#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · CAROTOMAX · PEPPERMINT-GINGER PLUS · SHAKLEE RELATED · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX

CARA ATASI MASALAH ANGIN

Dalam entry Adaa sebelum-sebelum ini (sila klik link untuk entry tersebut), Adaa ada menerangkan tentang apa itu asid refluks, masalah angin, gerd, cara rawatan melalui perubatan atau semulajadi, pengalaman Adaa sendiri dan apa vitamin yang Adaa ambil- SINI

Kali ini Adaa akan berikan cara atasi masalah angin dengan memberikan cadangan vitamin yang sesuai dengan masalah angin ni. Semoga membantu.

APA ITU ASID REFLUKS/MASALAH ANGIN

Orang kita selalunya menggambarkan asid refluks ni sebagai masalah angin. Asid refluks ialah keadaan dimana asid didalam perut kita kembali naik ke saluran makan atau esofagus.

gerd.jpg

Keadaan ini boleh mencetuskan pedih ulu hati iaitu terasa pedih di bahagin dada. Asid refluks boleh menjadi GERD iaitu keadaan yang lebih serius. Simptom lain termasuklah batuk, sendawa berlebihan, sakit tekak, pening, rasa tercekik, sakit dada, sukar tidur dan kesukaran untuk menelan. Keadaan ini boleh dibantu atau dikurangkan dengan pengambilan ubat, mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang lebih seimbang dan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin tertentu.

 CARA ATASI MASALAH ANGIN DENGAN VITAMIN

Sebelum ini Adaa sudah pun terangkan cara atasi masalah angin ini melalui ubat dan juga semulajadi (boleh klik link diatas tadi). Kali ini Adaa akan terangkan pula cara atasi masalah angin dengan penggunaan atau pengambilan vitamin.

Vitamin sahaja belum dapat dibuktikan dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah angin, asid refluks dan gerd, lebih banyak kajian diperlukan. Namun, kajian keatas vitamin-vitamin ini mampu membantu dalam merawat masalah angin, asid refluks dan GERD.

BCOMPLEX

Vitamin B complex mengandungi 8 komponen vitamin B ( niacin, folic acid, biotin, riboflavin, thiamin, Vitamin b-6, vitamin b-12, pantotenic acid) dan ianya telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan masalah asid refluks/gerd. –sumber

Asid folik , Vitamin B-6, Vitamin B-12

Vitamin B ini dikatakan mampu mengurangkan simptom masalah angin dan asid refluks. Asid folik boleh didapati dalam kekacang dan sayuran berdaun hijau. Vitamin B-6 pula boleh didapati melalui daging, ayam, kekacang, bijirin penuh, buahan dan sayuran.

Vitamin B-12 memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah termasuklah memastikan fungsi dan kesihatan tisu saraf.  Jika kita mengambil ubat dalam jangka masa panjang, ianya boleh menyebabkan badan kita kekurangan Vitamin B-12 ini. Jadi amat penting untuk kita pastikan badan kita tidak mengalami kekurangan Vitamin B-12 bagi menjamin kesihatan saraf.

Satu lagi simptom yang kerap dirasakan adalah berdebar, sesak nafas, sentiasa bercelaru, risau dan stress. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan serotonin iaitu sejenis ‘neurotransmitter’ di otak yang bertanggungjawab dalam perubahan mood, sistem pernafasan dan perubahan suhu badan. Kadangkala, masalah angin kita mungkin tidak terlalu serius, tetapi jika disertakan dengan kekurangan serotonin ini, ianya akan menjadikan keadaan lebih teruk.

Niacin (vitamin B-3)

Niacin memainkan peranan penting dalam penghasilan serotonin. Kekurangan niacin dan ‘precursor’nya iaitu tryptophan, boleh menyebabkan meningkatkan risiko untuk mendapat masalah depresi. Pengambilan makanan yang kaya dengan dengan niacin dapat membantu meningkatkan tahap tryptophan dan gabungan keduanya mampu meningkatkan penghasilan serotonin. Makanan yang kaya dengan niacin termasuklah juga makanan tenusu, kekacang, bijirin, daging, telur dan ikan.

