#KORANGTAUTAK · SHAKLEE RELATED

5 KELEBIHAN MANDI AIR SEJUK UNTUK KESIHATAN

Siapa suka mandi air sejuk? Pagi-pagi, lepas tu kena pula masa musim tengkujuh, huuu sejuk sampai ke tulang. Kalau boleh nak mandi dengan air panas sepanjang masa. Tapi anda tahu tak, mandi air sejuk ni banyak kelebihannya untuk kesihatan?

Hari ni Adaa kongsi 5 kelebihan mandi air sejuk ok? (berita gembira untuk yang takda ”water heater” šŸ™‚ )

1. MENINGKATKAN TAHAP KEPEKAAN

Membayangkan air sejuk kena pada kulit kita sahaja pun dan cukup untuk membuatkan kita menggigil, malas nak mandi betul tak? Sejak kita kecil dulu nak pergi sekolah, mandi pagi tulah sesuatu yang mungkin mencabar nak dibuat diwaktu pagi. Tapi tahukah anda semua, apabila air yang sejuk tadi mula membasahi tubuh kita, kesan terkejut dek kesejukan tadi membuatkan kita bernafas lebih dalam, dan meningkatkan pengambilan oksigen ke dalam tubuh lalu membuatkan kita rasa lebih panas dan selesa. Bila kita bernafas dalam-dalam, degupan jantung juga bertambah dan darah akan mengalir dengan laju ke seluruh sistem tubuh lalu memberikan kita tenaga secara semulajadi di pagi hari lagi.

2. MEMELIHARA KULIT DAN RAMBUT

Salah satu cara paling berkesan dan efektif dalam memelihara rambut dan kulit yang cantik dan sihat adalah dengan mengamalkan mandi air sejuk. Air panas cenderung untuk membuatkan rambut dan kulit bertambah kering, jadi penggunaan air sejuk membantu mengetatkan Ā liang pori dan kutikel rambut dan kulit serta mengelakkan dari tersumbat. Air sejuk juga boleh bertindak sebagai ‘pelindung’ kepada kulit kepala dan kulit dari kotoran.

Seorang ahli dermatologis, Ā Jessica Krant, menyatakan air sejuk dapat membantu dan menghalang minyak semulajadi hilang daripada kulit kita dengan cepat. Tetapi perlu diingatkan ya, penggunaan air sejuk pada kulit hanya mengetatkan pori kulit kita secara sementara disebabkan aliran darah yang disekat dan bukannya mengecilkan liang pori secara kekal.

Dalam penjagaan rambut pula, penggunaan air sejuk membuatkan rambut lebih bersinar, kurang gugur dan lebih sihat.

3. MENINGKATKAN TAHAP IMUN DAN PENGALIRAN DARAH

Seperti yang adaa nyatakan tadi, apabila kita mandi menggunakan air sejuk, ianya membantu pengaliran darah yang lebih baik. Suhu air yang sejuk tadi menggalakkan jantung kita mengepam darah dengan lebih baik keseluruh sistem badan seterusnya meningkatkan kesihatan jantung secara menyeluruh. Ia juga dapat membantu merendahkan tekanan darah, membersihkan arteri yang tersumbat dan meningkatkan tahap imun badan.

4. MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN

Bolehkah air sejuk membantu penurunan berat badan? macam tak percaya kan? Tubuh manusia terdiri dari dua jenis tisu lemak iaitu ‘brown fat’ dan ‘white fat’. ‘White fat’ merupakan lemak yang terkumpul dalam badan kita apabila kita mengambil kalori secara berlebihan daripada yang diperlukan oleh tubuh kita. Senang cerita, lemak yang membuatkan kita gemuk tu lah. ‘Brown fat’ pula ialah lemak yang baik yang membantu tubuh kita kekal hangat dan ianya diaktifkan apabila terdedah kepada suhu yang sejuk. Jadi, mandi dengan menggunakan air sejuk dapat meningkatkan aktiviti ‘brown fat’ ni tadi.

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2009 mendapati, pendedahan tubuh kepada suhu sejuk pada 23-24 peserta telah meningkatkan aktiviti ‘brown fat’ kepada 15 kali ganda. Ini bermakna, mereka boleh kehilangan sehingga 9 paun setahun jika mereka mengekalkan amalan ini.

5. MENGURANGKAN STRES DAN MELEGAKAN DEPRESI

Kajian menunjukkan, mandi dalam air sejuk dapat menurunkan tahap asid urik, dan meningkatkan ketahanan terhadap stres. Ia juga meningkatkan gluthathione, sejenis antioksidan yang membantu antioksidan lain didalam tubuh untuk berada dalam keadaan optimal.

Air sejuk juga dapat Ā membantu melegakan depresi Ā atau kemurungan akibat impak yang kuat dari reseptor sejuk dikulit yang menghantar sejumlah besar impuls elektrik dari hujung saraf periferal ke otak. Dalam kata mudah, ianya dapat menghasilkan kesan anti-depresi, meningkatkan mood baik anda.

 

Jadi, jangan risau atau teragak-agak untuk mandi air sejuk terutamanya diwaktu pagi ya. Bagus tau untuk meningkatkan tenaga, dan mood anda sepanjang hari. Barulah tak stress kena hadap kesesakan lalu lintas šŸ˜›

Adaa

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s