breast feeding · VITAMIN C

VITAMIN C: LEBIH VITAMIN C KETIKA MENYUSU, BAHAYA?

Dalam entry adaa yang bertajuk  Breastfeeding: Vitamin b dan c tingkatkan pengeluaran susu? Adaa ade share tentang keperluan vitamin c dan b dalam meningkatkan pengeluaran susu..tapi apa akan jadi kalau terlebih vitamin C?

Seperti yang kita sedia maklum,vitamin C ni vitamin larut air dan jika berlebihan akan disingkirkan dari tubuh melalui perkumuhan. Jadi secara logiknya tiada yang bahaya disitu kan, tapi sejauh mana benarnya?

Vitamin C

Vitamin C plays a role in tissue growth and repair, making it essential for proper development of a breastfeeding infant. It is especially important in the growth of bones, teeth and collagen, a protein found in blood vessels, cartilage, tendons and ligaments. It also helps boost the immune system’s ability to fight off disease. Vitamin C occurs in many fruits and vegetables, including citrus fruits, berries, bell peppers and tomatoes, and you can also consume it in supplement form. As a water-soluble vitamin, this nutrient passes into breast milk, so your intake impacts your breastfed baby.

Dosage and Needs

The body cannot produce its own vitamin C, so you and your baby must both get this vital nutrient from diet. While nursing a baby, you will need more vitamin C than you did during pregnancy or before having your baby. The amount recommended for breastfeeding women, according to the University of Maryland Medical Center, is 120 mg per day. (Dalam keadaan pencemaran dan cuaca yang panas, stress, menyumbang kepada kemusnahan vitamin c dengan cepat jadi dos yang lebih tinggi dicadangkan)

Effect on Human Milk

Nursing mothers who consume more than the recommended amount of vitamin C are unlikely to harm their infants because the mother’s body seems to tightly control the amount of vitamin C that gets into breast milk. According to a study in the April 1985 issue of “American Journal of Clinical Nutrition,” breastfeeding mothers who took more than 1,000 mg of vitamin C, about 10 times the recommended dose, did not experience an increased level of vitamin C in their breast milk. Instead, as long as the mother is getting sufficient vitamin C, the concentration of this nutrient in breast milk remains at the optimal level for the nursing infant. Any excess vitamin C is excreted through the mother’s urine.

source: http://www.livestrong.com/article/468962-what-does-high-vitamin-c-while-breastfeeding-do/#ixzz20B5xgbah

Jadi, dah tahu kan? Uniknya ciptaan Allah 🙂 Jadi ibu2 boleh ye ambil vitamin c untuk tumbesaran bayi dan tak perlulah risau kalau nak makan orange smp 7 biji pon 🙂

Nak lihat REAL testmoni SHAKLEE?? —–> http://bit.ly/2bdTci0

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#SHAKLEE #shakleeterengganu #sayajualshaklee #shakleemurah #esp #setkulit #kulit #masalahkulit #setpantang #sethamil #setbersalin #setmenyusu #supplementsemulajadi #vivix #jerawat #jeragat #setkurusshaklee #testimonishaklee #sidterengganu

Advertisements
ALFALFA · B COMPLEX · breast feeding · ESP · OSTEMATRIX · SHAKLEE RELATED

SHAKLEE BANTU SUSU MELIMPAH RUAH?

SHAKLEE BANTU SUSU MELIMPAH RUAH? Amboi3 tajuk…propa sungguh tau..kalaulah sesenang itu, selesai semua masalah ibu-ibu diseluruh dunia..hahaha bukan apa..ramai orang yang ambil Shaklee ni salah faham..jadi adaa rasa terpanggil untuk perjelaskan sedikit lah..

Tiada ubat atau makanan yang secara langsung boleh membanyakkan susu ibu..ada yang kata..oat lah..kurma lah..lobak putih lah..longan lah..macam2..tapi betul ke?

