat. Tetapi perlu diingatkan ya, penggunaan air sejuk pada kulit hanya mengetatkan pori kulit kita secara sementara disebabkan aliran darah yang disekat dan bukannya mengecilkan liang pori secara kekal.

Dalam penjagaan rambut pula, penggunaan air sejuk membuatkan rambut lebih bersinar, kurang gugur dan lebih sihat.

3. MENINGKATKAN TAHAP IMUN DAN PENGALIRAN DARAH

Seperti yang adaa nyatakan tadi, apabila kita mandi menggunakan air sejuk, ianya membantu pengaliran darah yang lebih baik. Suhu air yang sejuk tadi menggalakkan jantung kita mengepam darah dengan lebih baik keseluruh sistem badan seterusnya meningkatkan kesihatan jantung secara menyeluruh. Ia juga dapat membantu merendahkan tekanan darah, membersihkan arteri yang tersumbat dan meningkatkan tahap imun badan.

4. MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN

Bolehkah air sejuk membantu penurunan berat badan? macam tak percaya kan? Tubuh manusia terdiri dari dua jenis tisu lemak iaitu ‘brown fat’ dan ‘white fat’. ‘White fat’ merupakan lemak yang terkumpul dalam badan kita apabila kita mengambil kalori secara berlebihan daripada yang diperlukan oleh tubuh kita. Senang cerita, lemak yang membuatkan kita gemuk tu lah. ‘Brown fat’ pula ialah lemak yang baik yang membantu tubuh kita kekal hangat dan ianya diaktifkan apabila terdedah kepada suhu yang sejuk. Jadi, mandi dengan menggunakan air sejuk dapat meningkatkan aktiviti ‘brown fat’ ni tadi.

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2009 mendapati, pendedahan tubuh kepada suhu sejuk pada 23-24 peserta telah meningkatkan aktiviti ‘brown fat’ kepada 15 kali ganda. Ini bermakna, mereka boleh kehilangan sehingga 9 paun setahun jika mereka mengekalkan amalan ini.

5. MENGURANGKAN STRES DAN MELEGAKAN DEPRESI

Kajian menunjukkan, mandi dalam air sejuk dapat menurunkan tahap asid urik, dan meningkatkan ketahanan terhadap stres. Ia juga meningkatkan gluthathione, sejenis antioksidan yang membantu antioksidan lain didalam tubuh untuk berada dalam keadaan optimal.

Air sejuk juga dapat  membantu melegakan depresi  atau kemurungan akibat impak yang kuat dari reseptor sejuk dikulit yang menghantar sejumlah besar impuls elektrik dari hujung saraf periferal ke otak. Dalam kata mudah, ianya dapat menghasilkan kesan anti-depresi, meningkatkan mood baik anda.

 

Jadi, jangan risau atau teragak-agak untuk mandi air sejuk terutamanya diwaktu pagi ya. Bagus tau untuk meningkatkan tenaga, dan mood anda sepanjang hari. Barulah tak stress kena hadap kesesakan lalu lintas 😛

Adaa

Advertisements
#KORANGTAUTAK · SHAKLEE RELATED

5 CARA MENGATASI KULIT TERBAKAR OLEH SINAR MATAHARI

Seminggu dua ni cuaca teramat panas. Berada diluar rumah dan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung pun memang perit rasa kulit ni. Apa lagi bagi orang yang bekerja bawah sinaran matahari kan..mau ‘sunburn’ dibuatnya.

Adaa rasa panas sekitar terengganu ni menyucuk jugak mungkin sebab dekat dengan pantai..haba nya lain macam..kalau malam-malam pun peluh menitik-nitik walaupun dan pasang kipas ‘full speed’ bayangkan ajalah waktu siangnya macam mana..huhu

Bagi anda yang terdedah kepada sinaran matahari, apa cara terbaik untuk mengubatinya? Adaa kongsikan 5 cara ok?

