SHAKLEE RELATED

SALAM NUZUL QURAN 2016/1437 HIJRAH

Pejam celik hari ni dah hari ke-17 umat Islam berpuasa untuk tahun ini..cepat betul masa berlalu. Nuzul Quran merupakan hari yang penting dalam bulan Ramadhan, kenapa ya?

NUZUL QURAN 1437H
NUZUL QURAN 1437H

NUZUL QURAN merupakan hari dimana AL-Quran diturunkan oleh Allah untuk panduan umat Islam dimuka bumi dan ianya berlaku dalam bulan Ramadhan yakni hari yang ke-17.

Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Seperti yang kita sedia tahu Al-Quran merupakan kitab yang terulung bagi umat Islam..didalamnya terdapat panduan bagi kita untuk hidup dimuka bumi ini dengan redha Allah. Jika telefon didatangkan bersama manualnya untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik dalam tempoh yang ditetapkan, begitu juga manusia. Al-Quran merupakan manual bagi umat Islam untuk memastikan kita berada dilandasan yang betul dan menjalankan fungsi kita sebagai manusia menurut kehendak sebenar Allah. Bukan suka hati kita je..

 

KEHEBATAN AL-QURAN

1.         Allah berfirman yang bermaksud:“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.

7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 

8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud:‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” 

ini antara kehebatan Al-Quran. Kita umat Islam seharusnya bersyukur kerana diberi panduan yang sebegini lengkap. Jika tersasar, kembalilah kepada Al-Quran..ia ada jawapannya..

 

Buat seluruh Umat Islam, bacalah, fahami dan amalkanlah isi kandungan Al-Quran..jangan hanya dipandang, dijadikan hiasan..Bulan puasa ni adaa tengok di kedai buku, bahagian Al-Quran penuh dengan orang..masing-masing sibuk membeli..harapan adaa, bukan sekadar beli, dijadikan hadiah, dijadikan hantaran perkahwinan..ingat, bukan cantiknya kulit atau kertas al-quran yang dipandang, tetapi ISInya..semoga kita ambil pengajaran..Wallahualam 🙂

Salam nuzul Quran~

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s