Vitamin B-6 juga mampu membantu meningkatkan penghasilan serotonin. Vitamin ini membantu menukarkan tryptophan kepada serotonin. Sumber makanan yang kaya dengan serotonin termasuklah makanan laut seperti tuna dan salmon, ayam, hati, nasi, kacang, tembikai dan pisang.

Asid folik dan vitamin B-6

Kedua-dua komponen vitamin B ini juga dikatakan membantu dalam penghasilan serotonin yang juga banyak mengawal perubahan emosi dan mood seseorang. Ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan kesihatan mental.

*Kajian menunjukkan Vitamin B mampu melegakan simptom dalam mengatasi masalah angin dan ianya diambil bersama beberapa vitamin lain. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin B SAHAJA tidak dapat dipastikan dapat melegakan simptom tersebut.

ANTIOKSIDAN

Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Gastroenterology mencadangkan yang antioksidan dapat memberikan kesan positif terhadap masalah angin, asid refluks dan GERD-sumber . Antioksidan seperti Vitamin A,C & E sangat penting dalam melindungi sel yang rosak akibat molekul yang tidak stabil dipanggil ‘free radical’. Sel ini boleh menyebabkan kanser. Antioksidan juga membantu melindungi diri kita dari jangkitan dan penyakit.

VITAMIN A & VITAMIN C

University of Maryland Medical Center menasihatkan supaya mengambil makanan kaya dengan antioksidan bagi membantu mengatasi masalah angin dan asid refluks. Sebarang kerosakan sel akibat free radical atau jangkitan penyakit boleh menyebabkan simptom berkaitan masalah angin, asid refluks dan GERD menjadi bertambah teruk. Jadi, amat penting untuk kita memastikan pengambilan antioksidan kita mencukupi setiap hari.

Pengambilan Vitamin A dan Vitamin C Boleh membantu kesihatan sistem penghadaman dan mengurangkan serta melegakan simptom masalah angin tadi. Sumber makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah telur, hati, keledek, lobak merah dan bayam manakala sumber makanan bagi Vitamin C adalah lada benggala, brokoli, oren, lemon, limau nipis dan kiwi.

VITAMIN E

Vitamin E merupakan satu lagi antioksidan yang mampu melawan jangkitan dan melegakan simptom berkaitan masalaha angin, gerd dan asik refluks. Sumber makanan bagi Vitamin E termasuklah minyak zaitun, bayam, kacang dan avokado.

*Pengambilan Vitamin 100% sahaja belum dibuktikan dapat merawat masalah asid refluks, masalah angin dan GERD. Atau ianya mungkin tidak cukup dengan hanya mengamalkan pengambilan vitamin. Tetapi dengan pengambilan vitamin disertakan perubahan gaya hidup, pengambilan makanan berkhasiat mungkin mampu melegakan dan mengatasi masalah angin. Sekiranya masalah angin semakin membimbangkan, adalah lebih baik anda segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

#CADANGAN SET%2FRAWATAN.png

Di Shaklee kami mempunyai produk yang telah terbukti kualitinya dan telah bertahan lebih 50 tahun dipasaran.

BCOMPLEX: Lengkap dengan 8 komponen vitamin B dan mempunyai sistem penyerapan bioaktif (penyerapan asid folik dengan lebih berkesan) . Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 90% asid folik dipasaran bersifat sintetik.

Cara memilih b complex yang baik

  • Mengandungi kesemua 8 komponen vitamin (kebanyakan dipasaran tidak lengkap kerana sesetengah komponen seperti biotin adalah mahal dan bagi mengurangkan kos, mereka tidak meletakkan sesetengah komponen vitamin B tersebut.)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan Vitamin Bcomplex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)

CAROTOMAX– Merupakan antioksidan yang sangat baik dan membantu memeliharan membran mukosa perut dan usus. ia juga membantu meningkatkan sistem imun badan serta mengurangkan bengkak

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan 

Carotomax shaklee berbeza dari yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A (bentuk paling selamat), yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan. Jadi, jika ingin mendapatkan sumber Vitamin A yang selamat, anda perlu dapatkan carotomax shaklee. 

