#THROWBACK · MY STORY · SHAKLEE RELATED

#THROWBACK: SEHARI WINTER DI BUMI BELFAST

#THROWBACK: SEHARI WINTER DI BELFAST

Selalunya kalau waktu winter apa yang paling Adaa suka buat? hehe

Dari semalam, hujan mencurah-curah macam air terjun..sejuk yang amat..maka keluarlah uniform dikala sejuk, berstoking dan bersweater 🙂

Bila tengok cermin teringat pulak masa di Belfast dulu..inilah dia uniform rasmi setiap hari.

Duk dalam rumah pun berstoking sweater bagai ke? Almaklumlah..dulu kan student, dengan sewa rumah, bil internet, letrik..heater paling parah sekali, maka kenalah berjimat duit scholarship tu..jadi rumah kami setiap hari ada peraturannya..

2.jpg
it’s winter time!

Selalunya musim spring atu autumn, bolehlah on heater lambat sikit supaya tak beku diwaktu malam..tapi start malam lah..siang tak on..lagipun semua pergi kelas kan..

Tapi bila waktu winter, malam pun start awal..pukul 4, 5 petang kadang dah malam..balik kelas pun dah gelap ..siang pulak lewat..memang waktu malam lebih panjang..jadi nak taknak, kenalah on lebih masa sikit..kalu tak bekuuuuu huhuhu

Yang Adaa paling sengsara waktu winter adalah MASAK .. uuuu air paip sejuk nauzubillah..paip pulak mana ada yang combine air panas dan sejuk..bila nak masak, dengan lauk pun sejuk, letak tangan bawah pancuran air pun sejuk beku..uuuu sampai ketulang rasanya. masak macam berperang. kang kalau bukak paip yang panas melecur pulak haha

Sangat mencabar bagi Adaa nak memasak time winter, apa lgi waktu siang bila heater pun kita tak on lagi..ambil wuduk lagi satu..tabahkan jiwa dan fizikal hahha sejuk beku muka kaki tangan semua 😛

Tapi kalau waktu winter ni ada a few thing yang Adaa suka:

1 Mengular

hhaha pakai sweater, stoking, duk pulak dalam duvet..uuuu syurgaaa. Buat nye pulak masa tu ada cerita best, ada snek..memang layan..sebijik macam beruang kutub. Dulu setiap tahun adaa akn tunggu Anugerah Juara Lagu (AJL) ..tengok streaming live from Malaysia gitu..time2 ada cerita best gitu lah, duk atas katil, hadap computer, dengan keropoknya..memang liat dah nak berganjak. rasa nak tido sokmo..hehe

2 Makanan lambat basi

Bila sejuk2 ni bakteria pun tak aktif..letak makanan atas meja pun tak yah risau basi..elok jer..bukan apa..kadang tu terlupa masuk dalam peti ais kan..tak sengaja..

Ada kawan adaa yang duk di hostel universiti dia, lagi best, punya malas kan, letak aje susu yang dia beli kat luar tingkap. sama je suhu dengan dalam peti ais hehe

3 Shopping!

Waktu winter semua orang tahu ada perayaan krimas kan? Inilah masanya sale segala mak datuk ade. Dengan sale sebelum krismas, lepas tu boxing day pulak lagi..lagi best bila bershopping dalam keadaan malam, dihiasi lampu yang bling-bling..pukul 4 5 gitu dah malam..jadi memang bestlah..pukul 9 dah boleh balik rumah..bukannya keluar tengah malam ye..no no..anak dara mana boleh keluar sampai lewat mlam..lagi pun kedai disana semuanya tutup awal..Diorang tak bukak kedai sampai malam..selalunya kul 6-8 gitu semua dah tutup..sebab malam diorang ada aktiviti lain pulak kan…

4
Sebok nak shopping jugak (i jadi cameraman hehe)

4 Salji!!

Walaupun cuaca sejuk agak menyusahkan pergerakan harian, tapi salji adalah waktu yang sangat rare di Belfast. Jadi memang dinantikan setiap tahun. Berbeza dengan tempat lin, Belfast ni lebih kepada tempat yang mandom jer..selalu sangat hujan..matahari susah nak jumpa..dan salji pun susah nak jumpa..kadang tu segan-segan jer turun..Tempat macam manchaster ke new castle ke sheffield ke dah ditimbuni salji tebal..Belfast kalu dapat paras buku lali tu dah kire best habis dah hahaha

1
Depan rumah, jakun salji turun..almaklum, jarang2 turun di bumi Belfast

Bila sajli turun, berjalan pulak dalam salji, pekena pulak Hot Choco atau coffee..uuuuu sangat best!

3.jpg
having ice cream with your girlfriend during winter is the best!

Ada banyak moment indah di Belfast tapi adaa dah lupa..hope suatu hari nanti dapat kesana lagi dengan keluarga..n anak2, bila besar boleh baca apa ibu tulis ni ye 🙂

*tengkujuh sudah datang…brrrrrrrr

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s