resepi

RESEPI SUP KAKI AYAM TOFU

SIAPA SUKA SUP KAKI AYAM?

Anak Adaa yang 4 tahun sangat suka kaki ayam. Apa yang syok sangat pun tak tahulah. Kadang makan kaki ayam sampai pejam² mata dek syok sangat duk menggigit kaki ayam tu. Hehe

Adaa pun suka sup kaki ayam tapi kalau buat kosong aje kadang tu muak jugak. Jadi Adaa buat lain sikit lah kali ni.

SUP KAKI AYAM DENGAN “PRESSED” TOFU & CHINA LEEK

Adaa sebolehnya nak elakkan guna sebarang MSG, jadi kali ni resepi memang simple. bagi yang nak “eat clean” boleh cuba ya.

BAHAN-BAHAN

  • 10 kaki ayam
  • Seinci halia-dihiris
  • Dua ulas bawang putih- dihiris
  • Dua ulas bawang merah-dihiris
  • Sedikit udang kering-tumbuk
  • Sup bunjut
  • Limau kasturi
  • Setengah blok pressed tofu (kalau nak guna tauhu biasa pon boleh, dal dua tiga keping)
  • Sebatang china leek (daun bawang cina yang besar tu)

CARA-CARA

  1. Tumiskan bawang dan halia yang dihiris bersama udang kering sehingga naik bau
  2. Masukkan kaki ayam dan gaul rata seketika
  3. Masukkan tauhu atau tofu yang dah dipotong. Elakkan kacau kerap nanti hancur.
  4. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih. Masukkan sup bunjut ,akar china leek tadi untuk lebih perisa dan kemudian biarkan mereneh. (reneh lebih lama bagi memastikan kaki ayam empuk dan perisa dapat diserap baik kedalam tofu)
  5. Masukkan sedikit garam
  6. Taburkan daun bawang cina atau china leek (yang mana korang jumpa lah)  kedalam sup. Perahkan sedikit limau kasturi.
  7. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas, sambal belacan ke suka hati korang hehe.

Senang kan, pejam mata pon boleh buat. Ni namanya lauk kanak²,kalau nak pedas, masukkan aja lada api yang diketuk.

Selamat mencuba!!!

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s