resepi

KONGSI RESEPI: AYAM GULAI KICAP PALING SEDAP

Sedap ke? haha sedap laaa selalunya orang masak ayam goreng kicap kan? Yang ni bukan goreng, dia berkuah jadi macam gulai lah..Adaa pun tak tahu mana asalnya masakan ni tapi seingat adaa, masakan ni diajar oleh arwah atuk adaa dulu..dia pun belajar dari arwah nenek adaa kot ..adaa belajar masa duk kat UK..siap-siap dah tulis ni dalam buku nota keramat, resepi-resepi dari arwah atuk sebagai bekalan untuk survive di UK pada tahun pertama 😀

Resepi ni mudah yang amat sebenarnya. Tahap kesusahan, 2 bintang sahaja.

Bahan-bahan (agak-agak je sebab tak pernah sukat tepat, lebih kepada naluri seorang tukang masak, eceh hehe)

Ayam setengah ekor

Bahan tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)

3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih (ditumbuk)

1/2 inci halia (ditumbuk)

2 sudu cili boh

1 batang cili merah

Kicap manis cap kipas udang (atau ikut sukalah cap ape)

1 biji kentang

sedikit lada hitam, garam dan sos tomato sebagai perasa

 

CARA_CARA

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan-bahan penumis seketika
  3. Masukkan bahan tumbuk dan cili boh dan tumis sehingga naik bau
  4. Masukkan ayam, kacau rata dan biarkan air ayam tu kering seketika
  5. Masukkan air sehingga ayam tenggelam (untuk kuah) jangan terlalu banyak.
  6. Masukkan kentang, kicap, sos tomato dan sedikit serbuk lada hitam.
  7. Biarkan menggelegak dan boleh perasakan dengan garam.
  8. masukkan lada merah, siap!

 

Masa masak tu korang rasa-rasalah sikit agak-agak tawar buh lah garam ke kicap ke sos tomato ke..janji sedap 🙂

AYAM GULAI KICAP ,MY STYLE
AYAM GULAI KICAP ,MY STYLE

Yang ni sebab makan dengan anak-anak, jadi adaa tak letak cili boh mahupun cili besar..

Dulu gulai ni adaa jumpa kat rumah je..sejak pindah terengganu, ada 1 kedai makan yang adaa pergi dan dia punya nasi minyak, lauknya sebijik rasa gulai kicap ni..mungkin asalnya dari terengganu masakan ni haha tak tahu..hentam saja..

Jadi yang agak-agak takbanyak masa tu boleh cuba ok? anak-anak adaa suka lauk ni..yelah budak mana tak suka kicap kan? 😛

Selamat mencuba~

LOGO 1.1

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
Gong Badak, Kuala Terengganu, UnisZa, UMT, ILP terengganu
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ::
Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s