#THROWBACK

#THROWBACK: 3 BUDAYA DI BUMI BELFAST YANG PATUT DICONTOHI

Sejak dua menjak ni Adaa selalu tengok kawan-kawan ke luar negara, cerita kat TV pon banyak yang tunjuk keadaan diluar negara, bagaimana budaya mereka dan betapa berbezanya antara kita. Sebenarnya, selagi kita tak cuba keluar dari Malaysia, kita takkan nampak budaya orang lain sebab tu orang selalu kata, jauh berjalan luas pandangan. Lebih banyak kita merantau, lebih banyak yang kita pelajari.

Selama 4 tahun di bumi asing dulu memang banyak budaya yang tak keterlaluan adaa cakap, ‘sangat Islam’ walaupun mereka bukan orang Islam atau negara Islam. Mula-mula sampai dulu agak kagum dan teruja sebab tatacara dan adab mereka sangat dekat dengan cara seorang Muslim. Nak diceritakan memang banyak, tapi sebab pagi ni sarapan pon belum siap, adaa share 3 je ye :p

GENTLEMAN

Ini memang jejak je kaki sejak di ‘airport’ dah rasa bezanya dah. Dalam Islam lelaki disarankan menghormati dan melindungi kaum hawa kan, kan..ha..kat sana memang sangat terasa..contohnya, naik je kapal terbang, tak kira siapa, ada je kaum adam yang menawarkan bantuan untuk mengangkat beg/luggage kita. Pendek kata, sepanjang adaa di Belfast, atau sewaktu ‘travel’ ke negara-negara Eropah yang lain, adaa tak risau pasal beg berat..mesti ada je tukang angkat hehe

Lagi satu bab bukak pintu..contoh macam di fakulti..orang sana bangunannya kena kedap sikit supaya tak sejuk kan..jadi dalam bangunan tu banyak sungguh pintu..kadang-kadang nak sampai ke kelas adalah lebih 10 pintu nak kena tempuh. Dan kalau adaa jalan dengan rakan sekelas yang lelaki..takyah sakit tangan tolak pintu berat-berat tu (padat ooo pintunye, boleh sado haha). Kalau kita jalan kat depan, diorang terkebelakang sekalipun, diorang nampak je kita dah dekat dengan pintu diorang akan bergegas dan cepat-cepat bukakan pintu tu untuk kita.

Itu baru dua contoh..banyak lagi tindakan mereka yang gentleman dan sentiasa mendahulukan wanita.

 

MENYAPA/GREETING

Ini satu budaya yang adaa sangat suka. Dalam Islam kita disarankan memberi salam kepada sesama Muslim kan tapi jarang sekali bila bertembung kita bagi salam kecuali kepada yang kita kenal je betul tak? Kat sana, takda kisah pun..kenal ke tak kenal ke semua ditegur. Jujur kata, kita tak terasa asing walau dibumi asing.

Adaa kesekolah (universiti) jalan kaki lah kan..tengah sejuk-sejuk, kalut-kalut, ada jer makcik ke pakcik ke yang tengah siram bunga menegur ‘heyya, gud morning!’ atau ‘hello, nice weather isn’t in?’ Walaupun diorang tak kenal, itu sebagai tanda hormat atau sapaan yang menunjukkan dia nampak kita. Ada orang tu belaga bahu pun buat dek je kan..ish ish..

Kalau sesama Muslim juga sama kat sana..kat sana tak ramai melayu, boleh cam setiap muka dan nama..Tapi Arab agak ramai juga..jadi diorang ni kalau bertemu tak kira lelaki perempuan akan memberi salam. how nice is that?

 

BERTERIMA KASIH

Ini satu perkara yang Adaa sangat rindukan sejak balik dari Belfast. Budaya berterima kasih. Di Malaysia kita seolah-olah memilih bulu. walau pahit tapi benar kan? Kalau pemandu teksi ke bas ke korang nampak macam low class..so tak perlu pun nak hormat ke hargai ke betul tak? (jangan tipu, kebanyakan orang begitu). Berapa ramai yang cakap terima kasih bila turun bas, angkat tangan?

Disana, setiap pekerjaan adalah penting dalam masyarakat. Tak kiralah tukang sapu ke pemandu teksi ke pemandu bas ke doktor ke jurutera ke cikgu ke semua sama..takda nak pilih-pilih kasih. Jadi mereka saling menghargai dan menghormati..turun bas, pemandu bas tu pulak kadang-kadang cakap ‘cheerio! have a nice day’ kat kita..berterima kasih kita naik bas diorang. Yang kita pulak, asal turun je bus pon begitu..cakap ‘cheerio! atau cheers!” yang bermaksud terima kasih. Jadi hati ni seronok je tau..takdalah masam mencuka je muka tu dalam dunia sendiri tak hirau orang kiri kanan.

Bila kita selalu berterima kasih kepada orang sekeliling, secara tak langsung hari kita rasa gembira..kita bersyukur dengan setiap saat dalam hari kita..kita berhubung dengan orang sekeliling juga. kan bagus begitu. Ini tak..susahnya nak cakap terima kasih, macam kene kunci mulut tu..(tak caya sila tengok orang sekeliling korang hari ni atau muhasabah diri sendiri) ..kat kedai makan, kat tempat bayar parking, kat LRT atau stesen komuter..cuba perhatikan.

Ada banyak lagi suasana dan budaya yang adaa rindukan..InsyaAllah jika ada peluang nak sangat jejakkan kaki ke negara luar lagi. Yang kita ni pula, apa kata cuba buat 3 budaya baik ni di Malaysia..a small change can make a big different tau.

Belanja gambar sekeping dua 😀

jalan-jalan di bumi belgium (brussel)
jalan-jalan di bumi belgium (brussel)
belfast city: tempat melepak :D
belfast city: tempat melepak 😀
kebanggaan ku :D
kebanggaan ku 😀

 

Jom kita sama-sama membudayakan perkara baik2 ye 😀

 

Advertisements

One thought on “#THROWBACK: 3 BUDAYA DI BUMI BELFAST YANG PATUT DICONTOHI

Sudi-sudilah memberi komen positif ye dan jangan lupa 'share' jika anda rasa ianya berguna , tQ

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s