#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED

DIARI DETOKS: DAY 5-7, CYCLE 1

Bersambung lagi untuk hari ke-5 hingga 7 🙂

DAY 5

Apa pula plan hari ke-5?

photo_2016-05-07_06-53-00

Hari ke-5 dah boleh ambil ayam, ikan sebagai salad atau buat macam western meal. memang syurgaaa hehehe dan pada ketika ni perut dah lebih stabil..dah biasa dengan kuantiti makanan yang agak kecil..kalau makan banyak mengah pulak nanti.

photo_2016-05-13_08-15-59
contoh salad meal

Yang ni cuma sayuran mentah seperti kubis ungu, butterhead lettuce, iceburge lettuce, lobak merah, timun dan dicampur dengan hirisan 1 ketul dada ayam sebesar 1/2 tapak tangan yang digrill. Dressing boleh guna lemon+lada hitam+garam sedikit+minyak zaitun.

DAY 6 & 7

Dua hari terakhir ni menu tak  banyak beza. Dah mula boleh ambil nasi dan white noodle. Pada Adaa, saranan Kevin Zahari untuk ambil segenggam nasi tu memang wajar sangat..memang boleh kenyang punya. Sungguh..sedap-sedap je perut..tak terasa terlebih makan pun.

photo_2016-05-07_06-52-54

photo_2016-05-07_06-52-49

Pagi-pagi bangun jer terus minum air suam segelas dua. Lepas tu sarapan dengan smoothies ni dah cukup kenyang..sebelum makan tengah hari kalau lapar boleh ambil snek, tapi bukanlah makanan rapu ok? Ambil biskut kering tu atau buah dah memadai. kenyang sangat dah. Senang kan?

Akhirnya tamat 7 hari kempen detoks!! Selepas tujuh hari ni anda boleh teruskan dengan meal plan hari ke-7 tu sehingga hari ke 30. Guna meal plan yang sama..ini mengajar kita untuk terus EAT CLEAN. Makan secara seimbang dan sihat. Sebab tu adaa kata ianya bukan sekadar detoks..tetapi mengajar kita untuk hidup secara sihat. Ini yang kita semua patut makan hari-hari..menu tu boleh berubah, tetapi masak secara sihat, kekalkan kuantiti yang sepatutnya.

photo_2016-05-13_08-27-30

Pemerhatian:

  • Hari ke 5 dan 6 tak membuang. Baru nak menyesuaikan diri dengan kemasukan protein daan karbohidrat agaknya
  • Hari ke 7, pengahadaman lebih baik. Lega..:P
  • Badan lebih bertenaga, selesa
  • Dah terbiasa minum 3 liter air..dulu nak habiskan 2 liter pon liat.
  • Badan lebih ringan, perut sedikit kempis.
  • Lebih selesa dan rasa sihat!
  • Berat berkurangan sebanyak 1.4kg (dulu 3 bulan belum tentu turun 100g)
  • Inch loss 1 inci

Ingat ya, detoks ni untuk badan kita sihat. Bagi yang obese, bonus untuk anda jika dapat kurangkan berat dan keputusan adalah berbeza mengikut individu..macam yang adaa beritahu dalam entry testimonial detoks diet tu kan..sejumlah 76.8kg turun tetapi ada yang turun 1kg, ada yang 6 kg dalam 1 minggu tu..jadi berbeza. Tumpukan kepada faktor kesihatan dan pengubahan cara hidup sihat bukan nak kurus semata. InsyaAllah jika kita amalkan makan secara sihat, secara automatik berat kita akan mula turun dengan sihat dan mencapai berat badan ideal. Jadi kene didik hati dan akal ni supaya jangan kembali kepada tabiat pemakanan tak sihat. Kalau masa puasa boleh jer tahan diri dari makan macam-macam kan, kenapa hari biasa tak boleh? pasti boleh kalau kita ada objektif yang kuukuh seperti MAHU SIHAT.

 

Selamat detoks!!

Esok adaa akan mulakan diari cycle 2 pula. Apa beza dengan cycle 1? Tunggu…:)

 

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s