#MASALAH KESIHATAN · FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI · SHAKLEE RELATED

#THROWBACK: FRESHPICKS DI TERENGGANU TRADE CENTER

Assalamualaikum..(amboi tak pernah2 tulis blog bagi salam)..lamanya tak bersua..akhirnya menjenguk juga hari ni..

Maaf lah lama tak berupdate. InsyaAllah lain kali saya tak buat lagi..hari2 saya update naaa

Pada 17hb September haritu ada JELAJAH FORUM & EKSPO MAMPAN di Kuala Terengganu selama dua hari. Tapi hanya hari Sabtu sahaja booth di Terengganu Trade Center (TTC) diadakan. Lagi satu hari program di Pantai Kelulut. Apa pun ianya satu pengalama baru buat Adaa sebab sebelum ni Adaa tak pernah sertai mana-mana booth jualan. neves hakak tau.

Kali ni tujuan Adaa menyertai booth jualan ni bukan semata-mata berjual, tetapi lebih kepada memperkenalkan dan memberi kesedaran tentang HOMEMADE PRODUCT, ORGNIC & NATURAL PRODUCT.  Sesuai pula dengan tema green society, green economy..produk freshpicks ni memang tepatlah untuk berada disana.

photo_2016-09-22_15-12-07.jpg
FREE SAMPLE FOR BOOTH VISITOR

Untuk memperkenalkan produk, adalah lebih afdal kita kasi try dulu. Jadi inilah dia sampel untuk para pengunjung. Adaa bagi cuba PRODUK SULUNG freshpicks iaitu Cherry Beauty soap dan Marvell body soap.

photo_2016-09-22_15-12-02.jpg
malam sebelum majlis, first time nak berbooth..simple saja
photo_2016-09-22_15-11-37.jpg
produk yang dipamerkan pada hari tersebut

Orang lalu lalang tengok produk apa lah kecik2 comel jer ni..Adaa target peminat2 barang kiut miut ni mesti perempuan jerlah kan, rupanya lelaki pun boleh tahan berminat tau!

Semasa booth berlangsung, ada 2 panel juri yang akan menilai setiap booth. Mereka nak tahulah apa yang bestnya barang kita ni dan bagaimana ianya terkait dengan green society, green economy..

Seperti yang semua maklum, produk ini adalah semulajadi dan organik. Zaman sekarang segala-galanya mengandungi bahan kimia, malah penggunaan bahan kimia bahaya pun dah jadi biasa. Inilah yang memberi kesan jangka panjang kepada para pengguna. Kita mungkin tak perasan, tapi inilah hakikatnya. Dari segi perniagaan, duit adalah perkara paling penting, jadi kualiti, bahaya, itu tak menjadi keutamaan. Memang bahan kosmetik banyak yang murah tahan lama, kenapa? kerana melibatkan penggunaan bahan kimia.

Secara logiknya pun, bahan berkualiti, natural adalah lebih mahal. Cuba korang pergi jusco ke kan bahagian sayur2 tu..sayuran organik jauh lebih mahal harganya, begitu juga dengan ayam organik..kenapa? kerana kualiti lebih baik. Nak ayam besar, murah boleh, tetapi kita terpaksa akur dengan penglibatan bahan kimia dalam proses penternakan ayam tersebut.

Macam produk freshpicks ni kenapa harganya agak tinggi sedikit (sikit jer) berbanding kosmetik biasa? Sebab kami menggunakan bahan premium. Contoh kan, madu, memang banyak madu, tapi kami pilih madu gred tinggi, begitu juga dengan bahan-bahan lain. Pengasas ni dah biasa guna kosmetik antarabangsa sebelum ni tetapi atas dasar kesedaran bahayanya kepada kulit, beliau belajar dari yang pakar, dan cuba hasilkan produk terbaik dari bahan terbaik kerana beliau nak guna untuk diri sendiri tau. Sebab tu beliau pilih bahan terbaik, bukan sekadar tangkap muat. Kalau nak dikira btol2 kosnya, memang Adaa pun tak mampu nak beli agaknya, tetapi atas dasar nak berkongsi benda yang baik kan, dan tanamkan kesedaran terhadap produk sebegini, beliau tak kisah nak jual pada harga MAMPU MILIK. supaya semua dapat merasa katanya. Dah lah nak membuatnya cukup leceh, memerlukan keringat empat kerat, bukan mesin tau..bagi Adaa, harga yang diberi bukan MAMPU MILIK malah lebih murah dari yang sepatutnya.

