SHAKLEE RELATED

ADAM & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Sekejap je dah hujung tahun..rasa macam baru je adam masuk darjah 1 huhu

Semalam dah mula dan periksa hujung tahun. Dua tiga hari lepas Adam demam, risau betul kalau tak dapat datang exam..maklum ajelah..budak-budak ni cikgu dia dan warning dah..”siapa buat tak elok, masuk kelas hujung sekali” . Yang budak ni pulak, fikiran memang tengah suci, polos lagi..bila dah cikgu cakap gitu, dia pun risau takut kena turun kelas..takut tak sekelas lagi dengan kawan-kawan. Sudahnya, budak darjah 1 pun dah tahu kena study..baca buku teks..huhu wpon demam tak elok lagi..

adam.jpg
graduation yeay!

Ibu ni dulu, memang tak reti nak oi nak study ke stay up ke..di kala budak-budak darjah 6 sebok stay up, adaa takdanya..tido wajib kul 10. tak pernah nak stay-up study. Sampaikan masa sekolah menengah pun, cuba jugak stay up..harapan..mata ni macam kena gam. haha Dah masuk uni, rela lagi duk bawah duvet..kena pulak time winter..

seingat adaa, pernah sekali dua yang betul-betul paksa diri sebab kena siapkan assignment. Last minute punya pasal..(jangan tiru ok) padan muka. lepas tu balik tido haha

satu lagi, Adaa cukup tak suka exam..percaya atau tak, sampai sekarang, Adaa masih mimpi yang adaa nak ambil exam, tapi tak sempat study..selalu mimpi macam tu dan bila terjaga rasa lega yang amat sebab rupanya mimpi jer..punyalah tak suka exam..nampak tak?

Beza dengan adam, bila esoknya tu nak exam, dia punyalah gembira siap cakap “Alhamdulillah, esok periksa!” hehe apa yang gumbire benor tu pon tak tau lah..

Mungkin sebab lari dari kebiasaan..hari-hari rutin gi sekolah sama je, tetiba ubah sikit jadi gembira lah 🙂

Bab yang tu bagus..tapi bila nak dapat keputusan, kita ready jelah..kalau elok, alhamdulillah..kalau kurang memuaskan (pada pandangan dia lah) kita lah kena bersedia nak tenangkan balik..budak-budak sekarang ni sifat bersaing tu lebih ..disebabkan negara kita ni sangat ‘exam oriented’ kadang tu rasa lemas..bukan setakat budak tu tak enjoy..mak ayah pon rasa pressure.

ibu.jpg
bersama Arwah Umi..Tingkatan 4 (comot betul)

Ibu ni dulu Adam, tak pernah ingat pun dapat nombor berapa masa sekolah rendah haha bila dah masuk sekolah menengah je mungkin beza sikit sebab di Sekolah Tun Fatimah tu kita duk dengan kawan-kawan..kena maintain dapat nombor 1-30 untuk kekal di kelas pertama..jadi adalah persaingan tu sikit. Sekolah rendah tahu nyanyi je hahaha

Apa pun, ibu doakan Adam buat elok-elok..dapat keputusan yang menggembirakan hati Adam 🙂 Jatuh bangun tu biasa..jauh lagi perjalanan..banyak lagi nak ditempuh..semoga berjaya.

Fighting! 😀

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s