#THROWBACK · MY STORY · SHAKLEE RELATED

SEMBANG2: 6 TAHUN BERSAMA SHAKLEE, BERBALOI?

Hari sabtu macam ni nak semang santai jelah..letih kepala hari-hari duk fikir macam-macam. Memandangkan lunch dah siap masak, boleh lah tulis blog sekejap 🙂

Diam tak diam adaa mula bisnes Shaklee julai 2011..dah 6 tahun lebih rupanya..Dalam 6 tahun ni ramai yang tanya adaa, ok tak bisnes? best ke? boleh ke buat ni kat rumah? Shaklee ni brand  bagus ke? Apa yang best sangat buat shaklee ni?

Well, lain orang  lain cerita..lain pengalaman..Bagi adaa secara peribadi, adakah berbaloi? 

Tengok dari segi apa..Bagi adaa, berbaloi ..Kenapa?

  1. Dapat jana income hanya dari rumah– Adaa tak reti nak buat secara offline.Mulut ni memang banyak cakap tapi pemalu nya lagi banyak..Jadi buat melalui online ni jalan terbaik untuk orang macam adaa. Sekurang-kurangnya adaa dapat ‘bertugas’ dirumah sambil berniaga di alam maya.
  2. Tambah ilmu– dari dulu adaa minat chemistry, biology, pharmacy..Dulu mintak nak sambung belajar ke Jepun nak jadi pharmacist, tetapi aturan Allah membawa adaa ke UK dalam jurusan Chemical Engineering. tapi minat bab2 ni memang dah lama ada..jadi adaa ambil peluang untuk belajar secara informal dan spread the knowledge 🙂
  3. Up to date– Kalau tak buat apa..termenung je kat umah, kita tak tahu perkembangan yang berlaku disekitar kita kan. Bagi adaa, kalo korang tanye tangga gaji kerajaan ke memang adaa tak tahu haha..tapi kalau bab melibatkan media sosial ke atau benda-benda online, insyaAllah basic tu adaa tahu. So taklah ceruk sangat hehe
  4. Persahabatan –  dalam shaklee ni memang ada network ada upline ada downline ade sideline, tetapi Adaa lebih suka anggap semuanya sama setara..adaa anggap satu team ..sama-sama tunjuk ajar..sama-sama menegur..cuma kalau upline adaa, adaa hormat sebagai orang yang banyak beri tunjuk ajar, tapi kalau downline, adaa lebih selesa mereka anggap adaa macam kawan..lebih seronok bekerja sebagai kawan-kawan kan..Dalam 6 tahun ni macam-macam orang yang adaa kenal dan masih ada yang kekal bersahabat sampai sekarang..alhamdulillah..
  5. Didik diri– ini satu benda yang Adaa rasa berbaloi buat Shaklee..bila jumpa macam-macam karenah manusia, menjadikan kita banyak belajar..kadang-kadang kena banyak sabar..kadang-kadang kena hati kental. Memang bukan senang bila melibatkan perangai orang dan perasaan kita..tapi tu lah proses pembelajaran namanya..
  6. Tingkatkan taraf diri– ini merangkumi pengalaman berniaga, income, pengalaman jatuh bangun, cara komunikasi dengan orang ramai, kesedaran kesihatan. Bagi otak bekerja..kalau tak minda pun tumpul huhu

itu antara yang adaa dapat fikir..Jadi berbaloi atau tidak..ya berbaloi..Sesuatu pengalaman yang mengajar kita untuk terus hidup pastinya berbaloi kan..jatuh bangun tu adat. Yang penting cuba dulu..Tak cuba tak rasa 🙂

korang macam mana?

~shaklee and me~

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s