MY STORY · PARENTING

MY STORY: MY LITTLE HELPER :D

Salam ahad semua..seronok santai hujung minggu? Sini dah start sekolah hari ni..jadi memandangkan anak-anak dah gi sekolah, suami dah ke tempat kerja, curi sekejap masa menulis ni sebelum bertugas semula sebagai tukang masak + tukang cuci+ tuang dobi pulak kang hehe

‘NAK MASAK APA YE HARI NI?’

Ni soalan lazim korang terutamanya ibu-ibu ye tak? Walaupun dan 8 tahun kahwin, soalan ni jugaklah yang duk berlegar kat kepala ni setiap pagi dari celik mata sampai esoknye. Bukannya takda benda nak masak, tapi tulah sebab tak ‘planning’ bak kata orang.

Dulu dah siap tulis menu seminggu..dua minggu..tapi bertulis jelah..lepas tu hilang entah kemana..sebab dalam buku kan..nak belek pun malas (pemalas nyeeeee)

Minggu lepas, Adam yang suka makan tu , dia pulak duk sebok tanya..‘hari ni ibu masak apa, hari ni ibu masak apa?’ dan jawapan standard ibu ‘tak tahu lagi’..jadi dia nak membantu..diam-diam dia ambil kertas dan pensil..nak melukis ke nak conteng ke buat kapal terbang ke sampan ke tak tahulah ..bila ditanya..nak menulis menu katanya..Adaa buat biasa jelah ..tup tup

Menu Makan Sarapan, Tengah hari dan malam
Menu Makan Sarapan, Tengah hari dan malam

Tada!! ‘Nah ibu, nanti ibu nak masak, ibu tengok sini ye’ hehe Rasa kelakar pun ada, rasa bangga pun ada..so thoughtful ..walaupun tak kemas, senget benget..tapi bagi Adaa ini menu terbaik dari Adam. Jangan pelik kenapa menu Ayam je banyak sebab dia memang suka makan ayam hehe

Mula-mula rasa macam takdalah apa sangat..tapi dalam tak sedar, inilah yang Adaa rujuk bila nak masak haha dan bagusnya Adam dah siap tampal kat dapur sebab nak menyenangkan ibu dia ni tengok dan baca. Jadi taklah hilang macam menu ibu sebelum ni yang dalam buku tu..biarlah bertampal pun dapur ibu tu ibu redha je lah..janji Adam gembira ibu pun senang tengok.

He is really my little helper..kadang-kadang rasa diorang ni kecil lagi..tak boleh nak membantu sangat tapi sebenarnya diorang ni dah besar..Ibu lupa 😀 terima kasih Adam..ibu doakan Adam jadi Chef yang hebat besar nanti macam yang adam selalu impikan 😀

My 1st little helper (lagi dua tengah rancak buat kacau jer)
My 1st little helper (lagi dua tengah rancak buat kacau jer)

*Peringatan untuk Adaa dan semua ibu diluar sana: Libatkan anak-anak dalam kegiatan harian kita..mereka dah boleh berfikir, malah masa kecil nilah otak mereka ligat men’download’ semua input sebagai pengalaman dan kemahiran mereka kelak..jangan semuanya NO..sana NO, sini NO..nanti anak pun pasif jer..tak berani mencuba sesuatu..tapi walaupun begitu, penglibatan mereka haruslah dengan bimbingan atau pengawalan ye..

Advertisements

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s