#THROWBACK · MY STORY · SHAKLEE RELATED

#THROWBACK: SEDAPNYA SASHIMI RICE BOWL!

#Throwback pagi-pagi buta ni kejap..tetiba teringat Sashimi rice kat Belfast dulu hehe

Pernah makan sashimi rice tak? Bangun pagi ni teringat pulak kat sashimi rice. haha

Adaa suka makan makanan jepun ke western ke melayu ke..asalkan sedap 🙂 . Salah satu menu yang Adaa tak boleh lupa ialah Sashimi rice. Apa bende tu?

Biasa makan sushi? Sushi ni lebih glemer kot kalau kat malaysia ni..Sushi melibatkan ikan mentah dan ada nasi kan?

Kalau Sashimi ni pulak, ikan mentah dan makanan laut macam sotong, udang tu dan tiada nasi. Selalunya dihidangkan bersama radish atau jeruk halia, wasabi, kicap cair ..semua ikan dan seafood tu dipotong nipis gitu.

sashimi-resized.jpg
Sashimi

Macam mana pulak Sashimi Rice Bowl? Senang aja..buh aja dalam semangkuk nasik hehe sedap!

tuna sashimi rice bowl recipe with shichimi togarashi.jpg
Sashimi rice bowl

Pertama kali Adaa makan sashimi rice ni masa di UK, disalah satu restoran Jepun di Belfast (adaa lupa pulak namanya) ..masa tu Final year study 2008..bulan 6 habis final paper, bulan 6 jugak balik malaysia 2 minggu, kahwin, balik semula ke Belfast bersama suami untuk kemas barang nak balik Malaysia for good. Kasi buli sama dia lah sambil2 berhoneymoon kononnya..(lebih kepada nak menunjukkan cara hidup adaa sepanjang adaa disana 4 tahun..sharing everything with your other half ecececece) dalam sebulan jugaklah..dan gambar ni diambil masa awal bulan Julai 2008..ajak encik suami merasa makanan jepun masa harijadi Adaa 🙂

belfast 1.jpg
muda lagi .Throwback sangattttt

Nampak tak semangkuk besar tu..uuuu nampak macam tak boleh habis tapi licin! Penuh dengan ikan mentah dan makanan laut..Portion dia sangat besar tapi i am a big eater..memang licin lah haha

Nampak juga tak nasik dalam nenas tu? Niat dihati nak makan makanan jepun tapi tekak en suami tak dapat nak menerima ikan2 mentah tu haha. Apa lagi, order nasi goreng dalam nenas..setengah nenas tu ha dibaginya..kenyang! Nasib baik ada nasi goreng haha

ok done throwback..dapat tengok mangkuk sashimi ttu pon cukup lah..kembali ke alam realiti nak gi buat breakfast

sayonara~~

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s