SHAKLEE RELATED

KOLESTEROL TINGGI? BAGAIMANA CARA MENURUNKAN KOLESTEROL DALAM DARAH

Setiap hari, macam-macam persoalan ada dalam fikiran adaa..tengok itu fikir, tengok ini fikir..kalau baca blog adaa ni agaknya korang pun tahu apa adaa fikir hari-hari sebab itu lah jugak yang adaa akan tulis hehe

semalam fikir pasal kolesterol. Malaysia ni dah nak bertukar menjadi macam USA..semua makanan kita padat dengan kolesterol. Memang malaysia syurga makanan, tetapi bukanlah syurga makanan sihat. Makan tu boleh,cuma beringat dan seimbangkan dengan aktiviti harian. Yang jadi masalah, kalau tak balance. Kalau rutin harian kita aktif, makanan pun seimbang, sekali sekala pekena sup gear box ke takda masalah punya.

Masalah kolesterol tinggi ni melibatkan hampir 90% rakyat malaysia. Tak kira kurus atau gemuk, majoriti mengalami masalah kolesterol tinggi lebih dari paras normal. Mungkin kita tak sedar, jadi pastikan korang lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Selama ni Adaa cek, kolesterol ok. Tetapi bila dah umur meningkat, kesihatan pun terganggu juga mulai tahun lepas, makan pun tak menentu, bila cek, adaa sedikit tinggi lah kolesterol LDL yang jahat tu. Jadi, sebelum terlambat, kenalah turunkan ye dok?

5 CARA MENURUNKAN KOLESTEROL

Mengurangkan lemak tepu dan trans: Lemak Trans mempunyai kesan dua kali ganda lebih hebat dalam meningkatkan LDL (lemak tak baik) dan menurunkan HDL (lemak baik). Contoh lemak tepu dan trans adalah mentega, marjerin,  produk tenusu penuh lemak, lemak pada daging, ‘fast food’ yang berminyak dan minyak sayuran.

 

Ambil lemak tak tepu: Apabila dimakan secara sederhana sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak tepu, lemak monotaktepu dan lemak poli tak tepu membantu menurunkan jumlah keseluruhan kolesterol dan LDL serta meningkatkan HDL. Contohnya termasuk ikan, minyak zaitun, minyak flaxseed, avocado, kekacang dan benih (sunflower seed, pumpkin seed contohnya).

 

Meningkatkan serat: Serat adalah sangt penting untuk menurunkan paras kolesterol. Contohnya termasuk bijirin penuh (whole grain), gandum dan oat bran, sekam psyllium, buah-buahan, sayuran dan kekacang.

 

Makan bawang putih: Bawang putih mempunyai kesan menurunkan kolesterol.

 

Pengambilan Lecithin: Lecithin (berasal dari kacang soya) membantu melarutkan lemak dan kolesterol.

 

Kalau dari segi supplement, Shaklee menyediakan GARLIC COMPLEX & LECITHIN untuk memudahkan korang. Mungkin tak ramai yang sempat nak masak bawang putih hari-hari, jadi pengambilan supplemen sangat membantu memudahkan korang. Hanya keluarkan dari botol dan makan.

Yang bagusnya, ianya memastikan kita tak skip makan makanan yang merendahkan kolesterol ni. Yelah, dari 5 cara tadi mungkin ada yang kita miss, tapi kalau dah siap2 ada depan mata garlic dan lecithin ni kan lebih mendisiplinkan kita kan. senang sangat nak ambilnya.

Semua pilihan kita..mahu atau tidak sahaja. Buat pilihan secara bijak ok?

‘LIVE HEALHIER LIFE’

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s