Selamat pagi Malaysia!! Selamat berhujung minggu! Hari ni seperti yang dijanjikan, Adaa akan kongsikan diari detoks adaa secara berperingkat ok?
Dah baca kan entry semalam? TESTIMONIAL: TOTAL 76.8KG HILANG DENGAN 7 HARI DETOX! Segalanya tak mustahil kan?
7 DAYS DETOX CHALLENGE/ CABARAN DETOKS 7 HARI
Sebelum adaa mula jurnal harian ni, cuba cek dulu tanda-tanda orang yang kena detoks..mungkin anda salah seorang daripadanya:
EMOSI:-
Perubahan emosi
Marah dan cepat marah
Gemuruh
Kemurungan
Sifat Pelupa
Pemikiran keliru
Kegelisahan
Kebimbangan
Refleks lambat
Obsesi
Kekurangan penyelarasan
Kekeliruan
Blur
Blank
TIDUR
Insomnia
Gigit gigi semasa tidur
Kencing malam
Meleleh air liur berlebihan semasa tidur
Gangguan tidur – terjaga kerap kali pada waktu malam
KULIT
Kulit kering
Rambut Kering
Rambut rapuh
Keguguran rambut
Alahan
Hidung gatal
Gatal-gatal dubur
Kulit gatal
Urtikaria (Gegata atau Kelopak Garam)
Jaundis
Reaksi alahan kepada makanan
Sensasi merangka di bawah kulit
Letusan
Ekzema
Ulser kulit
Bengkak
LAIN-LAIN
Sensasi bendasing dalam tekak atau tidak selesa
Kesukaran menelan
Batuk atau batuk darah
Masalah peredaran darah. kebas di hujung kaki, kesukaran untuk bergerak.
Lebihan air liur
Penglihatan yang kabur
Nafas berbau
Tindak balas imun rendah
Demam
Masalah pernafasan
Eye floaters
Bau badan
Kalau agak-agak ada tanda ni jom detoks!!
DAY 1
Hari ni bermulalah cabaran detoks 7 hari. Mula-mula berat jugak sebab membayangkan kena makan sayur mentah dan sayuran sahaja untuk hari 1 dan 2 tu kan..Tapi disebabkan rasa ingin tahu yang membuak ni cuba jugalah. Nak juga tahu apa kesannya selepas detoks. Tengok geng team detoks yang lain semuanya respon sangat positif!
Selama hidup 32 Tahun ni tak pernah lagi cuba detoks cara sebegini ..rasanya badan melalui proses detoks yang agak bagus pun ketika Ramadhan jelah (Ramadhan adalah bulan detoks..indahnya Islam ). Jadi, ini kali kita cubalah!
Adaa mulakan hari adaa dengan segelas air masak..bangun tidur je minum dulu. Lepas tu menuju ke penimbang. Bukan apa..sekadar rekod. Ramai yang turun berat badan sepanjang detoks ni jadi sajalah kan timbang, mana tahu berat degil yang bertahun yang gagal menggerakkan nombor penimbang ni tetiba lembut hati nak gerak pulak hehe. Tapi jangan salah konsep ya, detoks bukan untuk kurus tetapi untuk tujuan pembersihan toksin. Bila badan bebas toksin, barulah proses penurunan berat badan boleh berlaku dengan efektif dan sistem tubuh yang lain juga akan lebih bergerak dengan baik. Taknak kurus? Takpe, detoks bukan untuk orang gemuk je tau, orang kurus juga ada yang mempunyai toksin yang tinggi dalam badan. Selain berat, anda juga boleh ambil ukuran inci di sekitar pinggang contohnya, lengan dan paha.


Hari pertama, menu adaa mudah sahaja..ini sahaja sayuran yang berjaya di cari dan dibeli

Dressing untuk salad ni boleh je kalau nak beli yang dah siap..macam-macam jenama ada. Tapi memandangkan ianya agak tinggi kalori, adaa saja cuba yang lebih sihat. Resepi sangat mudah dan bagi Adaa sangat kena dengan selera.
Bahan-bahan:
- 8 ulas bawang putih dicincang halus (optional)
- ½ sudu kecil lada hitam
- 2 sudu kecil garam halus
- 1 cawan jus lemon (kalua takde, limau kasturi pon boleh)
- ½ cawan extra virgin olive oil (olive oil banyak jenis, ada yang untuk masakan, ada yang untuk dressing, beli yang betul ya) (refer:jenis-jenis minyak zaitun)
Cara-cara:
- Masukkan aja kesemuanya dalam bekas bertutup rapat, goncang sehingga sebati semuanya dalam 1 minit gitu. Siap!
Serving: 75
Sebelum dan selepas digoncang sebati. Boleh simpan dalam peti sejuk hingga 3 hari ok!
Senang kan..pastikan minum banyak air J 2-3 Liter sehari (25kg berat anda= 1 liter air)
Ok, tamat hari pertama.
Pemerhatian:
- Agak pening mungkin sebab banyak angin nak keluar
- Kerap kencing –proses detox
- Sedikit letih mungkin kerana tak cukup tenaga
- Menjelang malam tangan dan kaki sengal2
Jumpa hari ke-2 esok!