FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI · SHAKLEE RELATED

ARGAN OIL, CECAIR EMAS UNTUK KECANTIKAN ANDA

Semalam dalam entry adaa ‘FACE OIL’ BANTU RAWAT MASALAH KULIT BERMINYAK? Adaa janji nak terangkan kelebihan ramuan dalam face oil kan? Hari ni adaa pilih satu dulu..kita tengok yang ni dulu..

photo_2016-10-18_10-19-50.jpg

dalam Arganne Face oil Complex  ini mengandungi pelbagai ramuan dan salah satu ramuan premiumnya ialah Morocco argan oil. Apa bagusnya Morocco argan oil ni sehinggakan digelar ‘liquid gold’?

Argan-Oil.jpg

Pertama sekali, kenapa Morocco? Pokok argan ni sukar ditemui ya..bukan semua tempat ada. Jenis ‘rare’ lah kiranya ni, kalau yang dari Morocco ni maksudnya memang original gitu. Di Morocco terdapat sebuah hutan yang dipenuhi pokok argan, ‘Argan Forest’. Pokok ini mempunyai buah seperti kacang, dan didalamnya tu ada minyak dengan 1001 kebaikan sehinggakan kambing pun sanggup panjat pokok ni tau. Bila orang kaji dan tahu betapa berharganya minyak dari pokok argan ni, maka penggunaannya semakin meluas bukan sahaja dalam bidang kosmetik tetapi kesihatan. Hutan ini begitu berharga sehinggakan pada tahun 1998 ianya telah diisytiharkan sebagai Biosphere Reserve oleh UNESCO.

Argan oil kaya dengan Vitamin A dan Vitamin E yang menjadikan ianya sangat bagus dalam memulihkan sel dan melembapkan sel. Ia juga kaya dengan asid lemak seperti Linoleik acid, Omega 6 dan antioksidan yang membantu mengurangkan radang. Ia juga sangat terkenal dalam pemulihan sel rosak. Jadi boleh nampak kan betapa bagusnya minyak ni terhadap kulit kita yang berparut ke, bermasalah ke kan? Apa lagi kelebihan argan oil ni?

MELEMPAPKAN

Argan oil menyerap dengan pantas ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan minyak. Jadi, selepas kita cuci muka, hanya titiskan minyak ini ditapak tangan, dan gosok sedikit kemudian ratakan diwajah dan dileher untuk memastikan kulit kita kekal lembap. Vitamin E dan Vitamin A dalam argan oil ini bukan sahaja memastikan kulit kekal lembap tetapi juga mengurangkan kedutan diwajah. Bukan sahaja kat wajah tau, malah anda boleh gunakan diseluruh badan anda!

MENYEGARKAN

Penyegar atau toner salah satu benda wajib dalam penjagaan kecantikan kan? Nak lebih bagus lagi, cuma titiskan 2-4 titis argan oil kedalam toner kegemaran anda. Nak lebih bagus lagi? Buat toner anda sendiri, kompem bebas bahan kimia! Bukan susah pun, guna teh hijau je pon boleh tau.

SKRUB (EXFOLIATE)

Sekali sekala kena juga skrub muka untuk singkirkan sel mati dan kotoran kan. Yang bagusnya, kalau kita guna argan oil dalam skrub kita, bukan sahaja dapat buang sel mati, tapi dapat ‘anti-aging effect’ juga tau. Hanya campurkan 1 sudu gula perang dengan beberapa titis argan oil dan skrub muka anda tu. Bilas dengan air sejuk. senang!

JERAWAT

Kalau orang kulit berminyak, memang mengalami masalah jerawat. Dengan minyak yang banyak dimuka, boleh menyebabkan pori tersumbat dan menyebabkan jerawat. Berita baiknya, argan oil boleh membantu mengawal pengeluaran sebum! (cuba baca link entry adaa kat atas tu). Kandungan linoleik asid yang tinggi dalam argan oil ni membantu merawat keradangan akibat jerawat disamping memulihkan sel yang telah rosak. Kalau dah guna argan oil sebagai pelembap tapi masih ada jerawat, cuba ‘lightly dap’ minyak ni ditempat yang jerawat degil tu. Ia bukan sahaja membantu merawat jerawat tapi parut jerawat sekali tau.

