SHAKLEE RELATED

MOM’S DIARY: APA AKTIVITI CUTI SEKOLAH?

Bila anak dah mula sekolah, bukan hidup anak je dah berubah, hidup mak ayah nye pun sama. Pagi-pagi rutin dah berbeza..nak siapkan anak-anak yang sekolah, tadika, yang takda kene mengena tapi nak sama sebok mengikut pun ada. Macam-macam.

Lepas tu hari-hari kena fikir anak patut pakai uniform ke baju sukan ke..semua nak kena ready lah kan..dah basuh ke belum, dah kering ke belum dah gosok ke belum..tambah-tambah jenis yang tak banyak helai bajunya, nak kena pastikan selalu supaya tak jadi tragedi di pagi hari. hehe

Bila cuti sekolah, selain anak-anak, ibu pun gembira hahaha sebab takyah kalut-kalut..tenteram sikit tapi cabaran baru ialah anak-anak yang sentiasa perlukan aktiviti semasa cuti sekolah. Kalau tak bosanlah diorang ni..kanak-kanak tengah membesar lah katakan..mana mau duk terperuk je kat rumah..huuhu

Jadi apa cadangan aktiviti cuti sekolah korang untuk anak-anak?

Adaa sendiri tak pernah pun plan secara serius. ‘go with the flow’ orang kata. Selalunya balik kampung, biar diorang bebas bermain sana-sini..

Macam Adam, jenis minat berkraftangan/ sukakan benda kreatif..nak buat palydoh lah, nak buat sebarang kraf, origami dan benda-benda gitu lah. Jadi boleh juga dilayankan idea tu.

Kalau ada masa, keluarlah jalan-jalan..walau bukan percutian mewah atau ‘well planned’ pun takpe..macam kat sini pantai dekat sangat..jadi boleh jalan-jalan ke pantai sambil main layang-layang ke, layan kepok lekor ke, ambil angin orang kata..tenangkan fikiran dan melihat alam.

Itu yang kami buat lah..apa cadangan lain ? Adaa kongsikan sedikit idea dari SINI senang juga adaa buat rujukan untuk diri sendiri šŸ™‚

AKTIVITI LUAR RUMAH

1. Keluarkan raket!

Sukan raket seperti tenis memerlukan pemain berlari, melompat dan berfikir secara taktikal. Ini melatih bukan sahaja anggota badan tetapi juga otak! Tambahan pula hanya 12 minit bermain tenis diperlukan untuk membakar 105 kalori!

2. Berkunjung ke pantai!

Cahaya matahari membekalkan banyak Vitamin D. Ketika cuaca baik, eloklah keluar rumah. Berkunjung ke pantai sememangnya pilihan yang tepat. Air yang jernih, pasir halus memutih, kenangan manis bersama keluarga dan pemandangan indah. Perlu apa lagi?

3. Main bola!

Tidak semestinya perlu mengembara jauh dari rumah. Bahagikan ahli keluarga kepada pasukan dan adakan perlawanan bolasepak di taman berdekatan. Anda dapat udara segar, senaman, peluang mengeratkan ikatan kekeluargaan dan keseronokan berpanjangan.

4. Lawatlah zoo!

Tahukah anda bahawa mendekati haiwan meningkatkan rasa empati terhadap insan dan makhluk lain? Berkunjunglah ke zoo membelai haiwan atau beri makan kepada itik. Rasa ingin tahu anak-anak pasti meningkat apabila melihat haiwan liar eksotik di habitat semulajadinya.

5. Bercucuk tanam!

Mahukah anda agar anak-anak makan sayur-sayuran? Galakkan mereka bercucuk tanam. Menanam sayur aktiviti yang menyeronokkan dan bersifat pembelajaran. Bukan itu sahaja, anak-anak juga akan lebih berminat memakan sayur-sayuran yang mereka tanam sendiri.

6. Naik rakit!

Inginkan pengalaman membina pasukan yang paling menyeronokkan? Cubalah aktiviti rakit redah jeram bagi meningkatkan keyakinan diri dan rasa hormat daripada orang lain. Tetapi ingat ā€“ pegang kuat!

7. Pergi berkhemah

Berkhemah adalah cara yang terbaik mendekati alam semulajadi dan melupakan bandaraya yang penuh pencakar langit konkrit. Ajaklah keluarga berkhemah. Tidak hairanlah kajian menunjukkan mereka yang berkhemah kebanyakannya individu yang lebih gembira.

8. Kaji bintang

Kali ini, bukan matahari yang anda cari, tetapi bulan dan bintang. Anak-anak yang cenderung kepada astronomi pastinya akan seronok keluar berjalan di waktu malam melihat bintang. Tiada yang lebih baik daripada menghabiskan masa melihat bulan dan berbual-bual dengan mereka yang tersayang. Tambahan pula, udara malam yang nyaman akan memastikan anak-anak tidur lebih nyenyak.

 

AKTIVITI DALAM RUMAH

1. Main mainan berpapan

Permainan kad atau mainan berpapan merupakan aktiviti rekreasi keluarga turun-temurun yang mampu menyatukan keluarga. Pilih beberapa permainan yang digemari ahli keluarga dan main secara bergilir-gilir. Hari anda pasti ceria!

2. Aktiviti kitar semula menyeronokkan!

Tanamkan tabiat kitar semula dalam keluarga. Ajar anak-anak mengitar semula sejak kecil lagi. Gunakan akhbar lama untuk membuat papier mache! Kitar semula merupakan aktiviti penuh bermakna yang menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

3. Bermain ping pong!

Permainan video dengan dua pemain amat sesuai untuk keluarga. Cubalah permainan ping pong menggunakan Wii. Ia memberi senaman dan mencetuskan hilai tawa di ruang tamu rumah anda.

4. Menyanyi hiburkan hati!

Apa kata berkaraoke di rumah? Tak perlu sehebat profesional! Sekadar untuk seronok sahaja. Di samping menghilangkan stres, anda juga dapat mengenali citarasa muzik ahli keluarga. Jerit SEKUAT HATI jika mahu, tetapi cuba jangan ganggu jiran-jiran.

5. Pilih filem

Menonton filem juga satu pilihan tepat untuk keluarga. Pilih beberapa filem yang sesuai untuk tontonan keluarga, keluarkan bertih jagung dan mulakan maraton filem anda!

6. Bina khemah selimut

Adakan sesi bercerita unggun api di dalam rumah. Tiada api, gunakan lampu! Elakkan cerita-cerita hantu jika tidak mahu menakutkan anak-anak. Sesi bercerita seperti ini boleh membantu anda mengenali anak-anak dengan lebih rapat dan mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan mereka.

7. Galakkan artis kecil anda

Jika ada dinding yang perlu dicat semula, ajak anak-anak mencontengnya dahulu sebelum anda mula bekerja. Biarkan anak-anak berseronok seketika dan galakkan kreativiti mereka. Mana tahu ada bakal Picasso dalam keluarga anda. Sekurang-kurangnya mereka memperolehi peluang melukis pada dinding.

Tips ini dibawakan kepada anda oleh Wanista dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern Life).

 

Dah dapat sedikit idea? nak buat apa dulu ye? šŸ˜›

Advertisements

One thought on “MOM’S DIARY: APA AKTIVITI CUTI SEKOLAH?

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s