  1. AIR SEJUK
  2. LIDAH BUAYA
  3. MADU
  4. MINYAK ZAITUN
  5. KUNYIT

AIR SEJUK

Bila kulit terdedah kepada sinar matahari, kita akan rasa pedih dan panas kan. Jadi perkara pertama yang kita perlu buat ialah menurunkan suhu kulit dahulu. Sebaiknya jangan terus jirus air sejuk ke berais ke kat kulit tetapi gunakan kain dan basahkan kemudian lap secara lembut bagi mengelakkan kulit terasa pedih

LIDAH BUAYA

Ini bukan lidah buaya hidup tu tau..ini daun lidah buaya..Daun lidah buaya ni terlalu banyak khasiatnya dan lendirnya sangat sejuk. Kandungan licodine dalam lidah buaya mampu mengurangkan rasa pedih dikulit yang terdedah kepada sinaran matahari. Kalau tak jumpa yang hidup, gel lidah buaya juga boleh digunakan.

MADU

Apabila kulit dan kurang pedih, jangan biarkan begitu sahaja sebab ianya mungkin akan meninggalkan kesan hodoh dikulit anda. Bagi mengembalikan semula kecantikan kulit, hanya campurkan madu bersama perahan lemon dan sapukan dikulit yang terbakar dua kali sehari sehingga kulit kembali normal.

MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun sangat terkenal dengan kelebihannya sebagai pelembap dan menghaluskan kulit. Minyak zaitun yang dicampur dengan perahan lemon mampu mengembalikan warna asal kulit anda dan melembapkan kulit. Lakukan 2 kali sehari sehingga kulit kembali normal atau selagi anda suka kerana pemakaian minyak zaitun yang berterusan mampu meghaluskan kulit.

KUNYIT

Kulit mengandungi 1001 khasiat dan salah satunya adalah untuk membaiki kulit yang rosak akibat sinaran cahaya matahari. Campurkan serbuk kulit dengan susu sehingga menjadi seperti pes atau bedak sejuk yang kita selalu guna tu 😀 Gunakan campuran tersebut sebagai skrub. Sapu rata dikulit dan biarkan mengering beberapa minit. Kemudian gosok lembut, biarkan beberapa saat sebelum dibilas dengan air bersih.

Bahan-bahan ini semua senang didapati kan. Yang penting, ianya selamat digunakan. 😀

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#KORANGTAUTAK · #MASALAH KESIHATAN · ALFALFA · KURUS · SHAKLEE RELATED

BOLEHKAH ALFALFA MEMBANTU ANDA KURUS?

Alfalfa memang mempunyai 1001 khasiat, mengurangkan ‘water retention’, menurunkan kolesterol, arthritis, membantu sistem penghadaman dan banyak lagi  tapi boleh kah ianya membantu dalam penurunan berat badan?

Alfalfa Shaklee sangat popular dikalangan ibu-ibu yang ingin meningkatkan penghasilan susu badan dan pada masa yang sama ingin menurunkan berat badan. Adakah ianya benar-benar membantu? Kalau betul, bagaimana?

1 ALFALFA MEMBERIKAN ANDA LEBIH TENAGA

Alfalfa sangat kaya dengan protein, kalsium, potasium, vitamin K, magnesium. Dengan pengambilan yang berterusan ianya boleh membantu memberikan anda tenaga dan kekal cergas. Jadi, boleh lah anda bersenam dengan lebih jaya dan menurunkan berat badan.

2 MEMBERIKAN ANDA KESIHATAN YANG LEBIH BAIK

Lebih sihat diri kita, lebih senang untuk kita mengamalkan cara hidup cergas dan sihat. Alfalfa terbukti mampu mengurangkan paras kolesterol jahat yang berkait rapat dengan risiko penyakit jantung, serangan jantung, angina dan stroke. Jika semua ini dapat dielakkan, jadi lebih senang dan mudah untuk anda bersenam dan makan dengan cara yang sihat.

