NUTRIWHITE · SHAKLEE RELATED

9 RAHSIA KULIT LICIN BERSERI DALAM 1 MINGGU SAHAJA

Selamat pagi dunia!! Hari ni kita bongkar rahsia kulit cantik nak? Biasanya perempuan ni fikir pasal ‘whitehead’, ‘blackhead’, jerawat, kulit menggerutu, kulit terbakar dek cahaya matahari..macam-macam lah..kenapa Adaa kata kita duk fikir pasal kulit je? Buktinya lambakan produk kecantikan diluar sana serta raaammmaaaiiii ‘customer’ adaa yang mencari produk untuk kulit ni tau. Tapi pagi ni adaa fokus pada tips mendapatkan kulit licin dan bebas noda ok?

jenis-kulit

TENTUKAN JENIS KULIT ANDA

Kulit kita berbeza-beza, ada yang berminyak, kering atau kombinasi keduanya. Jadi penting untuk kita tahu kulit kita ni jenis yang mana.

Caranya: Cuci muka dan biarkan kering dan jangan disentuh selama sejam. Kemudian, periksa dengan meletakkan tisu di kawasan T-Zone (tepek-tepek sikit atau dabbing)

Kulit Normal: menunjukkan tiada kesan minyak atau kulit kering menggelupas. Ini adalah idaman setiap wanita!

Kulit Berminyak: terdapat kesan minyak pada tisu. Biasanya orang yang mempunyai kulit berminyak mempunyai liang pori yang besar dan muka sentiasa berkilat.

Kulit Kering: Terdapat kesan kulit menggeupas atau kering. Kulit jenis ini memerlukan pelembap yang sesuai.

Kulit Kombinasi: Gabungan ketiga-tiga diatas. Selalunya berminyak dikawasan T-Zone dan kering dibahagian lain.

LABURKAN SEDIKIT WANG ANDA UNTUK PEMBERSIH, PENYEGAR, PELEMBAP DAN SKRUB YANG SESUAI DENGAN KULIT ANDA

Cuba beberapa jenama pencuci, toner dan moisturizer yang ada dipasaran. Barulah tahu apa yang sesuai dengan kulit kita kan. Yang mahal tak berberti elok untuk semua jenis kulit dan yang murah pula tak bermaksud tak elok. Jadi jangan bersikap skeptikal dahulu sebelum mencuba ya.

Pastikan anda memilih produk yang SELAMAT, BEBAS KIMIA bagi mengelakkan pori tersumbat, kulit muka rosak dan membahayakan kesihatan.

Jika anda mengalami masalah kulit tertentu seperti eczema, pastikan berjumpa dengan dermatologis dan dapatkan rawatan serta produk yang sesuai. Jangan tangkap muat je ya!

BELI KRIM PELINDUNG UV UNTUK KEGUNAAN HARIAN 

Pastikan anda menggunakan krim pelindung Uv sekurang-kurangnya yang mengandungi SPF15 bagi menghindar pancaran UV-A dan UV-B yang boleh menyebabkan kerosakan kulit serta mendorong kepada kanser. Malaysia merupakan negara yang sangat panas jadi, tak salah untuk anda menggunakan krim dengan SPF30 atau lebih.

CUCI MUKA 2 KALI SEHARI

Jangan malas cuci muka! Untuk kesan yang baik, cuci muka 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam. Kalau cuci seminggu sekali mana nak nampak kesan kan? Juga gunakan skrub beberapa hari sekali, jangan terlalu kerap bagi mengelakkan kulit menggelupas.

Ketika mencuci muka, elakkan menggosok muka dengan kain atau loofah atau sebarang material yang kasar. Memadai dengan menggunakan tangan sahaja. Kulit muka kita ni sensitif tau.

Cuci muka dengan bersih 2 kali sehari. Ini sangat penting terutama bagi yang mempunyai kulit berminyak dan pori yang besar.

Gunakan pelembap selepas mencuci muka. Ketika mencuci, semua kekotoran dan minyak termasuk minyak asli dimuka dibersihkan. Jadi, kulit memerlukan sesuatu untuk kekal hidrat. pastikan anda menggunakan pelembap yang sesuai.

CUCI MAKE-UP ANDA

Pemakaian make-up seharian menyebabkan kulit sukar bernafas, juga mungkin terdapat pelbagai kekotoran yang melekat setelah seharian diluar. Liang pori yang tersumbat boleh menyebabkan kulit mudah berjerawat. Jadi pastikan anda mencuci solekan sebelum anda tidur.

Jika solekan terlalu tebal anda mungkin boleh menggunakan ‘make-up remover’ yang terdapat dipasaran.

MAKAN MAKANAN SEIMBANG

Masih ingat piramid makanan? Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian anda. Elakkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak ok?

MINUM DENGAN BANYAK

Tahu cecair ajaib didunia? AIR.  Lebih menarik ianya sangat senang diperolehi kan? Badan memerlukan air yang mencukupi untuk melakukan proses detoksifikasi, pennghidaratan dan menjamin fungsi tubuh yang lancar. Amalkan pengambilan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari atau secara mudah, 25kg berat anda = 1 liter air. Jadi, kiralah 😀

Elakkan minuman bergas, manis kerana ianya tidak memberi manfaat kepada tubuh dan kulit anda. Pengambilan teh hijau pula amat bagus kerana ianya mengandungi antioksidan yang mampu membaiki sel anda.

SENAMAN

Senaman boleh membantu meningkatkan metabolisme badan anda. Kulit yang sihat adalah sebahagian daripada tubuh yang sihat kan? Ianya juga bagus untuk mengelakkan stress dan ingat, jika kita stress, kulit akan mudah berkedut tau!

TIDUR

Tidur yang mencukupi adalah satu rahsia yang kepada kulit cantik dan sihat yang sering kita lupakan. Tidur yang tidak mencukupi hanya akan membuatkan anda nampak letih, wujudnya lingkaran hitam atau ‘eye bag’ dan kulit menjadi kusam. Jadi, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.

Semua tips mudah kan? Cuba amalkan baru nampak kesan. Buat secara berterusan ya. Selamat mencuba!

SKIN CARE SHAKLEE
SKIN CARE SHAKLEE

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s