Seminggu dua ni cuaca teramat panas. Berada diluar rumah dan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung pun memang perit rasa kulit ni. Apa lagi bagi orang yang bekerja bawah sinaran matahari kan..mau ‘sunburn’ dibuatnya.
Adaa rasa panas sekitar terengganu ni menyucuk jugak mungkin sebab dekat dengan pantai..haba nya lain macam..kalau malam-malam pun peluh menitik-nitik walaupun dan pasang kipas ‘full speed’ bayangkan ajalah waktu siangnya macam mana..huhu
Bagi anda yang terdedah kepada sinaran matahari, apa cara terbaik untuk mengubatinya? Adaa kongsikan 5 cara ok?
- AIR SEJUK
- LIDAH BUAYA
- MADU
- MINYAK ZAITUN
- KUNYIT
AIR SEJUK
Bila kulit terdedah kepada sinar matahari, kita akan rasa pedih dan panas kan. Jadi perkara pertama yang kita perlu buat ialah menurunkan suhu kulit dahulu. Sebaiknya jangan terus jirus air sejuk ke berais ke kat kulit tetapi gunakan kain dan basahkan kemudian lap secara lembut bagi mengelakkan kulit terasa pedih
LIDAH BUAYA
Ini bukan lidah buaya hidup tu tau..ini daun lidah buaya..Daun lidah buaya ni terlalu banyak khasiatnya dan lendirnya sangat sejuk. Kandungan licodine dalam lidah buaya mampu mengurangkan rasa pedih dikulit yang terdedah kepada sinaran matahari. Kalau tak jumpa yang hidup, gel lidah buaya juga boleh digunakan.
MADU
Apabila kulit dan kurang pedih, jangan biarkan begitu sahaja sebab ianya mungkin akan meninggalkan kesan hodoh dikulit anda. Bagi mengembalikan semula kecantikan kulit, hanya campurkan madu bersama perahan lemon dan sapukan dikulit yang terbakar dua kali sehari sehingga kulit kembali normal.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun sangat terkenal dengan kelebihannya sebagai pelembap dan menghaluskan kulit. Minyak zaitun yang dicampur dengan perahan lemon mampu mengembalikan warna asal kulit anda dan melembapkan kulit. Lakukan 2 kali sehari sehingga kulit kembali normal atau selagi anda suka kerana pemakaian minyak zaitun yang berterusan mampu meghaluskan kulit.
KUNYIT
Kulit mengandungi 1001 khasiat dan salah satunya adalah untuk membaiki kulit yang rosak akibat sinaran cahaya matahari. Campurkan serbuk kulit dengan susu sehingga menjadi seperti pes atau bedak sejuk yang kita selalu guna tu 😀 Gunakan campuran tersebut sebagai skrub. Sapu rata dikulit dan biarkan mengering beberapa minit. Kemudian gosok lembut, biarkan beberapa saat sebelum dibilas dengan air bersih.
Bahan-bahan ini semua senang didapati kan. Yang penting, ianya selamat digunakan. 😀