MY STORY · SHAKLEE RELATED

TRIBUTE BUAT UMI..SALAM RAMADHAN UMI

Pagi ni bangun je hati sebak teringatkan arwah Umi..ini tahun ke-5 Umi pergi..dah lama adik tak menulis pasal Umi..pejam celik pejam celik dah 5 tahun rupanya..

Esok dah 1 Ramadhan..selalunya kalau nak puasa ni Umi mesti sebok beli serunding buat bekalan untuk sahur..kalau lambat bangun atau tak selera, makan serunding dengan roti jer..masa menantu Umi kat UTP pon Umi pesan kat adik suruh bekalkan serunding kan..senang katanya..masa adik belajar kat UK pun ini lah yang umi selalu bekalkan kan?

Sekarang bukan setakat puasa je ade serunding kat rumah adik ni ..tiap-tiap hari ada hehe

dah 5 kali puasa dan raya tanpa Umi rasanya memang beza..kalau dulu meriah sangat tapi sejak mek, ayah daud, Umi, adik ayu takda..tinggal kami 4 beradik jer..nak raya pun takda nak masak berkuali-kuali..masak macam biasa sekadar hidangan kami 4 keluarga..kami beraya pun demi anak-anak yang masih kecik yang masih nak kenal suasana raya..kalau tak mungkin tak beraya pun..

Kalau difikir-fikirkan semula..berapa kali sangat kita puasa sama-sama kan Umi..sekolah rendah je kot..sekolah menengah adik dah jauh..lepas tu adik pergi lagi jauh…bila adik habis belajar, belum sempat dapat result exam dan majlis konvo lagi adik dah kawen..memang terhad memori adik dengan Umi..tapi sampai sekarang adik masih berpegang dengan memori yang ada..selama 5 tahun ni jugaklah setiap perbualan adik bersama suami atau adik beradik tak pernah hilang nama Umi..adik bercerita seolah-olah Umi masih ada..kalau orang dengar mesti orang tak tahu yang sebenarnya Umi dah lama takda..

Selama Umi pergi, banyak jatuh bangun yang adik dan adik beradik lain alami..kami masih baru nak mengenal dunia perkahwinan dan cabaran hidup..semua yang adik nak kongsi dengan Umi..masa adik sakit, masa mengandung, masa berpantang..tapi tak berpeluang..setiap kali ada masalah adik cuma mampu berdoa dan menangis..dah tak boleh telefon Umi mcm dulu..dulu Adam selesema pun heboh telefon Umi đŸ™‚ Disebabkan dah terbiasa mengadu, masa hari-hari awal Umi meninggal, adik terlalu sedih..sampai adik telefon handphone Umi..walaupun adik tahu takkan adaa siapa yang jawab..macam tulah rindunya adik kat umi..

Tapi takpa..itu semua cabaran hidup..walaupun waktu adik sangat singkat dengan Umi..adik bersyukur ada ibu sebaik Umi..terima kasih sebab besarkan adik. Ramadhan ini walaupun sekali lagi tanpa Umi, takpe, doa adik sentiasa ada untuk Umi..berbahagilah disana..

Salam Ramadhan Umi..i love u.

DSC00045
FADZILAH DAUD 1952-2011
Advertisements

One thought on “TRIBUTE BUAT UMI..SALAM RAMADHAN UMI

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s