VITAMIN C– Vitamin C shaklee berbeza dengan vitamin c dipasaran kerana ianya bersifat ‘sustained release’. Ini bermaksud, bagi setiap biji Vitamin C shaklee (500mg), hanya 100mg akan dilepaskan kedalam sistem badan setiap jam. Jadi ianya akan kekal dalam sistem badan kita sekurang-kurangnya 5 jam. Lebih baik lagi, tiada Vitamin c yang akan terbazir dan disingkirkan melalui air kencing. Bagi Vitamin C yang tidak mempunyai sifat pembebasan secara berterusan ini, jika diambil dalam dos yang besar, ianya akan membazir kerana badan kita hanya boleh menyerap Vitamin C dalam kuantiti tertentu pada satu-satu masa dan selebihnya hanya akan disingkirkan.

VITAMIN E COMPLEX– Vitamin E shaklee dilengkapi dengan grape seed extract yang sangat penting untuk pengaliran darah yang lancar dan kesihatan saluran darah yang baik. Ia juga merupakan Vitamin E paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium.

PEPPERMINT GINGER PLUS–  Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi terkini. Secara klinikal, ianya sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman, Penting dalam pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Jika perut menghadapi masalah pencernaan, itu yang menyebabkan kita rasa kembung, angin.

VIVIX– Di Shaklee, kami mempunyai antioksidan terbaik dan sangat berkesan dalam melindungi dan memperbaiki sel. Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari yang memanfatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10 kali lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular. Vivix juga membantu dalam kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan. (Ini adalah produk terlaris di Malaysia dan luar  negara)

Sekiranya anda berminat untuk bertanya dengan lebih lanjut dalam cara atasi masalah angin, atau anda inginkan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai dengan budget anda, boleh hubungi/whatsapp Adaa untuk konsultasi percuma. InsyaAllah, kita berusaha semampunya 🙂

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · ALFALFA · CAROTOMAX · ESP · PEPPERMINT-GINGER PLUS · SHAKLEE RELATED · ZINC

GASTRIK/PEPTIK & ULSER PERUT: APAKAH SUPLEMEN MEMBANTU?

Dalam entry Adaa pada tahun 2012 bertajuk GASTRIK: APAKAH SUPPLEMENT YANG SESUAI? Adaa ada terangkan apa itu gastrik, simptom gastrik, penyebab gastrik dan suplemen apa yang sesuai.

Ya rangkaian yang adaa tulis tu memang lengkap dan sesuai dengan kondisi pesakit gastrik. masa tu Adaa tiada sebarang masalah gastrik atau angin. Bila adaa menghadapi masalah seakan gastrik (GERD) pada tahun 2015, adaa cuba suplemen yang sesuai dan ini adalah suplemen yang benar-benar membantu para pesakit yang menghadapi GASTRIK, PEPTIK & ULSER PERUT sepertimana yang dicadangkan oleh SHAKLEE. Nak ambil yang lengkap seperti dalam entry sebelum ni boleh atau boleh cuba set yang bagi adaa asas ini:

GASTRIK ULSER PERUT.jpg

ESP (Energyzing Soy Protein)

Protein merupakan keperluan asas sel. Untuk menggantikan sel yang rosak, pastinya memerlukan sumber protein yang baik dan mencukupi. Protein juga dapat meningkatkan ketahanan tubuh. Elakkan susu bagi pesakit gastrik kerana boleh mencetuskan angin. Ramai yang salah anggap bahawa ESP merupakan susu, ESP bukan susu ya tetapi soya. Air soya. Bukan sahaja membantu memperbaiki sel malah minuman terbaik ketika perut kosong dan bantu kenyang lebih lama jadi perut tak mudah masuk angin (really my best friend)

Zinc

Bertindak sebagai agen anti viral, booster pada ketahanan badan dan bantu mempercepatkan pemulihan sel2. Bila ada ulser, luka, zink adalah suplemen yang terbaik kerana menggalakkan pemulihan segera.