3 MEMASTIKAN ANDA KENYANG DENGAN LEBIH LAMA

Jika anda suka alfalfa dalam bentuk sayuran segar, anda boleh makan dengan sandwich, atau apa juga sajian yang anda inginkan. Goreng dengan minyak zaitun juga dah cukup sedap. Atau kalau anda susah nak cari alfalfa sprout, boleh ambil 10 biji alfalfa complex shaklee setiap hari bagi memastikan anda mendapat nutrisi yang secukupnya. Alfalfa bukan sahaja kaya dengan mineral, vitamin, protein dan karbohidrat, tetapi ianya juga membantu anda kenyang dengan lebih lama. Jadi taklah perut tu asyik nak mintak makan snek atau makanan bergoreng aje kan. Taklah kita ni ternak lemak baru 😛

Sekarang ni dah banyak supplement Alfalfa jadi kalau tak jumpa alfalfa sprout pun takpa. Minum teh alfalfa pun boleh. Macam Adaa pernah buat, cuma larutkan alfalfa complex shaklee dalam air panas dan minum macam kita minum teh. Senang sangat. tak kira bagaimana cara kita ambil alfalfa tu; masak ke,teh ke apa jua bentuk, yang penting kita dapat khasiat daripada pengambilan alfalfa tersebut.

Jadi, untuk jawab persoalan diatas tadi, ya ianya membantu mengurangkan berat badan, tapi haruslah rajin dan konsisten ya. Pemakanan sihat juga perlu diamalkan. Jangan pulak makan alfalfa 10 biji sehari tapi ayam goreng seekor sehari. bila nak berkesan ye tak?

perfect

promosi hebat bulan ni beli 4 pada harga 3 botol!  Nak tahu lebih tentangALFALFA?

Nak lihat REAL testmoni SHAKLEE?? —–> http://bit.ly/2bdTci0

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#SHAKLEE #shakleeterengganu #sayajualshaklee #shakleemurah #esp #setkulit #kulit #masalahkulit #setpantang #sethamil #setbersalin #setmenyusu #supplementsemulajadi #vivix #jerawat #jeragat #setkurusshaklee #testimonishaklee #sidterengganu

#KORANGTAUTAK · #MASALAH KESIHATAN · B COMPLEX · ESP · OMEGA GUARD · OSTEMATRIX · PREGNANT · SHAKLEE RELATED · VITALEA · VITAMIN C

PERLU KE VITAMIN BANYAK-BANYAK SEMASA MENGANDUNG??

5

“Perlu ke banyak-banyak vitamin ni? malas lah nak telan..saya tak biasa lah”

“besar sangat lah vitamin ni, kalau tak ambik tak boleh ker?”

Ini komen yang biasa Adaa dapat dari ibu-ibu yang pertama kali mengandung..Berat katanya nak telan vitamin banyak-banyak. Kalau hospital bagi pun dia buat pameran je kat rumah..Kenapa gitu..Kesian budget kerajaan tau..bazir nanti.

Semasa mengandung, hormon kita ni macam rollercoster, perubahan bukan sahaja dari segi emosi, malah fizikal (huhu)..Apa lagi dengan kehadiran ‘orang baru’ kat dalam tu. Untuk membesar (sebagai juara) bayi kita layak dan patut menerima nutrisi yang secukupnya.

Sebenarnya, kesemua vitamin yang kita perlu ambil semasa mengandung adalah vitamin asas. Pendek kata, kalau tak mengandung pun kita perlukan vitamin2 ni tak kisah lah dari makanan harian ke makanan tambahan ke dan bukan perempuan jer, lelaki pun sama. Cuma, semasa mengandung, keperluan tu lebih sedikit sebab kita ada bayi kat dalam tu..sebab tu doktor pastikan kita cukup nutrien..bukan untuk kesihatan kita je tetapi untuk kesihatan dan tumbesaran bayi tu.

