#KORANGTAUTAK

12 KELEBIHAN MINUM AIR LEMON

Sepanjang minggu detoks hari tu, Adaa cabar diri minum air 2.5-3liter setiap hari. Selalunya, 1 liter pon susah nak habiskan..memang liat nak minum..Tapi sebab dah berazam nak biasakan minum 3 liter dan memandangkan sekarang musim panas yang melampau, jadi kenalah rajin-rajin minum..bosan minum kosong gItu, adaa tambah hirisan lemon supaya ada rasa segar sikit disamping menggalakkan detoks..tak tahu pulak rupanya banyak kelebihan disebalik air lemon ni. Niat dihati nak mudahkan habiskan minum 3 liter air je.

KELEBIHAN AIR LEMON

KELEBIHAN AIR LEMON
KELEBIHAN AIR LEMON

Ini baru lima. Ada banyak lagi khasiat lemon yang kita tak tahu..

 Khasiat Lemon #1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun dari tidur boleh melegakan dan mampu mengelak masalah penghadaman seperti gastrik, kembung perut, angin dalam badan dan pedih ulu hati.

Khasiat Lemon #2. Bertindak sebagai agen detox. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja. Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman ditambah dengan lemon yang dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati .

Khasiat Lemon #3.  Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh. Ini bermakna Vitamin C sangat sangat penting seawal kita bangun dari tidur.

Khasiat Lemon #4.  Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang atau merendahkan asid dalam badan.

Khasiat Lemon #5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

Khasiat Lemon #6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

Khasiat Lemon #7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak risiko barah.

Khasiat Lemon #8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. Hal ini membantu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.

Khasiat Lemon #9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

Khasiat Lemon #10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Sesuai bagi merawat selsema, minum bersama air suam.

Khasiat Lemon #11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus dengan sihat dan selamat.

Khasiat Lemon #12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan. Sumber : Resepi Shiela Rusly

 

Banyak kan? lepas ni bolehlah amalkan minum air lemon setiap hari 🙂

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s