Adaa dulu masa anak pertama..susu takdok..dengan takda pengalaman..dengan keadaan kesihatan..dengan anak yang belum pandai latch on..sudahnya adaa frust..jadi..carilah alternatif..jumpa doktor dan doktor ada bagi ubat..tapi ubat tu bukan untuk banyakkan susu..ubat tahan muntah ke ape tah tapi side effectnya bantu banyakkan susu..gtulah..tapi sikit pon takda effect pada adaa..

Lepas tu makan itu ini..makan ubat homeopati..pon sama..tak jadi pon..sebab ape? Sendiri salah konsep..tak faham konsep..

Sebenarnya tak ada pon ubat banyakkan susu..yang ada ialah makanan untuk bantu ibu sihat..cergas..bertenaga..barulah sistem badan sihat..mood baik..susu juga lebih terhasil tapi ada syaratnya

DEMAND VS SUPPLY

Ini lah yg mak2 selalu lupa..nak susu banyak tapi pump malas..yang direct feed tu yelah sbb 24/7 dengan anak..tapi yg bekerja atau jarang bersama anak pula bagaimana? Kalau duk rumah..setiap 2 3 jam anak nak susu..tapi bila gi keje..pump sekali je dlm 12 jam..(kul 7 dah gi keje balik kul 7 mlm smp umah) guano tu?

Bila demand tak ada..supply pon takda lah..sama je konsep macam kilang..ade tak kilang yang sungguh2 lah duk buat ubat gigi contohnya sampai melambak2 sedangkan takda orang yang nak beli..bankrup lah sudahnye tokey kilang..jadi bila takda demand..kilang pon berhenti produce..

Sama juga dengan breast kita..bila takda yang nak menyusu..takkan susu nak melimpah ruah mcm paip..sudah tentu lah tak kan..

JADI KENAPA RAMAI IBU MENYUSU AMBIL SHAKLEE NI SUSU MAKIN BANYAK?

rata2 dari kita..sentiasa letih..kerja siang malam..dengan cuaca panas lagi..balik keje ade lagi keje kat rumah..

Usia pulak makin meningkat..sel2 makin tak sihat dek kerana pola pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat..ibu2 yang dah pernah bersalin banyak kali pulak lagilah..hormon dah kelaut bak kata orang..tak tentu arah dah..jadi sistem badan dah tak menentu..badan letih..tak bertenaga..hormon2 pon dah tak stabil..inilah yang mempengaruhi penghasilan dan pengeluaran susu ibu..

Dengan Shaklee..ibu2 lebih bertenaga..mendapat nutrisi yang diperlukan badan, hormon lebih stabil, lebih cergas, sel2 lebih sihat..jd ibu lebih seronok untuk menyusukan bayi..

Ada juga memang membantu penghasilan susu ibu seperti alfalfa. Yang ni special sebab alfalfa kaya dengan 1001 khasiat yang membantu kesihatan ibu seterusnya membantu penghasilan susu ibu.

Mood yang baik..badan yg cergas dan sihat sangat mempengaruhi penghasilan susu..sekali lagi dgn syarat ADA DEMAND dr bayi atau pump lah..

Jadi fahamkan? Shaklee BUKAN UBAT TAMBAH SUSU tapi MEMBANTU IBU2 untuk menyusukan anak2 dengan memberikan kesihatan yang lebih baik..

#saya ambil shaklee bukan sahaja ketika menyusu tapi ketika berpantang..menyusu..mengandung..setiap masa.. 🙂

image

I ♥ SHAKLEE

breast feeding · ESP · OSTEMATRIX · SHAKLEE RELATED

7 TIPS BERGUNA BAGI BAKAL IBU DALAM PENYUSUAN BAYI

Nak melangkah ke alam baru bukan sesuatu yang senang..dari zaman bujang, ke zaman berkahwin, ada cabaran dan keseronokan yang tersendiri. Nak melangkah pula ke alam menjadi seorang ibu juga sesuatu yang mencabar dan pada masa yang sama sangat menyeronokkan.