Ramai ibu atau bakal ibu salah faham tentang ni..menyangkakan yang kita perlu ambil vitamin semasa mengandung sahaja..tak ya..Adaa sebelum kahwin lagi dah ambil vitamin2 ni..Balik je dari kelas masa di UK dulu, adaa akan lalu deretan kedai sepanjang jalan nak balik ke rumah dan adaa duk usha je kedai ‘natural remedies’ kat sana..bila tengok macam menarik..ramai pulak tu orang selalu singgah..terdetik jugalah dalam hati ni apa yang menarik sangat ni..balik rumah, google khasiat itu khasiat ini..lepas tu baru gi beli. hehe dari situ dah sedar kepentingan makanan tambahan ni. Tambah-tambah, masa tu umur baru 22 gitu..masak pun bukan pandai sangat, makan pun tak menentu sangat kat tempat orang, jadi makanan tambahan ni penting lah. Dari zaman sekolah lagi sebenarnya Umi selalu bekalkan adaa multivitamin, tapi kesedaran dan pemahaman tu takda..Umi beli, adaa makan. Beza bila kat UK, adaa sendiri rasa nak fahami dan amalkan sendiri.

Sama juga dengan ibu-ibu..kalau disuruh-suruh, mesti taknak kan..tu yang sudahnya buat pameran je vitamin tu semua.

Saranan Adaa, bakal ibu atau ibu-ibu, silalah fahami setiap vitamin yang diberikan oleh doktor atau yang dalam gambar kat atas tu. Kalau sungguh kita faham, sedar kepentingan vitamin ni untuk diri kita dan bayi, dah pasti takda ngelat2 nak makan..takda masalah lah vitamin besar ke berlambak ke..itu semua keperluan. Kalau rasa pemakanan dan diet harian anda lengkap, tak perlu lah makan vitamin tu semua. Tapi kalau makan pun kelaut..silalah ambil makanan tambahan ya.

 

KENAPA PENTING PENGAMBILAN VITAMIN KETIKA MENGANDUNG?

  • Keperluan nutrisi semasa mengandung lebih tinggi dari keadaan biasa
  • Ibu dan bayi kedua-duanya memerlukan nutrisi dan zat yang secukupnya bagi mengelakkan komplikasi atau sebarang masalah sepanjang kehamilan dan kelahiran selain untuk tumbesaran bayi yang sihat.
  • Ibu yang mempunyai sebarang penyakit atau kondisi seperti masalah pemakanan, terdedah kepada asap rokok, masalah darah (darah tinggi, rendah, anemia etc), penyakit kronik, sangat memerlukan vitamin ketika hamil bagi memastikan kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan tidak berisiko.
  • Mengelakkan sebarang masalah kepada bayi seperti, kelahiran pramatang, kurang berat badan, kecacatan kelahiran.

 

ANTARA VITAMIN WAJIB AMBIL

 Zat besi (iron) (VITALEA)

Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Dos yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg.

Kalsium (OSTEMATRIX)

Kalsium penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Dos yang diperlukan ialah 1,000 miligrams (mg) setiap hari.

Asid folik (BCOMPLEX)

Asid folik penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia mesti diambil sebaik persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain. Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 1000 micrograms (mcg) sehari.

Omega-3 (OMEGA PLUS)

Diperlukan untuk perkembangan otak, membantuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang dicadangkan ialah 200 – 300 mg sehari.

Protein (ESP)

Sangat penting untuk pembentukan sel sihat, tumbesaran yang baik dan sihat.

Bagaimanapun pengambilan Prenatal Vitamin bukan bermakna bayi dalam kandungan langsung tidak boleh mengalami sebarang masalah kesihatan atau kecacatan. Kena ingat ya. Ini usaha kita..mencegah dan merancang kan lebih baik.

 

Jadi agak-agak nak kena ambil tak? Bagi Adaa, kena dan berbaloi sangat ambil sebab kita nakkan yang terbaik kan. Jangan malas atau culas. Ini kan untuk kesihatan kita dan bayi juga. Betul tak?

