MY STORY · SHAKLEE RELATED

HARI IHTIFAL TADIKA CAHAYA WARISAN: PENGHARGAAN BUAT GURU & PELAJAR

Selamat petang… Dua hari ni teruk sungguh line internet.. Ni ada masa ok sket adaa buatlah 1 entry..

Sabtu lepas berlangsungnya hari Ihtifal untuk Eilman. Berjaya menamatkan tadika tahun ni,  Alhamdulillah..

Mula-mula dulu payahnya nak gi sekolah.. Maklumlah 4 tahun duk kat rumah dengan ibu jer.. Hari pertama, dengan malu,  menangis, dekat dua minggu duk macam tu.. Asik nanges atau nak nanges mase hantar di tadika.  Risau juga.. Cikgu pun ada bgtahu,  Eilman ni belajar takda masalah,  tapi bab bergaul jer belum biasa.  Mungkin sebab belum pernah bergaul dengan orang lain tanpa kehadiran abangnya.. Kalau ada Adam,  dia tinggal join in jer.

Bila pertama kali jumpa kawan2 di tadika tanpa Adam,  mungkin kekok nak mulakan pergaulan.. Dengan pemalu yang amat dan sangat sensitif (hati tisu), pantang ditegur cikgu terus  berderai air mata.  Huhu

Tapi bila dah hujung tahun ni Alhamdulillah.. Tengok dah berani buat persembahan diatas pentas,  bercerita tentang kawan2, buat hati ni legaaa sangat.  He’s improving.  Itu pun tujuannya kami hantar ke tadika.. Bab A, B, C tu no 2, yang penting nak bantu dia socialize.

Dan sejuk juga hati ibu bila tahu Eilman dapat tempat kedua dalam kelas.  Mungkin taklah pencapaian yang hebat sangat tapi bagi kanak2 seusia dia,  memang nampak dia gembira. Ibu dulu tak pernah merasa nak oi hahaha paling Bagus pon top 10. Haha

Overall,  ihtifal yang diadakan di Perpustakaan negeri Kuala Terengganu tu sangat meriah dengan 12 persembahan anak2 kecil,  dan adaa pasti cikgu2 dah berikan yang terbaik dalam mendidik anak2 kami ni.. Terima kasih cikgu2 🙂

Selama ni Adaa kagum dengan cara guru-guru mengajar dan mendidik anak-anak kecil ni..kalau kat rumah, ibu dah jadi singa..tu baru 3 orang..apa lagi kalau berpuluh orang satu kelas tu. Tabik untuk guru-guru.

 

tcw-1

tcw-2
berselfie dengan fahry yang taknak gi tadika katanya..nak duk ‘sekolah’ ibu jer hehe

 

tcw-3
brotherhood.

 

Sekali lagi, tahniah buat semua especially Eilman..ibu so proud of u. ❤

 

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s