Mula-mula bila tahu kita mengandung, pasti nya semua ibu mengimpikan nak berikan yang terbaik untuk anak kita kan? Termasuklah nak menyusukan bayi. Rasanya semua ibu mahu rasai pengalaman tersebut..tapi dah cukup bersedia tak?

Nak kata Adaa seorang pakar, memang jauh sekali..tapi pengalaman kena mastitis, sakit, demam, bengkak susu, berdarah, digigit, dan akhirnya dapat menyusukan anak dengan lancar cukup lah nak berkongsi dengan bakal ibu di luar tu kan?

Kali ni adaa surfing2 dapat jugaklah info menarik..jadi nak kongsi sikit dengan bakal ibu.

1 JANGAN TERKEJUT JIKA IANYA MENYAKITKAN

Yelah, nama pun ‘first time’ kan..dah lah sakit bersalin tadi..nak menyusukan bayi pun sakit ke? Jangan risau, mula-mula je mungkin sakit sikit..tak banyak pun..sebab bayi baru nak belajar ‘latch on’ ..dan mungkin dalam 2 minggu terawal, ibu bakal berhadapan dengan bengkak susu yang amat menyakitkan hehe. jangan risau, nanti bayi dah pandai menyusu, ibu pun dan pandai pam susu..sakit tu takda dah.

2 BERSEDIA UNTUK MENUKAR PAKAIAN DALAM ANDA

Maaf ya ibu-ibu..agak sensitif sikit tapi perlu diberi perhatian..no more wired bra, or push up bra..sekurang-kurangnya sampai anak tu dah besar sikit atau sepanjang penyusuan..melabur lah sedikit dalam pakaian dalam yang lebih membantu dan sesuatu untuk menyusukan bayi. Sekarang ni semua dah semakin trendy tau. 😀

3 JANGAN TAKUT DENGAN ‘NIPPLE SHIELD’

Pernah dengar tak ‘nipple shield’? Adaa sendiri baru tahu masa menyusukan anak kedua. Disebabkan anak tak pandai latch on, maka adaa kena mastitis..berdarah teruk..nak menyusukan anak sampai berdarah darah..Ibu-ibu, kalau dah berdarah..peritnya Allah aja yang tahu..tambah-tambah hisapan anak ni sangat kuat tau..rasa macam disiat-siat..huhu Jadi, sampai satu masa tu, dah habis ikhtiar, adaa cuba nipple shiled..ianya melindungi nipple kita semasa menyusukan anak..at least sampai luka tu sembuh..lepas tu tak perlu guna dah pun takpe.

4 SEDIAKAN KRIM YANG SESUAI

Bila berhadapan dengan benda baru ni, kadang kala nipple boleh luka, atau kering dan menjadikan penyusuan tu tak seronok..asal nak menyusukan anak je sakit..kan tak best tu..jadi, sediakan krim yang sesuai..pelembap yang sesuai..sekarang ni banyak sangat di farmasi..yang natural, organik semua ada. Jangan malu untuk bertanya

5 WUJUDKAN ‘BREAST FEEDING STATION’ ANDA SENDIRI

Kalau dah hari-hari kena menyusukan anak, 2 3 jam sekali, dah tahu rutin, bolehlah bersedia apa yang patut..takkan nak menyusukan anak tu sambil termenung kebosanan..huhu sediakan lagu kat phone ke, atau cari port depan tv ke..atau sediakan satu tempat yang memang dah ada semuanya yang kita perlukan..contoh, satu ruang yang korang dah sediakan khas, dah lengkap dengan buku, atau radio, atau tv..ikut suka korang.

6 JANGAN TAKUT UNTUK MENYUSUKAN ANAK DI KHALAYAK RAMAI

Ya, kita ibu, kita wanita, apa lagi muslim kan..mesti tahu batas..Jika keluar, pakai pakaian yang sesuai, kita takkan pernah tahu bila ada emergency ke kan..Jika tempat tersebut menyediakan bilik atau ruang untuk penyusuan, gunakan sebaiknya. Jika tidak, boleh cari ruang-ruang yang sesuai dan gunakan segala kemudahan yang ada seperti ‘baby cover’ atau selimut, kain apa sahaja yang boleh memelihara aurat kita sepanjang menyusukan anak. Belajar untuk berbuat demikian dan jangan takut.