Carotomax

Merupakan antioksidan yang sangat baik dan membantu memeliharan membran mukosa perut dan usus. ia juga membantu meningkatkan sistem imun badan serta mengurangkan bengkak.

Alfalfa Complex

Bila perut gastrik, ada ulser, inflamasi (pedih tau) pengambilan alfalfa sangat membantu. Ianya mengurangkan keasidan dan inflamasi. Turut dikenali sebagai anti toksin asli dan anti gas

Peppermint Ginger

Penting dalam pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Jika perut menghadapi masalah pencernaan, itu yang menyebabkan kita rasa kembung, angin. Jadi setiap kali rasa sebu, angin penut dalam dada dan perut, ini sangat membantu. Boleh ambil begitu sahaja atau dilarutkan dalam air panas. Sendawa dan kentut2 nanti 🙂

 

Jika anda mengalami masalah yang sama..adaa sangat sarankan untuk ambil SET ASAS ni atau lebih tepat set wajib ni lah. Cuba dahulu ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · CAROTOMAX · SHAKLEE RELATED · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX

VITAMIN TERBAIK MENCEGAH MASALAH RESDUNG

MASALAH RESDUNG
MASALAH RESDUNG

Sinus kita merembeskan mukus bagi tujuan membersihkan saluran laluan udara dan juga melembapkan. Tetapi bila sinus tersumbat, ianya boleh menyebabkan jangkitan kuman, ketidakselesaan, dan masalah kulit muka. Selalunya mereka yang sensitif terhadap habuk akan mudah dijangkiti kuman seterusnya menyebabkan masalah resdung ni..jadi kesihatan badan yang menyeluruh terutamanya sistem imun badan yang tinggi amat penting bagi mencegah masalah resdung ni.

APA VITAMIN TERBAIK MENCEGAH RESDUNG?

VITAMIN A

Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. 

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan 

Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan. Jadi, jika ingin mendapatkan sumber Vitamin A yang selamat, anda perlu dapatkan carotomax shaklee. 

Vitamin A membantu mengawal selia sistem imun tubuh kita. Dengan Vitamin A yang mencukupi, ianya membantu tubuh untuk kekal sihat dan tidak mudah jatuh sakit. Vitamin A juga membantu kesihatan kulit yang baik dan membran yang sihat. Keduanya ini merupakan ‘tembok’ yang perlu kita pastikan sentiasa sihat bagi mengelakkan kemasukan kuman dan virus yang seterusnya boleh menyebabkan resdung.

VITAMIN C

Vitamin C merupakan Vitamin yang sangat penting bagi mencegah sebarang jangkitan dan juga merawat jangkitan sekiranya sudah terjadi. Bagi Adaa, inilah vitamin yang sangat laris dikalangan pelanggan adaa kerana sekiranya anda selesema atau demam, ianya mampu membantu anda sihat kembali. Kiranya Vitamin WAJIB ada dirumah lah ni.

Jordan S. Josephson , pengarang ” Sinus Relief Now,” menunjukkan bahawa vitamin C adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu untuk menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas. Penyakit seperti selesema, jangkitan virus merupakan salah satu punca paling biasa yang mengundang resdung. Jadi amat penting untuk kita memastikan diri kita supaya tidak selesema.

Deborah Rosin , pengarang ” The Sinus Sourcebook ,” mengesyorkan bahawa orang-orang yang mudah dijangkiti selsema supaya mengambil dos 1,000mg vitamin C (2 biji vitamin C shaklee) setiap hari sebagai langkah pencegahan dan dua kali ganda dos untuk 2,000mg jika dijangkiti selesema.