~Jadilah ibu yang bijak!~ 😀

 

 

#KORANGTAUTAK · SHAKLEE RELATED

CHANCES FOR SUCCESS

Dah masuk bulan baru..dan bulan ni lebih penting sebab ummat islam bakal menyambut Ramadhan..

Bagaimana ramadhan yang lepas? bulan ni macam mana pulak? agak-agak ada peningkatan? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Walau dalam aspek apa sekali pun, perniagaan, hidup, amalan, kita pasti nakkan kejayaan yang 100% kan..jadi, usaha harus seiring..

chances-for-success

Agak-agak kita diperatusan yang mana? Kita je yang boleh tentukan sebab pilihan ditangan kita.

Nak 100%? jom usaha, buang rasa MALAS, NEGATIF. YUK!!!

#KORANGTAUTAK

12 KELEBIHAN MINUM AIR LEMON

Sepanjang minggu detoks hari tu, Adaa cabar diri minum air 2.5-3liter setiap hari. Selalunya, 1 liter pon susah nak habiskan..memang liat nak minum..Tapi sebab dah berazam nak biasakan minum 3 liter dan memandangkan sekarang musim panas yang melampau, jadi kenalah rajin-rajin minum..bosan minum kosong gItu, adaa tambah hirisan lemon supaya ada rasa segar sikit disamping menggalakkan detoks..tak tahu pulak rupanya banyak kelebihan disebalik air lemon ni. Niat dihati nak mudahkan habiskan minum 3 liter air je.

KELEBIHAN AIR LEMON

KELEBIHAN AIR LEMON
KELEBIHAN AIR LEMON

Ini baru lima. Ada banyak lagi khasiat lemon yang kita tak tahu..

 Khasiat Lemon #1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun dari tidur boleh melegakan dan mampu mengelak masalah penghadaman seperti gastrik, kembung perut, angin dalam badan dan pedih ulu hati.

Khasiat Lemon #2. Bertindak sebagai agen detox. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja. Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman ditambah dengan lemon yang dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati .

Khasiat Lemon #3.  Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh. Ini bermakna Vitamin C sangat sangat penting seawal kita bangun dari tidur.

Khasiat Lemon #4.  Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang atau merendahkan asid dalam badan.

Khasiat Lemon #5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

Khasiat Lemon #6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

Khasiat Lemon #7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak risiko barah.

Khasiat Lemon #8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. Hal ini membantu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.

Khasiat Lemon #9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

Khasiat Lemon #10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Sesuai bagi merawat selsema, minum bersama air suam.

Khasiat Lemon #11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus dengan sihat dan selamat.

Khasiat Lemon #12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan. Sumber : Resepi Shiela Rusly

 

Banyak kan? lepas ni bolehlah amalkan minum air lemon setiap hari 🙂

#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #KORANGTAUTAK · VITAMIN C

VITAMIN C & KOLAGEN: JAWAPAN KEPADA AWET MUDA DAN KULIT LICIN

Ada masalah kedut kat muka, nampak kusam, tua, gelap dan tak bermaya? Biasalah..semakin meningkat usia, kulit pun semakin kendur dan berkedut..mulalah keluar garis halus dimuka..

Badan kita ni bukan tak boleh hasilkan kolagen, boleh sangat..cuba tengok pipi anak-anak kita..gebu macam kuih pau 😛 itulah tanda kolagen yang melimpah ruah dalam badan anak-anak kita tu sebab mereka masih kecil. Penghasilan kolagen kita mula terhenti pada usia 20-an. Ya, memang awal..sebab tu masa remaja kulit kita masih tegang..bila usia makin naik, kedutan dan garis halus pun makin bertambah.

Bagi mengekalkan keanjalan, dan wajah yang berseri, kita kena amalkan pengambilan makanan yang sesuai yang kaya dengan vitamin C dan kolagen. Sumber ini boleh didapati melalui makanan semulajadi atau makanan tambahan (suplemen)

BAGAIMANA IANYA MEMBANTU AWET MUDA?