7 BERTEMU DENGAN MEREKA YANG PAKAR DALAM PENYUSUAN

Tahu tak kat negara kita ni ada Lactation counselor? Boleh jumpa dan dapatkan khidmat nasihat, tips berkaitan penyusuan sebelum kita bersalin..kalau taknak, sekarang online pun banyak..ya, LC yang ada website pun ramai..rajin-rajinkan diri ok? Jangan malas

Ok, cukup dulu 7 tu..InsyaAllah, selari dengan masa, kita juga akan semakin berpengalaman dan semakin mahir dengan penyusuan..semua orang pun hadapi benda yang sama, pengalaman pertama..jadi, jangan terlalu takut..enjoy the moment!

poster

~breastfeeding is beautiful~

 

 

breast feeding · TIPS

5 TIPS BERCERAI SUSU BADAN

Bulan ni Fahry dan masuk 2 tahun 5 bulan dan rasanya dah cukup lama fahry menyusu badan. Masa Adam dulu adaa tak menghadapi masalah wean-off ni sebab dia susu botol, tapi tu pun dia berhenti susu botol sekitar umur 2 tahun dengan sendiri.

FAHRY DAH BESAR!
FAHRY DAH BESAR!

Anak kedua, Eilman juga sempat adaa susukan sehingga hampir dua tahun dan nak bercerai susu tak susah sangat sebab masa tu dah mengandungkan fahry dan susu dengan sendirinya dah berkurang..jadi dia sendiri dah taknak menyusu..dia dah terbiasa dengan minum susu segar dan pernah juga minum susu formula walaupun sekejap.

Dengan fahry, situasi agak berbeza..fahry sangat mudah disusukan sejak dari hari pertama lahir lagi dan adaa tak menghadapi apa masalah langsung dalam proses penyusuan fahry. Berbeza dengan Eilman, segalanya adaa rasa..mastitis, demam panas, berdarah, bernanah, luka, bengkak..sebutkan aja..Dengan Fahry mengigit pun langsung tak pernah.

Jadi proses bercerai susu kali ini lebih sukar..13 dec 2015, mula fikir nak bercerai susu..hati rasa berat sebab fahry dah terlalu lama menyusu dengan ibu..sedih dan kesian..tapi dah sampai waktu untuk mula perlahan-lahan kan..

Percubaan pertama, letak minyak gamat..dia tak suka baunya..”susu ibu rosak” hehe jadi sebelah siang berjaya dialihkan perhatian. Bila malam nak tidur, dia mula minta dan adaa tak pernah terbayang akan jadi sesedih ini..dia seolah-olah hilang punca..menangis meraung mencari abahnya untuk bermanja-manja dan di’comfort’kan. Fahry menangis, ibu pun sedih..sampai fahry tertidur sendiri..ibu pun nangis..huhu

Tapi itulah kan..hati kena kuat..dan yang penting, jangan dipaksa..mulakan perlahan-lahan..mungkin silap juga adaa tak bagi masa nak tido..sepatutnya dimulakan secara perlahan-lahan..mungkin ambil masa berminggu, atau 6 bulan maksimum..itu perkara biasa..

Jangan dihirau kata-kata orang lain

”dah besar pun nak menyusu lagi?”

”susu lepas 2 tahun nanti jadi darah..ko nak bagi anak hisap darah?”

”susu lama-lama nanti anak jadi tak pandai”

takdanya..itu semua mitos..Allah jadikan susu ibu sebaik-baik susu untuk anak kita kan..jadi fahamilah kita cuma perlukan masa untuk proses penceraian susu ini dan utamakan emosi kita dan anak kita.

