SHAKLEE RELATED · TIPS

KULIT ANDA BERMINYAK? INI YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FACE OIL.

Kenapa kulit berminyak kena guna face oil? Bukan ke berganda lagi minyaknya? Dalam entry Adaa yang bertajuk ‘FACE OIL’ BANTU RAWAT MASALAH KULIT BERMINYAK? Adaa dah jelaskan kenapa dan bagaimana face oil membantu dalam merawat masalah minyak berlebihan dimuka ni.

1441013238844.jpg

Dan kali ni Adaa kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang face oil terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit jenis berminyak ni

1 JANGAN TERLALU KERAP MENYAPU MINYAK DI WAJAH

Memang fungsi face oil untuk melembapkan wajah disamping mengawal pengeluaran sebum, tetapi jangan ‘over apply’ atau terlalu banyak menyapu face oil tu.

Jika anda mempunyai kulit yang kering, anda boleh menyapu 2 kali sehari. Tetapi sekiranya anda ni jenis  kulit berminyak macam Adaa, sekali sehari dah mencukupi..adaa pun setiap kali guna cuma 1 titik sahaja. Tak perlu banyak sampai berlumur kat muka tu hehe

 

2 LIHAT RAMUAN FACE OIL TERSEBUT

Macam-macam jenis face oil ada dipasaran dan sebelum kita guna, pastikan kita tahu apa fungsi minyak-minyak tersebut. Contohnya, minyak GLA sangat bagus dalam melembapkan dan membaiki sel dan parut diwajah. Jojoba oil pula sangat ringan dan mudah meresap kedalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak dimuka. Perkara-perkara seperti ini harus diambil kira dalam pemilihan face oil anda ok?

 

3 AMALKAN RUTIN PENJAGAAN WAJAH YANG BETUL

Kalau dah pilih face oil yang sesuai, pakai tak tentu masa pun tak boleh jugak. Mana nak nampak hasil kalau kejap pakai, kejap tak pakai ye tak. Jadi, pastikan keseluruhan rutin penjagaan wajah anda adalah betul dan sesuai untuk kulit anda. Contohnya, bagi mereka yang mempunyai kulit terlebih minyak ni, anda boleh menggunakan scrub untuk menyingkirkan sel-sel mati dan penggelupasan agar minyak dapat diserap dengan lebih baik.

 

4 ELAKKAN FACE OIL YANG TERLALU ‘HEAVY’

Kalau muka dah berminyak, lepas tu anda sapu minyak dan ianya kekal diwajah anda dan tidak menyerap dengan baik, itu maksudnya minyak tu terlalu pekat atau ‘heavy’.tak sesuai untuk kulit berminyak kerana boleh menyebabkan liang tersumbat. Jadi pastikan pilih minyak yang sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit seperti GLA, jojoba oil, argan oil.

 

5 MENGGUNAKAN FACE OIL PADA WAKTU YANG SALAH

Kalau pilih face oil dah tepat, rutin pun dah ada tetapi salah waktu untuk ‘apply’ pun tak boleh jugak. Muka kita menghasilkan sebum yang sedikit pada waktu malam..jadi jika anda menggunakan face oil sekali sehari je, lebih eloklah sapu pada waktu malam sebelum tidur dan bukannya diwaktu awal pagi.

 

Jadi, untuk memastikan anda merasai ‘keajaiban’ face oil terhadap kulit anda yang berminyak tu, pastikan minyak yang anda pilih bersesuaian dengan jenis kulit anda, guna pada waktu yang sesuai dan konsisten ya.

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s