VITAMIN E

Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat yang membantu merangsang sistem imun tubuh manusia dan melawan sebarang jangkitan termasuklah jangkitan yang melibatkan sinus. Salah satu fungsi utama Vitamin E dalam menangani masalah resdung ialah ianya membantu melancarkan peredaran darah disekitar tisu saluran sinus/resdung. Ini membantu tisu sinus yang telah dijangkiti pulih dengan lebih cepat. Cadangan pengambilan harian vitamin E ialah 400-1000IU setiap hari (1-2 biji Vitamin E shaklee)

Dengan pengambilan 3 vitamin ini secara konsisten, ia bukan sahaja dapat mencegah resdung dari terus terjadi, malah secara tidak langsung, anda turut mendapat manfaat lain daripada vitamin berkenaan seperti kulit yang cerah dan cantik, imun sistem yang tinggi dan banyak lagi. Untung kan?

VITAMIN UNTUK RESDUNG
VITAMIN UNTUK RESDUNG

slide 36 slide 37

Apa lagi?

nak dapatkan harga istimewa bulan ni boleh roger2 ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
#MASALAH KESIHATAN · CAROTOMAX

7 FAKTA DAN MITOS BERKAITAN MATA YANG ANDA PERLU TAHU

Biasa tak dengar ”jangan duk dekat sangat dengan tv tu nanti rosak mata!” biasa kan? adaa sendiri bagitahu anak adaa gitu..adakah benar kenyataan tu atau sekadar mitos?

MITOS 1: Membaca dalam cahaya suram atau duduk terlalu hampir dengan TV merosakkan mata anda

FAKTA 1: Membaca dalam gelap hanya meletihkan mata kita tetapi ianya tiada kesan negatif terhadap kesihatan mata. Menonton TV secara dekat juga tiada masalah.

 

MITOS 2: tidak perlu berjumpa doktor mata melainkan ada masalah

FAKTA 2: Setiap orang perlu melakukan pemeriksaan mata secara berkala sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

 

MITOS 3: Sekiranya anda perlu untuk memakai cermin mata atau kanta lekap tetapi anda tidak memakainya, mata anda akan sakit.

FAKTA 3: Kalau tak pakai, penglihatan akan kaburlah yang pastinya, tetapi ianya tidak menyakitkan.

 

MITOS 4: Setiap kali ada bendasing masuk kedalam mata, gosok dengan segera!

FAKTA 4: Kalau habuk, bolehlah. Tetapi kalau pasir ke atau benda yang besar masuk mata, elakkan dari menggosok mata anda sebab ianya akan menyebabkan luka atau kecederaan pada mata, silap-silap boleh jadi lebih teruk nanti. Jumpa doktor segera.

 

MITOS 5: Lobak merah bagus untuk kesihatan mata.

FAKTA 5: Tahukah korang, sebenarnya BAYAM lebih baik untuk kesihatan mata? Bayam mengandungi lutein dan zeaxanthin yang boleh mengelakkan katarak atau kemerosotan penglihatan apabila umur meningkat.

 

MITOS 6: Cermin mata hitam bagus untuk mengelakkan cahaya matahari

FAKTA 6: Warna cermin mata tu tak kisah..hijau ke hitam ke coklat ke..Cuba cari cermin mata yang dapat menghalang sinar UVA dan UVB. Pendedahan terhadap sinar ini secara kerap dan berlebihan boleh menyebabkan katarak dan gangguan penglihatan.

 

MITOS 7: Optometris atau pakar mata hanya pakar dalam kesihatan mata

FAKTA 7: Pemeriksaan mata yang lengkap dan bagus bukan sahaja boleh memberitahu anda tentang kesihatan mata anda, tetapi juga penyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, kanser otak

Dah jelas dah? rupanya selama ni banyak juga kita duk dengar benda mitos ni ye haha tulah..tak baca tak tahu kan?

tahukah anda?
tahukah anda?

~sayangi mata anda~

 

 

CAROTOMAX · ESP · GLA · MY STORY · SKIN CARE · TESTIMONIAL · VITAMIN C · VIVIX

TESTIMONIAL: RISAU KULIT BERMASALAH, BERJERAWAT, KERING, JERAGAT?