Ini adaa kongsikan 5 tips untuk panduan bersama:

KURANGKAN KEKERAPAN PENYUSUAN

  • Jangan berhenti secara mendadak. Ini akan menggangu emosi anak dan kita juga rasa tak selesa dengan bengkak susu dan sebagainya.
  • Kurangkan sesi penyusuan secara sedikit demi sedikit. Contohnya 1 sesi setiap minggu. minggu ni 7 sesi, minggu depan cuba kurangkan kepada 6 sesi dan seterusnya.
  • Berikan anak kita makanan gantian seperti yogurt, susu segar, susu soya atau sebarang makanan tinggi kalsium
  • Pastikan anak kita kenyang supaya waktu penyusuan tidak terlalu lama
  • Alihkan perhatian anak dengan aktiviti lain seperti bermain dan sebagainya. Mungkin ambil masa tetapi tak mengapa.
  • Jangan tergesa-gesa menghentikan penyusuan pada waktu malam dan jangan menawarkan susu jika tidak diminta, jangan menolak jika dia minta.

TERANGKAN KEPADA ANAK SEBAB BERCERAI SUSU

  • Walaupun anak tu baru 2 tahun, 3 tahun tapi dia dah boleh faham apa yang kita katakan.
  • Terangkan yang dia hanya boleh menyusu waktu malam contohnya. Atau ibu sakit, terangkan dan jangan marah.

 

MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN PADA WAKTU MALAM

  • Ini mungkin mengambil masa sedikit tapi sabar jelah :D. Sebolehnya kita elakkan penyusuan sebagai langkah untuk menidurkan anak. Gantikan dengan dodoi, zikir, menggosok belakang anak, atau membaca.
  • Jika anak tetap mahu menyusu, menyusukan anak ditempat lain dan bukan ditempat kegemaran dia. Kadang-kadang, dah jadi tabiat pantang nampak kita ditempat tertentu, mesti nak menyusu kan..jadi lakukan benda diluar kebiasaan.
  • Jika anak nak menyusu pada waktu malam, boleh minta tolong suami dodoikan, atau beri susu perahan kita.

 

KURANGKAN BENGKAK SUSU

  • Ini penting. Jangan kerana nak bercerai susu, kita pula sakit dek bengkak susu, demam panas, atau lebih teruk, mastitis.
  • Elakkan makan makanan penambah susu buat seketika. Dan jika menghadapi bengkak susu, tuam dengan air panas atau mandi dengan pancuran air panas sambil urut payudara untuk mengurangkan bengkak
  • Gunakan sayur kobis untuk mengurangkan bengkak dan susu. Letakkan helaian kobis diantara payudara dan bra. Biarkan 20 minit dan lakukan 2 kali sehari.

 

PERUBAHAN TINGKAH LAKU

  • Selama anak kita menyusu dengan kita, dia dah terbiasa rapat dengan kita. Begitu juga siibu..sebab tu rasa sedih jika anak menangis nak susu kan?
  • sebagai ganti, lebihkan belaian, layanan. Dia mungkin menjadi lebih nakal, cuba menarik perhatian, bersabarlah dan jangan dimarahi. Dia dan kita sama-sama mengalami perubahan emosi jadi lebihkan doa dan bersabar.

Semoga tips ini berguna buat ibu-ibu diluar sana. Yang penting jangan terburu-buru..jangan rasa pelik anak menyusu lama sangat..itu biasa..fahamkan mereka yang mereka perlu berhenti menyusu badan. Berikan ganti..adaa selalu bagi susu segar  dan vitamin yang sesuai..tak kisahlah brand apa pun..janji pastikan semulajadi dan berikan khasiat yang mereka perlukan ok?

~PENYUSUAN SATU IKATAN ISTIMEWA~

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
breast feeding

BENARKAH SUSU IBU BOLEH TERCEMAR?

