#KORANGTAUTAK · #MASALAH KESIHATAN · B COMPLEX · ESP · OMEGA GUARD · Ostematrix · PREGNANT · SHAKLEE RELATED · Vitalea · VITAMIN C

PERLU KE VITAMIN BANYAK-BANYAK SEMASA MENGANDUNG??

5

“Perlu ke banyak-banyak vitamin ni? malas lah nak telan..saya tak biasa lah”

“besar sangat lah vitamin ni, kalau tak ambik tak boleh ker?”

Ini komen yang biasa Adaa dapat dari ibu-ibu yang pertama kali mengandung..Berat katanya nak telan vitamin banyak-banyak. Kalau hospital bagi pun dia buat pameran je kat rumah..Kenapa gitu..Kesian budget kerajaan tau..bazir nanti.

Semasa mengandung, hormon kita ni macam rollercoster, perubahan bukan sahaja dari segi emosi, malah fizikal (huhu)..Apa lagi dengan kehadiran ‘orang baru’ kat dalam tu. Untuk membesar (sebagai juara) bayi kita layak dan patut menerima nutrisi yang secukupnya.

Sebenarnya, kesemua vitamin yang kita perlu ambil semasa mengandung adalah vitamin asas. Pendek kata, kalau tak mengandung pun kita perlukan vitamin2 ni tak kisah lah dari makanan harian ke makanan tambahan ke dan bukan perempuan jer, lelaki pun sama. Cuma, semasa mengandung, keperluan tu lebih sedikit sebab kita ada bayi kat dalam tu..sebab tu doktor pastikan kita cukup nutrien..bukan untuk kesihatan kita je tetapi untuk kesihatan dan tumbesaran bayi tu.

Ramai ibu atau bakal ibu salah faham tentang ni..menyangkakan yang kita perlu ambil vitamin semasa mengandung sahaja..tak ya..Adaa sebelum kahwin lagi dah ambil vitamin2 ni..Balik je dari kelas masa di UK dulu, adaa akan lalu deretan kedai sepanjang jalan nak balik ke rumah dan adaa duk usha je kedai ‘natural remedies’ kat sana..bila tengok macam menarik..ramai pulak tu orang selalu singgah..terdetik jugalah dalam hati ni apa yang menarik sangat ni..balik rumah, google khasiat itu khasiat ini..lepas tu baru gi beli. hehe dari situ dah sedar kepentingan makanan tambahan ni. Tambah-tambah, masa tu umur baru 22 gitu..masak pun bukan pandai sangat, makan pun tak menentu sangat kat tempat orang, jadi makanan tambahan ni penting lah. Dari zaman sekolah lagi sebenarnya Umi selalu bekalkan adaa multivitamin, tapi kesedaran dan pemahaman tu takda..Umi beli, adaa makan. Beza bila kat UK, adaa sendiri rasa nak fahami dan amalkan sendiri.

Sama juga dengan ibu-ibu..kalau disuruh-suruh, mesti taknak kan..tu yang sudahnya buat pameran je vitamin tu semua.

Saranan Adaa, bakal ibu atau ibu-ibu, silalah fahami setiap vitamin yang diberikan oleh doktor atau yang dalam gambar kat atas tu. Kalau sungguh kita faham, sedar kepentingan vitamin ni untuk diri kita dan bayi, dah pasti takda ngelat2 nak makan..takda masalah lah vitamin besar ke berlambak ke..itu semua keperluan. Kalau rasa pemakanan dan diet harian anda lengkap, tak perlu lah makan vitamin tu semua. Tapi kalau makan pun kelaut..silalah ambil makanan tambahan ya.

 

KENAPA PENTING PENGAMBILAN VITAMIN KETIKA MENGANDUNG?

  • Keperluan nutrisi semasa mengandung lebih tinggi dari keadaan biasa
  • Ibu dan bayi kedua-duanya memerlukan nutrisi dan zat yang secukupnya bagi mengelakkan komplikasi atau sebarang masalah sepanjang kehamilan dan kelahiran selain untuk tumbesaran bayi yang sihat.
  • Ibu yang mempunyai sebarang penyakit atau kondisi seperti masalah pemakanan, terdedah kepada asap rokok, masalah darah (darah tinggi, rendah, anemia etc), penyakit kronik, sangat memerlukan vitamin ketika hamil bagi memastikan kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan tidak berisiko.
  • Mengelakkan sebarang masalah kepada bayi seperti, kelahiran pramatang, kurang berat badan, kecacatan kelahiran.

 

ANTARA VITAMIN WAJIB AMBIL

 Zat besi (iron) (VITALEA)

Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Dos yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg.

Kalsium (OSTEMATRIX)

Kalsium penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Dos yang diperlukan ialah 1,000 miligrams (mg) setiap hari.

Asid folik (BCOMPLEX)

Asid folik penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia mesti diambil sebaik persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain. Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 1000 micrograms (mcg) sehari.

Omega-3 (OMEGA PLUS)

Diperlukan untuk perkembangan otak, membantuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang dicadangkan ialah 200 – 300 mg sehari.

Protein (ESP)

Sangat penting untuk pembentukan sel sihat, tumbesaran yang baik dan sihat.

Bagaimanapun pengambilan Prenatal Vitamin bukan bermakna bayi dalam kandungan langsung tidak boleh mengalami sebarang masalah kesihatan atau kecacatan. Kena ingat ya. Ini usaha kita..mencegah dan merancang kan lebih baik.

 

Jadi agak-agak nak kena ambil tak? Bagi Adaa, kena dan berbaloi sangat ambil sebab kita nakkan yang terbaik kan. Jangan malas atau culas. Ini kan untuk kesihatan kita dan bayi juga. Betul tak?

~Jadilah ibu yang bijak!~ 😀

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s