MORNING! dah tengok-tengok blog adaa? Terima kasih pada pembaca yang sudi komen blog adaa..sebab tu adaa cuba sediakan blog yang mudah untuk anda semua dapatkan info ke, cari entry atau kategori yang anda nak ke..kritikan yang membina adaa sangat alu-alukan.

Semalam adaa ada up satu testimoni tentang kecantikan kulit dua beradik di facebook. Rasanya semua ada baca kot kan entry TESTIMONI TERKINI: JERAWAT KRONIK KINI MULA PUDAR dan ada kawan facebook minta testimoni adaa sendiri..jadi ha ni adaa kongsikan kat sini

Sebelum ni pun dah banyak testimoni adaa sendiri adaa tulis, tapi kali ni yang terbaru lah

photo_2015-05-21_07-02-53
JERAWAT BESAR DI DAHI, SEKITAR ATAS KENING, MUKA BERMINYAK

Ok ni gambar pertama..gambar yang ‘sebelum’ tu adaa ambil lama dah..dan tak seteruk mana..sebenarnya minggu lepas lagi teruk..walaupun taklah sampai bernanah ke ape ke tapi muka sangat ‘bumpy’ jerawat macam naik merah-merah cuma tak nampak sangat, tapi kita rasalah sakitnya dan menggerutunya tu..

Gambar ‘selepas’ tu pulak..memang terkini..adaa ambil sejurus selepas sudah masak, megemop rumah haha dua dua gambar memang takda secalit bedak atau foundation ke ape ke..totally 0.

Boleh nampak kan beza? Lighting beza sket tapi yang tekstur dan struktur kulit tu yang penting..fokus disitu hehe

photo_2015-05-21_07-03-04
PARUT, KULIT KASAR, JERAWAT

Ini pun sama..fokus pada tekstur kulit tu..tang dagu tu parut jerawat degil..sebenarnya masa ni adaa siap ada kesan cakar di pipi tapi gambar lak takda..kes kene cakar dengan Fahry huhu jatuh sekejap reputasi haha

yang dahi pun sama, berjerawat dan berminyak sangat.

Apa yang adaa ambil? adaa cuba konsisten ambil VIVIX+VITAMIN C ha..memang best..kalau buat masker vitamin c masa jerawat, jerawat cepat kecut!

cuma dengan vivix dan vitamin c boleh dapat kulit yang sihat..bukan sekadar kulit tau,.vivix juga membantu keseluruhan kesihatan..

Orang yang berjerawat ni punca dia bukan 1 tapi banyak..ada sebab hormon tak stabil, sebab cuaca, persekitaran, kelenjar minyak, toksin dalam badan..jadi bagi adaa vivix ni bantu menyelesaikan semua tu ..macam sesetengah orang mungkin perlukan bantuan lain..contoh  hormon tak stabil, tambah GLA, yang berminyak dan kusam, tambah ESP..macam contoh 2 beradik tu..yang pasti ada vivix dan vitamin c…yang takda alahan seafood, cuba ambil kolagen..fuuuuu gebu dan anjal lagi! orang korea pon jeles tau..

nak tips lebih lagi, kene cuba dulu ok?

PROMOSI MAY 2015

PROMOSI MAY 2015

YES (PROMOSI MAY-OCT 2015)

YES

Untuk mendapatkan promosi MAY 2015 DAN YES SET boleh hubungi adaa ye.Untuk pembelian SET KECANTIKAN KULIT  menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::

CAROTOMAX · ESP · GLA · SKIN CARE · TESTIMONIAL · VITAMIN C · VITAMIN E COMPLEX · VIVIX

TESTIMONI TERKINI: JERAWAT KRONIK KINI MULA PUDAR

Semalam sempat berwhatsapp dengan customer yang Adaa kenal baru 2 3 bulan..sebelum ni cik adik ni dia pernah guna pelbagai produk, habis beratus ringgit malah mungkin cecah ribuan..tetapi masalah tak selesai..jadi dia cari-cari dan jumpalah SHAKLEE ni..