Memandangkan Adaa ni fulltime house manager aka housewife, maka memag selalu jugaklah mengadap tengok Wanita Hari Ini..tapi tang keluar isu best ni tak tertengok lak..jadi terima kasih kepada Rahsia Vitamin.com kerana sudi berkongsi tentang isu ni di blog ye..boleh kite sama-same kaut ilmu ni ..Jadi, betul kah susu ibu boleh tercemar? sile baca ..

salah seorang hero susuan ibu :D
salah seorang hero susuan ibu 😀

Topik yang dibincangkan dalam rancangan Wanita Hari Ini pada 20 Julai 2011..Panel jemputan yang hadir tadi ialah:

  • Dr. Norashikin Muhd Fuad – Pakar O&G Hospital Sungai Buloh
  • Pn. Kamariah bt Mohd Alwi – Lactation Consultant
  • Dynaz Mokhtar – Selebriti terkenal yang sangat2 menyokong penyusuan susuibu

Satu topik perbincangan yang penuh informasi terutamanya bagi ibu-ibu baru/bakal-bakal ibu sebagai persediaan mental dan fizikal untuk berjaya dalam penyusuan susuibu. Saya cuba kongsikan beberapa soalan yang dibincangkan dalam topik WHI tadi. 

Antara soalan yang dikemukakan….

Adakah susu ibu boleh tercemar?


Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima. Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati. Di dalam
susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan berada di dalam suhu bilik tidak bertutup pun, boleh bertahan lama, sekurang2nya 8 jam…berbanding dengan susu formula.

Apakah ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar?


Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu. Ubatan lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan oleh ibu akan ditapis terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril


Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setiap kali bersama bayi. Ini kerana, dalam susu ibu ada unsur hidup yang berperanan sebagai ‘askar-askar’. Sekiranya bayi disusukan terus dari payudara, maka ‘askar-askar’ tersebut akan terus masuk ke dalam tubuh bayi dan akan melindungi bayi dari sebarang jangkitan dari luar.

Ini berbeza apabila susu ibu diperah untuk disimpan. Askar2 tersebut perlu bertugas melindungi susuibu yang diperah itu dari sebarang bakteria dari luar.

Susu ibu basi?


Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi).
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna dan bekas yang digunakan adalah tercemar. Maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa.


Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza.
Ia tidak dapat ditiru oleh mana-mana syarikat susu formula seluruh dunia. Rasa susu ibu akan mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian.. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai. >_<

Sebenarnya itulah uniknya susu ibu kerana bayi yang menyusu susu ibu telah didedahkan dengan pelbagai rasa (dari susu ibu) sebelum diperkenalkan dengan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan. Ini adalah kerana sejak dari baby lagi anak-anak yang menyusu ini telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.

Kenyataan ini turut disokong oleh Dynaz kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.

Susu ibu boleh bertukar warna?

Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

Nak kuruskan badan..BF secara exclusive jer!


Pengakuan dari Dynaz. Setiap kali kawan dia tanya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat. Jawapan dia hanya satu. Breastfeeding!!

Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur. Seperti yang kita selalu dengar..anak yang BF ni bonding dengan ibu sangat-sangat kuat!!! Yang ni saya sangat setuju!!! Sebab kedua-dua anak saya, pantang ibu hilang di mata…masing-masing terus mencari…”ibu…where are u…” 🙂

Majikan perlu bagi sokongan

Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.

Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang BF. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF. Anda bagaimana??

Sekiranya kita dikurniakan kesihatan yang baik dan susu yang mencukupi oleh Allah, laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai ibu dengan menyusukan anak-anak selama mungkin. Anak-anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai. Oleh itu, berikanlah yang TERBAIK untuk mereka. Saat menyusukan anak merupakan saat terindah yang pasti tak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa yang bergelar ibu.