STRETCH MARK

Argan oil mampu mengelakkan stretch mark kerana ianya membantu memperbaiki elastisiti kulit kita, kekal anjal gitu. Hanya titiskan 2-3 titik argan oil pada tapak tangan, sapu rata dibahagian yang ada stretch mark atau bahagian yang berisiko. Kalau memang dah ada beberapa stretch mark, boleh cuba campurkan gula perang bersama minyak ini dan sapu ditempat tersebut, kemudian bilas. Ala-ala urut sket lah. Vitamin E dan A dalam argan oil ini bukan sahaja membantu melembapkatkan kulit, merawat kulit, memulihkan sel, malah membantu memudarkan stretch mark tadi.

PELEMBAP RAMBUT

Bukan jer muka, kulit, rambut pun boleh! Argan oil boleh menjadi pelembap (conditioner) yang sangat baik untuk rambut. Bagi yang mempunyai rambut kering, bercabang, bermasalah, kelemumur,anda boleh beralih kepada argan oil untuk rambut yang lebih sihat dan cantik dan pastinya bebas kimia! Ia juga terbukti boleh membantu pertumbuhan rambut, jadi silalah sapu kat kulit kepala juga ya.

PELEMBAP BIBIR

Muka, kulit, rambut dan sekarang bibir. Bagi yang ada masalah bibir kering, menggelupas, merekah, elok sangat sapu minyak ni. InsyaAllah sangat membantu. Jangan lupa cuba!

Banyakkan kelebihan argan oil? Sebab tulah penggunaanya sangat meluas dipasaran. Apa bagusnya FRESHPICKS?

Pemilihan setiap ramuan dalam Argan Face Oil Complex ni berdasarkan kualiti. Ya memang benar argan oil dipasaran berlambak, ada yang murah ada yang mahal..kenapa beza? Argan oil seperti juga ramuan lain ada gred yang berbeza. Ada yang ‘high gred’ ada yang ‘low gred’ tapi masih juga argan oil. Di Freshpicks, pengasas kita ni nak guna untuk diri sendiri..memang tu pun tujuan asalnya..buat untuk guna sendiri, jadi mestilah nak pilih yang berkualiti tinggi kan..kalo kita pun akn buat benda yang sama kan? Nak yang terbaik untuk diri sendiri. Tambahan pula, Puan Shareeza kita ni pencinta barangan natural dan organik, handmade, homemade yang dari oversea nun..jadi, beliau memang menjaga kualiti setanding oversea, tapi harga mampu milik. Barulah dapat berkongsi kebaikan kan? Tak caya juga meh contact kite bagi certificate pembelian 😀 atau pun senang cerita guna lah dulu baru percaya.

Nanti kita sambung lagi ramuan lain pulak ya.

Nak dapatkan ARGAN FACE OIL COMPLEX pada harga pengenalan bulan ni, sila hubungi segera ya. Definitely fast selling. Lepas harga tak dapat dah discount gini. Anda order, kita buat, kita send yang fresh baru siap tu kat anda tau. Homemade with love lagi.

Nak lihat REAL testmoni #freshpicks? —–> https://www.facebook.com/myfreshpicksboutique/photos/

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI #cherrybeautysoap #feelbeautifulnaturally #freshpicksbyCN #freshpickbyCNTerengganu #muslimproduk #homemade #homespa #bebasbahankimiabahaya #naturaldanorganik #natural #organic #kulit #kulitsensitif #jerawat #pencucimukasemulajadi #homemadecosmetic #skincare #bodycare #kulitcantik #sensitiveskin #whitening #antiaging #freshpickslover #AperfectGiftforU #theRiseofFreshPicks #AgentFreshpicksTerengganu
#homemadesoapmalaysia #testimonifreshpicks

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s