#MASALAH KESIHATAN

11 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MENSTRUASI YANG WANITA JUGA TIDAK TAHU!

Bab ‘datang bulan’ ni dah sah-sah wanita lagi arif lah kan sebab tuan punya badan yang merasa. Tapi ada beberapa fakta ni adaa rasa jangankan lelaki, wanita sendiri mesti tak tahu..sebelum tu maaf ya kalau topik agak ‘bahaya’. Tapi ilmu yang baik harus dikongsi kan? jadi jom baca menambah ilmu šŸ˜€

Your-Menstrual-Cycle-650

1-LELAKI KURANG TERTARIK KEPADA WANITA KETIKA MENSTRUASI

Maaf cakaplah ya..nak buat macam mana..lelaki lebih tertarik kepada ‘bauan/wangian’ wanita terutamanya ketika wanita berovulasi. Tahap hormon testosteron lelaki akan meningkat terutamanya ketika wanita di puncak kesuburan iaitu ketika berovulasi( lazimnya selepas menstruasilah).

Saintis Saul Miller dan Jon Maner dari Florida State University telah menguji teori ini dengan meminta sukarelawan lelaki untuk menghidu kemeja- T yang dipakai oleh wanita dalam pelbagai peringkat kitaran haid mereka . Kajian yang diterbitkan dalam jurnal ā€˜Psychological Scienceā€™, mendapati bahawa apabila lelaki menghidu kemeja- T yang dipakai oleh wanita yang sedang berovulasi , tahap testosteron mereka meningkat dengan ketara berbanding dengan kemeja- T wanita yang tidak berovulasi. Mereka juga mengatakan bahawa kemeja- T yang dipakai oleh wanita yang berovulasi berbau manis.

 

2-ANDA MENJADI WANITA YANG ‘GILA SHOPPING’Ā 

Wanita cenderung membeli belah lazimnya 10 hari sebelum menstruasi. Kenapa tu?

Profesor Pine dari University of Hertfordshire membuat kajian terhadap hampir 500 wanita tentang tabiat berbelanja mereka dan kaitannya dengan kitaran haid mereka . Hampir dua pertiga daripada wanita yang dikaji yang berada di peringkat akhir kitaran haid mereka mengakui mereka telah membeli sesuatu. Kenapa ya? Penjelasan mudah, lebih kepada terapi untuk mengelak atau melegakan PMS. Jadi kalau korang banyak bershopping masa dekat ‘datang bulan’ salahkan ovari šŸ˜›

 

3-SECARA PURATA, WANITA HILANG SECAWAN DARAH SETIAP BULAN

Ini adalah berbeza bagi setiap wanita. ada yang sikit, ada yang banyak tetapi secara puratanya anda boleh kehilangan darah sebanyak 1 sudu teh sehingga secawan setiap bulan!

 

4-SENGGUGUT BOLEH JADI SETERUK SEPERTI SAKIT PADA WAKTU AWAL BERSALIN

Ada wanita yang mengalami ‘menstual cramp’ atau senggugut. ada yang teruk dan ada yang biasa-biasa. Ya sakit ketika melahirkan anak jauh lebih teruk tetapi sakit senggugut yang tiap-tiap bulan tu juga kadangkala boleh menjadi terlalu sakit sama seperti waktu awal-awal ‘contraction’ tu. huhu

 

5-DARAH MENSTRUASI ADALAH DARAH SEBENAR!

Ya, sama jer dengan darah kalau kita luka jadi bukan darah lain ya, sama. Cuma ketika menstruasi, darah yang keluar tu keluar bersama-sama dengan serpihan tisu atau lapisanĀ endometrium sebab tu kadang-kadang ada yang berketul dan sebagainya tu..

 

6-TAK BOLEH MANDI SUNGAI, NANTI DARAH KELUAR

Ini semua mitos ya kawan-kawan. Janganlah takut sangat air terjun tu akan bertukar menjadi merah kalau anda semua masuk dalam tu. Walaupun ketika menstrual, anda masih boleh bermandi-manda kerana tekanan air akan menghalang pengaliran darah tu..tapi pastikan anda menukar dulu tuala wanita anda sebelum terjun ke dalam air ya!

 

7-KEINGINAN SEKS LEBIH TINGGI KETIKA MENSTRUASI

Ketika menstruasi, hormon progesteron menurun. Hormon progesteron ini membantu merendahkan libido tetapi ketika menstruasi, hormon progesteron berkurang, jadi libido agak tinggi ketika ini, sebab itulah keinginan seks lebih tinggi.

 

8-ANDA MASIH BOLEH MENGANDUNG WALAUPUN KETIKA MENSTRUASI

Bunyi agak mustahil, tetapi kadangkala ianya boleh berlaku terutamanya sekiranya anda melakukan seks pada hujung kitaran menstruasi (dekat datang haid). Sperma boleh bertahan sehingga seminggu dalam faraj wanita dan ada kemungkinan ianya boleh disenyawakan. Walau bagaimana pun ianya jarang-jarang terjadi.

 

9-SIMPTOM PMS SAMA DENGAN KEHAMILAN

Selalu orang keliru terutamanya bagi yang memang tertunggu-tunggu untuk hamil. Simptom sebelum datang haid sama seperti awal kehamilan-muntah, mual, kembung, pening. Kadang-kadang ingatkan nak datang haid, rupanya mengandung, ada juga yang berharap dah mengandung tup tup datang haid..

 

10-PMS BOLEH MENJADIKAN WANITA LEBIH ‘KASAR’

Ketidakstabilan hormon ketika hampir haid boleh mencetuskan banyak perkara dalam diri wanita, kadang kala boleh bertindak ganas, cepat marah dan lebih ‘menyinga’!

 

11-WANITA BERFIKIR SEPERTI LELAKI KETIKA HAID

Ketika datang haid, Ā tahap hormon estrogen rendah. Jadi pada ketika ini ciri pemikiran keperempuanan tu agak kurang dan cara berfikir lebih cenderung seperti pemikiran lelaki. Berguna juga ya waktu-waktu macam ni!

 

Anda rasa dah arif pasal badan anda? Agak-agak banyak lagi tak yang kita sendiri tak tahu tentang diri kita? Ini baru 11Ā tau.. šŸ™‚

~mari mengenal diri sendiri~

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s