*sumber : Hana Seman (Kaunselor Laktasi) versi RahsiaVitamin.Com

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#MASALAH KESIHATAN · ALFALFA · B COMPLEX · breast feeding · ESP · KALSIUM · OSTEMATRIX · VITALEA · VITAMIN C

TEKNIK ‘POWER PUMPING’: BANTU IBU TINGKATKAN STOK EBM

Hari ni Adaa nk share tentang power pumping. Ramai customer Adaa yang breastfeeding anak, tetapi bekerja. Ada juga yang bekerja dari rumah tapi bila sekali sekala nak meninggalkan anak atas urusan kerja, terbatas. Jadi nak taknak kenelah pump kan untuk kumpul stock Ebm. Kadangkala tuh datang lak masa2 susu merudum , jadi apa yg anda boleh buat? Boleh cuba TEKNIK POWER PUMPING. Macam mana tuh? Jom sama-sama belajar:

POWER PUMPING
POWER PUMPING

credit:

 

Power pumping is useful as one of the methods if you’re trying to build up your stocks and stimulate your breasts to produce more milk (if you’re having problem with low milk supply).
*Power pumping = hyperstimulation

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
 

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

single pump  

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

DOUBLE PUMP
DOUBLE PUMP



Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Kalian jgn igt sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

 

Disamping teknik mengepam yang betul, anda juga mungkin ingin mengambil suplemen yang membantu meningkatkan pengeluaran susu badan anda. Disini Adaa kongsikan beberapa pilihan untuk anda ya

  1. 1st Choice: Vitalea+Bcomplex+Vitamin c+Alfalfa
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelitdan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuaiuntuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.

 

  1. 2nd Choice: Bcomplex+ Vitamin c+ Vitalea+ Ostematrix

  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantumenghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susudan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

 

  1. 3rd Choice: Bcomplex+ Vitamin c+ Vitalea+ Ostematrix+Alfalfa
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Pilihan ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

 

  1. 4th choice: Bcomplex+ Vitamin c+ Vitalea+ Ostematrix+Alfalfa+ESP (best seller!!)
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walautelah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Pilihan yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yangbaru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Pilihan yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
MY CHOICE!
MY CHOICE!

Jadi ibu-ibu jom kita sama-sama jayakan penyusuan ok? 😀

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
#CADANGAN DAN SET RAWATAN · breast feeding · ESP · MEALSHAKE · PERFORMANCE DRINK · VITALEA · VITALEA FOR KIDS

TAWARAN KHAS RAMADHAN ADAA’S INSPIRATION: BISIK-BISIK JOM!

Apa pulak nak berbisik ni? Sebenarnya mulai 25May lepas hingga 15june 2015 ni adaa ada mengadakan promosi..tapi ini tiada kaitan dengan Shaklee Malaysia ok..ini khas daripada  Adaa sendiri..TAWARAN apa?

Macam adaa sebut diatas, ..tawaran khas ramadhan..jadi kali ni adaa nak bantu lebih ramai Umat Islam diluar sana untuk menjalani ibadah puasa dengan baik, insyaAllah..

Adaa akan berikan

1.Tips eksklusif, sticker dan jadual nutrisi ketika ramadhan

2. Bagaimana nak kekal bertenaga ketika menyusukan atau mengandung sambil menyusukan anak ketika ramadhan

3. Bagaimana nak diet ketika ramadhan tanpa menjejaskan kesihatan dan ibadah puasa itu sendiri

Perkongsian info-info ni adaa buka kepada semua pembaca blog adaa’s inspiration..nak borak-borak, nak pm..semua adaa alu-alukan..insyaAllah, anda akan dapat lebih dari sekadar info. 😀

Adaa tahu, cuaca sekarang sangat panas..Malaysia semakin mendidih..kita tengok anak2 kita balik sekolah..kesiannya la hai..menyeret je kaki tu ha letihnya..itu belum bulan puasa..apa lagi kalau time puasa..yang nak belajar puasa lagi..huhu

Jadi, tugas kita lah nak membantu anak-anak kita, diri kita dan keluarga kita agar lebih sihat dan bertenaga ramadhan nanti..betul tak?

Jadi, nak borak2, bisik2..jom! pm adaa ok?

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::