SHAKLEE RELATED

WANITA KELANTAN SUKA BERNIAGA & ANTARA YANG TERKAYA DI MALAYSIA?

Biasa tak dengar statement ni.. Adaa ingat lagi dulu masa mula-mula menceburkan diri dengan perniagaan online ni ada sedara yang bertanya ”kerja apa sekarang?”. Soalan lazim bagi orang yang baru habis belajar dan bila adaa kata adaa berniaga online, “ooo orang kelantan memang rajin berniaga, tambah-tambah orang perempuan”..adaa senyum jelah.

Betul ke wanita kelantan suka berniaga?

Jujur kata, adaa berniaga bukan sebab adaa orang Kelantan atau bukanlah sebab darah kelantan yang mengalir dalam tubuh ni atau DNA Umi yang suka berniaga (tapi Umi kerja kerajaan hehe, berniaga hanya kerana minat) tetapi melihatkan peluang pada waktu dan ketika tertentu membuatkan adaa terjebak dengan perniagaan yang 100% takda kene mengena dengan subjek yang adaa belajar selama ni.

Jadi pendapat adaa, sebenarnya bukan wanita kelantan ni suka berniaga, tetapi jika anda sendiri ke Kelantan, anda akan lihat pelbagai peluang perniagaan kat sana. Jadi, rugi lah kalau lepaskan ye tak? Bila sekeliling semua pakat berniaga, secara automatik, naluri nak berniaga sama tu ada..akhirnya berniaga ni dah jadi satu perkara yang sangat ‘common’ dikalangan penduduk Kelantan.

Sebenarnya bukan wanita kat kelantan je berniaga, yang lelaki pun sama..tapi cuma wanita ni bilangannya lebih ramai kot..atau masa suami keluar kelaut ke bekerja ke, si isteri suka untuk membuat sesuatu bagi menjana ekonomi.

Rasanya dimana-mana pun ada orang suka berniaga, tetapi kenapa penduduk Kelantan yang dilabel sebagai orang yang suka dan terer berniaga? dan mengapa, penduduk Kelantan dikata antara yang terkaya di Malaysia? Apa rahsianya?

tadi adaa sempat ‘blogwalking’ dan terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk dikongsi..sumber

Rahsia Peniaga Di Kelantan

Tentu anda ingin mengetahui apakah rahsia peniaga di Kelantan ini? Pada dasarnya mungkin tiada rahsia atau strategi yang spesifik yang diguna pakai oleh peniaga di negeri ini ketika memulakan atau menjalankan perniagaan mereka.  Namun yang berikut ini adalah beberapa faktor yang dilihat sebagai faktor kejayaan peniaga-peniaga ini.

1.     Bijak Menggunakan Peluang Yang Ada.  Ini pandangan ikhlas saya, pada pendapat saya peniaga di Kelantan bijak mencari dan menggunakan peluang yang ada.   Sebagai contoh, jika mereka hendak berniaga, peniaga ini akan memulakan perniagaan di tempat yang menjadi tumpuan peniaga dan juga orang ramai.  Peniaga-peniaga ini akan sentiasa menjaga hubungan baik dan bertimbang rasa sesama mereka.  Jarang dilihat peniaga yang menjual barangan yang sama dengan peniaga yang berniaga di sebelahnya.  Contohnya, jika peniaga di sebelah sudah menjual colek buah atau sate ikan, maka peniaga yang sebelah lagi akan menjual air batu pula. Mereka saling melengkapi, dan sebaik mungkin cuba mengelakkan persaingan, lantas mengelakkan pergaduhan.

2.     Kesepakatan.  Bagi mereka yang menjual di bazar atau di kedai-kedai bebas cukai pula, kebanyakannya akan bersepakat dalam menentukan harga yang akan dikenakan bagi setiap barangan itu agar nilainya sama untuk setiap kedai.  Contohnya, jika kedai A mengenakan harga RM45 untuk sepasang tudung bawal gred A, begitu juga lah harganya di kedai B.  Jika barangan di kedai A kehabisan stok maka mereka tidak akan melepaskan permintaan daripada pelanggan itu begitu sahaja.  Sanggup peniaga ini mencari barangan yang sama di kedai-kedai yang lain demi memuaskan hati pelanggan mereka, secara tidak langsung dapat juga menambah jualan rakan kedai yang lain.  Pakaian dan fesyen yang dijual juga mengikut trend terkini, yang kebanyakannya diimport dari negara jiran, Thailand.

3.     Aliran Tunai Yang Tinggi.  Kelantan dilaporkan antara negeri yang mencatatkan aliran tunai paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.  Majoriti penduduknya membeli belah tanpa kad kredit dan hanya menggunakan wang tunai semata-mata.  Sebagai contoh, jualan tunai di hypermarket Kota Bahru, Kelantan mencatatkan rekod antara yang tertinggi di Malaysia.  Sebilangan besar rakyat Kelantan boleh berbelanja mengikut kemahuan tanpa kebergantungan terhadap penggunaan kad kredit.  Ini juga mungkin merupakan salah satu punca pemangkin mengapa rakyat Kelantan berminat untuk berniaga.  Bagi peniaga, belian secara tunai memudahkan mereka kerana masalah hutang dapat dielakkan.  Keuntungan yang dimiliki hasil daripada jualan tunai dapat  digunakan semula dengan segera oleh peniaga tadi sebagai modal untuk pembelian barangan yang lain pula.

