FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI · SHAKLEE RELATED

4 LANGKAH PENTING MENGGUNAKAN SERUM

4 LANGKAH PENTING MENGGUNAKAN SERUM

Sekarang ni ramai orang dah mula sedar tentang kepentingan face serum. Yang paling utamanya adalah untuk melambatkan penuaan, menyingkirkan garis kedutan di wajah dan merawat masalah kulit muka. Bab jeragat, tompok hitam, kedutan..semua tu sangat merisaukan kan? Dan sebab itu lah semakin ramai yang mula menambah serum dalam regim penjagaan wajah mereka. Tapi adakah kita dah gunakan serum dengan cara yang betul? Atau main sapu je dan akhirnya tiada kesan positif? ruginya!

1 CUCI MUKA SECARA MENYELURUH

Bahan-bahan aktif dalam serum sangat mudah melekat dengan segala kotoran dan bendasing dimuka kita. Jadi sekiranya kita tak cuci wajah dengan bersih, bukankah rugi jika semua serum yang kita sapu hanya melekat dikotoran dan bukannya meresap kedalam kulit kita? Rugi je beli mahal-mahal kan? Jadi, pastikan kita mencuci muka dengan bersih sebelum menggunakan serum. Juga pastikan kita menggunakan air pada suhu bilik, sebab kalau cuci dengan air panas, ianya boleh menghalang penyerapan serum, dan kalau guna air sejuk, pori akan tertutup dan mengelakkan serum dari menembusi kedalam kulit.

2 SAPU KETIKA KULIT MASIH LEMBAP

Kulit yang lembap lebih bagus dalam penyerapan berbanding kulit yang kering hampir 10 kali ganda. Jadi, untuk penyerapan yang cepat dan jauh kedalam kulit, pastikan wajah kita dalam keadaan lembap sebelum menyapu serum. Gunakan toner untuk melembapkan wajah. (sebelum ni adaa ada terangkan penggunaan rosewater sebagai toner, sangat best!) Kemudian titikkan 1-2 titis serum ke tapak tangan dan sapukan diwajah. Tekan menggunakan tapak tangan untuk melepaskan kandungan aktif dalam serum supaya proses penyerapan akan lebih baik berbanding menekan dengan jari.

3 HANYA SEDIKIT SUDAH MENCUKUPI

Walaupun serum mempunyai manfaat yang sangat besar, tetapi itu tidak bermakna kita kena guna terlalu banyak. ‘LESS IS MORE’. Serum adalah sangat pekat dan setitis atau dua titis sudah cukup untuk sekali sapuan. Jangan bazirkan duit anda!

4 SAPU & TUNGGU

Serum bukan pelembap. Sila ‘take note’ ya. Jadi, selepas anda menggunakan serum ,pastikan anda menggunakan losyen muka, face oil atau krim malam/siang bagi melembapkan kulit anda. Untuk kesan yang optimum, sapukan serum, biarkan selama 5 minit untuk proses penyerapan, kemudian baru sapukan pelembap ke muka anda.

Tips: Serum yang baik menyerap dengan cepat kedalam kulit. Jika serum mengambil masa terlalu lama, itu maksudnya serum tu tak bagus atau rendah kualiti.

Jelas? senang kan?

Disini adaa kongsikan juga serum yang Adaa gunakan sekarang. Pastinya sumber semulajadi dan organik dan sangat best!! 

photo_2016-10-17_10-49-32
Vitamin C & hyaluronic acid. Totally awesome!

14572404_10210135897610935_633301596524749151_n

Bulan ni ada set yang meletop!! Bagi yang nak cuba rangkaian skincare dari #freshpicks, adaa syorkan guna PRIMO ni..cuba dulu baru tau..serumnya, face oilnya, facemist nya..memang terbaik!! semuanya dibuat dan diadun dengan penuh kasih sayang tauuuu..Yang penting FRESHLY MADE, HOMEMADE, HAND CRAFTED.

photo_2016-11-09_17-32-11

photo_2016-11-09_17-32-42

 

Nak lihat REAL testmoni #freshpicks? —–> https://www.facebook.com/myfreshpicksboutique/photos/

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI #cherrybeautysoap #feelbeautifulnaturally #freshpicksbyCN #freshpickbyCNTerengganu #muslimproduk #homemade #homespa #bebasbahankimiabahaya #naturaldanorganik #natural #organic #kulit #kulitsensitif #jerawat #pencucimukasemulajadi #homemadecosmetic #skincare #bodycare #kulitcantik #sensitiveskin #whitening #antiaging #freshpickslover #AperfectGiftforU #theRiseofFreshPicks #AgentFreshpicksTerengganu
#homemadesoapmalaysia #testimonifreshpicks

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s