VITAMIN C & AWET MUDA
VITAMIN C & AWET MUDA

” Vitamin C menembusi jauh kedalam kulit yang rosak dan merangsang penghasilan kolagen baru”. Vitamin C sangat penting dalam penghasilan kolagenKolagen ni protein terpenting dalam tubuh. Kalau kurang kolagen, kulit hilang keanjalan, kedut2 mula muncul..sebab tu lah vitamin C ni sangat penting. Kalau vitamin C kurang, kolagen pon kurang, memang tualah nampak kulit kita. Mudah kan?

Satu lagi masalah yang datang bila usia kita makin meningkat selain kedutan di wajah ialah tompok2 penuaan atau jeragat..jeragat ni seakan lazim dengan kita sebab kita tinggal di kawasan khatulistiwa, cuaca tropika..panas! kulit kita ni sering terdedah dengan sinaran UV, sinaran matahari yang mempercepatkan tanda penuaan. Berita baiknya, kita tak perlu susah2, dengan Vitamin C pon boleh membantu sebab vitamin C ni antioksidan yang sangat bagus, jadi ia boleh membuang sel2 akibat ‘sunburn’ tadi dan memperbaiki sel yang rosak untuk kembali nampak muda 😀

Mudah aja penerangannya kan..vitamin C aja jawapannya..sebab tu orang ramai duk suntik vitamin C dan sebagainya di negara-negara seperti korea, Jepun dan negara Barat.

Vitamin C banyak sangat dipasaran, mana satu nak pilih? jawapannya, pilih yang semulajadi. Habis kena makan oren sampai 8 biji sehari ke?

KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE

The more lines of force the more natural the substance. The important thing to remember is not only is it important where the material came from for the end product but just as important is how the material is processed. You cannot create a product full of enzymes if you take high heat and destroy the enzymes. Just like you cannot take a potato and boil it and then plant it and expect it to grow.

Berdasarkan rajah yang adaa letakkan diatas tu, kita dpt lihat Natural vitamin C dengan Shaklee product tuh sama kan? Struktur yang 99% hampir sama. Ini kerana, enzim nya masih dikekalkan berbeza dgn sintetik, enzim yg diperlukan untuk memastikan vitamin yang kita makan tuh bertindak balas dengan tubuh kita dah musnah ketika diproses..jadi, macam mana nak berkesan ye tak?

Macam yang disebut diatas tadi, apabila kita membeli atau menggunakan Vitamin C yang bukan dari sumber semulajadi, atau selepas diproses dengan cara tertentu, enzimnya pupus atau mati, bagaimana vitamin tersebut boleh memberi manfaat kepada kita? Mestilah tak dapat kan?

Memang banyak vitamin dipasaran yang mengaku, ianya dari sumber semulajadi..tetapi kita faham tak apa itu ‘100% natural’?

Semulajadi bukan sahaja dari sumbernya, tetapi ianya harus juga melalui proses semulajadi yang lain..contoh, benihnya ditanam tanpa sebarang bahan kimia, dijaga dan membesar tanpa sebarang penggunaan pestisid kimia, pemprosesan yang tidak melibatkan sebarang bahan kimia dan proses yang boleh memusnahkan enzim hidup..dan hasilnya, itu baru semulajadi..kalau sekadar ‘claim’ 100% semulajadi hanya berdasarkan dari sumbernya, tetapi diproses dalam suhu yang tinggi hingga musnah segala enzim yang bermanfaat, itu bukanlah semulajadi ya.

Jadi, sebab itulah Vitamin C shaklee ni unik. Tak perlu lagi makan 8 biji oren, hanya sebiji-dua biji vitamin C shaklee sehari secara berterusan mampu memberikan nutrien yang mencukupi kepada tubuh anda. 😀

dah tahu kan rahsia kekal muda dan berseri?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::