4.     Penjenamaan.  Ya, antara strategi perniagaan peniaga negeri ini adalah dengan mengeluarkan jenama produk tertentu contohnya produk makanan menggunakan nama-nama yang bercirikan kemelayuan atau jenama yang melambangkan produk itu adalah hasil buatan orang Melayu sendiri seperti ‘Sos Pencicah Cik Nah’ atau ‘Keropok Segera Cap Keropok dan Pinggan’.  Ada juga yang menggunakan logo keris, kubah masjid dan sebagainya dalam penjenamaan produk atau kedai mereka.  Dialek Bahasa Melayu Kelantan juga diguna pakai dalam penjenamaan produk, contohnya produk budu berjenama ‘Budu Tersohor Kelate!’, dan seterusnya menjadikan produk itu tadi lebih cenderung ke arah ‘mesra’ pengguna.  Negeri yang terkenal dengan gelaran ‘Serambi Mekah’ ini juga masih mengekalkan tulisan jawi pada sebilangan besar papan tanda iklan-iklan di tepi jalan, di samping model wanita yang menutup aurat untuk menjaga lambing kesucian agama Islam itu sendiri seterusnya menarik kuasa membeli pada segenap lapisan masyarakat.

5.     Bahan mentah yang murah dan mudah didapati.  Jika dilihat daripada sudut harga pula, walaupun kita tahu Kelantan merupakan tempat tarikan pelancongan, namun barang makanannya masih lagi boleh dijual dengan harga yang murah.  Ada beberapa faktor penyebab yang memungkinkan hal ini berlaku antaranya kos bahan mentah yang murah dan mudah didapati.  Pada perspektif lain pula, dengan menjual pada harga yang murah juga mungkin menunjukkan bahawa peniaga di sana tidak lah terlalu sempit hidupnya untuk sewenang nya menaikkan harga barang.  Bayangkan untuk sarapan pagi anda hanya perlu membayar lebih kurang RM1.50 untuk nasi berlauk ayam dan kuih-muih pula masih lagi berharga 25 sen sebiji berbanding jika di Kuala Lumpur sudah tentunya harga bagi kedua-duanya boleh mencecah sehingga RM3.50 dan 40 sen masing-masing.

6.     Minat dan Permintaan.  Antara faktor lain yang menjadi rahsia peniaga di Kelantan adalah minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan yang mungkin disebabkan faktor keluarga ataupun atas sikap diri sendiri.  Penduduk Kelantan memang terkenal dengan sikap mereka yang suka berdagang dan berniaga.  Selain itu, permintaan terhadap barangan sentiasa ada, baik barangan runcit, makanan mahupun barangan keperluan yang lain.  Sebutlah apa sahaja jenis perniagaan, pasti ada peniaga yang sudah atau mampu mengusahakannya. Di Kelantan, banyak terdapat pusat-pusat perniagaan seperti Pasar Besar Siti Khadijah atau dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kabu yang terletak di pusat bandar Kota Baharu.  Pasar Besar Siti Khadijah merupakan salah satu pusat perniagaan yang menjadi tarikan pengunjung yang datang ke negeri Kelantan.   Pengunjung dapat melihat satu pemandangan yang unik apabila kebanyakan peniaga di sini terdiri daripada kaum wanita!  Antara pusat perniagaan lain yang terdapat di negeri Kelantan adalah seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh, KB Mall, KB Bazar, Bazar Buluh Kabu, Bazar Tok Guru, Pusat Perniagaan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur.

7.     Sikap Peniaga. Sifat berniaga dan suka merantau itu sememangnya sudah sebati dalam diri penduduk di negeri Kelantan.  Walaupun berada di luar negeri Kelantan, anak kelahiran Kelantan tidak akan segan silu untuk memulakan perniagaan.  Ini realiti.  Satu perkara lagi yang boleh kita lihat adalah pada sikap peniaga itu sendiri yang berdisiplin dan mudah mesra pelanggan.  Jika berkunjung di kedai atau bazar yang terdapat di sini, peniaga-peniaga ini memang pandai bermanis mulut ketika melayan pelanggan mereka.  Tidak kiralah sama ada peniaga itu sudah berusia ataupun yang masih muda, dialek Bahasa Melayu Kelantan yang adakalanya terlalu pekat tidak dijadikan alasan untuk tidak berkomunikasi dan melayan dengan baik pelanggan mereka.

Mungkin ini boleh menjadi inspirasi buat kita yang berniaga. Mana tahu boleh turut sama kaya ye dok? hehe

Yang point no 2 dan 3 tu betul..sebab bila dilihat-lihat dan difikir-fikir balik, memang jarang adaa tengok kalau sebelah jual sate, sebelah lagi pon jual sate..mesti benda lain yang dijualnya. Atau kalau ada pun, pasti ada kelainan yang dilakukan, jadi taklah 100% sama bendanya. Berbeza dengan ditempat adaa tinggal sekarang..kalau seorang dah mula jual teh kocok misalnya, selang 100m pasti ada yang jual juga dan ianya 100% sama sebab mungkin suppliernya orang yang sama. Jadi persaingan sangat tinggi dan akhirnya perniagaan tu jadi bermusim..bertahan hanya 2 3 bulan..lepas tu hilang..muncul yang lain pula..begitulah seterusnya.

Yang aliran tunai juga sangat betul..jarang sangat jumpa orang yang guna kredit kad ni..debit  kad pon jarang..dan jenis yang buat hutang pun jarang kecuali hutang rumah dan kereta lah..

Apa pun, benar atau tidak statement tu yang bab wanita kelantan suka berniaga, mungkin betul atau kebetulan..bab penduduk kelantan antara yang terkaya, juga mungkin betul. Yang penting, kalau nak sama kaya dengan diorang, ikutlah berniaga..lagi pun iakan satu sunnah 😀 Tapi yang bekerja pun kerjalah..kang semua berniaga sapa pulak nak kerja ye tak?

~berniagalah dengan jujur~

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s