#CADANGAN DAN SET RAWATAN · #MASALAH KESIHATAN · SET DETOX · SHAKLEE RELATED

DIARI DETOKS: DAY 2, CYCLE 1

Ok, hari ni sambung cerita semalam, day 2 pulak..apa cerita?

DAY 2

Masuk hari kedua cabaran detoks 7 hari kita ni. Bangun pagi rasa badan agak sengal..mungkin sebab semalam ada buat senaman sikit untuk pembakaran lemak..tapi lupa warm up hehe maklum laa orang tak pernah bersenam 😛

Bab senaman ni bergantung kepada tubuh individu..buat yang agak-agak kita mampu. Kalau kita tak fit, jangan terus buat teruk-teruk..cukup sekadar berjalan 30 minit atau jogging ke kan..jika jantung fit..boleh cuba buat senaman HIIT ni. Agak-agak jogging 20 minit non-stop dah mengah maksudnya belum fit tu..jadi pilih yang sesuai dengan diri ok? Mungkin boleh cuba yang ni?

5 CARA SENAMAN UNTUK DIBUAT DI RUMAH

photo_2016-05-07_07-25-08
circuit training for beginner

Dalm rajah ni circuit training, kalau HIIT lebih kurang ni jugak cuma setiap jenis senaman tu kita buat dalam 30 saat, rest 10 saat sampai cukup 7 minit.

Bagi yang tak berpeluang ke gim atau takda masa nak berlari ke apa ke boleh cuba senaman ni..hanya 7 minit sehari. Kebaikannya untuk meningkatkan kesihatan jantung (stamina) berkali-kali ganda dan penurunan berat lemak secara total dalam satu sesi senaman yang pendek.

Kebaikan senaman jenis HIIT 

  • Waktu senaman yang agak pendek.
  • Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Tabata, orang yang menggunakan kaedah ini selama 4 kali seminggu berserta 1 kali kardio konsisten (jogging) didapati mengalami peningkatan kapasiti aerobik dan anaerobik sama seperti mereka yang pulun berjogging selama 5 kali seminggu.
  • Kesan pembakaran kalori ‘after burn’ up to 12-24 jam. Maksudnya, lepas korg buat senaman jenis HIIT ni, badan korg still membakar kalori yang berlebihan dalam badan sehingga 12-24 jam. Haa..syok kan? Tgh tidur pun badan still akan membakar dgn jayanya. Wah, cepat kurus lah korg cmni!
  • Melatih badan utk menyahtoksinkan ‘metabolic waste’ daripada otot so that badan korg akan nampak lean je. Macam model-model fitness tu.
  • Sesiapa yg mengamalkan senaman jenis HIIT ni pulak selama 8 minggu, akan memanjangkan jangka hayat badan dan metabolic badan akan secergas org remaja.

Tapi tak semua orang sesuai tau..jangan main pulun jer..nak info lanjut sila ke page Kevin Zahari ni ye DISINI .Kalau badan tak fit, boleh mulakan dengan jongging ke jalan 20 minit..atau jika nak jjuga buat HIIT, buat ikut kemampuan je..korang kenal tubuh korang kan..jangan overdo.

Macam biasa, bangun minum air masak dulu segelas bagi melancarkan penghadaman.

Hari ni bagaimana plan kita?

photo_2016-05-07_06-52-33

 

Menu hari ni sup sayur sahaja. Mudah dan sedap. Adaa Cuma buat ‘clear  vegetable soup’ dan memandangkan hari ni dah boleh masukkan ‘non-leafy vegetable’ rasanya lebih enak lah kan..semalam semata-mata sayur hijau berdaun ye.

photo_2016-05-07_07-30-52
day 2: sup sayur (maaf atas pencahayaan yang suram)

Bahan-bahan:

  • Sayur mayor (Kacang peas, bendi, lobak merah, kubis jepun, sawi)
  • Halia 1 inci
  • Bawang putih 3 ulas
  • Garam sesedap rasa
  • Minyak zaitun (extra virgin oil)

 

Cara-cara:

  • Adaa tak tumis, Cuma didihkan air bersama halia dan bawang putih yang dihiris nipis
  • Masukkan sayuran yang lambat empuk dulu seperti lobak merah
  • Dah mendidih sikit, masukkan sayuran lain dan sedikit garam sahaja.
  • Angkat dan letakkan sesudu minyak zaitun sebagai ‘finishing touch’
  • Makan!

 

Bagi yang tak tahu nak guna sayur apa, ini adaa letakkan sekali panduan untuk anda ok? Jadi, ikut selera, ikut budget

photo_2016-05-07_07-33-51

 

Air seperti biasa banyakkan minum sehingga 3 liter sehari atau lebih ikut berat badan anda lah ya.

 

Pemerhatian:

  • Badan kurang letih
  • Badan sengal dan masih pening sikit
  • Kerap kencing dan kentut (upss!!)
  • Lawas! (adaa jenis membuang 3 hari sekali pun dah syukur..ini tiap-tiap hari dah..thumbs up! Kuasa fiber!)
  • Perut pedih sikit je mungkin sebab nak sesuaikan diri setelah bertahun makan macam-macam setiap waktu makan. Tetiba kena ‘cut’ kan..jadi agak lapar tapi terkawal.

Tamat hari 2..jumpa hari seterusnya esok!

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s