#THROWBACK · SHAKLEE RELATED

#THROWBACK ISTIMEWA HARI GURU: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Apa tema hari guru tahun 2016 ni? GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. dalam ertinya ni..guru bukan sekadar datang sekolah, buka buku, tulis kat papan putih atau papan hitam, lepas tu balik..bukan semudah tu..tugas guru ni sama dengan tugas ibu bapa, nak membentuk insan yang berjaya..bukan sekadar berderet A dalam slip peperiksaan..kalau tu objektifnya mungkin lebih mudah..

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Ini adalah ikrar guru..bukan calang-calang tugas ni..Punyalah penting tugas ni sampaikan kita sebagai anak murid, sampai tua ingat lagi kat cikgu2 kan..betapa berjasanya mereka. Tabik!

Adaa ingat lagi guru sekolah rendah adaa..korang pon mesti ingat kan? Dulu adaa sekolah kat kelantan, Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Suria 1..sekolah terbaik waktu tu..cikgu-cikgu pun lagend. Walaupun dulu adaa bukanlah budak paling pandai atau paling aktif, tapi cikgu-cikgu kenal mungkin sebab adaa selalu masuk pertandingan nasyid dan menyanyi..dan juga ada jawatan lah kat sekolah..Sekolah rendah ni time baru nak kenal dunia orang kata..nak bergaul..suka cikgu lelaki (upss) ..ada geng sendiri..adaa ada 6 orang best friend masa sekolah rendah..satu geng hehe memang tengah nak up lah orang kata..masa-masa yang menyeronokkan..kanak-kanak rebina..Siapa sangka, dah usia 32 ni pon masih ada cikgu sekolah rendah ingat kat adaa..huhu sayangnya, adaa takda gambar nak dikongsi..

Bila sekolah menengah..kami berpecah..sorang ke Kolej Tunku Kurshiah, Adaa ke Sekolah Tun fatimah johor bahru, yang lainnya bersekolah di Sekolah Dato’ Mahmud kelantan..Bila kat sekolah menengah, pengalaman lebih banyak..sekolah berasrama kan..sepanjang masa dengan cikgu..warden..

STF 2
Dengan classmate di padang hoki (camera sapalah masa ni..hehe)

Adaa dulu belajar Bahasa Jepun (matapelajaran bahasa asing)..adaa suka sangat time bahasa jepun ni sebab seronok..benda baru..yang paling best sebab sensei selalu bagi tengok drama Jepun..kadang-kadang kami yang rapat sikit dengan sensei ni ikut balik ke rumah (sensei warden jugak)..sambung layan cerita jepun..drama yang paling adaa ingat masa tu ‘FIRST LOVE’ uuuuuu best sangat..

firstlove

adaa suka sangat lagu dia..sampaikan setiap kali ada ceramah ke, tengah bosan ke, tangan ni mesti ada kertas selai, pen sebatang, tulis lirik lagu jepun tu dalam bahasa jepun..sampai fasih dimulut dan ditangan..terima kasih lah sensei atas pengalaman tu :)..sampai adaa abis sekolah pun adaa masih ikuti lagu-lagu jepun..kaset-kaset penyanyi jepun terutama Utada Hikaru..sayangnya sekarang banyak dah lupa..sebabnya, blaja pandai dah bahasa jepun, minta nak ke Jepun, tapi takdir Allah, membawa adaa ke UK pulak..sedih..sebab nak dijadikan cerita, ironinya adaa sangat tak suka English..tak tahu kenapa, tapi adaa lebih kepada kemelayuan..dan kejepunan pada waktu itu..Padan muka..Tuhan nak suruh jangan benci sangat ‘speaking’..kan dah kene hantar ke UK..

Sekolah menengah adaa lebih banyak mengenal diri..dulu adaa pendiam..nak kata rapat dengan cikgu tu adalah jugak seorang dua..tapi dengan cikgu lelaki takda..sekolah all girls..walaupun ada cikgu lelaki sorang dua, tapi adaa taklah minat2 macam masa sekolah rendah dulu..hehe lebih matang kot..

Lepas tu sambung ke Kolej Mara Banting..kat sini guru kelas adaa cikgu lelaki..cikgu Fadzlanor (mahap kalo salah eja cikgu hehe) muda lagi..umur tak jauh beza..in fact, lepas habis belajar, adaa yang kahwin dulu daripada cikgu hehe disebabkan umur pon tak jauh, jadi lebih cepat mesra..senang nak komunikasi..cikgu banyak ajar adaa dan kawan-kawan bukan sekadar dalam kelas, tapi luar kelas juga. Dalam kelas adaa, kami kaum perempuan ni golongan minoriti..dalam satu kelas ada 23 lelaki dan cuma 5 perempuan (engineering..biasalah kan) ..nak jadi cerita budak lelaki kelas Adaa lah paling nakal berbanding 2 kelas lain lagi..ya ampun…menyakat nombor 1…kadang-kadang makan hati kitorang ni..so Cikgu fadzlan lah yang backup kitorang..nasihat kitorang..terima kasih banyak cikgu 🙂 Kalau cikgu takda mungkin perang dunia ke 3 meletus dalam kelas E02B tu hehe

STF 1
Classmate masa di Sekolah Tun Fatimah yang sama-sama ke Uk dan Ireland..

Bila dah terbang ke UK..suasana dah pasti berbeza..cikgu2 pun bukan orang Melayu kan..tetapi adaa bersyukur sangat dapat ke Queen’s University of Belfast tu sebab lecturer nya semua baik..walaupun Belfast terkenal sebagai ‘the most racism place’ pada ketika itu..tetapi cikgu2nya tak pernah diskriminasikan adaa ..Sekali lagi, perempuan memang tak ramai dalam kelas tu..kat sana jurusan ‘Chemical Engineering’ ni macam diorang takut sikit nak ambil..menurut diorang jurusan tu paling susah..jadi..kami cuma ada satu kelas jer..tu pon tak ingat dah berapa orang..dalam 30 je kot..lelaki lebih ramai yang pastinya..ada 3 orang malaysia..seorang lelaki muslim, seorang perempuan bangsa cina dan adaa satu-satunya wanita muslim dalam kelas tu. Walaupun begitu, cikgu-cikgu sangat baik dan tak pernah beza-bezakan kami semua. Jujur kata, kat sana adaa rasa lebih bebas bersuara dan lebih terbuka..banyak benda baru yang adaa belajar disana..bukan sekadar masa dalam kelas, tapi cikgu-cikgu ni suka membuka minda kita kepada realiti hidup selepas tamat belajar..takdalah kita ni exam oriented..menarik! Memang pengalaman 4 tahun kat sana merupakan pengalaman terindah sepanjang hidup adaa bergelar seorang pelajar.

IMG_2712
with Prof. Magee 

Sepanjang hidup adaa, adaa banyak belajar dari cikgu-cikgu..jadi terima kasih cikgu..walaupun cikgu tak baca entry ni tapi adaa tahu cikgu bangga dengan profesion cikgu dan teruskan mendidik sebab adaa tahu kami jadi seperti sekarang ni pun atas jasa cikgu-cikgu2..

TERIMA KASIH CIKGU.

 

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s