 

‘alah, takpe lah, deodorant je pon’

‘alah syampu je pon ade bahan kimia’

‘takpe kot, make up jer’

Itu kalo korang guna 1 produk..tapi Adaa percaya, from head to toe, semua produk penjagaan diri kita ada bahan kimia bahaya seperti SLS, SLeS kan, kan?

Kalo dah bertahun, mau tak berkumpul toksik dalam badan? mau tak datang penyakit? cuba cari kesan bahan kimia dalam kosmetik kita kat google ke buku ke..seram oiii

photo_2016-09-22_15-11-51.jpg
tayangan Testimonial dan info produk

Produk freshpicks ni menarik perhatian juri kerana kita menggunakan bahan yang ada disekeliling kita ..orang kata back to basic. Kalau dulu atuk nenek kita guna aloe vera, kulit kayu manis , daun bungan raya nak kasi muka cantik, rambut lebat, sekarang kita juga gunakan prinsip yang sama. Gunakan bahan semulajadi, bezanya, kita improvisasi dan jadikan ianya dalam bentuk yang lebih senang digunakan. taklah duk bawak aloevera merata..leceh kan. ni bawak je sabun, lotion..kan senang. tinggal sapu2 jer. Lagi satu ianya menarik sebab semua boleh buat sendiri dirumah. Ianya HOMEMADE, HANDMADE. janji tahu caranya dan ada bahan, boleh buat sendiri dirumah. kan senang.

photo_2016-09-22_15-11-45.jpg
kasi test sikit..

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Korang tahu tak? Di negara maju seperti Eropah, produk sebegini dah lama sebati dengan mereka sebab diorang tahu bahayanya bahan kimia terhadap diri diorang.

Satu lagi fakta menarik, mengikut bancian salah seorang sahabat freshpicks kami juga, kebanyakan pelanggan freshpicks adalah dari golongan doktor, nurse dan ahli farmasi. Kenapa korang agak2? Diorang nilah yang menghadap bahan kimia hari-hari tau..dan mereka lebih tahu apa kesannya terhadap tubuh jika digunakan dalam jangka masa lama. Jadi mereka ini telah mengambil langkah keselamatan dengan beralih kepada produk semulajadi dan organik.

Disebabkan produk freshpicks ni mesra alam, mesra pengguna, selamat untuk semua peringkat umur, pihak penganjur sangat berminatlah dan jika ada peluang insyaAllah mereka akan jemput di program Jelajah Mampan yang seterusnya di Perlis pula nanti. InsyaAllah.

Lama tak menulis, panjang pulak kali ni. Apa pun jadilah pengguna yang bijak ya. dan terima kasih kepada semua yang berkunjung ke booth kami hari tu 😀

Nak lihat REAL testmoni #freshpicks? —–> http://tinyurl.com/jose9ol

Berminat?
➡️whatsapp 017-9329859
☎️whatsapp 017-9329859
➡️whatsapp 017-9329859
Penghantaran seluruh malaysia!!
.

#FRESHPICKSBYCHERRYNAZRI #cherrybeautysoap #feelbeautifulnaturally #freshpicksbyCN #freshpickbyCNTerengganu #muslimproduk #homemade #homespa #bebasbahankimiabahaya #naturaldanorganik #natural #organic #kulit #kulitsensitif #jerawat #pencucimukasemulajadi #homemadecosmetic #skincare #bodycare #kulitcantik #sensitiveskin #whitening #antiaging #freshpickslover #AperfectGiftforU #theRiseofFreshPicks #AgentFreshpicksTerengganu
#homemadesoapmalaysia #testmonifreshpicks

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s