BREASTFEEDING · ESP · Ostematrix · SHAKLEE RELATED

7 TIPS BERGUNA BAGI BAKAL IBU DALAM PENYUSUAN BAYI

Nak melangkah ke alam baru bukan sesuatu yang senang..dari zaman bujang, ke zaman berkahwin, ada cabaran dan keseronokan yang tersendiri. Nak melangkah pula ke alam menjadi seorang ibu juga sesuatu yang mencabar dan pada masa yang sama sangat menyeronokkan.

Mula-mula bila tahu kita mengandung, pasti nya semua ibu mengimpikan nak berikan yang terbaik untuk anak kita kan? Termasuklah nak menyusukan bayi. Rasanya semua ibu mahu rasai pengalaman tersebut..tapi dah cukup bersedia tak?

Nak kata Adaa seorang pakar, memang jauh sekali..tapi pengalaman kena mastitis, sakit, demam, bengkak susu, berdarah, digigit, dan akhirnya dapat menyusukan anak dengan lancar cukup lah nak berkongsi dengan bakal ibu di luar tu kan?

Kali ni adaa surfing2 dapat jugaklah info menarik..jadi nak kongsi sikit dengan bakal ibu.

1 JANGAN TERKEJUT JIKA IANYA MENYAKITKAN

Yelah, nama pun ‘first time’ kan..dah lah sakit bersalin tadi..nak menyusukan bayi pun sakit ke? Jangan risau, mula-mula je mungkin sakit sikit..tak banyak pun..sebab bayi baru nak belajar ‘latch on’ ..dan mungkin dalam 2 minggu terawal, ibu bakal berhadapan dengan bengkak susu yang amat menyakitkan hehe. jangan risau, nanti bayi dah pandai menyusu, ibu pun dan pandai pam susu..sakit tu takda dah.

2 BERSEDIA UNTUK MENUKAR PAKAIAN DALAM ANDA

Maaf ya ibu-ibu..agak sensitif sikit tapi perlu diberi perhatian..no more wired bra, or push up bra..sekurang-kurangnya sampai anak tu dah besar sikit atau sepanjang penyusuan..melabur lah sedikit dalam pakaian dalam yang lebih membantu dan sesuatu untuk menyusukan bayi. Sekarang ni semua dah semakin trendy tau. đŸ˜€

3 JANGAN TAKUT DENGAN ‘NIPPLE SHIELD’

Pernah dengar tak ‘nipple shield’? Adaa sendiri baru tahu masa menyusukan anak kedua. Disebabkan anak tak pandai latch on, maka adaa kena mastitis..berdarah teruk..nak menyusukan anak sampai berdarah darah..Ibu-ibu, kalau dah berdarah..peritnya Allah aja yang tahu..tambah-tambah hisapan anak ni sangat kuat tau..rasa macam disiat-siat..huhu Jadi, sampai satu masa tu, dah habis ikhtiar, adaa cuba nipple shiled..ianya melindungi nipple kita semasa menyusukan anak..at least sampai luka tu sembuh..lepas tu tak perlu guna dah pun takpe.

4 SEDIAKAN KRIM YANG SESUAI

Bila berhadapan dengan benda baru ni, kadang kala nipple boleh luka, atau kering dan menjadikan penyusuan tu tak seronok..asal nak menyusukan anak je sakit..kan tak best tu..jadi, sediakan krim yang sesuai..pelembap yang sesuai..sekarang ni banyak sangat di farmasi..yang natural, organik semua ada. Jangan malu untuk bertanya

5 WUJUDKAN ‘BREAST FEEDING STATION’ ANDA SENDIRI

Kalau dah hari-hari kena menyusukan anak, 2 3 jam sekali, dah tahu rutin, bolehlah bersedia apa yang patut..takkan nak menyusukan anak tu sambil termenung kebosanan..huhu sediakan lagu kat phone ke, atau cari port depan tv ke..atau sediakan satu tempat yang memang dah ada semuanya yang kita perlukan..contoh, satu ruang yang korang dah sediakan khas, dah lengkap dengan buku, atau radio, atau tv..ikut suka korang.

6 JANGAN TAKUT UNTUK MENYUSUKAN ANAK DI KHALAYAK RAMAI

Ya, kita ibu, kita wanita, apa lagi muslim kan..mesti tahu batas..Jika keluar, pakai pakaian yang sesuai, kita takkan pernah tahu bila ada emergency ke kan..Jika tempat tersebut menyediakan bilik atau ruang untuk penyusuan, gunakan sebaiknya. Jika tidak, boleh cari ruang-ruang yang sesuai dan gunakan segala kemudahan yang ada seperti ‘baby cover’ atau selimut, kain apa sahaja yang boleh memelihara aurat kita sepanjang menyusukan anak. Belajar untuk berbuat demikian dan jangan takut.

7 BERTEMU DENGAN MEREKA YANG PAKAR DALAM PENYUSUAN

Tahu tak kat negara kita ni ada Lactation counselor? Boleh jumpa dan dapatkan khidmat nasihat, tips berkaitan penyusuan sebelum kita bersalin..kalau taknak, sekarang online pun banyak..ya, LC yang ada website pun ramai..rajin-rajinkan diri ok? Jangan malas

Ok, cukup dulu 7 tu..InsyaAllah, selari dengan masa, kita juga akan semakin berpengalaman dan semakin mahir dengan penyusuan..semua orang pun hadapi benda yang sama, pengalaman pertama..jadi, jangan terlalu takut..enjoy the moment!

poster

~breastfeeding is beautiful~

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s