Mula-mula dia kata kulit dia teruk, Adaa tengok profile picture, lawa orangnya..mana ada teruk muka nya..dia kata ‘tu guna apps kak huhu’ ..dia dan adiknya mengalami masalah kulit yang teruk..teruk tak teruk, kang adaa tempek gambar kat sini..tengok sendiri ok?

TESTIMONI VIVIX 1
2 BULAN LEPAS

 

Memandangkan selama ni dah macam-macam produk guna, kali ni dia lebih berhati-hati..dia guna dulu, kalau menajdi, baru adik dia guna sekali..elak membazir kan..jadi bulan pertama, dia ambil vivix, dan vitamin c..tak sempat habis pun lagi tapi dah mula menunjukkan perubahan positif.

TESTIMONI VIVIX 2

kulit mula elok, gembira tak terkata..tengok bahagian dahi tu, dagu dan pipi..jerawat menipis, kat pipi, hampir licin! tapi 3 hari sebelum ‘period’ bulan lepas dia whatsapp..

”akak, muka naik jerawat besar2..huhu macam mana ni..” …eh hari tu dah elok, nak dekat2 period naik balik jerawat besar-besar tu..

testi nadia 1
SEBULAN LEPAS

 

 

Tu dia..walaupun tak seteruk mula-mula dia contact adaa dulu..tapi merisaukan dia sebab naik balik jearwat kan..jadi, mulalah adaa selidik..period teratur ke tak, sistem penghadaman macam mana ..lancar ke tak..bab-bab makan minum, adaa selidik..Adaa cadangkan untuk tambah GLA+CAROTOMAX ..jadi, 3 hari sebelum ‘period bulan ni..cik adik ni anta gambar lagi..

TERBAIK!
BULAN NI..TERBAIK!

Tengok tu..nampak tak perubahan ketara pada tekstur kulit cik adik sorang ni? dah licin! parut hilang, pori-pori mula mengecil, muka pun dah tak berminyak!! cuba bandingkan balik gambar pertama tadi dengan yang terkini..best kan? bahagian pipi tu ketara sangat. dia kata..taknak dah cari yang lain..akan kekal dengan Shaklee! Cik adik ni amalkan VIVIX, VITAMIN C, CAROTOMAX & GLA.

Ok tu cerita si kakak..ni pulak adiknya..jom tengok kulit adiknye pulak..

BULAN LEPAS
BULAN LEPAS

Tu dia..lebih kurang kulit kakaknya juga masa sebelum ambil shaklee kan? Tapi, yang adiknya ni Adaa tengok, parutnya yang teruk..jerawat besar-besar tak lah banyak sangat tapi parutnya tu sampai hitam, kulit jadi kusam sebab parut hitam tu menutupi pipi tu..tesktur muka pon kasar..

TERKINI
TERKINI

Ha nampak tak perubahan tu? jerawat mengecil, parut hitam tadi dah mula menipis dan hilang, kulit makin cerah, tak kusam, tekstur kulit juga semakin cantik! bandingkan bahagian pipi tu..ini baru sebulan tau! dah makin lawa kan? si adik cuma ambil VIVIX, VITAMIN C & ESP. semalam repeat order lagi..puas hati katanya. 😀

Semalam bila dapat je testimoni dua beradik ni, sengih sampai telinga sebab bahagia sangat hehe ..adaa tahu rasanya bila kulit kita menggerutu, berparut..rasa orang pandang je kita betul tak? rimas! jadi bila dapat membantu Adaa rasa sangat seronok!!

Harap-harap lepas ni dua beradik ni makin jelita lah ye..barulah best beraya hehe

PROMOSI MAY 2015

PROMOSI MAY 2015

YES (PROMOSI MAY-OCT 2015)

YES

Untuk mendapatkan promosi MAY 2015 DAN YES SET boleh hubungi adaa ye.Untuk pembelian SET KECANTIKAN KULIT  menggunakan DEBIT/CREDIT card anda,  anda boleh klik ESELL dan dapatkan secara terus😀 (jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi adaa ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Untuk tutorial cara membeli secara online menggunakan ESELL klik SINI

esell

order now

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::